Monday, August 20, 2018

Lembutkan Hatimu, Berdoalah ~ (Sempena Hari Arafah)




لَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ
إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
Labbaikallahumma Labbaik

Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik
Innalhamda Wan Ni’mata
Laka Wal Mulk
Laa Syarikalak


Aku memenuhi panggilanMu ya Allah aku memenuhi panggilanMu. 
Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu. 
Sesungguhnya pujian dan nikmat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu

Di Arafah waktu Asar pada 9 Zulhijjah 1438H (21 Ogos 2018) hingga ke Maghrib pada tarikh 10 Zulhijjah 1438H (22 Ogos 2018) itu dikira waktu ARAFAH. Inilah waktu paling mustajab untuk berdoa. Tarikh di Malaysia adalah pada 21 Ogos 2018 kira-kira pada jam 8.48 malam hingga 11.30 malam. 

Umat Islam disunatkan membaca doa sepanjang waktu ini walau di mana sahaja mereka berada. Padang Arafah adalah tempat semua Jemaah Haji berkumpul sebagai simbolik dan lambang Padang Mahsyar. Allahuakbar.

Moga Allah SWT memakbulkan segala doa-doa kita semua. Antara doa yang selalu menyebabkan hatiku lembut untuk menangis adalah bait-bait doa ini, marilah sama-sama baca dan hayati. 

Berdoa sepenuh hati. Mengulangi doa yang sama juga tidak mengapa. Jika mahu menangis, menangislah sepuas hati. Minta pada Allah bersungguh-sungguh supaya Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita, ibu bapa kita, anak isteri kita, semua kaum keluarga kita, kawan-kawan kita dan semua orang-orang Islam.

Bismillahirrohmannirrohim..

Wahai Allah tuhan kami,

Ampunkanlah dosa-dosa kami semua, ampunkanlah dosa mak ayah kami. Ampunkan dosa mak ayah kami andaikata ada dalam hidup mereka, mereka pernah tinggalkan solat, kau ampunkanlah dosa mereka.

Wahai Allah tuhan kami,

Kami pernah dengar ada mak ayah yang ditakdirkan masuk neraka tetapi disebabkan doa anak mereka yang soleh engkau selamatkan mereka dan kau masukkan mereka dalam syurga. Wahai Allah, kami bukan anak soleh tapi kami nak jadi mak ayah kami masuk syurga.

Ya Allah tuhan kami,

Ampunkanlah dosa kami semua. Ampunkan dosa kami semua orang Islam dalam dunia ini.

Wahai Allah tuhan kami,

Hidup kami berlalu hari demi hari. Setiap nikmat kau dan kebaikan yang diberi kepada kami tak henti-henti tetapi wahai Allah betapa zalimnya kami, kami telah jauh dari perintah-perintahMu.

Ya Allah,

Ampunkanlah dosa-dosa kami semua. Berilah kami hati yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kau beri kepada kami.

Wahai Allah tuhan kami,

Tiada tuhan melainkan kau yang tidak berhenti-henti berbuat baik pada kami. Maafkanlah kami semua, maafkanlah kami semua, kami bertaubat atas segala dosa kami, kami benar-benar bertaubat.

Wahai Allah tuhan kami,

Kami tahu tiada yang menyayangi kami lebih dari kau sayang kami. Kami tahu tiada siapa kasih kami lebih daripada Engkau ya Allah. Tapi kami begitu berdosa zalim, dalam hati kami, kami tak tahu sama ada kami mampu paksa hati kami untuk datang dan ingat padaMu. Bantulah kami, hati kami keras dan sombong. Belum benar mencintaiMu dengan sebenarnya.

Sedangkan telah habis separuh hidup kami, terlalu banyak nikmat kau beri pada kami. Kami malu, entah berapa masa lagi kami perlukan untuk benar cinta padaMu. Belum benar dekat padaMu. Berilah kami cinta sayang rindu dekat padaMu seperti Rasulullah saw dan para sahabah rhum. Hadiahkan kepada kami sebelum kami mati. Hadiahkan kami ya Allah.

Ya Allah,

Berilah ikhlas dalam amalan kami. Berilah ikhlas dalam amalan kami. Berilah ikhlas dalam amalan kami.

Ya Allah,

Maafkanlah kami seandainya ada amalan kami tak ikhlas. Janganlah kau tolak amalan kami.

Wahai Allah,

Sedikit sangat amalan kami. Dalam hati kami masih ada riak kibir takabur. Bersihkan diri kami ya Allah. Bersihkanlah kami ya Allah. Bersihkanlah kami ya Allah. Bersihkan dan sucikanlah hati kami.

Wahai Allah yang Maha Mendengar dan Maha Pengasih,

Jangan biarkan kami lagi, tolonglah kami semua, kami tak tahu nak buat apa. Tolonglah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tak nak hidup dengan lalai, hati yang mati, hilang kelazatan dan roh amalan agama. Kami nak sebut namaMu dengan manis, dengan nikmat, kami tak nak hidup dengan maksiat. Ya Allah selamatkanlah kami, kami sedih lihat manusia mati tanpa agama.

Ya Allah,

Macam mana kami nak jumpaMu dalam keadaan begini. Kami rindu nak jumpa dan berterima kasih padaMu. Bagaimana kami nak jumpa Nabi kami, Bagaimana kami nak jumpa Nabi kami? Nabi saw yang kami kasihi bergadai nyawa untuk redhaMu, untuk agama ini, isteri dan anak Nabi saw susah demi agama ini. Lapar, sakit, susah , derita dan mati demi agama Islam sampai pada kami.

Kami tak buat apa-apa untuk agama ini, kami tidur lena, makan sedap, manusia mati tanpa Islam. Orang Islam jauh dari amalan Islam. Kami tidur lena makan sedap sedangkan saudara kami di Palestin, Syria di seluruh dunia dalam kesusahan dan kelaparan.

Ya Allah,

Selamatkanlah semua saudara kami diseluruh dunia.

Ya Allah,

Campakkanlah kasih sayang di kalangan kami semua, janganlah kami bergaduh sesama sendiri, berilah rasa cinta dan sayang di kalangan manusia di seluruh dunia. Berilah rasa cinta dan sayang sesama suami isteri, rasa cinta dan sayang sesama anak dan ibubapa, rasa cinta dan sayang kepada adik beradik dan semua ahli keluarga.

Ya Allah,

Fitnah atas agama ini datang satu demi satu, dakyah pendakyah datang bertalu-talu, tapi kami orang Islam tinggalkan dam tak bersungguh atas kerja dakwah ini. Maafkanlah kami.

Ya Allah,

Ramai anak muda kami sedang habiskan hidup mereka dengan dosa dan maksiat. Ya Allah tunjukkanlah apa patut kami buat. Berilah ilham dan kekuatan, apa yang patut kami semua buat. Tunjukkanlah, selamatkan semua anak muda kami.

Ya Allah,

Anak-anak dan keturunan zuriat kami kau selamatkanlah. Kami mati hari ini, tak tahu apa nasib mereka. Jadikanlah anak kami daie yang bawa Islam ini ke seluruh dunia. Selamatkanlah isteri dan anak-anak yang kami amat sayangi dan cintai, selamatkanlah ya Allah. Jagalah agama mereka, pilih mereka hidupkan islam ke seluruh dunia.

Ya Allah,

Satukanlah hati orang Islam. Letakkan rasa cinta dan sayang sesama kami dalam membangunkan Islam.

Ya Allah,

Kami tidur lena, kami tidur lena sedangkan manusia mati tanpa kenalMu ya Allah.

Wahai Allah,

Ampunkanlah dosa kami semua. Dosa kami paling besar ialah kami belum benar-benar mencintaiMu dengan sebenarnya-benarnya. Belum cinta Nabi saw yang telah korbankan segalanya, kami benar-benar nak cinta padaMu, nak cinta Nabi saw, hadiahkanlah kami ya Allah.

Ya Allah,

Ampunkan kami semua, kami masih belum kasih saudara seperti kami kasih diri kami sendiri, tak sempurna iman kami jika tak kasih saudara kami seperti kami kasih diri sendiri. Ya Allah, ampunkan kami, pimpin kami untuk sayang manusia yang lain keranaMu, hadiahkan cinta dan sayang penduduk Madinah pada zaman Rasulullah SAW, sanggup mati demi beri air pada orang lain.

Ya Allah,

Kasihilah semua saudara kami. Kami kasih mereka keranaMu, hanya keranaMu.

Ya Allah,

Kami cuma nak redhaMu. Itulah segalanya dalam hidup kami. Redhalah ke atas ibubapa yang kami cintai. Redhalah ke atas isteri kami sayangi, suami kami. Redhalah ke atas semua orang Islam. Pimpinlah dan jagalah mereka untuk kami, peliharalah mereka, kami benar sayang pada mereka kerana Islam yang kau beri pada kami.

Ya Allah,

Mana-mana hambaMu yang jauh dariMu, dekatkanlah ya Allah. Mana orang masih belum solat dan ada yang tak pernah solat berilah mereka jadi orang jaga solat, selamatkan kami semua. Yang belum tutup aurat berilah dapat tutup aurat, yang belum sedar dan masih buat dosa berilah taufik untuk bertaubat.

Ya Allah,

Seperti kau selamatkan kami dulu, kau beri belajar mengenalMu, itulah perkara terindah dalam hidup kami. Selamatkanlah semua saudara-mara kami. Selamatkanlah semua manusia dalam dunia ini.

Ya Allah,

Hidup kami semakin berlalu, tapi kami belum bertambah dekat denganMu. Selamatkanlah kami. Selamatkanlah kami. Berilah keajaibanMu dalam hidup kami. Berilah rasa cinta dan rasa syukur dalam setiap ahli keluarga kami. Supaya kami benar mencintai dan memimpin setiap ahli keluarga kami ke syurgaMu.

Ya Allah,

Janganlah orang Islam ini bergaduh sesama sendiri. Kami semua tak untung, yang untung syaitan. Dan orang bukan Islam semakin tak faham Islam. Maafkanlah kami semua.

Ya Allah,

Kami pohon jika ada di antara saudara kami yang sakit kau sembuhkanlah, ya Allah jika antara kami ada yang diuji dengan musibah dan kesedihan, kau bukalah jalan keluar dan berilah bahagia dalam hati mereka.

Ya Allah,

Antara kami ada yang lapar dan susah. Penuhilah keperluan mereka dan cukupkan rezeki buat mereka. Di antara kami ada yang baru diuji dengan berita kesedihan, ya Allah ubatilah kesedihan mereka. Ya Allah antara kami ada yang ada masalah rumahtangga, kau berilah mereka cinta dan bahagia sampai syurga. Di antara kami ada yang hidup sebatang kara, berilah keluarga dan rasa kekeluargaan itu dengan orang Islam yang membantu.

Ya Allah,

Ada muallaf yang kehilangan keluarga, kau lembutkan hati keluarga mereka untuk menerima mereka. Jadikan kami semua keluarga mereka. Ada antara kami sedang berjuang di jalanMu, pelihara isteri dan anak mereka serta harta mereka.

Ya Allah,

Antara kami ada ulama dan pemimpin yang ikhlas berkati perjuangan mereka, cukupkan rezeki panjangkan umur dan pelihara anak isteri mereka. Berkati mereka atas ilmu dan pimpinan mereka dan doa mereka.

Ya Allah,

Ada antara kami ingin pekerjaan, jodoh, dan anak, kau kurniakanlah ya Allah. Jangan biarkan kami sendirian. Berkati kami dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mata dan saham di akhirat sana.

Ya Allah,

Selamatkanlah kami dari Fitnah Dajjal. Selamatkanlah kami dari azab kubur dan azab api neraka. Ya Rabb, selamatkan kami dari kemunafikan. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.

Ya Allah,

Berikan kami kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga kami dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Ya Allah,

Izinkan kami semua menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput oleh Mu.

Ya Allah,

Kurniakanlah pada kami kematian yang diberkati. Izinkan kami mengucapkan syahadah sebelum kami menghembuskan nafas terakhir.  Kurniakanlah pada kami Syafaat Rasulullah (SAW)

Ya Allah,

Ada 7 bilion manusia belum kenalMu. Berilah mereka dapat kenalMu. Beri hidayat orang amerika dapat Islam, beri islam pada orang Korea, Russia, brazil, Perancis, China, Jepun, Afrika, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, pulau-pulau di Indonesia, semua penduduk Malaysia dan seluruh dunia sampai kiamat. Berilah setiap orang dapat kenalMu. Ya Allah sayangilah dan kasihilah mereka..

Terimalah kami semua dapat bertemu denganMu ya Allah. Hanya Redha dan keampunanMu yang kami harapkan. Berilah kami dapat bertemu dengan Rasulullah SAW, Khadijah ra, Zainab, Ruqaiyah, Ummu Kalthum, Fatimah rhum.., Abu Bakr ra, Umar ra, Usman ra, Ali ra, Hassan dan Hussain rhum. Terimalah kami semua..

Esok kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha, diucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua.


Friday, July 13, 2018

Friends For Benefits?? Anyone interested?



Assalamualaykum everyone!


Happy Friday! Have a Baraqah Friday, my favourite day of all.

I wanted to express my feeling to someone, but I was wrong. I don't have anyone that I can trust to speak about it. That’s why I wrote in this platform. Writing is much more easy than speak.

I was wrong again as I would be crazy to choose human over Allah. I should ask Allah first before I figure out who should I speak to. Right?

Well, I do have a lot messy on my plate. But compared to me, I know someone who always have something to share too. To be honest, when I listen to her story I feel more grateful than before. This is because she has a lot of complaint, when I know that she has everything that I don’t possess. She keep complaint about her family, her job, her boring life when the husband not around, her boring work when she got paid very high, her fierce mother and father who always ask for money, her siblings who is not helping and many more.

To start off, we used to work in the same office. We became really closed because of that. But recently, we both change our job. We’re now working in a different office, but she never fails to WA (WhatsApp) me with the same stories. Not that I’m bored, but I do find it really strange.

I would think of her as one of my best-friend as we shared a lot. We cried and happy for each other. We understand each other. We also went holiday together. I was with her when she had a tough time, I was with her through her marriage journey. I know her husband, I’m the one and only friend who came to his husband’s kampong and met his family. We took a lot of pictures together. But surprisingly, when I scroll into her IG (Instagram) I couldn’t find any picture of me.

When we separated, we start to follow each other in social media. That is how I can scroll her IG. Before this, both of us are on private mode. We never follow each other in social media while working together as we afraid of others will spying on us. Hahaha.

Well, I didn’t ask her but it took me by surprised. Not that I’m offended as she didn’t keep my picture in her IG where I put a lot of our picture together. But it makes me thinking, who am I to her?

I know her whole story, I know she has friends who always took advantage on her, used her for their own good. She always feel sad by the way they treated her.

Despite of being treated like sh**, she still hang-out with these people. She even invited them for makan-makan raya, purposely cooked for them, going shopping, karaoke some more together. When I ask her why she did that, she tell me that they were just her friends for benefits. She wanted to do the same to them. She wanted to used them and have fun whenever she get bored. I wasn’t agreed to this. I always remind her, you only hurting yourself all over again. If you can’t handle it, please stay away from those people.

I just can’t understand that there are some people who choose to be like that. She’s one of it. Just because she wanted to be in the circle of people who perceive to be FUN. Those people whose living like a celebrity wanna be. Baju raya always from a designer’s collection, IG full of FUN time pictures. Always talk about fashion, make-up, really follows trends, always look stylish, went for concert, theatre, carry branded item, have a great place for vacation, this and that.

#bff #lovelyfriends #greattime #greatfriends #girltime #girlfriends

And whenever she post picture with her ‘high-level’ friends, she always put hashtag of #bff #lovelyfriends #greattime #greatfriends #girltime #girlfriends and their picture are all over her IG. She did told me that her friends never post or tag her picture in their IG, not even double tab (like) her picture like I did all the time. Now, I understand why she did the same to me. Because I am her friends for benefits too?? Am I right??

A bit sad to find out there’s something like this. But I won’t do the same to her. I’m sincerely wants to be her friend and being a listener to her story. I just feel a bit sad for her. Whether I’m her friends for benefits or whatever they called it. I’m just grateful enough that I don’t have to be fake just to makes friends with others.


Dear ma friends, I hope you will realize someday. I’ll never feel tired to remind you about this (sometimes I feel I want to slap you). 


Stop hurting yourself. Have pride and move on with your life. You have so many things to be thankful to Allah. Look at the bright side, Allah gave you everything you need without you noticed. Don’t forget that.


I won’t go anywhere. I’ll be here, if you need (want to use) me.

“Be genuinely interested in everyone you meet and everyone you meet will be genuinely interested in you” - Rasheed Ogunlaru.

Wednesday, July 11, 2018

Slim Project Begins - Step 1 : Betulkan Niat (Nawaitu)


Assalamualaykum wbt..

Sempena pasca-raya ni, berat badan dan spare-tyre makin bertambah menjadi-jadi. Untunglah bila dengar ada orang boleh turun berat badan di musim perayaan ni..derrr!

Plus, macam - macam yang jadi kebelakangan ni. Faktor gaya hidup yang busy, balik malam, makan lewat malam tu jadi rutin (supper kononnya). As a result, apa lagi naiklah berat badan tu!

Sebenarnya, nak start tu senang je. Tapi nak kekalkan momentum dan semangat tu yang sukar! Siapa rasa dia sama macam Iolls? Say I!!

Tetapi, tiba-tiba hari ni rasa berkobar-kobar nak menurunkan berat badan. Siapa nak join kempen kuruskan badan dengan aku? Say I!!! Say it la, baru ada geng!

Sebenarnya, ilmu nak kuruskan badan tu dah ada cuma nak start and continue tulah challenge nya!

Ok, mula-mula sekali kita mesti set target untuk kurus!
Kena ada clear goal and target baru boleh set time and action. Ni sebenarnya nak tolong orang-orang yang memang susah nak control habits and susah nak istiqamah, macam aku! kejap je semangat, pastu dah ilang. Tak nak macam tu, kita kena ade high determination, clear goal baru boleh capai matlamat kurus tu. Niat kena betul.

Jom betulkan kembali niat kita

Nawaitu kurus........Lillahi ta'ala. (hahaha..gurau je). 
Niat tu masing-masing, tapi mestilah tidak bertentangan dengan syarak. Contoh nak kurus, supaya boleh tayang curve kan orang, nak buka aurat, boleh pakai baju ketat zaman jahiliyah atau sebagainya.

Astaghfirullahala'zim

Ok. Dah betulkan niat, kemudian set kan target berapa kgs and berapa lama masa yang akan diambil. Masa kena realistic sikitlah. Nanti tak tercapai kecewa menangis kat bucu katil pulak.

Ni step pertama yang aku dapat masa mengikuti Seminar JK1M bersama Coach Kevin Zahri. Sepagian bersama mereka-mereka yang ada matlamat yang sama iaitu untuk menurunkan berat badan, untuk kembali aktif dan mengamalkan hidup yang sihat. Semangat dia lain macam. Ok, jujur aku terkejut jugak sebab ramai lagi yang bersaiz besar tapi tak malu untuk berubah, bergerak, bersenam walaupun dengan keadaan yang mencabar. Ok, Nak tayang gambar sikitlah, nanti korang tak percaya pulak.

Cer teka, aku yang mana??

Balik dari seminar tu, mulahlah berjinak-jinak dengan muscle pain, muscle sore, term-term yang seangkatan dengannya. Sakit-sakit sedap bak kata Coach Kevin. Sebenarnya sebelum pergi seminar tu memang kena get ready mental and physical and be positive!

Kalau korang nak tahu, sebelum ni bermacam-macam cara aku dah cuba untuk kurus. Dari pelbagai produk kurus (jus kurus, teh kurus, susu kurus, protein shake, pill kurus, krim kurus, korset kurus, serbuk telan-telan (stem-cell jadah), tablet kemam-kemam dan pelbagai cara lagilah). Berhabis cuba macam-macam. Pantang dengar ada produk baru, semua nak cuba. Dari yang murah ke mahal. Rasanya paling mahal beli food replacement (malas nak cakap nanti kena kecam). Concept dia, jangan makan karbo dan benda-benda lain, gantikan dengan shake tu je. Ok, memang la kurus. Tapi tahan ke orang melayu makan benda tu je selalu? Sampai ada satu fasa tu, satu hari tu memang kena ambil benda tu je. Muntah hijau kot hari-hari. Hahaha.

So ape lagi, aku terus stop consume sebab tak relevan untuk long term.

Aku pun kembali ke jalan yang benar, aku nak kurus yang natural. Actually, bukan nak kurus pun. Tapi nak tukar gaya-hidup yang sihat. Diet ni bukan untuk sehari dua. Ianya adalah life-style. That's why aku join JK1M program. Ni bukan sebab nak promote program tu pun tapi nak share pengalaman aku je. Mungkin ada orang yang sedang mencari-cari jalan untuk kurus, jadi jom kurus sama-sama!

Nak tahu lebih lanjut? Tunggu next post K!

Nak baca my previous post about How to Eat for a Flat Belly - Mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Click here.

Tuesday, July 3, 2018

Hati Yang Kesedihan


Assalamualaikum wbt kepada semua.

Lama tak coretkan sesuatu di sini, kerana agak 'busy'. Tetapi oleh kerana seorang sahabat saya baru menceritakan perihal dirinya yang tiba-tiba dilanda kesedihan. Bersedih dan murung tanpa sebab di tengah - tengah kemeriahan sambutan Hari Raya yang lalu menyebabkan saya perlu coretkan sesuatu! 

Pernahkan anda merasakan hari anda seolah-olah macam tidak kena?

Rasa yang menyebabkan kita tidak selesa, rasa tidak lepas dan tidak puas bila melakukan sesuatu. Semuanya berasa hambar dan tawar. Seperti tiada kepuasan dalam hidup. Seperti nak menangis, nak menjerit dan nak bersembunyi dari semua perkara yang biasa kita lakukan.

Kita juga selalu mudah untuk rasa terluka dan berkecil hati dengan orang-orang dan suasana sekeliling. Rasa seperti kita tidak difahami dan merasa sentiasa bernasib malang.

Itulah yang dialami oleh sahabat saya itu. Melihatkan dirinya, tiada apa yang kurang. Punya keluarga yang lengkap. Punya ada Ayah dan Ibu, Suami yang menyayangi, Kawan-kawan yang ramai, keluarga mertua yang baik. Apa lagi yang kurang?

Lantas, saya boleh buat kesimpulan, semuanya berpunca daripada hati yang tidak tenang.

Apakah sebenarnya yang menyumbang kepada hati tidak tenang dan perasaan-perasaan yang menyesakkan ini?

[ Ini adalah pembacaan saya dari page ini ]


1. Hati Tidak Tenang Kerana Tidak Memaafkan Atau Sukar Memaafkan

Kadang hati kita tak tenang dan terus-terusan terluka sebab kita terlalu sukar untuk memafkan.

Cuba perhatikan aliran air. Apa jadi kalau sesuatu terkumpul dan bertakung terlalu lama? Air tak dapat mengalir lancar, jadi keruh dan kotor.

Begitu juga hati.

Kita terlalu sukar nak memaafkan, dan benda tu jadi benci, jadi dendam dalam hati. Maka hati kita pun kotor, sebab kita tak dapat lihat hikmah dan kebaikan dalam memaafkan.

Nah, itulah puncanya hati tidak tenang.

Apa yang harus kita buat?

Maafkanlah.

Sememangnya kemaafan tak dapat mengubah apa yang jadi, tapi sekurang-kurangnya ia membukan jalan kepada sesuatu yang baik untuk masa hadapan, membuka hati kita sekurang-kurangnya untuk melihat hikmah, untuk tidak bersangka buruk dan mengajar hati menjadi lembut dan baik.

There’s a lot of beauty things in this world.

You will not be able to see it if you fulfill your heart with anger and hatred. To see ugliness in others people is the reflection of the ugliness in our own heart.

Ketika diri dibenci dan dilukai, tanyalah kembali kepada diri ; kepada apa kita bergantung harap? Kepada apa kita terikat? Jika jawapan kita adalah Allah, inshaAllah, kita akan tenang, dan menyerahkan kembali hal kelukaan hati kita kepada DIA.

Seek the higher healer, carilah penawar terbaik daripada yang paling tinggi, Allah. Dan maafkanlah sesama manusia, supaya hati kita tidak tenat dan membuka ruang lain untuk kebahagiaan.

Love with all of your heart, but depend only on Allah


2. Menggunakan Sesuatu Yang Haram Dan Tak Terfikir Tentangnya

Kadangkala kita terlepas pandang tentang perkara-perkara yang sebenarnya boleh menjadi haram didalam kehidupan seharian kita.

Ya, memang kita amat sensitif dalam bab menjaga soal halal haram makanan kita, tetapi adakah kita peka dengan haram-haram yang lain?

Salah satu contoh yang paling senang dan terbaru dalam kehidupan masyarakat kita ini, adalah ramai diantara kita menggunakan simkad ghost, iaitu simkad yang dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk membolehkan kita menggunakan internet dari telco di negara kita, secara percuma dan unlimited.

Secara bahasa ringkasnya, simkad ghost ini ‘mencuri’ data dari pihak telco (celcom, maxis, digi). Jadi, apa masalahnya?

Masalahnya, ramai diantara kita secara sedar dan tidak sedar bahawa perbuatan ini haram (data internet curi) dan secara gembiranya melayari internet tanpa had.

Oleh itu bagaimana kita hendak mengharapkan hati kita tenang bila menggunakan perkara yang haram?

Sebenarnya perkara-perkara seperti inilah membawa kepada ketidaktenangan hati dan keresahan jiwa, serta menyekat limpahan rezeki kepada kita.

Mungkin kita boleh berjimat dengan membeli simkad ghost ini, tetapi adakah ia berbaloi untuk kita kehilangan ketenangan hati yang mahal harganya? Bahkan menghalang kita dari mendapat rezeki-rezeki. yang lain

Ini adalah satu contoh. Banyak lagi contoh-contoh lain lagi yang membawa kepada haram dan syubahah.

Apa yang harus kita buat?

Elakkan benda yang syubahah dan haram.

Sentiasalah berfikir panjang sebelum melibatkan diri kita dalam satu-satu perkara. Fikirkan darimana sumbernya, bagaimana ia berfungsi dan adakah ia selari dengan kehendak syariah?

Sentiasa sematkan dalam fikiran, “Jika aku buat ini, adakah Allah redha dengan perbuatan aku ini?”

InsyaaAllah jika kita sentiasa menjaga soal halal-haram ini, Allah akan menganugerahkan kenikmatan ketenangan hati yang tidak terhingga kepada kita.

Sebab tiada apa yang lebih bernilai didalam dunia ini melainkan mempunyai hati yang tenang.

Jadi mulai sekarang, sila audit setiap apa yang kita gunakan, skim pelaburan yang kita ceburi, dan setiap perbuatan kita – adakah ia mempunyai unsur haram?

Semoga Allah membantu kita membersihkan kita dari segala yang haram.


3. Hati Tidak Tenang Kerana Selalu Melambatkan-Lambatkan Solat

*Pukul berapa biasa kita bangun solat subuh?*

Tepat pada waktu atau pagi sudah terang? Atau langsung terlepas solat subuh?

– maaf atas soalan cepumas diatas

Kadang-kadang kita tidak perasan dan tidak sedar, ada perkara-perkara kecil yang kita buat menyebabkan hidup kita musnah seharian. Jiwa tidak tenang dan selalu rasa susah hati.

Ini kerana kita melakukan dosa-dosa yang dianggap remeh dan kecil sedangkan dosa adalah tetap dosa. Tetap ditulis oleh Malaikat sebagai amalan buruk yang akan dibalas dengan hukuman yang setimpal oleh Allah s.w.t.

Apa yang harus kita buat?

Kita tidak sedar, rasa susah hati, jiwa tidak tenang, hidup kelam kabut, kerja selalu tidak menjadi, selalu kena marah adalah sebagai hukuman kepada kita yang memandang remeh kepada setiap dosa yang dilakukan.

Oleh itu mulai sekarang: 
  • Solat diawal waktu 
  • Berjamaah (dimasjid bagi lelaki) 
  • Jangan solat terburu-buru. Ambil masa untuk solat dengan tertib dan sempurna. 
  • Berdoa 
  • Jaga solat subuh! 



4. Hati Tidak Tenang Kerana Tidak Membaca Al-Quran Lebih Dari 3 Hari 

“Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” ( QS Ar Ra’d : 28 )

Orang yang selalu mengingati Allah biasanya tidak pernah terlepas masa untuk membaca Al-Quran. Walau sesibuk mana pun dia, dia tetap mengambil masa untuk membaca Kalam Allah ini.

Apa yang harus kita buat?

Murabbi Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan supaya jangan tinggalkan membaca Al-Quran melebihi 3 hari walaupun kita sangat sibuk.

Al-Quran bukan untuk sekadar dibaca dan didengarkan. Tapi juga untuk diamalkan.

Kebanyakan dari kita, Al-Quran hanya sekadar didengar oleh telinga, padahal yang sebenarnya harus dihayati maknanya sehingga sampai ke hati.

Kerana antara manfaat yamg besar dari membaca Quran itu ada dua, kalau tidak untuk menenangkan hati, ia akan menjadi penawar untuk mengubati.


5. Terlampau Berkira Dan Kedekut

Jangan pernah kita terlampau berkira dalam kehidupan kita.

Percaya atau tidak, orang yang kedekut serta berkira ini rezekinya sempit dan hatinya selalu tidak tenang.

Pernah ada seorang kenalan saya meluahkan perasaannya bahawa dia berasa hidupnya malang kerana barang-barangnya selalu hilang dan rosak. Malah penyakit selalu datang bertimpa-timpa kepadanya sehingga selalu keluar masuk hospital.

Hatinya rasa tidak tenteram memikirkan masalah selalu menjengah kepadanya.

Saya hanya mendiamkan diri.

Sebenarnya dia seorang yang amat berkira dalam segala hal. Berkira dalam membuat kerja, kedekut dan selalu beranggapan bahawa dia akan rugi jika menolong orang lain kerana belum tentu menolongnya lagi.

Berbeza pula dengan kenalan saya yang seorang lagi, dia sangat pemurah (suka bersedekah / memberi hadiah) dan suka membantu orang lain.

Apa yang saya perhatikan, hidupnya cukup gembira dan senyuman sentiasa mengukir. Kelihatan jelas ketenangan diwajahnya, suka untuk melihat wajahnya.

Pernah semasa kami berbual-bual, dia mengatakan dia berasa tenang bila dapat bersedekah. Mungkin amalan sedekah ini salah satu kunci untuk mendapat hati yang tenang?

InsyaaAllah.

* Mungkin tidak adil saya menilai orang lain dari perspektif saya, namun apa yang saya dapat perhatikan, orang yang terlalu berkira dan kedekut ini bukan sahaja kurang disenangi sesama manusia, bahkan sentiasa mengalami masalah.

Melakukan kebajikan bukannya bermaksud kena ‘memberi sesuatu’, bah kan ianya boleh datang dalam bentuk yang pelbagai. Antaranya ialah melakukan kebajikan dengan bersikap menyenangkan hati orang lain.

Apa yang harus kita buat?

Buangkan sikap negatif dalam diri kita. Mudahkan untuk menolong orang lain, sentiasa senyum dan jangan kedekut untuk mengeluarkan sedekah.

Kerana kita kena yakin setiap kebaikan yang kita buat itu akan dibalas oleh Allah dengan beribu-ribu kebaikan dan rasa hati yang tenang.


Manusia yang kaya dan beruntung sebenarnya adalah mereka yang memiliki hati yang tenang dan lapang.

Sebenarnya kita selalu lupa bahawa hati kita itu Allah yang pegang. Dan lupa bahawa rasa ketenangan itu Allah lah yang berkuasa mencampakkan ke dalam hati kita.

Kita selalu beranggapan bahawa kita akan gembira bila mendapat apa yang kita mahukan.

Tapi sebenarnya kita silap.

Gembira sahaja tidak cukup tanpa hati yang tenang. Hati yang tenang akan menjadikan kita aman dan sentiasa lapang walaupun mempunyai banyak kekurangan dan masalah.

Sedangkankan rasa gembira itu hanya bersifat sementara.

Dan kunci ketenangan hati adalah dengan menjaga hubungan dengan Allah diikuti dengan menjaga hubungan dengan manusia yang lain.

Wallahua'lam. Semoga bermanfaat.