Monday, July 27, 2015

Lagu Puisi "Biar" By Fynn Jamal


Sekadar berkongsi satu lagu puisi yang begitu mencengkam hati..

Membuatkan mata berkaca-kaca..
Tiap kali terdengarkan lagu ini..
Pasti hati begitu mengerti rasa itu..
Rasa rindu itu..rindu yang bertamu tak pergi..

Sehingga akhir hayat nanti..


"Biar"

Mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar 
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya 

“biar” 
katanya, “biar”. 

wahai ayahanda 
berhentilah walau sebentar 
dan renungkan mataku yang melaut 
khabarkan yang jujur dan ujar 
apa menyerabut? 

wahai ayahanda 
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu 
akukan lemahmu 
perikan penatmu 
kisahkan jerihmu 
aku mahu tahu 

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu-- 
harum 
senyum 
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan 

“biar” 
katanya lagi, “biar” 

wahai ayahanda 
bisikkanlah walau sekali 
izinkan aku menumpangkan bahu 
berikan aku seperca dari beban kamu 

wahai ayahanda 
lihatkanlah aku 
berlari kini 
melompat tinggi 
setiapnya kerna kau tak pernah pergi 

ah, apa masih ingat lagi 
aku suka lari-lari? 
kau bagaikan tak peduli 

ku biar kau patah hati 
ah, apa masih tidak lupa 
tengking jerit sama-sama? 
makan tak mahu semeja 

sahabat lebih berharga 
ah, apa mampu kau sudikan 
ampun maaf ku sujudkan? 

bisa tidak kau teruskan 
ku sesat kau tunjuk jalan? 

ah, apa layak aku bagi? 
tak terbalas sampai mati 
kau sungguh yang paling tinggi 
istanamu syurga nanti.. 

Semoga Allah swt mengampuni segala dosa Ayah, merahmatinya, memaafkan kesalahan-kesalahannya, memuliakan kedudukannya, melapangkan kuburnya dan memasukkannya bersama orang-orang yang soleh di syurga-Nya..

Amiin Ya Robbal A'lamiin..

No comments: