
Hanya dapat dilihat dr kejauhan..harumnya mekar mewarnai taman..tp sayang hanya santapan pndangan..
Namun, semua ingin menghampirinya..semua ingin memilikinya..biarpun duri bisa melukakan, hati bisa tertekan..bahkan nyawa skali di gadaikan utk sekuntum bunga yang tiada dipasaran..hmm..ok x opening aku nie..huhu..
Apa yang aku type ni cuma satu ironi..tu sume perumpamaan bg bunga2 yg ada ditaman..ada yg dlm pasu dijaga rapi..dikelilingi kumbang2 yg dahagakn manisan..liuk lentok kelopaknya menari bersama alunan bayu menarik perhatian setip makhluk di situ..
Namun, ada yg t'biar sndri..tiada seekor kumbang pn mahu mendekatinya..tidak cantikkah dia? tidak menarikkah dia? tiada wangian kah pada drinya..
Di sebalik rimbunan taman..sekuntum bunga nmpak dr kejauhan..di kelilingi tebing tinggi..dan pagar berduri..jauh dari gangguan kumbang..dan siulan nakal si bayu petang..
Apa kaitan semua ni ea?
Cuba letak diri anda pada situasi si bunga2 nie..anda rasa anda di mana?
Adakan anda bunga yg sedang jadi idaman kumbang2..yang sedang mekar cantik mewangi di taman..menjadi ratu di hati setiap yg memandang??
Atau anda adalah yang sangat kasihan..ditinggal sepi sendiri..tiada lagi manisan di kelopak layu..tidak lg disapa oleh si bayu..??
Atau anda adalah bunga yang di kejauhan itu..di kelilingi dawai besi dan tebing tinggi..biarpun sendiri, tapi anda bahagia hidup di situ..ramai yang ingin menghampiri tetapi x semua dapat mendekati..
Jadi.. da decide anda berada di mana?
Apapun pilihan anda, anda adalah penentunya..xsalah jika anda adalah bunga yang mekar idaman kumbang itu, tidak salah juga jika anda punya nasib seperti bunga layu yg sendiri itu dan adalah tidak salah juga jika anda adalah bunga yg dalam larangan itu..
Namun, ingat la wahai bunga2ku..jika suatu hari anda mekar mewangi, disinggahi

kumbang2 asli, di buai bayu menari..anda pasti akan layu jua suatu hari nanti..bila semua manisan sudah jadi santapan siapa yg menyentuhmu..tiada lg manisan akan dipersembahkan utk yg memetikmu..seterusnya dirimu akan jd bunga yg ditinggal sepi itu..pabila tiada siapa ingin memetikmu..kelopak mu akan layu..dan kau akan ditinggal sepi di situ senasib dgn mereka yg sebelum mu..
Tidak seperti bunga larangan itu, dia tetap cantik berdiri di situ..menjadi idaman dalam diam para kumbang yang mengintai dari kejauhan..dan pada hari dia dipetik, dia masih segar, cantik mewangi kerana tiada siapa pn pernah datang menyentuhnya, bermain dgn kelopaknya..dan dia adalah hadiah paling berharga utk di sunting di taman itu..Dan jika anda kumbang..aku rase anda juga ingin memiliki bunga larangan itu..namun, mungkin kerana susah untuk mendapatkannya anda beralih pada pilihan yg berserakan di taman sana..cantik mungkin penarik, namun kecantikan akan pudar jua..dan anda sndiri pun mungkin menyesal dengan pilihan anda itu..
Anda rase cite ni pasal pe?huhu..pasal kita? or bunga? or kumbang?
Moral of the story :bunga adalah ibarat wanita, hiasan dunia, cantik di mata bukan segalanya..kumbang adalah jejaka, memelihara bunga idaman adalah lebih baik daripada merasa kemanisannya bila belum tiba masa..bayu adalah..siapa plak ea???
hah, bayu adalah masyarakat sekeliling, lindungilah anak2 kita..jgn jadi seperti api dalam sekam, bila da nk padam, kembali meniup supaya marak semula..pagar berduri dan tebing tinggi pn ade karektor jgk..mereka inilah ibu bapa yang seharusnya menjaga dan memelihara bunga2 mereka dengan rapi dan memberi didikan agama yg dapat menjadi benteng pertahanan goadaan yg mencabar..
Jadi, xkisahla anda nk jd kumbang or bunga pn..cerita ni xde kaitan dgn yang hidup atau yg da mati atau yg belum lahir lagi..just a note for a deep thinking..aku selalu fkir aku ni kt mane..apa yg aku tulis bkan nk menyindir mane2 pihak atau mana2 taman bunga pn..cuma peringatan pada dr sendiri je..lama x asah otak, so kc ayat bunga2 skit..hehe

Jadi..LU PIKIR LA SENDIRI!! adios...!!
No comments:
Post a Comment