#Reminder #pesananpenaja
Bertudung itu tidak wajib tetapi menutup AURAT itu yang
wajib.
Tudung hanyalah kain menutup diri, tetapi rasa malu itulah
penghalang hati daripada melakukan sesuatu yang dimurkai Ilahi.
Apabila Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan
zahirnya, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi
kerana Allah menyayangi wanita.
Diarahkan Menutup Aurat Kerana Allah Sayang!
Hukum Allah yang wajib kita taati boleh diumpamakan seperti
peraturan jalan raya. Adanya lampu merah, hijau dan kuning, papan tanda dan
sebagainya.
Dengan mematuhi peraturan jalan raya, tidak akan berlaku
kemalangan sekaligus selamatlah perjalanan.
Begitulah dengan mematuhi hukum menutup aurat, akan membawa
keselamatan dalam kehidupan. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita
kerana hukum menutup aurat.
Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi
diri mereka dan merosakkan orang lain.
Begitulah rahsia Allah SWT yang Maha Penyayang apabila Dia
menyuruh atau melarang sesuatu, manfaatnya pasti ada walaupun kadangkala tidak
dapat dijangkau oleh fikiran manusia.
Percayalah, Allah Lebih Tahu Apa Yang Lebih Baik Untuk Kita
Petikan Surah Al Ahzab Ayat 59.
Bermaksud : Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju
jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali.
Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Orang yang beriman tidak akan ragu-ragu dengan sebarang
hukum daripada Allah sama ada yang wajib atau yang haram melainkan dengan
berkata, “Kami taat dan kami patuh.”
Justeru itu, jika kita mengaku kita beriman, akurlah kepada
setiap perintah Allah SWT itu. Dia inginkan keselamatan dan kebahagiaan buat
hamba-hambaNya.
Dan sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah
perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat
dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga
dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim.
Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/
membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
Ramadhan semakin hampir, mari kita berubah ke arah yang
lebih baik. Tutup Aurat dengan sempurna. Jom Berubah!
@selendang_Ka_Syorga
#prepareforRamadhan


No comments:
Post a Comment