Monday, April 1, 2019

Tukar Bidang Lagi, Boleh Ke?


Kala ini perasaan aku bagai dibentak-bentak. Tak tahu mana nak pergi mengadu. Sesungguhnya nak ambil tikar sembahyang tu pun beberapa kali berfikir. Akhirnya, terbongkang (tidur dengan gundah - gulana). Setial kali nak bangun solat malam, itu lah yang berlaku.

Sebenarnya aku keliru. Aku rasa sesak. Aku rasa sedih. Aku rasa give-up dengan hidup macam ni. Bangun pagi pergi kerja dalam keterpaksaan setiap hari. Tiada hari yang membuatkan aku tak sabar nak pergi kerja. Aku bagai mengheret kaki ku ke office ni. Walaupun aku melihat aku ada potensi di sini. Tapi semakin lama, semakin aku hilang minat. Setiap hari membayangkan apa nak bagi alasan untuk tidak bekerja. Malah, tahun ni sahaja Sick Leave (MC) dah hampir separuh aku ambil. Sehingga doktor di klinik yang aku pergi tu pun komen pasal jumlah MC yang banyak ni. Boleh dikatakan setiap bulan aku akan MC


Kata Doktor Siti (bukan nama sebenar): 

"Awak dah banyak kali MC ni, nanti pihak HR awak akan contact klinik untuk justification. I think, this will be the last for this month. Try not to take any MC for next month, OK"

Doktor tu tak tahu, aku la dalam HR tu. Hahaha. Takpa doktor, I know what I'm doing

Aku bukan berlakon sakit atau apa. Dah sememangnya kesihatan aku menurun sejak bekerja di syarikat ini. Surprisingly, hari pertama aku kerja pun aku dah sakit, demam teruk waktu tu. Second day tu dah MC. Amacam? Aku rasa ni first time in history kerja hari kedua dah MC. Biasanya orang lain akan bertahan sebab baru sahaja bermula di tempat baru, mesti nak bagi good impression. Tapi lain bagi aku.

Setiap pagi aku bagai mengheret kaki aku ke tempat kerja. "I'm dragging my feet to work everyday!" 
Puas aku cari apakah yang menyebabkan aku merasa begini. Aku tidak bercerita pada sesiapa, aku tahu apa yang bakal aku dengar nanti. Nanti mereka kata aku tak bersyukur, nanti mereka kata siapa nak tanggung cost of living kalau aku tak kerja. Nanti mereka akan kata, fikir masak-masak, sekarang susah nak dapat kerja di tempat lain. Dan aku juga tiada kekuatan nak berhenti tanpa ada apa-apa perancangan masa depan. Aku juga tak nak menyusahkan orang lain dengan masalah aku. Tetapi aku dah tak tahan nak berhadapan dengan kerja aku ni, dengan orang sekeliling, dengan lokasi office yang jammed hari-hari ni, dengan kos makan yang tinggi di kawasan Elite ni. Aku dah tak tahan lagi walaupun baru mencecah setahun bekerja di sini. Aku juga rasa aku tidak mendapat sokongan rakan sekerja walaupun aku ada team yang besar di sini. compared to my previous job, aku seorang jaga department aku. Di sini aku ada team yang terdiri dari 6 orang termasuk boss aku. Namun, aku tak rasa gembira dengan keadaan ini. Aku pun pelik dengan diri sendiri. Inilah keadaannya bila dah tak tahu nak buat apa dan bagaimana. Adakah aku telah menjumpai diri sendiri.


Dalam lebih 8 tahun bekerja, aku masih belum dapat keyakinan untuk berkata inilah yang patut aku lakukan. Aku memang berada di landasan yang betul. Aku tak pasti!

Sesungguhnya aku telah cuba berbagai kerja dan bidang. Aku sendiri tak pasti, betulkah ini bidang aku? Kenapa aku masih tak menjumpai kesenokkan bekerja tu? Masa mula-mula dahulu mungkin kerana masih muda dan mentah. Selalu teruja dengan pelbagai aktivity dan cabaran. Aku ni memang suka mengambil risiko. Terjun ke mana-mana bidang just to try and have fun. Aku dulu start dengan bidang sains, kemudian terjun ke bidang akaun, kemudian bidang human resources which is very different between each other spects. It required different skills and knowledge.

Aku try berniaga, walaupun pada mulanya macam tak sangka, namun aku boleh buat rupanya. Sanggup melabur ribuan ringgit pergi kursus dengan Sifu@Mentor Kejayaan Dr Azizan Osman, Dr Irfan Khairi. Aku mula-mula berniaga masa berkerja separuh masa di UiTM Segamat dahulu. Aku kerja part-time dengan Jabatan Kolej dan amat baik dengan pengurus kolej masa tu. Dia yang ajak aku bekerja menjaga stall air dan burger air, bukanlah aku yang berniaga. Cuma aku menjaga stall dan menjual air kepada student-student UiTM ni sepanjang bulan Ramadhan kali itu. Mula-mula memang malu, lecturer kenal, student pun kenal. Siap ada yang bertanya aku ni staff ke student? Begitulah, memang penat masa tu tapi aku tak rasa benci dan menyampah macam keadaan aku sekarang ini. Sunguh na!

Kemudian itu, setelah aku bekerja, aku dapat idea untuk berniaga. Aku try bergerak sendiri mengusahakan kedai online, menjual pelbagai barang as a dropshipper. Aku tak pegang barang, aku cuma jual dan dapat komisyen. Bagi aku platform ni sangat bagus,nama pun bagus, Muslim Niaga. Siapa pernah dengar? Tapi sayang orang yang buat system tu tak jujur, nak kaya cepat, tak jaga kebajikan penyewa kedai (walaupun online), system failure, habis duit untuk bayar sewa kedai je. Last-last tutup. Bergaduh jugak aku dengan founder tu. Nampak kt FB hari tu dah buat BitCoin plak. Hmm. Lantak lah dia kan. Tapi benda ni memang jadi pengalaman la.


Aku jadi lebih berani nak menjual brand aku sendiri. Aku kemudiannya jual tudung yang aku beli secara pukal dan aku brandkan dengan nama Selendang_Ka Syorga. Walaupun tak buat apa-apa trademark lagi to aku dah berjaya menjual 50% tudung-tudung tu. Cuma sayang aku tak dapat habiskan sebab aku sendiri tak berpuas hati dengan kualiti tudung tu, langsung aku pun tiada hati nak jual pada pelanggan aku. Mungkin aku akan cuba lagi di masa akan datang tapi pasaran tudung ni terlalu banyak persaingan. Masih mempertimbangkan lagi untuk restock atau tak. Ni kira aku dah start berfikir macam orang meniaga. Dulu main belasah je. Bila dah ada ilmu kita dah boleh berfikir dan plan dengan lebih baik. Cuma aku tiada masa untuk diperuntukkan bagi bisness aku. Kudrat dan tenaga aku habis bila aku bekerja. Balik rumah dah flat tak boleh buat apa. Inilah masalah aku sekarang. Aku terlalu menekan diri dengan kerja pejabat, aku lupakan perkara yang buat aku gembira. Aku suka menulis, melukis, main dengan design dan colour, tapi aku dah lupa. Aku dapat rasakan ada orang lain juga sama situasi seperti aku. Mungkin aku teruskan bersabar dan mula plan untuk dapatkan pendapatan dari perniagaan. InsyaAllah, bila dah yakin aku rasa Allah pun akan tunjukkan jalan sebab berniaga ni kan sunnah. So mesti Allah tolong. InsyaAllah. Doakan aku ye.


~Moonlightlady yang dah tahan nak kerje sendiri~

No comments: