Wednesday, October 8, 2014

Dracula ~ Should Remain Untold!

Tiba-tiba hari ni rase mcm nk review satu movie.. dah tgk trailer tp xde hati nk tgk the whole story.


This is just one of the other movie yg related to Zaman Kegemilangan Islam di Eropah..
Dulu ade cite Dracula menceritakan asal usul dracula, kemudian Kingdom of Heaven yg menceritakan tentang Perang Salib.
Tu xtermasuk cite2 action movie yg lain yg semua mengaitkan keganasan dengan islam..
Selalu tgk dlm CSI, bile terrorist je mesti name Islam.. cite Taken tu pn die buat mafia tu Islam..muak la weh..boleh x kita buat sesuatu?

Serba sedikit psal filem Dracula ni, menurut tukang review filem ni (Oh Bulan.com):

Kisah ini bermula pada tahun 1462 di tanah Transylvania yang pada ketika itu aman damai di bawah pemerintahan pahlawan perang yang amat digeruni, Putera Wallachia, Vlad III The Impaler (lakonan Luke Evans).
Namun keamanan Transylvania mula bergoyah apabila Sultan Mehmed II (lakonan Dominic Cooper), pemerintah empayar Uthmaniyyah mengarahkan agar Vlad menyerahkan 1,000 orang kanak-kanak lelaki untuk menjadi bala tenteranya.

Tidak cukup dengan itu, Sultan Mehmed juga mahukan anak Vlad, Ingeras (lakonan Art Parkinson) berpisah dengan Vlad dan Mirena (lakonan Sarah Gadon), sekaligus dibesarkan di bawah kawalannya.
Enggan menurut perintah Sultan Mehmed itu, Vlad meminta pertolongan Master Vampire (lakonan Charles Dance) di gunung Broken Tooth supaya memberikannya kuasa untuk menewaskan bala tentera Turki.
Namun, pertolongan Master Vampire bukan lah free ya? Sebabnya, Vlad harus menahan keinginannya untuk minum darah manusia selama 3 hari. Jika ingkar, Vlad akan bergelar dracula buat selamanya.

Well, truly nonsense!
Sebabkan die menyentuh pasal Sultan Mehmed atau Sultan Muhammad Al–Fateh seperti yg diceritakan sesedap rase diorg..aku rase ni dah lebey ni..
Anda taw x siapa Sultan Muhammad Al – Fateh ni?

   

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai "sebaik-baik raja" di dalam Hadis Nabi. 

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)


Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al-Fateh kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Subhanallah..zaman kegemilangan Islam di mana Sultannya sangat soleh dan tawaduk..
mana mungkin kita boleh terima penipuan yg diceritakn dlm movie Dracula ~ Untold tu..walaupun aku xtengok g movie tu n aku xde hati nk tgk pn..
sangat rase tercabar bila senang2 je org kafir ni putar2 cerita..n orang lain (Islam) pn tengok je tnpa rase bersalah dan kagum dgn kesan khas dlm movie tu..
Semoga kita dijauhi drpd bersekongkol dgn mrk yg hendak menjatuhkan Islam walau dgn 1 tiket wayang!!

Mcm cerita Kingdom of Heaven, walaupun pnceritaan tu versi barat tp cerita tu x biased pd tentera Islam dlm perang salib..sapa setuju??
Adatlah orang kafir ni, dah kalah xnak ngaku pastu buat cerita kononnye based on true story / history..

Moral of the story :    
  • Kalau kita sendiri xtaw sejarah Islam, mana mungkin kita dapat bidas cerita2 karut ni? sedangkan kita cume belajar sejarah topik kerajaan Islam untuk jawap periksa je..xde tersemat dalam hati pn psal ni..
  • Kalau tukang filem Malaysia asyik sibuk buat cite hantu mcm2 hantu, cite lawak ntah pape, cite Mat Rempit sana sini, cite Gangster yg xbp nk gengster, cite cinta romantik, cinta islamik sume.. mcmne nk didik penonton?
  • Orang kafir guna filem utk naikkan semangat diorg, memburuk2kn islam tu agenda die, tp orang islam Malaysia gune filem utk ape? Sekadar suke2 pecah panggung?
  • Tukar mentalilti, gunakan kuasa filem utk sampaikan dakwah..harap sgt ade orang buat movie psal kegemilangan Islam..
  • Bagi anak-anak kita taw siapa hero yang sebenar, siapa Sultan Muhammad Al-Fateh, siapa Iskandar Zulkarnain, para Sahabat yang lain.. bukan hero-hero plastik dalam Avengers tu..

Huhu.. tibe-tibe jd tukang review filem plak..huhu
Baca psal Sultan Muhammad Al-Fateh ni rase teringin nk tgk seni bina Aya Sofiya, gereja yang ditukar jd Masjid..jom pg!!..huhu

No comments: