Alhamdulillah,
hari ni hari ke 9 kita berpuasa. Sudah lama rasanya aku tidak mencoretkan
sesuatu yang berpusar mengenai kehidupanku.
Moga ianya menjadi teladan pada
sesiapa yang terbaca coretan ini. Nah, waktu senggang rehat ini aku peruntukkan
masa untuk mencatat sesuatu yang begitu memberatkan hatiku..yang menyesakkan
dadaku, yang menyebabkan air mata ku gugur satu persatu..nasib baik tiada
sesiapa pn di bilik pejabatku saat ini.. Allahuakbar..
Kosong.
Ruangan pejabat benar-benar kosong kerana semua rakan-rakanku di dalam bilik
ini berbangsa Cina, mereka keluar untuk makan tengahari bersama..Kosong..
Sekosong ruangan hatiku yang sekian lama sekian goyah dek perasaan kosong! Aku
masih tetap setia di hadapan monitor HP besar yang baru diganti bosku.. sambil
mencoretkan lakaran-lakaran kehidupan di papan keyboard ini.
Walaupun sudah hampir 3 tahun aku berkhidmat
di sini, namun aku merasa yang aku tiada kenalan yang rapat denganku. Entah kenapa,
sukar benar rasanya untuk aku menyerapkan manusia di sini sama ada rakan
sejawat ke dalam ruangan hidup ku.
Aku diajukan
dengan persoalan dari rakan di dalam bilik ku ini dan mendorong ku untuk
menilai kembali ke dalam diri segala kekurangan dan kepelikan yang berlaku ke
atas ku. Kenapa aku jarang bercampur dengan rakan-rakan sejawat yang lain. Ke
mana pun aku pergi, aku tidak pernah mengajak sesiapa beriringan denganku sehingga
ada yang mengatakan aku sukar untuk di dekati atau dengan erti kata lain yang
lebih mudah, SOMBONG! Itulah gelaran yang sering aku terima ke mana pun aku
berada lebih-lebih lagi dengan mereka yang masih belum mengenali diriku. Dari
sejak zaman belajarku dahulu.
Bila
direnungkan kembali keadaan ini, aku baru sedar bahawa aku sebenarnya tidak
pernah memberi ruang kepada sesiapa pun mereka untuk mengenaliku dengan lebih dalam dan bersosial
denganku. Aku lebih banyak menghabiskan masa dengan diri ku sendiri berbanding
dengan orang-orang di sekelilingku di dalam pejabat tersebut kerana bagiku
mereka tidak pernah wujud dalam kehidupan sosial ku melainkan atas urusan belajar
ataupun kerja.
Sungguh, kadang-kadang
aku rasakan aku tidak pandai menyesuaikan diri dengan mereka! They are not my
cup of coffee. Sounds really sombong bukan. Apabila mereka datang kepada ku
untuk berbual-bual, aku pasti akan ghaib kerana aku tidak faham topik apakah
yang mereka bualkan (yang penting bukan pasal kerja) dan aku tidak berminat
untuk mengetahui tentang hal peribadi mereka, ‘boyfriend’lah, makanan itu sedap
makanan ini tak sedaplah, shopping kt mana, bercuti atau pergi ke sanalah ke
sinilah, itulah inilah. Owh maaf, aku benar-benar tidak berminat untuk bercakap
tentang hal-hal tersebut dengan mereka dan maaf aku bukan seorang yang hipokrit
yang mampu menyembunyikan perasaan tidak suka dan menggantikannya dengan
“keplastikkan”!
Dan pernah
juga rakan-rakan seperjuangan di zaman belajar dahulu add aku di FB, mereka
mengenali aku namun, aku tidak pernah mengenali mereka, jauh lagi untuk
mengingati nama. Astaghfirullahala’zim sombongnya aku untuk bergaul dengan
mereka dahulu. Ada juga yang sudah menjauhkan diri dari berkawan denganku.
Kerana aku mungkin kelihatan pabila aku memerlukan mereka dan tiada pada
hari-hari yang mungkin mereka memerlukan aku.
Tiba-tiba
terngiang-ngiang di hujung telingaku akan ayat yang sungguh terkesan di hati,
“Hablum minallah wa Hablum minannas" (hubungan yang baik kepada Allah) dan (hubungan yang baik dengan manusia) lantas mendorongku untuk merungkai persoalan
ini.
Sesungguhnya
Allah telah menciptakan manusia di atas muka bumi ini untuk saling lengkap
melengkapi antara satu sama lain. Hal ini ditekankan kerana manusia sangat
memerlukan Tuhan dan Tuhan yang sesungguhnya adalah Allah SWT, disamping itu
manusia juga tidak mampu untuk hidup sendirian, kerena ia memerlukan manusia
lain yang dapat berinteraksi secara baik untuk mewujudkan kehidupan yang baik.
Di dalam
Al-Quran, Allah Swt berfirman:
"Dan
hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan
sesuatu apapun dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum
kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang
dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang
terlantar,dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri" (Surah
An-Nisa’:36)
Dalam
rangkaian penyebutan kepada siapa saja manusia harus berbuat baik, selanjutnya
Allah menutup ayat di atas dengan kalimat: “Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang yang sombong dan membanggakan diri”.
Nauzubillah
adakah aku dalam kategori itu?
Perlukah aku
berubah dan menyerap kembali mereka-mereka yang mungkin aku telah sisihkan
ini.. tidakkah itu lagi hiprokrit? Sungguh aku mengong sekejap.
Kesimpulannya
bila difikirkan kembali, ada baiknya juga sikap sebegini kerana aku sering kali
jadi orang yang terakhir tahu perihal sesuatu perkara. Bukan kerna aku tidak
ambil pusing cuma aku rasa tak perlu untuk aku tahu lebih lanjut mengenai
sesetengah perkara itu lebih-lebih lagi hal-hal peribadi.
Allahurabbi, aku rasa
aku akan terus begini untuk kebaikan ku agar aku tidak tergolong dalam golongan
manusia yang memakan daging sahabatnya sendiri dan sebagainya. Biarlah hubungan
itu terjalin atas dasar mendapat keredhaan Allah, bukannya atas dasar keduniaan
semata-mata.
Kepada rakan-rakan yang mungkin pernah terasa dengan sikapku..rakan-rakan di Sekolah
Kebangsaan Sungai Lampam, rakan-rakan di Sekolah Menengah Sungai Manik, rakan-rakan
di UiTM Segamat, rakan-rakan di UiTM Shah Alam..rakan-rakan sepejabat denganku
di Pharmaniaga Bhd, di KS Consulting Engineering, di Flextronic (M) Sdn Bhd, di
Bumi Armada Bhd.. Maafkan lah aku..
Maaf
mungkin
selama ini aku bukanlah sahabat yang baik
Maaf juga
Mungkin
selama ini aku melalaikanmu
Maaf lagi,
Mungkin
selama ini aku membuatmu rasa sedih tersisih
Maaf juga
Mungkin
selama ini ada bicaraku yang pedih
Maaf sungguh
Mungkin
selama ini aku tidak memahami
Maaf aku hanya hamba yang biasa
Kelemahanku
itu sering aku panjatkan doaku padaMu disempadan yang ada
Moga Allah
selalu menyanyangimu
Kerana siapa
pun kamu,
Kamu itu
sahabat dunia akhiratku...


No comments:
Post a Comment