Assalamualaykum wbt..
Perjalanan yg menjangkau mase lebih 10 jam.. kini aku sudah tiba di bumi Kelantan.. melihat signboard.. owh.. dah melalui kawasan Manik Urai.. Kuala Krai.. menyaksikan sendiri kesan kemusnahan banjir begitu menginsafkan.. kesan-kesan lumpur, air tanah masih jelas kelihatan di dinding-dinding rumah.. di dahan-dahan pokok.. rumah yang ranap di sini sana.. tinggalan tapak2 rumah jadi bukti betapa derasnya air bah yang melanda di sini.. jalan yang rosak.. longgokkan barang rumah yg kini jadi sampah begitu menyedihkan.. namun perjalanan kami tetap diteruskan ke kawasan yg ditetapkan..
Allahurabbi..kuatkanlah hati kami untuk meneruskan misi ini..
Allahurabbi.. dengan izin Allah kami sampai ke destinasi kami di Dun Temangan, Machang. Di situlah kami akan diberi kawasan untuk Misi Opps Cuci Kelantan kali ini..
Syukran Jazilan pd pengurusan Maahad Tahfiz Al-Azhari kerana menerima kunjungan kami dan menerima kami sebagai tetamu bermalam di sini..
Hanya Allah yg dpt membalas ihsan kalian semua..
Alhamdulillah.. kami berjaya mencuci beberapa rumah yang dilanda bah.. kekotoran dan kesan debu itu menusuk ke sanubari.. kesannya bukan sahaja pada fizikal tetapi lebih kepada emosi..
Betapa tebal selut dilantai.. tebal lagi hati yang sebal.. menanti bantuan sampai.. rumah yang di dalam gambar ni belum pernah dijejaki semenjak banjir hari tu.. penghuninya tak mampu nak membersihkannya kerana masalah kesihatan..tambah lagi kerana masalah air.. masalah tiada elektrik.. mulanya kami sndiri rasa give up nak bersihkan.. tak tahu nak bermula dari mana.. semua barang rosak.. lantai retak.. selut dah kering mencipta lapisan lantai yang berkerak melekit.. baunya.. hanya Allah yang tahu..
Namun, Alhamdulillah hasil kerjasama semua sukarelawan.. kami berjaya membersikan rumah itu sediakala.. semua barang-barang rumah terpaksa dilonggok jd sampah.. tiada apa yang tinggal.. hanya dinding dan lantai jadi kenangan..
Allahurabbi..tabahkan lah hati-hati mereka..
Bagi kami para sukarelawan ini, hanya ini sahajalah yang dapat kami lakukan.. seterusnya kami juga berserah pada Allah SWT agar Allah memberi perlindungan, keselamatan dan kesabaran yang tinggi pada semua mangsa..
Pengalaman ini sungguh manis, tidak terdapat di mana-mana.. sungguh, semua kejadian ada hikmahnya.. terima kasih Kelantan, atas pelajaran berharga ini, kita sama-sama membantu mereka yang kita sendiri tidak tahu nama, kita berpanas.. berhujan.. berembun bersama.. untuk satu tujuan yang sama.. semoga usaha yang kecil itu mendapat redha Allah SWT jua..
Buat yang lain, teruskan misi anda membantu selagi mampu dengan cara masing-masing, insyaAllah kita hanya mengharap Allah terima perbuatan baik kita sebagai amalan untuk saham kita ke Syurga..
Amiin Ya Rabb..
" Barangsiapa tidak peduli dgn urusan kaum muslimin, maka ia tidak termasuk ke dlm golongn mereka " (HR THABRANI)






No comments:
Post a Comment