Sekadar perkongsian..
#FirstRamadhan
Malam pertama Solat Tarawih..
Alhamdulillah, masjid bukan main penuh.. meriah.. lagi-lagi
bahagian muslimah..
Dah sampai ke tangga beratur nak amik tempat..
Aku sampai agak lambat.. tak dapat masuk dalam.. takde aircond
pun takpe lah.. kite solat kat luar pada sliding door tu je..
Yang pelik saf kt luar ni mula dari tengah.. aku duk mundar
mandir.. ajak orang pergi depan..
Ade la 2-3 orang yang mula gerak..
Sejadah dibentang.. tiba2 aku ditegur oleh seorang muslimah..
“Awak, bentang sejadah kt belakang ni la (means depan pada
saf yg tengah tu)..nanti terputus saf tu..”
Aku tengok muka dia, dalam kepala masih fikir.. aku xmenjawab
bila die ajak..
Tak bergerak dan berganjak pun dari tempat aku..
Aku cakap separa kuat dan tidak.
“Kenapa nak ke belakang..sepatutnya saf kene penuhkan
depan..”
Aku tak berganjak.. muslimah tu macam kecewa dengan aku
agaknya.. bercakap dengan kawan sebelah die..
Sorry la beb, aku ni memang ade kelemahan nak ambil hati
orang.. lagi-lagi tang ekspressi muka..
Aku buat tak tahu je dengan cadangan die.. mak cik yang
sebelah aku pun mempertikaikan..
“Sambung je la saf dari depan ni..”
“Kan!” dalam pada tu sempat mengiyakan makcik tu..huhu
Aku berpaling terus meneruskan pekerjaan aku tadi. Bentang sejadah..
Tiba-tiba ade ustazah datang dari dalam tegur, nak betulkan saf yg compang – camping tu.. Mana taknya, yang saf tengah tu tak mahu ke depan.. bila buat
saf depan, dah lompong di tengah-tengah..
Ustazah pun cakap ;
“Mintak ke depan ye, penuhkan yang depan..
kalau nak dapat pahala berjemaah.. kene ikut saf yang kt
dalam ni.. sambung sama macam kat luar.”
Lepas pada tu, barulah saf-saf yang tengah tu join yang depan
ni.. Alhamdulillah..
Aku lega.. aku perati.. kenapa saf tu mula dari situ..
Rupanya sebab ade kipas angin besar.. patut semuanya
berkumpul dan mulakan saf dari situ.. Allahurobbi..
So, antara Saf dan Kipas Angin; mana lagi penting ea? hmm..
So, antara Saf dan Kipas Angin; mana lagi penting ea? hmm..
~No offence, just my 2 cent!~

No comments:
Post a Comment