Penyihir??
Siapakah yang dikatakan penyihir?
Tukang Sihir? Ahli Sihir? Apprentice penyihir?
Rata-rata menunjuk pada penyihir paling terkesan di hati kita iaitu si Harry Potter..
Tukang sihir yang bijak, berkarisma dan cute jgk la..bezanya kita yang menonton seakan amaze (dengan izin penggunaan bahasa Inggeris)..senang cite hero la. Tapi jika dicari pd penyihir di Malaysia..ade sesiapa yg berani mengaku x? Dah berapa bnyak kes-kes misteri yang berlaku di sini yang xterfikir dek kepala kita..kadang-kadang kita xtahu menahu pun pasal penyakit misteri ni..
Takyah jauh la, terjadi pada diriku sendiri..sedang aku sendiri pun xmenyangka ianya terjadi.. bagaimana aku pasti.. aku telah mendapat penyakit ni kurang setahun..masih baru.. paling terkesan orang sekiling aku turut menyedarinya..aku berubat pelbagai cara.. dari Darul Syifa' ke Darussalam.. dari masjid ke masjid, mencari air kolah masjid..dari hari ke hari, bulan ke bulan.. tahun ke tahun.. berusaha memulihkan penyakit ini..akhirnya Allah izinkan aku sembuh dengan bantuan seorang Ustaz.. jauh ustaz berusaha sampai ke Mekah berdoa untukku.. Subhanallah.. Maha Suci Allah..akhirnya keluarlah sihir dari badan.. sakitnya hanya Allah yang tahu bagaimana..betapa kejamnya kau terhadapku..
Jauh di sudut hatiku, aku masih mencari2 punca kenapa aku disakiti sebegitu..dan aku mendapat jawapannya..semuanya berpunca dari hati.. hati yang sakit bila melihat saudara semuslim berjaya, xpun lebih senang sikit berbanding dia.. kalo hati dah busuk, syaitan senang nak masuk jarum.. aku bukan menuduh tanpa usul periksa, ataupun dengan mudah membuka pekung di dada.. tapi buat pengajaran kita bersama..
Aku xtahu atas dasar persahabatan bertanya khabar membuatkan insan lain menjeruk rasa, memang salah aku kerna tidak tahu apa yang berlaku.. niat aku cuma ingin bertanya khabar cuma.. namun disalah erti dan dicemburui.. apalah yang aku ada untuk dicemburui, aku pun xpasti.. Ya Rabbi.. besar betul ujian Mu.. tapi aku redha..
Aku xpasti apa yang akan aku katakan jika bertemu denganmu wahai penyihir muda..bezanya cuma kau tiada hidung yang tajam, penyapu terbang, mahupun topi yang panjang, pakaian serba hitam..malah kau ada agama.. bertudung kepala.. mungkin bersolat juga.. tp mengapa wahai penyihir muda, kau tega melakukannya.. wahai penyihir muda, sungguh aku tidak kenal siapa dirimu, mengapa kau kejam terhadapku.. namun aku redha, aku harap kau bertaubatlah sebelum terlambat.. ingatlah balasan Allah amat perit..aku akan menanti disudut ini jika kau peroleh hidayah untuk memohon maaf kepadaku.. jika tidak kau doakanlah aku agar aku dpt kekuatan untuk memaafkanmu..
Wassalam..


No comments:
Post a Comment