Langit Tak Selalu Cerah
Tak terlintas pun dalam fikiran aku akan jadi begini suatu hari nanti. Dalam keadaan yang gembira, baru nak melangkah ke dunia baru, kegembiraan tu Allah tarik tiba-tiba, rase tak adil pun ada. Kadang-kadang bila otak dah serabut, macam-macam yang aku kesalkan..walhal semua perkara dah tertulis sejak azali lagi..
Kenapa ayah aku yang Allah ambil dahulu. Kenapa waktu aku sangat perlukan dia, Allah amil dia dariku tiba-tiba. Kehilangan ayah amat aku rasakan. Banyak pesan yang ditinggalkan. Satu persatu kembali ku ingat sejak dia tiada lagi. Bila rasa rindu, kain pelekat yang diberi padaku dahulu, ku peluk erat..air mata ni dah jadi murah sangat sekarang. Rindu nak tatap wajahnya, salam tangannya, cium pipinya, dengarkan suaranya, omelannya, bebelannya, gurauannya, nasihatnya, semuanya..
Tapi bila diingat kembali dan difikirkn elok-elok, aku sangat bersyukur kerana Allah jemput ayah dengan cara yang paling baik. Semoga Allah beri tempat yang terbaik juga di alam sana. Ayah menghembuskan nafas terakhir dalam solat zuhur. Subhanallah. Maha Suci Allah. Hanya Allah yang tahu disebalik apa yang terjadi.
Masih aku ingat, dan aku akan ingat sampai mati. Jenazah ayah yang terbujur kaku. Aku yang macam hilang semangat, saudara yang menangis teresak-esak dan entah siapa yang datang menziarah silih berganti. Semua aku tak peduli. Aku teman ayah sepanjang malam sampai ke kuburan. Satu detik pun aku tak lelap. Satu makanan pun tak mampu aku jamah. Ayat-ayat Al-Quran kami bacakan sentiasa. Sepanjang masa ku doakan agar jenazahnya dipermudahkan. Semua tu buat aku kembali sebak, lemah. Air mata ni susah nak lekang dari pandangan.
Dan sekarang, aku usaha untuk jadi kuat kembali, tetapi banyak sangat ujian ni Ya Allah. Mampukah aku harungi semua ni.
Pesanan ayah setiap kali dia menalifonku.
"Adik, jangan lupa jaga solat, jangan tinggal solat. belajar rajin-rajin, buat yang terbaik, jaga makan, jangan banyak minum ais etc "
Siapa nak pesan selalu macam tu lagi padaku. Seriously, aku rasa kehilangan.
"Adik, jangan lupa jaga solat, jangan tinggal solat. belajar rajin-rajin, buat yang terbaik, jaga makan, jangan banyak minum ais etc "
Siapa nak pesan selalu macam tu lagi padaku. Seriously, aku rasa kehilangan.
Tambah pula, mak sudah jauh dari mata, jauh dari telinga, walaupn dekat dihati..tetapi semuanya dah tak sama macam waktu dahulu.
Aku ni cuma insan biasa, lemah sana sini. Tetapi bila aku tangisi keadaan aku, mak selalu kata, 'Syukurlah, awak ada ayah sampai besar, orang lain kecil lagi dah jadi yatim tiada ayah'.
Aku akui akan kelemahan dari, aku insafi kekuranganku ini. Tetapi salahkah aku mengalirkn air mata cuma untuk redakan hati ni. Tiada siapa yang boleh pujuk hati ni. Biarlah air mata yang jadi peneman waktu sunyi begini. Tiada siapa pun akan faham apa yang kurasakan, tetapi setiap orang akan laluinya juga. Waktu itu, baru mereka akan mengerti.
Suatu pengajaran untuk aku dan sesiapa yang membaca ni. Kita mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian, kematian kita dan sesiapa yang kita sayang. Kerana semua itu tidaklah dapat kita jangka. Tidak dapat diduga. Semua itu rahsia Allah. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui..
Aku berpesan pada diriku dan sesiapa yang masih mempunyai kedua ibu bapa, kasihkanlah mereka seikhlasnya, sebelum masa mereka tiba, waktu itu kita tidak mahu ada penyesalan, terkilan atau bersalah dan tak sempat nak memohon ampun dan maaf. Aku pun kadang-kadang rasa terkilan, tetapi aku bersyukur kerana Allah beri izin padaku bertemu dengan ayah, melepaskan rindu sebelum ayah pergi meninggalkan dunia ini selamanya. Namun, maafkan aku ayah kerana aku tidak sekuat yang ayah harapkan. Maafkan aku andai aku lupa mendoakan mu setiap waktu.
Bulan puasa akan tiba, sedihnya puasa tanpa ayah, setiap malam terawih aku akan ingat padanya. Aku berdoa agar kau dihimpunkan bersama orang-orang yang mendapat berkat di bulan ini.
Pergimu ayah tiada pengganti di dunia ini. Aku selalu berdoa agar kita semua akan dipertemukan semula di syurga Mu Ya Allah..Amiin..
Cinta hanya pada nama tetapi ianya milik Allah…
Daripada-Nya kita datang..
Kepada-Nya jua kita kembali..

No comments:
Post a Comment