Assalamualaikum, Konichiwa Dunia!
Sejak mendengarkan lagu Taakaki Terry (pemuda Jepun yang boleh bertutur Bahasa Melayu) ni, hati jadi jatuh suka pada rentak dan lirik lagunya. Lagu ni seakan-akan lagu Assalamualaikum dari Faizal Tahir. Nama pun composer yang sama. So, boleh expect la kan.
OK la, ada masa yang sekejap ini, aku nak coretkan sesuatu sebagai peringatan pada diriku dan sesiapa yang membaca coretan ini. Niatku cuma satu, agar ada orang beroleh kebaikan daripada perkongsian ini.
Baru-baru ni kita dengar ada golongan artis atau selebriti yang membuat pusingan U-Turn berubah dari yang baik ke arah yang sebaliknya.
Ada yang fitrahnya lelaki, kemudian berubah jadi Jejanita (wanita jadi-jadian), kemudian membuat penghijrahan kembali menjadi lelaki namun kini berubah semula kepada Wanita Jadian. Hadoi! Pening nak digest.
Ada juga wanita yang mula-mula tampil tidak berhijab, kemudian bersyukur akhirnya berhijab dan kemudiannya membuka hijab semula. Malah bukan seorang dua yang memusingkan layar mereka, sudah jadi trend agaknya. Nauzubillah.
Biasanya mereka yang belum berhijab akan berkata, mereka belum bersedia, tak nak pakai hijab kerana paksaan. Bila dah berhijab, kemudian bercerita tentang penghijrahan mereka. Dan apabila membuka semula, atas alasan apa?
Dan sebenarnya pemakaian hijab tu tidak wajib. Yang wajibnya menutup aurat. Itu perkara pertama yang perlu kita fahami. Batas aurat seorang wanita dan lelaki. Cerita pasal aurat ni dah banyak kali aku utarakan dalam entri-entri yang lalu :
"Mereka mengetahui nikmat Allah, kemudian mereka mengingkarinya dan kebanyakan mereka adalah orang yang ingkar kepada Allah"
(An-Nahl:83)
Jadinya kalau permulaan kita teruk, tiba-tiba Allah datangkan Hidayah pada kita untuk berubah. Takkanlah kita mahu berubah menjadi teruk semula kan? Seram bila dengar, tapi itu semua ujian Allah pada kita. Sejauh mana kita boleh istiqomah atas perubahan baik kita. Dan sebenarnya berubah itu mudah, istiqomah itu yang payah. Nak jadi orang baik, senang saja. Hari ini jadi penjahat, esok boleh jadi warak. Tapi, bolehkah berterusan jadi warak? Itulah ujian sebenar kita.
Oleh itu marilah kita selalu amalkan doa ini.
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberianNya."
(Ali Imran:8)
Enough writing, marilah kita saling ingat mengingati. Boleh jadi mereka yang buat U-Turn hari ni jadi lebih baik dari kita di masa hadapan. Semoga Allah selalu memilih kita untuk menjadi hambanya yang sentiasa cuba menjadi yang lebih baik. Semoga perjalanan hidup kita setiap waktu adalah ke arah yg lebih baik. Doakanlah agar hidup kita, keluarga dan sahabat-sahabat kita supaya tergolong dalam golongan yg mendapat hidayah Allah.
"Ya Allah…janganlah Engkau bolak-balikkan hati2 kami setelah Engkau memberi hidayah pada kami…."
Kepada para wanita semua.
(Yang berada di Jalan Lurus atau yang buat U-Turn atau yang masih Sesat di Jalan.. semualah! sebab semua wanita muslim itu wajib tutup aurat walau apa alasan pun!)


No comments:
Post a Comment