Showing posts with label Secret Writer. Show all posts
Showing posts with label Secret Writer. Show all posts

Wednesday, April 8, 2020

Curhat ~ Versi Lockdown aka RMO/PKP

Hi everything! (nak jugak!)
Assalamualaikum wbt..



Rindunya nak menulis, dah lama tak menulis sesuatu yang keluar dari kepala ni. Lama dah tak tulis cerita hantu, cerita cerpen, cerita macam-macam lah dan dah lama dah tak menjengah Fiksyen Sasha. Untuk yang tak tahu, aku salah seorang penulis yang hantar cerita kat Fiksyen Shasha, cuma kadang - kadang rasa dah tak best sebab kebanyakkan penulis lain yang menghantar karya tu tak mengikut spesifikasi penulisan. Ada yang penceritaan tunggang - langgang, ada yang macam copy paste cerita orang, ada yang macam tiada teknik penulisan pun ada. 

Bukan nak menjatuhkan karya orang lain, cuma mungkin aku dah kurang minat menulis di situ kerana tiada siapa pun menghargai pengolahan bahasa yang aku gunakan dalam penulisanku. Kebanyakkan pembaca mungkin ingin membaca dengan santai sahaja. Aku tak rasa ada team FS yang menyemak karya-karya yang dihantar sebelum diterbitkan di blog mereka. Dulu mungkin ya. Buktinya, ada pihak penerbitan telah menghubungi aku dan beberapa penulis lain untuk menerbitkan karya kami. Sebenarnya jika kita membaca sesuatu karya yang ada gaya penulisan yang betul, jalan penceritaan yang tersusun, cerita itu lebih melekat di hati pembaca. Semua tu ada teknik, bukan boleh main taram je. Hasilnya, menyakitkan hati la bila baca. Apalah penulis ni, tadi cerita pasal lain, ni pasal lain pulak. ada sesiapa tak rindu cerita Iolls? hahaha..



Sekarang di masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni kita duduk rumah, bekerja dari rumah, beraktiviti hanya di rumah. Inilah masanya nak menulis, tapi malangnya tiada idea pulak bertandang. haha. Jadinya, kita warm up dulu la tulis apa-apa yang kita boleh tulis ye.

Seriously, tak tahu mana nk cekau masa lagi..
dah masuk tahun 2020, semakin banyak lagi impian yang tak tercapai..

Benda paling penting, ideal weight pun tak tercapai lagi..haha..
Sahsiah pun tak sebaik mana lagi..
Jodoh pun entah sesat di mana lagi..

Masih stuck di area yang sama..
Sakit dan berubat.. entah berapa lama lagi pun tak tahu lah..
Agaknya sampai mati pun tak habis lagi..
Penat dah rasanya, tapi entahlah..

Mungkin belum masanya..

Tapi kalau difikirkan, dalam sakit-sakit tu sebenarnya banyak Allah dah bagi pada aku..
banyak sangat sampai lupa nak bersyukur.. Allahu..

Salah satunya, dulu memang teringin nak get involved dengan international mission for voluntarism, bukan senang nk dapat chance ni.. aku bukan selebriti yang orang nak panggil join the team. Tapi sekarang Allah dah bagi chance.. Go! do it! Tapi sekarang bising plak tak ada masa nk handle benda ni..


Dulu nak jadi active dengan buat aktiviti luar, tapi takda geng sebab kawan-kawan semua dah kawin kan.. tapi sekarang Allah dah bagi jalannya.. skang bising plak cakap, aduih tak ada masa la nk join sini-sana, serabut bila orang ajak aku join diorang pergi beraktiviti hiking la, zumba la, ape la, boleh tak jangan ajak! Tak da masa OK.


Dulu nk kerja yg tak bosan, kalau boleh tak nak duduk office je, now Allah dah bagi.. hambik kau! berapa kali kena travel every month? hadap la, bising plak kan..


Dulu nak ada business sendiri, bila dah ada tapi buat sekadar main-main cuma nak practice ELMU business yang dah belajar dulu.. Now Allah dah bagi peluang lagi sekali buat business betul-betul, go! do it! Tapi sekarang nak fokus pun dah tak boleh sebab dah busy dengan kerja dan macam-macam perkara.. korang boleh jengah la laman web kami www.sharifashifa.com


Dulu nak sangat ni kerja PETRONAS, I don't know about others. Tapi graduate sezaman aku dulu macam aku, rata-rata kalau dah grad target nk kerja PETRONAS.. haha.. ikutkan memang susah nak dapat sebab takda sesiapa kat sana (cable), result pun tak berapa brilliant compared to others masa tu.. now Allah bagi chance, sekarang pun kerja dalam industry yang sama, Oil & Gas dan sudah 2 kali dipanggil interview dengan PETRONAS.. cuma belum rezeki je lagi kot.. but still, it is something yang buat aku berfikir..


Macam mana entah dengan kehidupan aku ni..

Semua perkara yang aku pernah dan terfikir nak, semua Allah dah bagi.. Cuma bukan straight forward la macam orang lain. Maybe this is how Allah wants me to understand and learn. Learn from mistake and look back on what I have done. I may not done it perfectly, but I'm almost there.

SAKIT tu ujian, REZEKI pun ujian..

I try to take it in a positively way, even though sometimes it was really hard to make myself understand. But, pujuk diri.

Maybe sebab sakit itulah aku jadi macam sekarang.
Mungkin kalau aku tak sakit, aku takda la gelabah ayam, busy tak semene-mena macam sekarang, kalau boleh semua benda nak buat, sebab takut nanti dah tak sempat.. mungkin kalau tak sakit aku akan rileks je and buat apa yang aku suka je, tanpa fikir perkara lain, tanpa fikir orang lain.

Salah satu sebab aku join volunteerism dulu adalah sebab aku ni banyak problem, banyak issue, banyak complaint dengan life sendiri.

Aku just nak share, aku pernah depression! Yes, aku dah alaminya.. cuma mungkin belum tahap kritikal, Alhamdulillah.. aku selalu rasa nak menangis tak tentu arah. Selalunya menangis bila dalam kereta sorang-sorang on the way balik kerja sebab tiada sesiapa akan nampak, pernah jugak ter-menangis dlm LRT sampai orang lain perasan.. macam-macam rasa ada dalam hati ni, sampai nak pecah dada ni masa nangis tu.. kadang-kadang rasa nak tidur je tak nak fikir apa-apa.. pernah aku tidur half of the day, mata terlalu berat nak buka, kepala terlalu berat nak angkat.. dan ada ketika dah start dengar bisikan-bisikan halus, dah start rasa benci dengan diri sendiri.. hormone tak stabil, berat badan naik, muka breakout, rambut gugur, dan banyak lagi lah.. untung jugak kalau badan susut depression ni..huhu..tapi aku tak, makin naik adalah.. anyway, depression ni penyakit ye. Bila emosi kita dah tak stabil, terganggu, banyaklah perkara lain bersangkut-paut, syaitan pun senang nak singgah..

Dan ada antara orang yang aku kenali melaluinya juga. It's either you go through the phase or you call out for help. Always seek for help and support sebab tak semua orang boleh hadap sorang-sorang..

Then, bila Allah bukak minda and mata aku ni.. banyak sebenarnya nikmat yang Allah dah bagi.. and bila kita lihat orang yang lagi susah, lagi teruk keadaannya dari kita, kita akan lebih bersyukur.. sebenarnya membantu orang lain tu adalah membantu diri kita sendiri.. kita yang penjarakan emosi kita mengenang masa-masa sedih sedangkan banyak lagi perkara yang kita boleh buat dan manfaatkan. Cuba fikir, hidup ni sekali je. Takkan sepanjang hidup nak berduka, nak mengenang cerita lama, sedih pedih, nak lemas dalam keremukkan hati, move on la. Bende ni susah nak cakap, kena buat sendiri baru faham.


Tapi setiap orang tu, cara dia berbeza.. mungkin ni cara aku, but seriously, kalau you sense something wrong with your feeling, your mind.. kdang-kadang you tak sedar, tapi bersyukurlah kalau ada orang sekeliling you sedarkan.. seek for help, talk to someone you can trust.. please.. jangan sampai terlambat.. koyak hati ni dengar berita orang depression bunuh diri or bunuh orang.. it shouldn't get worst if you deal with it earlier.. if you stress/depress admit it, do not avoid it! face it! ada orang bila dia dah rasa tak boleh handle that situation tapi tetap ego nak buat juga, paksa diri tu hadap je and didn't seek help, lastly drowning on your own. Ada orang nk tunjuk dia kuat, tak nak orang tengok dia lemah minta bantuan, sedangkan dalam diri dia dah lost.. giving up! Macam aku cakap tadi, depression ni penyakit. Dan semua penyakit ada ubat kecuali MATI.

Your feeling, your thought is own by you. Aku and orang kat luar boleh bercakap je tapi you yang rasa semua tu. Satu je, selalu ingat Allah sentiasa ada. Even kita dah rasa jauh tersasar, balik semula ke tempat asal. Allah ada. Even rasa dunia ni kejam, and engkau sorang je yang asyik kena, yang jadi mangsa, please ingat Allah ada. Even kau rasa tak da sesiapa pun kt dunia ni faham kau, kau kena ingat, Allah ada. Jangan sampai you lost hope on life, then lost hope on Allah. Wa Nauzubillah. Allah Maha Besar, Allah Maha Mendengar. Talk to Him. Mengadu dengan DIA if you don’t have anyone else you think in this world. Ingat, Allah ada. Allah dengar. Cakap denganNya.

Kalau tak boleh nak solat, tak boleh nak mengaji. takpa, duduk diam-diam, bercakap dengan Allah, mengadu nasib kita pada Maha Pencipta.. kan Allah yang cipta kita.. Kadang-kadang orang depress ni kalau kita nasihat dia suruh solat, ingat Allah semua tu dia akan marah. Sebab apa? Tengah depress kan. Perasaan tu macam rasa aku ni teruk sangat ke or semudah itu ke nak settle problem? Kau cakap boleh la, bukan kau yang rase.. hah! geechieww..dah rase kan..

Oklah, kan dah meleret. Nak tulis sikit je asalnya.. hahaha..
Ok, untuk sesiapa yang terbaca ni dan rasa-rasanya tengah stress please do something to help yourself. Because this is your only life, and you need to manage it. Nobody can drive it but YOU. Di akhir nanti Allah tanya, apa yang kau buat dengan hidup kau? Semoga setiap kita ni beri manfaat pada Agama, dunia yang dikongsi dan juga pada makhluk lain.

Ok sebenarnya just nk ingatkan diri sendiri, esok dah start meal plan hoi.. kikiki.. hadap la!
PKP ada berbaki hari lagi, jangan balik office ni orang tak kenal dah, sebab bertambah saiz dari biasa! Asyik-asyik mengulang ke dapur je kerjanya kan!


Ok la semua, stay safe, stay at home, stay healthy during Covid-19 pandemic ni.. when you're out, make sure to wear facemask. Semoga semua kita berada dalam jagaan dan lindungan Allah SWT..
#stayhome #dudukrumah #covid19pandemic

Wednesday, February 19, 2020

Belasungkawa ~ Turut Berduka

Aku turut berduka atas berita kematian yang kita dengar baru-baru ini. 
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un


Melihatkan keluarga, anak isteri, sahabat handai yang kehilangan orang yang mereka sayang, amatlah perit. Antara kita juga mungkin ada yang dapat merasakan kesedihan andai kita juga pernah merasakan kehilangan orang yang kita sayang, tetapi ianya tak mungkin sama dengan apa yang mereka rasai ketika ini.

Aku mohon agar semua orang menghormati perasaan setiap dari kita. Biarlah sahabat-sahabat itu mengambil masa untuk menenangkan diri, mengimbau kenangan dengan menghantar status / post berkenaan sahabat baik mereka. Mereka bukan tak redha, tetapi cuma rindu. Kalau anda perasan, aku pun kerap menulis berkenaan Ayah, aku bukan tak redha, aku cuma mengimbau, cuma rindu. Bayangkan kita sudah tidak dapat menatap wajah orang yang kita sayang. Kita hantar mereka ke liang lahad untuk mereka meneruskan perjalanan mereka ke kampung abadi. Kita cuma akan dapat berjumpa mereka nanti di Syurga InsyaAllah. Allahu kita rindu. Hanya orang yang pernah kehilangan akan mengerti.

Sama juga dengan hubungan adik beradik. Kerap kali aku lihat netizen ni mempertikaikan status yang dimuat naik oleh sebuah keluarga di UK yang kehilangan ahli keluarga yang mereka sayang. Terlalu sayang. Harap netizen faham yang keluarga ini telah kehilangan anak, adik, pakcik yang mereka kasihi. Berilah ruang untuk mereka. Kalau tak suka, janganlah follow IG/FB mereka semata-mata ingin menulis ruangan komen dengan nada ingin mengingatkan mereka. Mereka tahu, mereka perlu waktu. Jagalah adab sesama kita.

Baru kelmarin, kita mendengar lagi berita kematian seorang selebriti. Selalunya selebriti lah yang kita ketahui kerana berita mereka memenuhi akbar. Aku sempat menonton video update pemakaman Allahyarham dari seberang. Wartawan berasak-asak mengambil gambar, gambar sugul, gambar ratapan, tangisan mereka. Adakah tiada sesiapa pun merasakan yang selebriti itu juga manusia biasa. Mereka perlu waktu untuk bertenang, bersedih dan bersendiri tanpa ada sesiapa pun menonton kerana itu bukan sinetron, itukan kisah hidupnya dia. Sedih rasanya.

Jesteru, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat orang-orang yang sudah pergi mendahului kita. Mari baca bersama, Bismillahirrohmanirrohim


Hari ini kita dengar berita kematian orang. Esok-esok berita kematian kita pula yang didengar.
Mati itu pasti. Noktah.

Sunday, December 22, 2019

Seorang Sharifah Tanpa Syed


Alhamdulillah, dapat lagi peluang menulis di blog sepi ini. This is like my therapy during hectic time. Funny is, I still got time to write something for myself and hopefully it would be helpful for others who is reading my blog, InsyaAllah.

Alhamdulillah, #throwback aku dan adik-beradikku telah duduk berkumpul bersama sempena Hari Raya AidilAdha yang lalu. Rezeki kami dapat berjumpa raya ini, setelah tidak dapat beraya bersama sewaktu Aidilfitri. Sementelahan kami duduk bersembang, keluarlah macam-macam cerita kenangan lama. Cerita masa kecil-kecil, cerita kelakar, cerita hantu, dan macam-macam cerita yang tak pernah didengar pun ada. kami masih beruntung punya ibu lagi untuk bertanya. Walaupun Ayah dah tiada, cerita-cerita ayah tetap kami ingat. Ayah seorang yang suka bercerita pada anak-anak. Selalu bagi tazkirah usai solat maghrib, bagi nasihat tiap kali talifon, dan bila petang-petang, kami suka duduk bersembang dan ayah akan bercerita kisah dia dulu kala, kisah keluarga, kisah masa dia muda-muda dan macam-macam cerita. Namun tetap ada sesuatu yang kami tak sempat bertanya lebih lanjut. Perkara penting dalam hidup kami, tentang nama, tentang susur galur kami.

Memang rugi, sebab waktu tu tak terfikir pula Ayah akan pergi secepat itu. Dan kasih sayang yang dicurah pada kami tidak membuatkan kami bersoal lebih tentang benda yang agak remeh pada kami.
Aku masih ingat, dan ianya juga terjadi pada setiap adik-beradikku yang lain. Bila memperkenalkan diri di sekolah, dalam kursus/ kem, di mana-mana. Lantas, orang akan bertanya.

Aku : "Sharifah ....... Binti .....( tanpa Syed) ......... (nama Ayah)"
Orang : "Sharifah, Al apa?" / "Kalau Sharifah, Syed apa?"
Orang : "Eh, biasa kalau nama Sharifah mesti binti Syed/Sheikh"

Setiap adik-beradik perempuanku mempunyai nama "Sarifah/Sharifah" di depan. Nama abangku bermula dengan "Wan" didepan, lagi la pelik. "Wan .......... (namanya) Bin (tanpa Syed/Wan) .......(nama Ayah". Sedangkan Ayah dan ibuku tidak membawa nama Syed/Sheikh mahupun Sharifah/Syarifah. Apatah lagi Wan atau Megat. Kadang-kala kami sudah lali dengan soalan yang tiada jawapan konkrit dari kami. Kami cuma pernah mendengar yang Ayah mendapat mimpi supaya menamakan kami dengan nama sedemikian. Alhamdulillah, walaupun begitu, nama-nama kami semua mempunyai maksud yang baik.

Ada apa dengan Nama?

Anda rasa, penting tak nama tu pada kehidupan kita? Of course la! Setiap kali orang memanggil nama kita yang baik, seolah-olah mendoakan kebaikkan juga. Sebab tu, kalau nama kita bermaksud buruk dan perkara tak elok, sebaiknya tukar dengan segera. It will effect our live as well. Pernah masa sekolah dahulu, di sekolah kami ada seorang murid yang punya nama bermaksud buruk / tidak elok. Tidak dipastikan adakah ayah ibunya tersalah pilih nama, atau ejaan namanya yang tersalah diletak dalam IC masa pendaftaran JPN. Namanya bermaksud salah satu nama Neraka (nauzubillah), maka cikgu pun suruh tukar dengan segera. Sebelum menukar nama, pelajar itu salah seorang remaja yang bermasalah. Namun, setelah namanya ditukar kepada makna yang baik, Alhamdulillah banyak perubahan dilihat pada akhlaknya. MasyaAllah, begitu penting nama bagi kita kan?

Ok, berbalik pada namaku. Seseorang itu tidak boleh menggunakan nama Syed / Sharifah jika bukan bernasab (berketuruan) dari susur galur Syed / Sharifah. Tapi yang pasti, tidak tertulis pun dalam perlembagaan. hahaha..So, everyone boleh je bubuh nama apa-apa sahaja. Sebab itu ada orang nama Tengku/ Puteri/ Raja/ Megat / Wan/ Nik bahkan Syed dan Sharifah tanpa ada sebab nasab. Tapi bagi orang yang berilmu, bukan sewenang-wenangnya boleh meletak pangkal nama dengan nama-nama seperti ini kerana gelaran ini sepatutnya berkait dengan keturunan dan susur galur keluarga masing-masing. Tak sempat nak kaji pasal nama-nama yang lain tapi memang ada penerangan tentang asal nama-nama gelaran ini.

Dari mana Syed / Sharifah ni? Dikatakan, Syed dan Sharifah adalah berketurunan Nabi Muhammad SAW dan merupakan golongan Ahlul Bait. Allahu, takut bila dengar tentang kenyataan ini. Besar tanggungjawab nak menjawab di akhirat nanti. Adakah benar mereka yang mengkaji ini punya susur galur dari nasab Rasul Mulia, Rasulullah SAW. Jangan main - main, besar dosanya mengaku punya nasab tapi sebenarnya tidak. Namun, golongan ini mungkin punya bukti dan kajian terhadap pengakuan mereka. Tambahan pula, kebanyakan golongan ini mempunyai salasilah keluarga sebagai bukti untuk menghubungkan keluarga mereka dengan cucunda Rasulullah SAW sekaligus dengan Rasulullah SAW sendiri. Wallahua'lam, aku bukan orang yang mengkaji hal nasab ini, aku pun tak tahu. Dan jangan bercakap perkara yang kita tak tahu.

Namun, ada juga golongan yang sangat taksub dengan susur galur ini sehingga menghinakan orang lain. Ada yang menentang perkahwinan yang bukan sekufu kerana bimbang tidak lagi dianggap mulia kerana tidak boleh menyambung nasab. Ada pula yang taksub sehingga lupa pada kewajipan kita sebagai makhluk biasa. Allahuakbar. Jadi, sedarlah wahai Syed dan Sharifah yang sebenarnya kamu tiadalah beza dengan mereka yang bukan Syed dan Sharifah melainkan jika kamu bertaqwa (takut) kepada Allah. Jadi tidak perlu dibezakan antara mereka yang Syed atau Sharifah dengan mereka yang bukan. Jangan dilarang perkahwinan antara keduanya dan jangan taksub kepada mereka kerana semua ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Tetapi mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah harus ingat yang mereka mesti berkelakuan sebagaimana yang selayaknya diperlakukan oleh seorang Muslim supaya kamu tidak memberi cemar kepada nama Ahlul Bait yang selama ini disanjung tinggi oleh seluruh umat Islam. Walau sesiapa pun kita, walau bukan golongan Syed/ Sharifah, kita mesti menjaga akhlak kerana kita adalah duta pada Agama kita. Akhlak baik yang kita tunjukkan akan membawa lebih ramai non-Muslim dekat dengan Islam. Setuju?

Ok, berbalik kepada cerita namaku. Diceritakan oleh orang-orang yang terdahulu. Bapa kepada Ayahku adalah berketurunan Mendailing, berasal dari tanah seberang (di mana? jangan tanya aku) Pernah dengar tak nama-nama seperti Harahap, Siregar, Nasution dan sebagainya. Bapa kepada ayahku iaitu Nenek - panggilan pada kami adalah bersusur galur dari Harahap dan Opahku (Ibu kepada Ayah) adalah bersusur galur dari Nasution. Diceritakan, kerabat Nenek ini berketurunan di Raja (jangan kata aku poyo pulak) namun kerana pertelingkahan keluarga (mungkin juga kerana peperangan kerana terdapat bukti sejarah telah berlaku peperangan menentang kaum bukan Islam orang Batak-Mendailing beragama Kristian yang berniat jahat terhadap orang - orang Mendailing asal yang pada keseluruhannya beragama Islam. (Perang Padri kalau tak silap namanya). Oleh kerana peristiwa itu, sebahagian mereka berhasil membawa diri dan merantau ke sini. Mereka ni saudagar, memang pandai berniaga. Sampai di sini, membuka tanah dan membuat kebun dan sawah. Nenekku seorang yang berharta. Sewaktu kecil Along (Kakakku yang sulong) pernah terlihat dan bermain-main dengan alat seperti cokmar berwarna emas di dalam bilik Nenek.  Ada juga yang berbentuk seperti cogan / logo juga berwarna emas. Yang ni aku pernah terjumpa sewaktu bermain-main dalam bilik Opah. Nenek telah meninggal dunia semasa aku lahir. Tak sempat aku nak mengenali Nenek. Tapi dia sangat rapat dan sayang pada Along kerana Along adalah cucu sulongnya. Al - Fatihah buat Nenek yang tak pernah ku kenal. Dikatakan Allayarham Nenek juga membawa gelaran Syed ini tetapi sudah tidak dipakai pada namanya. Kerana apa? Mungkin ingin memutuskan pertalian dengan keluarganya dari sana. Namun, aku pun tidak pasti. Bila tiba pada Ayah, aku tak pasti kenapa Ayah memakaikan kami gelaran itu kembali. Ayah pernah bercerita yang Ayah mendapatkan nama kesemua kami daripada mimpinya dan menamakan kami sedemikian rupa. Jadi aku pun bernama Sharifah ....... Binti .....( tanpa Syed) ......... (nama Ayah).

Setelah cerita itu berakhir di situ, kami melihat dari sudut yang berbeza pula. Kami menyelidiki susur galur keluarga sebelah ibuku pula. Ibuku punya darah keturunan dari tanah Arab. Allahyarham Atuk juga mirip orang Arab, tampan, tegap dan tinggi, kulit cerah kemerah-merahan, hidung mancung, anak mata coklat/kelabu. Diceritakan dahulu, Bapa Atukku adalah seorang saudagar Arab yang kaya, merantau ke tanah Melayu untuk berniaga dan berkeluarga. Dia juga punya keluarga di negara asal yang tidak pernah kami ketahui. Dia juga dikhabarkan punya keluarga lain di tanah seberang yang juga tidak pernah kami ketahui. Arwah moyang kami dikhabarkan hilang kerana diculik orang kerana beliau seorang yang kaya sehingga tidak pulang-pulang lagi menemui keluarganya lagi. Mungkin juga Arwah moyangku membawa nasab Syed/ Sheikh ini. Yang kami ketahui namanya cuma Hj Taib. Kehidupannya, peribadinya tidaklah diketahui kerana Atuk tidak pernah bercerita tentang Arwah bapanya itu. Cerita yang kami dengar adalah dari orang-orang yang terdekat yang lain. Ada juga paras rupa persis Arab turun pada Pak Cik dan Mak Cikku dan juga sepupu-sepupuku. Aku? Entahlah, mungkin ada sedikit.😅. (nak jugak)

Kesimpulannya, aku dah tak nak mencari lagi. Pencarian kami ini membuka pelbagai misteri, dari yang nyata kepada yang mistik. Pelbagai cabaran dan ujian dilalui demi pencarian ni. Kini, biar sahajalah pencarian ini terhenti setakat ini. Aku serah sahaja pada Allah mengenai asal usulku. Kerana aku yakin, yang penting adalah pengakhiran seseorang. Bukan di mana dia bermula. Sama ada Sharifah/Syarifah kah? Syed/Sheikh kah? Tiada bezanya pada pandangan Allah. Apa yang membezakan taraf kita  di sisi Allah adalah Taqwa. Membawa nama Sharifah/Syarifah itu tidak menjadikan kami istimewa. Dengan nama itu tidak membuatkan kami terlepas dari berbuat khilaf dan dosa.

Wallahua'lam.
Tulusly,


Dari seorang Sharifah Tanpa Syed. 

Monday, December 9, 2019

Rasa Hati ~ Hanya Tuhan Yang Tahu

Allahu, kadang-kadang dah rasa giveup dengan hidup! Astaghfirullahalazim!

Sekadar gambar hiasan.
Satu persatu perkara buruk berlaku, dihimpit kesusahan hidup, kehilangan punca dan idea, kewangan terjejas, perniagaan merudum, kerjaya tak menentu, kesihatan pun menurun, sakit berpanjangan, kebocoran wang sentiasa, dapat je habis, malah tak cukup. Allahu kenapa ni??

Duduk merenung diri di bucu katil bukan bucu sejadah. Kenapa Ya Allah! Kenapa perkara ini terjadi padaku? Air mata nak menitis tapi tersekat oleh hati yang keras. Keras sekeras kerikil. Hati rasa kena berbalik pada Allah, merayu pada Allah, minta bantuan Allah. Itulah jalan keluar. Tapi tangan ni laju nak minta tolong keluarga dan kawan-kawan. Nak taip di media sosial meluahkan rasa hati, menagih simpati orang. Rasa hidup ni tak adil pada aku. 

Aku bersusah payah ni Ya Allah. Bila melihat kehidupan orang lain lebih baik dari kita, mulalah rasa seperti tiada keadilan. Lebih-lebih lagi ianya berlaku pada kenalan kita. Kenapa semua nampak mudah dalam kehidupan si polan - si polan tu? Habis sekolah, sambung belajar di Universiti, lepas tu kerja seadanya, then berkahwin dengan lelaki pilihan, sekarang jadi suri rumah, ada anak-anak dan keluarga yang bahagia. Boleh pergi bercuti, sambut birthday anak dengan meriah, selalu update travel ke luar negara. Pakai baju dan bergaya cantik-cantik. Owh rasa syoknya hidup dia, tak perlu nak stress berkerja dengan orang lain macam aku. Kena hadap kerenah orang ramai. Kena kerja lebih masa, itu pun tak menjamin apa-apa. Kalau orang tak suka, bila-bila sahaja orang boleh berhentikan kita. Jadi tak adilkah Allah pada aku??

Ya, aku adalah penDOSA. Tetapi bak kata Rosyam Noor, Pendosa ini juga ingin ke Syurga. Mungkin ujian ini untuk menghapuskan dosa-dosaku dan mengangkat darjatku. Mungkin juga aku masih belum memahami apakah 'ibrah disebalik ujian-ujianku? dan mungkin juga kerana hatiku kotor dan hitam dengan persepsi buruk pada semua takdir Allah padaku? Ya, pada aku kerna hati aku ni keras. Terasa keras hati tu bila tak tersentuh pun pada nasihat dan teguran yang Allah bagi. Aku tiada rasa apa pun, sedih tapi tiada air mata yang menitis menangisi diri ni. Bila bercerita dan berfikir berkenaan masalah-masalah yang melanda, hati jadi sayu, tiada kata yang dapat memujuk diri kala itu walaupun aku tahu Allah mendengar, Allah melihat, Allah tahu apa yang berlaku pada aku. Ego kah aku sehingga tidak mahu merendahkan diri dengan Allah, mengadu betul-betul pada Allah. Sekadar tahu bahawa Allah lah yang memberi ujian dan melepaskan diri kita dari ujian. Kenapa ya? 

Benarlah, hati aku dah keras agaknya. Nauzubillahimin zalik. Aku tak mahu terus berada dalam keadaan ini. Keadaan ini membuatkan aku lagi jauh dari Allah. Kadang-kadang kerana perasaan kita yang sering buruk sangka pada Allah, mempersoalkan ujian yang silih berganti pada kita menjadikan kita tidak nampak lagi nikmat Allah yang lebih banyak dari ujian yang menimpa kita. Aku mahu dekat dengan Allah, Aku mahu Allah memandang aku yang kerdil dan hina ini. Janganlah Allah berpaling dariku. Aku nak jadi hamba yang soleh, Aku nak jadi hamba yang sedar bahawa hidup ini akan berbalik semula kepada fitrah. Fitrah sebagai manusia yang Allah cipta untuk menyembah ALLAH, MengESAkan ALLAH. Tu je tugas kita selain menjalankan fitrah kita sebagai khalifah Allah, menjaga dan mengimarahkan dunia ciptaan Allah ni untuk kebaikan bersama semua makhluk. 

Dan sememangnya ALLAH sangat sayang pada aku. Aku dah pernah cerita sebelum ini. Bila aku diuji dengan kekangan wang, tup-tup, Allah bagi rezeki. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Melihat, Allah Maha Menolong. Sebaik-baik pertolongan adalah pertolongan dari ALLAH. Jadi aku percaya Allah sayang pada aku, sebab tu Allah uji aku lagi.. dan uji lagi.. dan lagi.. tapi biasalah manusiakan mudah lupa. Kadang-kala, penat dan membebel seketika, tapi jangan lama-lama. Allah tunggu kita nak bercakap dan mengadu padaNya. Allah sayang sangat pada hambaNya. Sayang sangat! Aku terjumpa satu bacaan doa yang sangat powerful untuk merawat hati yang keras ni. Nak mohon doa bacakan doa ini dahulu. Jom amalkan sama-sama. Aku terjumpa semasa mendengar ceramah Dato' Ustazah Norhafizah Musa (UNM). Let's start today after solah.


InsyaAllah..will find the way..

Thursday, August 15, 2019

Sesi Mengopi di Kubur Ayah.



~Lewat Petang Hari Raya AidilAdha yang Pertama, 11hb Ogos 2019, Sabtu 6:30 petang.
Kami Menziarahi Ayah Di Kampung Abadi~

Assalamualaykum Ayah,

Maafkan Adek, dah lama tak jenguk kubur ayah. Adek tahu, Ayah baik-baik saja di sana. Bukan Adek, Emak, Along, Benja dan Uda tak nak balik, tapi ada banyak halangan untuk kami sampai ke sini. Sungguh kami rindu sangat dengan Ayah!

Last kami balik haritu, kami dah tanam pokok puding baru kat kubur Ayah. Alhamdulillah, pokok yang ni tetap hidup walaupun daunnya agak kering. Mungkin sebab musim panas. Pokok yang dulu tu tak nak hidup. Yelah, kami pun tak jenguk pokok tu, mana la dia nak hidup kan. Kami dah betulkan kembing batu-bata dan gemburkan tanah kubur Ayah. Dah cantik kubur Ayah sekarang.

Ayah, Adek rindu nak sembang dengan Ayah. Dulu masa kecil-kecil, mana ada Adek berani nak bersembang dengan Ayah. Seriau! Sekarang rasa rugi pulak. Dalam 2-3 tahun sebelum Ayah pergi dapatlah juga kita duduk-duduk bersembang mengopi bersamakan? Alhamdulillah, itulah jadi kenangan sampai kini. Samalah macam hari ni, bezanya kini tiada kopi, kita cuma bersembang sepi. Adek selalu buatkan kopi untuk Ayah. Ayah kata Adek buat kopi sedap, pekat. Dah jadi rutin Adek buat kopi untuk Ayah petang-petang. Kadang-kala kalau rajin, Adek buat kudap-kudapan. Tapi selalunya mak lah yang buat. Dan kita bertiga akan duduk di luar, menghirup udara segar petang-petang sambil bersembang-sembang. Bila tiba waktu Maghrib, kita akan solat Jemaah bersama. Di akhir-akhir usia Ayah, Adek pun dah belajar jauh, pulang cuma waktu cuti semester sahaja. Begitulah rutin harian masa kami waktu petang-petang. Keadaan yang sangat santai dan mendamaikan.

Demi Allah, Adek rindu la dengan Ayah. Rindu nak dengar suara Ayah. Kalau boleh Adek nak cerita semua yang dah jadi pada Adek ni pada Ayah. Kalau Ayah masih ada, Adek rasa keadaan tak mungkin jadi macam ni. Orang takkan mudah nak mengenakan keluarga kita. Orang-orang ni cuma takut dengan Ayah, bukan takut dengan Allah. Bila Ayah dah tiada, orang-orang ini sewenang-wenangnya menganiaya kita, memperlekehkan kita, menghalau kita dari tanah kita, dari tanah rumah Ayah. Ayah tahu tak, mereka nak rampas tanah rumah Ayah, yang Ayah dirikan sendiri dengan tulang 4 kerat Ayah untuk keselesaan anak cucu Ayah. Adek minta maaf rumah tu terpaksa kami tinggalkan demi kelangsungan hidup. Namun kami akan kembali untuk menebus hak kami. Adek janji, Adek akan berusaha untuk bangunkan kembali rumah Ayah tu. Adek takkan biarkan orang-orang itu terus-terusan memijak-mijak kita. Menghinakan kita di tanah kita sendiri. Ayah beli tanah tu dengan hasil titik peluh Ayah, tiada sangkut paut dengan hak milik pusaka orang-orang itu. Dah la orang-orang itu membaham kesemua harta pusaka Ayah, malah tanah yang Ayah beli sendiri pun mereka mahukan juga. Ayah, orang-orang ni dah melampau!

Tak cukup dengan itu, orang-orang ini menyakiti kami semua. Mengguris hati kami semua, memporak-perandahkan hidup kami semua. Ayah tahu tak, sehari lepas Ayah hidup di Tanah wakaf, ada orang tu suruh Adek berhenti belajar, dia cakap jangan susahkan adik-beradik sebab Ayah dah tiada. Dia taknak Adek jadi macam dia, susahkan adik-beradik nanti adik-beradik mengungkit. Dia macam nak bagitahu yang Ayah mengungkit perihal dia belajar dahulu. Padahal Adek tahu yang Ayah sangat berbangga dengan orang itu. Tak pernah keluar dari mulut Ayah yang orang itu membebankan Ayah. Kelu lidah Adek mendengarkan nasihat orang itu. Benja pun dengar jelas pesanan orang itu. Sampai hati mereka mematahkan hati kami disaat kami perlukan sokongan selepas ditinggalkan Ayah.

Ayah nak tahu tak, masa Ayah dah dimandikan dan menunggu masa untuk dikafankan, ada orang tu bising-bising cakap kain tak cukup, kapas tak cukup seolah-olah nak mengaibkan Ayah. Abang Halim menantu Ayah pun bergegas pergi beli lagi di pekan. Padahal orang masjid yang mandi dan kafankan ayah tiada pun meminta kain dan kapas lagi. Semuanya cukup, malah jadi berlebihan. Ayah terbaring kaku dengan wajah yang sangat manis. Sepanjang malam itu, sesaat pun Adek tak tinggalkan Ayah. Setitik air dan secebis makanan pun tidak masuk ke perut Adek. Semuanya rasa pahit. Adek tidur sebentar ditepi Ayah, lalu bangun kembali menyambung bacaan ayat-ayat suci Al Quran untuk Ayah.

Ayah tahu tak, malam itu ada tetamu khas yang mendoakan ayah, menyedekahkan ayat-ayat suci untuk Ayah. Yang sama-sama membaca tahlil untuk Ayah. Sampaikan orang sekeliling hairan siapakah gerangan pemilik suara itu. Suaranya garau, jelas fasohahnnya persis bukan orang kampung kita, suaranya itu seperti mengetuai bacaan tahlil yang Adek bacakan dalam keadaan teresak-esak. Orang-orang itu turut mendengarnya. Adek tak tahu persepsi mereka akan perkara ini. Tapi yang penting tetamu Ayah itu, tetamu yang baik. Sepanjang membaca tahlil itu, mata Adek, Along dan Uda saling berpandangan. Hanya kami yang membaca tapi ada suara lain yang ikut sama. Subhanallah.

Ayah, sesungguhnya Adek amat mencemburui kematian Ayah. Walaupun orang mengenali Ayah sebagai seorang yang garang, namun Ayah seorang yang berhati mulia, Ayah tak berdendam dengan orang yang berbuat jahat pada dia, Ayah tak pernah menderhaka pada ibunya walaupun ibunya tidak pernah menyayangi dirinya macam anak-anaknya yang lain. Ayah tetap menyantuni ibunya dengan sebaik mungkin setiap kali ibunya bertandang ke rumah kita. Tapi orang-orang itu yang tidak suka melihat Ayah berbuat baik dengan ibunya sendiri. Walaupun pada akhir usia ibunya, Ibunya kembali sedar yang mana intan yang mana kaca. Anak yang disisihkan itulah anaknya yang baik, yang ikhlas berbakti padanya. Namun, apakan daya, sudah terlambat.

Orang-orang itu memisahkan Ayah dan ibunya sehingga nafas terakhir. Orang-orang itu takut ibunya akan memberikan seluruh hartanya pada Ayah jika Ibunya bertukar fikiran. Jahat betul mereka Ayah! Adek ingat lagi betapa Ayah kecewa dengan perbuatan mereka bilamana Ayah datang nak menziarah ibunya. Adek ingat lagi kita datang malam-malam dengan motosikal, senyap – senyap macam pencuri di malam hari. Tiba di simpang jalan Ayah suruh kami mematikan enjin supaya orang yang duduk di sebelah rumah ibunya tidak mendengarkan kedatangan kami. Kami sorong motosikal dengan berhati-hati tanpa membuat sebarang bunyi. Ayah menghendap-hendap di tingkap memanggil-manggil ibunya hanya kerana nak melihatkan wajah ibunya,  hanya kerana nak bertemu dengan ibunya. Allahuakbar! Perkara ini masih kukuh dalam mindaku. Sedihnya Ayah waktu itu, hanya Allah yang tahu. Manik-manik jernih gugur di pipinya. Setiap kali kami datang, setiap kali itulah kami akan pulang dengan hampa.

Sehinggalah Ayah mendengarkan berita bahawa ibunya sudah meninggal dunia tanpa dapat Ayah melihat wajah ibunya walaupun untuk kali yang terakhir. Ibunya dikhabarkan meninggal dunia dalam tidur sendirian di rumahnya. Nampak benar orang-orang itu berhati busuk menyembunyikan ibunya dari Ayah. Berkali-kali Ayah ke rumah ibunya namun ibunya tiada di sana kerana disembunyikan di rumah salah seorang dari orang-orang itu. Bila sudah tidak berguna bagi mereka, ibu itu ditinggalkan sendirian di rumahnya. Bila dah meninggal jenazah ibu itu di bawa pula ke rumah orang-orang itu. Seperti tidak membenarkan Ayah menziarah! Begitu kejam perbuatan mereka pada Ayah! Sampai hati mereka buat begitu pada Ayah!

Mungkin kerana itu Allah ambil Ayah dalam keadaan paling mulia. Waktu Ayah solat Zuhur rakaat kedua, dalam mengingat Allah, dalam keadaan berwuduk. Allahuakbar! Indahnya kematian Ayah. Sepanjang jenazah Ayah di rumah tak putus-putus orang datang menziarah. Ayah bukan ketua kampung, bukan orang berpangkat namun Allah muliakan kematian Ayah. Sesungguhnya orang-orang itu cemburukan Ayah! Mereka dengki pada Ayah! Ketahuilah pada mereka, mereka akan kalah dan kecewa dengan kekalahan mereka sampai mereka mati! Mereka tak pernah meminta maaf atas perbuatan mereka pada Ayah. Mereka berhutang pada Ayah sampailah mereka mati. Hanya Allah yang akan membalas perbuatan mereka itu diakhirat nanti. Tunggu sajalah balasannya.

Orang-orang itu bukan orang lain pun, mereka adalah adik-adik Ayah yang berhati busuk dan bertopengkan syaitan! Semoga Allah membalas perbuatan mereka itu dengan azab yang pedih!
Ayah, nanti Adek cerita lagi ye. Kisah sedih kita ini, tidak berakhir di sini. Ada sambungan lagi..

Tapi, harini Adek nak kabarkan pada Ayah yang anak-anak Ayah masih teguh bersama. Ayah pasti bangga! Ini buktinya yang Ayah dah berjaya didik kami semua. Walau pelbagai dugaan dan cabaran menghalang hubungan kami, mereka cuba nak pisahkan kami, mereka cuba melagakan kami, namun restu Ayah tetap bersama kami. Terbontanglah mata-mata orang itu melihat keutuhan dan keakraban kami anak-anak Ayah. Walaupun Ayah dah tiada, rumah kampung pun dah tiada tapi kami tetap pulang ke kampung bersama. Beraya bersama, membahagiakan Emak bersama. Walau tiada harta dunia yang Ayah bekalkan pada kami namun harta Akhirat ini lebih bermakna. Kami pulang menziarah jiran tetangga yang baiknya melebihi kebaikan orang yang ada pertalian darah dengan kita. Kami juga bersatu hati wakafkan tanah Ayah bersebelahan tapak rumah tu, semoga ada ganjaran kebaikan untuk Ayah. Kami akan buat yang terbaik untuk Emak dan Ayah, InsyaAllah.

Nanti kita mengopi lagi, OK! Dah nak masuk waktu maghrib ni. Kami pulang dahulu. Tadi dah singgah sebentar di rumah lama Ayah.

Raya di Rumah Ayah

Rumah Ayah ni InsyaAllah akan kami bangunkan semula.

Selamat Hari Raya AidilAdha Ayah!
Jumpa lagi nanti, InsyaAllah.

Assalamualaykum.💙

Thursday, June 13, 2019

Assalamualaykum Bhaai! ~ Journey To My International Mission 2019


Bismillahirrohmannirrohim..

In the name of Allah, the most Gracious, the most Merciful.

I would like to share this exciting moment to everyone who reach my Blog. It took me for several years in voluntarism activities before I get here. Alhamdulillah, I was being selected to do my first International Mission this year. Subhanallah. This is actually a dream comes true! Yeay!! Well actually, my ultimate goal for voluntarism is to serve in Palestine and Syria which I don’t think my family are ready for it. So, let’s start with the less risk country first. Huhu. I hope so!


It was not easy to get selected of course. There are hundreds of dedicated volunteers across Malaysia. And also, there are so many talented people, artist, and famous people, influencers who are normally being selected to become the face or ambassador of many NGO’s projects. This is because they will bring more audience and people will be more excited to join the event if they can meet with this famous people, isn’t it? I remember, when I was with Aman Palestine’s event, people is often asking if Heliza Helmi is joining? When I join the Syria Care’s event, people are looking forward to meet Hafiz Hamidun, Faizal Tahir or the new one is Khai Bahar. Well, that could be a good thing, but that doesn’t mean that ordinary people can’t do the job better.


Don’t get me wrong, it’s not that I hate famous people, but I think NGO should appreciates your volunteers or this unsung hero (those who are working without being recognized) more. We are here for the same reason no matter how famous you are or not. And of course, being a volunteer/ activist it’s not about getting recognition or reward. Let just leave the reward part to Allah. But, at least appreciates these people, without them it would be difficult for the NGOs to achieve their target or complete their projects.

OK, hold it! Enough! The main thing that I wanted to share is me and my team here will be leading this mission. To be honest, I was really nervous. I think, among all of us I’m like the tiny one. There is a Lecturer, a PHD holder, a Wildlife Researcher, an Associates Vice President of a company, a Government High Officer plus Post Graduates and me, just the tiny officer in a local private sector. Feel really small compared to others. But, since Allah have gave me the chance to be a part of the team I feel really honoured to be here. And we are coming from different part of Malaysia. There is one from Sabah, one from Sarawak, one from Pahang, one from Perak and the rest are coming from Selangor and Klang valley. Subhanallah! May Allah bless our team and efforts. We communicate and update each other through WhatsApp and Skype. Thanks to the technology, there are no boundaries anymore.

InsyaAllah, since the hectic Ramadhan activities has ended, our activity will soon take place. We will be leading the various initiatives of fund raising in order to collect enough fund to build water wells for Bangladesh! Yes! Bangladesh! You heard it right! Before you ever ask why Bangladesh? Let me give you a heads up about this project.


The objective of this project is to increase safe water among the targeted communities by building 100 shallow tube wells and 32 deep tube wells and to increased sanitation and hygiene practices. For your information, access to safe water and hygiene promotion is very hard in some areas in the central part of Bangladesh due to its geographical characteristics. Possibility of hard soil, stone, rock, arsenic and iron contamination in the area is very high. Most of the people are poor in terms of their socioeconomic condition. Installation of a safe water facility is very hard for the community. As a result, water borne diseases, malnutrition are high.

On the other hand, poor hygiene and sanitation conditions in Bangladesh are, among others reflected in some facts like Poor hygiene practices are still prevalent in the rural areas. This is why we need to do something to help. We need estimated amount of RM 500,000.00 for the fund to build the well. Just imagine, 1,584 families (7,920 individuals) will be benefited from the projects and you will be a part of it. It's a welfare (wakaf) water wells for public use. Subhanallah.

We will start our fund raising campaign soon. Therefore, make sure you will take part in our journey. And I’m pretty sure challenges are waiting for us but, let just pray that Allah will help us and accept our good deed and ease everything for us.


If you are asking why Bangladesh?
Well, here is goes, the Muslim population in Bangladesh was over 146 million in 2011, which makes up 90% percent of the population in the country. The Constitution of Bangladesh declares Islam as the state religion. Bangladesh is the fourth-largest Muslim-populated country. Muslims are the predominant community of the country and they form the majority of the population in all eight divisions of Bangladesh. Is there any other reason why it’s not Bangladesh? We are closed to 2020, but our brothers and sisters didn't have the basic need which is clean water for their daily life. How sad.

Remember, Muslims are brothers and sisters, no matter what skin colour of yours, which country you belong to, even which part of the world you’re leave in, we will never leave you alone. We will help each other for the sake of Allah. InsyaAllah. Let’s do this together will you? Let's be a part of the solution.

#wakaftelagaairBangladesh #tabungairBangladesh

Sunday, June 2, 2019

Siblings Hingga Ke Jannah ~ #siblingsgoal


Bismillahirrohmanirrohim..

Salam ke 28 Ramadhan kepada semua yang singgah di My Secret Shifter, my personal blog where I usually updates and shared my stories, my taught, my ideas and the journal of myself while I'm still here breathing in this Dunya. So, I thought of sharing very personal story between me and my siblings.

Here it goes..
Aku mempunyai 2 orang kakak dan seorang abang. Cuba teka aku anak yang ke berapa? Hah, macam IQ test tak? 😝

Dah dapat jawapan? 

Sebenarnya aku dan adik-beradik aku ada gap umur yang besar. Kami dulu ada dua Geng. Geng Dah Besar dan Geng Kanak-Kanak Ribena. Along (kakak Sulong) dan Benja (Abang ke dua) lahir di awal tahun 70an. Manakala Ude (Kakak ke tiga) dan Aku lahir dalam tahun 80an. Lebih 10 tahun gap antara Benja dan Ude tetapi itu tak menjadikan hubungan kami jauh terpisah. Seawal ingatan aku di masa kecil (antara memori yang masih aku ingat adalah seawal usia 5 tahun). Along dan Benja sudah pun meninggalkan rumah untuk menyambung pengajian mereka. They were hardy at home! Yelah, bayangkan 10 tahun gap. Along sudahpun melanjutkan pengajian di UiTM Shah Alam dan Benja masih berada di Sek Men Teknik (Vokasional) di pekan Teluk Intan. Bila waktu cuti panjang sahaja mereka akan pulang ke rumah.

Mereka berdua Geng Dah Besar ni kuat mengusik adik-adik. Main tu kalau sampai tak menangis, tak sah! Yang selalu jadi bahan adalah Ude sebab dia kuat menangis. Mak aku dah lali dah dengan perangai kami adik-beradik. Walaupun kuat mengusik, mereka jugalah yang menjaga kami, memberi teladan yang baik, memberi benchmark untuk kami mengikuti langkahnya, membantu kami buat kerja sekolah, mengajarkan kami pelbagai perkara, melayan kami bermain (main bunga api, mercun, boardgame, main batu seremban, main domino, main kad, teka-teki, aci kejar, zero point dll), menghantar kami ke sekolah, membelikan kami permainan, alat tulis, memujuk kami bila kami merajuk diusik, dan yang pasti menyayangi kami sepenuh hati. Itu pasti!

Kasih sayang itu meresap ke dalam hati. Bila ada, riuh satu rumah, bergaduh, menangis, berlari, berkejaran, bergelak-ketawa. Bila tiada, dirindui, ditunggu-tunggu kepulangan mereka. Lagilah bila dah nak raya. Pernah aku ingat, tiap kali Along ingin pulang kembali ke kampus, kami akan menangis di bilik sebab sedih Along dah tiada di rumah nanti. Begitu juga dengan Benja, kami akan monyok seharian kerana Benja dah nak balik asrama. Begitulah kasih sayang antara kami.

Biarpun begitu, kami tetap pernah melalui masa getir waktu kami membesar dahulu, Allahyarham Ayah aku pernah berkahwin dua, masa tu hidup macam kami jadi gundah gulana. Seingat aku, aku masih berada di darjah 2, Ude berada di darjah 4. Beza umur kami cuma 2 tahun. (Cerita ni bukan bermakna aku nak aibkan ayah yang dah tiada, cuma nak kongsikan ikhtibar sahaja). Sewaktu Allahyarham Ayah berkahwin dua, aku masih belum memahami keadaan itu, tapi aku tahu Ayah dah jarang berada di rumah (balik ke rumah yang kedua). Aku perasan ketiadaan ayah bila nak minta tandatangan apa-apa borang sekolah, Ayah mesti tiada. Last-last mak yang sign sebab borang tu dah pending lama. Pernah sekali dua Along yang sign borang dan kad laporan (tiru signature Ayah..haha). Keadaan Ayah yang tiada di rumah tu sangat ketara sehingga nak minta duit belanja pun susah, apatah lagi nak minta apa-apa. Ayah pula seorang yang garang. Tiada siapa pun berani menegurnya ketika itu (Semoga Allah mengampunkan Ayah).

Tapi kami rasa kuat nak hadapi masa itu kerana ada Along dan Benja yang membantu Mak, memahamkan kami keadaan dah berubah. Mengisi kekosongan Ayah dengan membantu Mak dan kami dalam kehidupan. Keadaan itu berlanjutan beberapa tahun sehinggalah ayah jatuh sakit. Ayah sakit dalam tempoh yang lama, juga sehingga beberapa tahun.

Sewaktu Ayah sakit berulang ke hospital, baru Ayah mengerti siapa yang benar-benar sayangkannya dan siapa yang hanya sayangkan hartanya. Habis semua simpanan Ayah kerana Ayah tidak dapat bekerja. Hospital pula dah jadi rumah keduanya. Aku masih ingat kerana kesusahan nak mendapatkan bas untuk ke hospital, Mak sanggup mengayuh basikal dengan jaraknya lebih 20km dari rumah kami. (Semoga Allah merahmati Mak).

Berhujan berpanas Mak ke sana. Bila Along dan Benja kembali ke kampus dan bekerja, kami pula hidup berdikari sendiri. Menumpang jiran dan saudara. Walaupun kami hanya tumpang tidur malam sahaja (Mak dah siap masak untuk makan, Mak cuma risau meninggalkan kami di malam hari) ada juga suara-suara yang kata kami ni menyusahkan mereka. Semua itu terpaksa kami hadam sendiri. Ada kala, kami dah bosan nak menumpang rumah saudara atau jiran, kami tidur sendiri di rumah. Saudara sangka kami ke rumah jiran, jiran sangka kami ke rumah saudara. Yang penting kami tak susahkan orang. Masa tu kami berdua masih bersekolah rendah lagi. Malam-malam bila nak lelap menangis rindukan Mak, rindukan Ayah. Ude yang pujuk aku. Ude yang jahitkan baju PJ aku yang terkoyak. We take care each other. Masa tu aku tak pasti apa pula keadaan Along dan Benja. Pastinya berendam air mata juga.

Ibu tiri kami pernah membuat kekecohan di hospital kerana ayah sakit dan tidak memberikannya wang berlanja. Dia juga pernah datang menyerang Along di kampus kerana anaknya juga belajar di kampus yang sama. Ayah yang terlantar sakit itu tak dipedulikannya langsung. Along dan Benjalah yang menghadapi keadaan getir itu, mereka sentiasa berada disamping Mak memberikan Mak semangat. Pelbagai peristiwa terjadi, hubungan renggang, pergaduhan, perselisihan faham dan Benja seakan membawa diri merajuk dengan Ayah. Mak yang mempersiapkan dirinya dan menyuruh Benja merantau mencari pengalaman selepas tamat belajar. Benja tahu Mak cuba nak elakkan perhubungan kami sekeluarga bertambah buruk. Itu semua pengorbanan seorang Mak yang tidak difahami sesiapapun kala itu.

Berkat kesabaran Mak, Ayah kembali kepada pangkuan keluarga. Kesihatannya semakin pulih selepas pembedahan kedua. Waktu itu Along pula dah nak mendirikan rumah tangga. Tak lama selepas itu, Benja pula mendirikan rumah tangga. Tinggallah Aku dan Ude di rumah. Kemuncak kejadian itu, Ayah melafazkan cerai untuk isteri keduanya. Ayah mungkin tersedar akan kesilapannya dahulu dan cuba menjernihkan kembali hubungan kami sekeluarga dengan Mak, Along dan Benja. 

Semakin kami dewasa kami dapat lihat dan rasakan perubahan Ayah. Ayah bukan lagi Ayah yang tidak boleh dibawa berbincang, yang mudah melenting, yang mudah memaki hamun marah-marah. Ayah menjadi seorang yang sangat berdiplomasi, senang di bawa berbincang dan penuh dengan gurau tawa. Aku menyaksikan sendiri perubahan Ayah, ketika Ude juga tiada lagi di rumah kerana menyambung pengajiaannya di UiTM Melaka. Tinggallah Aku, Mak dan Ayah. Kami jadi Geng Bola, Geng tengok Cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Geng bersembang petang-petang, Geng mengopi, Geng Wrestling. Akulah anak perempuan Ayah, aku juga anak lelaki Ayah. Dan aku menyaksikan sendiri kesusahan Ayah nak bina kembali keluarga kami. Ayah besarkan rumah dan bina rumah kami sendiri dengan tulang empat keratnya. Nak bagi keselesaan untuk anak cucu bila balik kampung. Aku dapat rasakan Ayah nak tebus kesalahan masa lalu sewaktu dia sibuk dengan keluarga keduanya dan melupai kami.

Syukur pada Allah, Aku juga dapat melanjutkan pengajian ke universiti. Biarpun pada awalnya masyarakat, jiran tentangga mengata keluarga kami yang pecah-belah, menyusahkan, berkecamuk dan terbiar. Tapi semua anak-anak Ayah berjaya dari segi pendidikan dan kerjaya. Dikalangan orang kampung, Ayah dapat menghantar tiga orang anaknya ke Universiti. Orang yang dahulunya mengata, mengutuk Ayah pun tiada rekod kejayaan seperti Ayah. Kalaulah kejayaan itu dilihat dari segi pelajaran. Tapi bukan!

Kejayaan itu lebih kepada memperbaiki hubungan kekeluargaan. Kembali kepada fitrah, kembali kepada Allah. Kejayaan akhirat! Aku lihat bagaimana Ayah pacu kehidupannya. Ya, Ayah pernah tersasar! Tetapi Ayah kembali semula. Berusaha membina kembali keluarga kami, memberikan pendidikan yang terbaik Duniawi dan Ukhrawi. Menyulam kasih sayang agar kami bersatu hati. Bagaimana Along dan Benja menjadi tunggak dibelakang Mak. Dan kami adik-adik seboleh-bolehnya tak nak tambah bebanan Mak. Sesungguhnya sukar nak gambarkan keadaan kami dahulu. Kerana pastinya air mata ini tumpah bila teringatkan peristiwa dahulu.

Tapi Allah itu Maha Besar, Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Allah pulangkan Ayah kami, Allah pulangkan kebahagiaan keluarga kami. Walaupun dugaan itu tidak berakhir di situ, macam-macam perkara lagi terjadi, tetapi tugas Ayah dah Allah tamatkan dahulu. Tiada dendam, tiada apa yang terbuku dihati kami. Kerana itu, kami tetap bersatu. Ayah dan Mak dah berjaya didik kami semua. Allah jadi saksi!

Dah aku katakan tadi, dugaan itu tak berakhir di sini. Selepas ketiadaan Ayah, kami diuji lagi. Dengan pelbagai ujian bertimpa-timpa. Dan buktinya kami pernah terpisah kerana kerja jahat orang lain yang cemburu melihat hubungan kami.

Tapi Allah itu Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Mungkin ada hikmahnya setiap perkara yang berlaku, ujian itu pasti akan hadir lagi.

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Berkat Ramadhan, mempertemukan kembali anak-anak Ayah dan Mak yang terpisah. Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. Allah mempertemukan kita semua semula. Syukur.

Dulu pernah seorang dari kita hilang dari pandangan, tapi Allah pulangkan kembali ke pangkuan kita. Kemudian, seorang lagi anak Ayah hilang jejak. Tapi Allah datangkan hidayah kepadanya, menjentik hatinya yang jauh dari keluarga untuk kembali semula. Ada antara kita yang menjauh hati, Allah dekatkan semula. Ada orang menghasut anak Ayah agar membenci adik-beradiknya, tapi Allah datangkan peristiwa, dan anak Ayah jadi lebih rapat berbanding sebelumnya. Subhanallah. Macam-macam ujian dah jadi pada kita, Allah jualah yang mengatur semuanya.



Sesuatu yang tak pernah dirancang tahun ini. 4 orang anak-anak ayah serta menantu dan cucu berkumpul hari ini, di akhir Ramadhan ini. Kami bercakap dari hati ke hati. Sesungguhnya penyatuan ini bakal dicemburui. Tetapi tak mengapalah, kami dah lali.

Orang cemburu kerana dia tidak punya apa yang kami punyai. Kasih-sayang Lillahi Taa’la.

Walaupun kita bukan lagi di kampung mengenang zaman indah masa lalu, tapi walau dimana pun kita berada, semangat ayah sentiasa ada. Nasihat ayah tersemat didada. Ayah selalu pesan, adik-beradik mesti bersatu, jangan bergaduh, jangan putus hubungan kalau ayah dah tiada. Jagakan Mak. Mak dah banyak bersusah untuk kita.😢 Kalaulah ayah ada lagi alangkah gembiranya hati ini.

I miss you Ayah. We really miss you...😭

Ayah, tengoklah ni. Kami masih bersama. 
InsyaAllah hubungan ini akan kami jaga sehingga hujung nyawa.

Semoga kita semua bertemu kembali di Syurga.

Al-Fatihah to my beloved Ayah
~Tn Hj Idris bin Salleh~
1946 - 2007


Monday, April 1, 2019

Tukar Bidang Lagi, Boleh Ke?


Kala ini perasaan aku bagai dibentak-bentak. Tak tahu mana nak pergi mengadu. Sesungguhnya nak ambil tikar sembahyang tu pun beberapa kali berfikir. Akhirnya, terbongkang (tidur dengan gundah - gulana). Setial kali nak bangun solat malam, itu lah yang berlaku.

Sebenarnya aku keliru. Aku rasa sesak. Aku rasa sedih. Aku rasa give-up dengan hidup macam ni. Bangun pagi pergi kerja dalam keterpaksaan setiap hari. Tiada hari yang membuatkan aku tak sabar nak pergi kerja. Aku bagai mengheret kaki ku ke office ni. Walaupun aku melihat aku ada potensi di sini. Tapi semakin lama, semakin aku hilang minat. Setiap hari membayangkan apa nak bagi alasan untuk tidak bekerja. Malah, tahun ni sahaja Sick Leave (MC) dah hampir separuh aku ambil. Sehingga doktor di klinik yang aku pergi tu pun komen pasal jumlah MC yang banyak ni. Boleh dikatakan setiap bulan aku akan MC. 


Kata Doktor Siti (bukan nama sebenar): 

"Awak dah banyak kali MC ni, nanti pihak HR awak akan contact klinik untuk justification. I think, this will be the last for this month. Try not to take any MC for next month, OK"

Doktor tu tak tahu, aku la dalam HR tu. Hahaha. Takpa doktor, I know what I'm doing. 

Aku bukan berlakon sakit atau apa. Dah sememangnya kesihatan aku menurun sejak bekerja di syarikat ini. Surprisingly, hari pertama aku kerja pun aku dah sakit, demam teruk waktu tu. Second day tu dah MC. Amacam? Aku rasa ni first time in history kerja hari kedua dah MC. Biasanya orang lain akan bertahan sebab baru sahaja bermula di tempat baru, mesti nak bagi good impression. Tapi lain bagi aku.

Setiap pagi aku bagai mengheret kaki aku ke tempat kerja. "I'm dragging my feet to work everyday!" 
Puas aku cari apakah yang menyebabkan aku merasa begini. Aku tidak bercerita pada sesiapa, aku tahu apa yang bakal aku dengar nanti. Nanti mereka kata aku tak bersyukur, nanti mereka kata siapa nak tanggung cost of living kalau aku tak kerja. Nanti mereka akan kata, fikir masak-masak, sekarang susah nak dapat kerja di tempat lain. Dan aku juga tiada kekuatan nak berhenti tanpa ada apa-apa perancangan masa depan. Aku juga tak nak menyusahkan orang lain dengan masalah aku. Tetapi aku dah tak tahan nak berhadapan dengan kerja aku ni, dengan orang sekeliling, dengan lokasi office yang jammed hari-hari ni, dengan kos makan yang tinggi di kawasan Elite ni. Aku dah tak tahan lagi walaupun baru mencecah setahun bekerja di sini. Aku juga rasa aku tidak mendapat sokongan rakan sekerja walaupun aku ada team yang besar di sini. compared to my previous job, aku seorang jaga department aku. Di sini aku ada team yang terdiri dari 6 orang termasuk boss aku. Namun, aku tak rasa gembira dengan keadaan ini. Aku pun pelik dengan diri sendiri. Inilah keadaannya bila dah tak tahu nak buat apa dan bagaimana. Adakah aku telah menjumpai diri sendiri.


Dalam lebih 8 tahun bekerja, aku masih belum dapat keyakinan untuk berkata inilah yang patut aku lakukan. Aku memang berada di landasan yang betul. Aku tak pasti!

Sesungguhnya aku telah cuba berbagai kerja dan bidang. Aku sendiri tak pasti, betulkah ini bidang aku? Kenapa aku masih tak menjumpai kesenokkan bekerja tu? Masa mula-mula dahulu mungkin kerana masih muda dan mentah. Selalu teruja dengan pelbagai aktivity dan cabaran. Aku ni memang suka mengambil risiko. Terjun ke mana-mana bidang just to try and have fun. Aku dulu start dengan bidang sains, kemudian terjun ke bidang akaun, kemudian bidang human resources which is very different between each other spects. It required different skills and knowledge.

Aku try berniaga, walaupun pada mulanya macam tak sangka, namun aku boleh buat rupanya. Sanggup melabur ribuan ringgit pergi kursus dengan Sifu@Mentor Kejayaan Dr Azizan Osman, Dr Irfan Khairi. Aku mula-mula berniaga masa berkerja separuh masa di UiTM Segamat dahulu. Aku kerja part-time dengan Jabatan Kolej dan amat baik dengan pengurus kolej masa tu. Dia yang ajak aku bekerja menjaga stall air dan burger air, bukanlah aku yang berniaga. Cuma aku menjaga stall dan menjual air kepada student-student UiTM ni sepanjang bulan Ramadhan kali itu. Mula-mula memang malu, lecturer kenal, student pun kenal. Siap ada yang bertanya aku ni staff ke student? Begitulah, memang penat masa tu tapi aku tak rasa benci dan menyampah macam keadaan aku sekarang ini. Sunguh na!

Kemudian itu, setelah aku bekerja, aku dapat idea untuk berniaga. Aku try bergerak sendiri mengusahakan kedai online, menjual pelbagai barang as a dropshipper. Aku tak pegang barang, aku cuma jual dan dapat komisyen. Bagi aku platform ni sangat bagus,nama pun bagus, Muslim Niaga. Siapa pernah dengar? Tapi sayang orang yang buat system tu tak jujur, nak kaya cepat, tak jaga kebajikan penyewa kedai (walaupun online), system failure, habis duit untuk bayar sewa kedai je. Last-last tutup. Bergaduh jugak aku dengan founder tu. Nampak kt FB hari tu dah buat BitCoin plak. Hmm. Lantak lah dia kan. Tapi benda ni memang jadi pengalaman la.


Aku jadi lebih berani nak menjual brand aku sendiri. Aku kemudiannya jual tudung yang aku beli secara pukal dan aku brandkan dengan nama Selendang_Ka Syorga. Walaupun tak buat apa-apa trademark lagi to aku dah berjaya menjual 50% tudung-tudung tu. Cuma sayang aku tak dapat habiskan sebab aku sendiri tak berpuas hati dengan kualiti tudung tu, langsung aku pun tiada hati nak jual pada pelanggan aku. Mungkin aku akan cuba lagi di masa akan datang tapi pasaran tudung ni terlalu banyak persaingan. Masih mempertimbangkan lagi untuk restock atau tak. Ni kira aku dah start berfikir macam orang meniaga. Dulu main belasah je. Bila dah ada ilmu kita dah boleh berfikir dan plan dengan lebih baik. Cuma aku tiada masa untuk diperuntukkan bagi bisness aku. Kudrat dan tenaga aku habis bila aku bekerja. Balik rumah dah flat tak boleh buat apa. Inilah masalah aku sekarang. Aku terlalu menekan diri dengan kerja pejabat, aku lupakan perkara yang buat aku gembira. Aku suka menulis, melukis, main dengan design dan colour, tapi aku dah lupa. Aku dapat rasakan ada orang lain juga sama situasi seperti aku. Mungkin aku teruskan bersabar dan mula plan untuk dapatkan pendapatan dari perniagaan. InsyaAllah, bila dah yakin aku rasa Allah pun akan tunjukkan jalan sebab berniaga ni kan sunnah. So mesti Allah tolong. InsyaAllah. Doakan aku ye.


~Moonlightlady yang dah tahan nak kerje sendiri~