Showing posts with label SharifaShifa. Show all posts
Showing posts with label SharifaShifa. Show all posts

Monday, February 8, 2021

Saka Nan Keji (Tajuk ni mesti ada orang kecam)

 Assalamualaikum Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2021, 


Selamat mengharungi tahun baru dengan COVID-19 yang masih tetap berlegar-legar dalam donia ni. Alhamdulillah, hari tu Aku buat COVID-19 test, result is clear.  Hopefully tu je lah pertama dan terakhir buat test tu. Hari ni ada masa sikit nak jenguk blog ni. Nampak sangat dah lama tak update blog, bila bukak tadi layout dah lain maciam! Dulu design lain, ni dah macam update blog kat website if you know what I mean. Honestly rasa amat terkesan dengan COVID-19 nih. Masih tak pulih lg, bahkan awal tahun ni je dah 2 kali PKP dilanjutkan lagi. Nak salahkan siapa pun tak guna dah. Bertabah je la. Dan sentiasa beringat. Minta Allah lindungi kita dan keluarga hendaknya.

Well, now back to homies, which I like the most about PKP. I don't have any problem working from home. It's so ideal for me. I guess it is not for everyone. Tapi aku bersyukur je, sementara masih ada kerja. Dalam pada sibuk dengan kerja dari rumah, ada satu perkara yang aku dan keluarga aku buat. Maybe dah sampai masanya dan Allah bagi jalan. Kan Allah dah kata, usahalah nescaya Aku beri. Dan Allah dah beri jalan untuk berubat penyakit segala SAKA_MAKA supernatural magical world of Disney wonderland ni. Cumanya cerita kita tak mudah untuk berakhir dengan Happily Ever After macam dalam cerita tahyul fairytale mat salleh tu. Tak semudah itu yew!

Sedang scroll2 FB, Insta ni banyak aku jumpa orang buat post or content jenaka pasal SAKA. Aku memang pantang bila terdengar orang suka update dan buat lawak pasal Saka_Maka ni. Aku triggered betullah.  Sikit-sikit buat lawak pasal saka la, bela saka la, makan macam ada saka la.. engkorang yang cakap tu tahu tak betapa mencabarnya hidup kalau ada saka? Ke korang tak tau pn saka tu apa? Shikin mungkin? Ingat lawak ke ada saka?? Boleh pulak nak hantar-hantar. Terror betul kau dah boleh arahkan SAKA kau buat kerja.

Engkorang tahu tak SAKA ni orang melayu panggil sebagai pendamping keturunan diorang daripada golongan jin, yang langsung tak sama macam kita, yang engkorang tak nampak, yang kebanyakkan korang atau mak ayah korang pun tak tahu-menahu perihal makhluk ni kalau tak belajar selok belok dan sejarah keturunan sendiri. Kalau nenek moyang ada bercerita sebelum diorang pejam mata, takpa la, at least korang dah tahu ada sesuatu yang korang perlu uruskan. Uruskan itu bukan sesuatu yang mudah ye, itulah permulaan cabarannya. Yang sedihnya, korang yang tak tahu apa-apa ni, tetapi mewarisi SAKA. Tak lawak ea ada saka. Ada orang kata, takpa lah, SAKA ni tak kacau kita. Eh, mana korang tahu ea? Saka tu tak jahat, dia jaga keturunan kita. Bengong dari mana? Selama ni Allah jaga kita, kau tak percaya. SAKA keturunan jaga engkorang, korang percaya pulak? 

Kebanyakkan orang melayu dah menanam dalam fikiran dan kepercayaan mereka yang mengarut tu bahawa saka ni baik sebab jaga keluarga. Baik mendenye?? Mana korang tahu SAKA ni tak kacau kehidupan korang? Logically thinking, apa SAKA tu dapat kalau dia free-free je jaga (so called) keluarga korang tu? Dia tak harap apa-apa ke? Dia ikhlas ke kerja secara percuma? Any how, mana korang tahu dia jaga korang? Apa yang dia buat untuk jaga keturunan korang? Lama tu weh, bayangkan dia dah ada sejak dari 7 keturunan? Banyak mana korang nak bayar dia? Serammss..

Cuba senaraikan kebaikkan SAKA ni, aku nak tengok. Malah ada orang buat cerita bodoh pasal SAKA (Saka Nan Sepi) yang diorang bela macam ahli keluarga. SAKA tu baik pulak menyatukan ahli keluarga tu. Ahli keluarga tu pulak bersusah payah selamatkan SAKA tu. Ada orang kata chill la, cerita lucu je pun. Fine. Lucu ea, seolah-olah nak bagi gambaran yang chill la, SAKA tak bertuan pun boleh jadi ahli keluarga, apatah lagi SAKA yang diturunkan. Wait, tapi apa benda ni?? Shut your stupid mouth kalau tak tahu apa-apa pasal Saka Nan Keji ni (ni pula tajuk cerita aku).

Kalau aku nak membebel pasal SAKA ni, sepuluh blog ni pun tak habis. Nanti aku share lagi. Stay safe ya all!

COVID-19 ni pun dah macam SAKA, SAKA tak bertuan! Sapa nak jaga??

PS : Cio!

Tulusly,

#beliabenciSAKA

Tuesday, March 17, 2020

Movement Control Order ~ Stay Save at Home! (Stay Where You Are, Do Not Travel!)

Assalamualaikum and a very good day!


Hope you are in a pink of health during this critical COVID-19 attacked and the rest of whole world are trying to make sense and survive this pandemic. 

We would like to inform you that Seni Urutan SharifaShifa will be closing temporary due to the recent PM announcement. Since, the government has imposed a 14-day Movement Control Order from March 18 to 31 nationwide to curb the spread of the COVID-19 infection in Malaysia. So do we support his decision. This is to ensure that we are helping to reduce the spreading of the virus. 


BUT! BUT!! BUT!!!

We are still operating on our Online platform. We are still selling our herbs products online. If need be, we are still open for urgent matters provided we are using protective gear, mask and sanitizer. Please do not hesitate to call if you have any questions or concerns or if there is anything at all that we can do to help you through this difficult situation.

Otherwise, we are urge everyone to stay save at home!

If you are home with loved ones, please hug them a little bit tighter today. Perhaps this is also one of the reminders that Allah SWT wanted us to have: to priorities spending quality time with the people you cherish most whenever possible, as our time together in this world is but a temporary gift. 

Have Faith in Allah SWT

Faith and confidence that Allah is guiding and helping us every step of the way.  
Faith and confidence that we will do the right thing.
Faith and confidence that we will fight this together. 
And faith and confidence that we will all be more than OK. 

Rest assured, all will be well, In Sha Allah. Please STAY where you are! Do Not TRAVEL! Follow the orders! This is our responsibilities as Malaysian.


Sunday, December 22, 2019

Seorang Sharifah Tanpa Syed


Alhamdulillah, dapat lagi peluang menulis di blog sepi ini. This is like my therapy during hectic time. Funny is, I still got time to write something for myself and hopefully it would be helpful for others who is reading my blog, InsyaAllah.

Alhamdulillah, #throwback aku dan adik-beradikku telah duduk berkumpul bersama sempena Hari Raya AidilAdha yang lalu. Rezeki kami dapat berjumpa raya ini, setelah tidak dapat beraya bersama sewaktu Aidilfitri. Sementelahan kami duduk bersembang, keluarlah macam-macam cerita kenangan lama. Cerita masa kecil-kecil, cerita kelakar, cerita hantu, dan macam-macam cerita yang tak pernah didengar pun ada. kami masih beruntung punya ibu lagi untuk bertanya. Walaupun Ayah dah tiada, cerita-cerita ayah tetap kami ingat. Ayah seorang yang suka bercerita pada anak-anak. Selalu bagi tazkirah usai solat maghrib, bagi nasihat tiap kali talifon, dan bila petang-petang, kami suka duduk bersembang dan ayah akan bercerita kisah dia dulu kala, kisah keluarga, kisah masa dia muda-muda dan macam-macam cerita. Namun tetap ada sesuatu yang kami tak sempat bertanya lebih lanjut. Perkara penting dalam hidup kami, tentang nama, tentang susur galur kami.

Memang rugi, sebab waktu tu tak terfikir pula Ayah akan pergi secepat itu. Dan kasih sayang yang dicurah pada kami tidak membuatkan kami bersoal lebih tentang benda yang agak remeh pada kami.
Aku masih ingat, dan ianya juga terjadi pada setiap adik-beradikku yang lain. Bila memperkenalkan diri di sekolah, dalam kursus/ kem, di mana-mana. Lantas, orang akan bertanya.

Aku : "Sharifah ....... Binti .....( tanpa Syed) ......... (nama Ayah)"
Orang : "Sharifah, Al apa?" / "Kalau Sharifah, Syed apa?"
Orang : "Eh, biasa kalau nama Sharifah mesti binti Syed/Sheikh"

Setiap adik-beradik perempuanku mempunyai nama "Sarifah/Sharifah" di depan. Nama abangku bermula dengan "Wan" didepan, lagi la pelik. "Wan .......... (namanya) Bin (tanpa Syed/Wan) .......(nama Ayah". Sedangkan Ayah dan ibuku tidak membawa nama Syed/Sheikh mahupun Sharifah/Syarifah. Apatah lagi Wan atau Megat. Kadang-kala kami sudah lali dengan soalan yang tiada jawapan konkrit dari kami. Kami cuma pernah mendengar yang Ayah mendapat mimpi supaya menamakan kami dengan nama sedemikian. Alhamdulillah, walaupun begitu, nama-nama kami semua mempunyai maksud yang baik.

Ada apa dengan Nama?

Anda rasa, penting tak nama tu pada kehidupan kita? Of course la! Setiap kali orang memanggil nama kita yang baik, seolah-olah mendoakan kebaikkan juga. Sebab tu, kalau nama kita bermaksud buruk dan perkara tak elok, sebaiknya tukar dengan segera. It will effect our live as well. Pernah masa sekolah dahulu, di sekolah kami ada seorang murid yang punya nama bermaksud buruk / tidak elok. Tidak dipastikan adakah ayah ibunya tersalah pilih nama, atau ejaan namanya yang tersalah diletak dalam IC masa pendaftaran JPN. Namanya bermaksud salah satu nama Neraka (nauzubillah), maka cikgu pun suruh tukar dengan segera. Sebelum menukar nama, pelajar itu salah seorang remaja yang bermasalah. Namun, setelah namanya ditukar kepada makna yang baik, Alhamdulillah banyak perubahan dilihat pada akhlaknya. MasyaAllah, begitu penting nama bagi kita kan?

Ok, berbalik pada namaku. Seseorang itu tidak boleh menggunakan nama Syed / Sharifah jika bukan bernasab (berketuruan) dari susur galur Syed / Sharifah. Tapi yang pasti, tidak tertulis pun dalam perlembagaan. hahaha..So, everyone boleh je bubuh nama apa-apa sahaja. Sebab itu ada orang nama Tengku/ Puteri/ Raja/ Megat / Wan/ Nik bahkan Syed dan Sharifah tanpa ada sebab nasab. Tapi bagi orang yang berilmu, bukan sewenang-wenangnya boleh meletak pangkal nama dengan nama-nama seperti ini kerana gelaran ini sepatutnya berkait dengan keturunan dan susur galur keluarga masing-masing. Tak sempat nak kaji pasal nama-nama yang lain tapi memang ada penerangan tentang asal nama-nama gelaran ini.

Dari mana Syed / Sharifah ni? Dikatakan, Syed dan Sharifah adalah berketurunan Nabi Muhammad SAW dan merupakan golongan Ahlul Bait. Allahu, takut bila dengar tentang kenyataan ini. Besar tanggungjawab nak menjawab di akhirat nanti. Adakah benar mereka yang mengkaji ini punya susur galur dari nasab Rasul Mulia, Rasulullah SAW. Jangan main - main, besar dosanya mengaku punya nasab tapi sebenarnya tidak. Namun, golongan ini mungkin punya bukti dan kajian terhadap pengakuan mereka. Tambahan pula, kebanyakan golongan ini mempunyai salasilah keluarga sebagai bukti untuk menghubungkan keluarga mereka dengan cucunda Rasulullah SAW sekaligus dengan Rasulullah SAW sendiri. Wallahua'lam, aku bukan orang yang mengkaji hal nasab ini, aku pun tak tahu. Dan jangan bercakap perkara yang kita tak tahu.

Namun, ada juga golongan yang sangat taksub dengan susur galur ini sehingga menghinakan orang lain. Ada yang menentang perkahwinan yang bukan sekufu kerana bimbang tidak lagi dianggap mulia kerana tidak boleh menyambung nasab. Ada pula yang taksub sehingga lupa pada kewajipan kita sebagai makhluk biasa. Allahuakbar. Jadi, sedarlah wahai Syed dan Sharifah yang sebenarnya kamu tiadalah beza dengan mereka yang bukan Syed dan Sharifah melainkan jika kamu bertaqwa (takut) kepada Allah. Jadi tidak perlu dibezakan antara mereka yang Syed atau Sharifah dengan mereka yang bukan. Jangan dilarang perkahwinan antara keduanya dan jangan taksub kepada mereka kerana semua ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Tetapi mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah harus ingat yang mereka mesti berkelakuan sebagaimana yang selayaknya diperlakukan oleh seorang Muslim supaya kamu tidak memberi cemar kepada nama Ahlul Bait yang selama ini disanjung tinggi oleh seluruh umat Islam. Walau sesiapa pun kita, walau bukan golongan Syed/ Sharifah, kita mesti menjaga akhlak kerana kita adalah duta pada Agama kita. Akhlak baik yang kita tunjukkan akan membawa lebih ramai non-Muslim dekat dengan Islam. Setuju?

Ok, berbalik kepada cerita namaku. Diceritakan oleh orang-orang yang terdahulu. Bapa kepada Ayahku adalah berketurunan Mendailing, berasal dari tanah seberang (di mana? jangan tanya aku) Pernah dengar tak nama-nama seperti Harahap, Siregar, Nasution dan sebagainya. Bapa kepada ayahku iaitu Nenek - panggilan pada kami adalah bersusur galur dari Harahap dan Opahku (Ibu kepada Ayah) adalah bersusur galur dari Nasution. Diceritakan, kerabat Nenek ini berketurunan di Raja (jangan kata aku poyo pulak) namun kerana pertelingkahan keluarga (mungkin juga kerana peperangan kerana terdapat bukti sejarah telah berlaku peperangan menentang kaum bukan Islam orang Batak-Mendailing beragama Kristian yang berniat jahat terhadap orang - orang Mendailing asal yang pada keseluruhannya beragama Islam. (Perang Padri kalau tak silap namanya). Oleh kerana peristiwa itu, sebahagian mereka berhasil membawa diri dan merantau ke sini. Mereka ni saudagar, memang pandai berniaga. Sampai di sini, membuka tanah dan membuat kebun dan sawah. Nenekku seorang yang berharta. Sewaktu kecil Along (Kakakku yang sulong) pernah terlihat dan bermain-main dengan alat seperti cokmar berwarna emas di dalam bilik Nenek.  Ada juga yang berbentuk seperti cogan / logo juga berwarna emas. Yang ni aku pernah terjumpa sewaktu bermain-main dalam bilik Opah. Nenek telah meninggal dunia semasa aku lahir. Tak sempat aku nak mengenali Nenek. Tapi dia sangat rapat dan sayang pada Along kerana Along adalah cucu sulongnya. Al - Fatihah buat Nenek yang tak pernah ku kenal. Dikatakan Allayarham Nenek juga membawa gelaran Syed ini tetapi sudah tidak dipakai pada namanya. Kerana apa? Mungkin ingin memutuskan pertalian dengan keluarganya dari sana. Namun, aku pun tidak pasti. Bila tiba pada Ayah, aku tak pasti kenapa Ayah memakaikan kami gelaran itu kembali. Ayah pernah bercerita yang Ayah mendapatkan nama kesemua kami daripada mimpinya dan menamakan kami sedemikian rupa. Jadi aku pun bernama Sharifah ....... Binti .....( tanpa Syed) ......... (nama Ayah).

Setelah cerita itu berakhir di situ, kami melihat dari sudut yang berbeza pula. Kami menyelidiki susur galur keluarga sebelah ibuku pula. Ibuku punya darah keturunan dari tanah Arab. Allahyarham Atuk juga mirip orang Arab, tampan, tegap dan tinggi, kulit cerah kemerah-merahan, hidung mancung, anak mata coklat/kelabu. Diceritakan dahulu, Bapa Atukku adalah seorang saudagar Arab yang kaya, merantau ke tanah Melayu untuk berniaga dan berkeluarga. Dia juga punya keluarga di negara asal yang tidak pernah kami ketahui. Dia juga dikhabarkan punya keluarga lain di tanah seberang yang juga tidak pernah kami ketahui. Arwah moyang kami dikhabarkan hilang kerana diculik orang kerana beliau seorang yang kaya sehingga tidak pulang-pulang lagi menemui keluarganya lagi. Mungkin juga Arwah moyangku membawa nasab Syed/ Sheikh ini. Yang kami ketahui namanya cuma Hj Taib. Kehidupannya, peribadinya tidaklah diketahui kerana Atuk tidak pernah bercerita tentang Arwah bapanya itu. Cerita yang kami dengar adalah dari orang-orang yang terdekat yang lain. Ada juga paras rupa persis Arab turun pada Pak Cik dan Mak Cikku dan juga sepupu-sepupuku. Aku? Entahlah, mungkin ada sedikit.😅. (nak jugak)

Kesimpulannya, aku dah tak nak mencari lagi. Pencarian kami ini membuka pelbagai misteri, dari yang nyata kepada yang mistik. Pelbagai cabaran dan ujian dilalui demi pencarian ni. Kini, biar sahajalah pencarian ini terhenti setakat ini. Aku serah sahaja pada Allah mengenai asal usulku. Kerana aku yakin, yang penting adalah pengakhiran seseorang. Bukan di mana dia bermula. Sama ada Sharifah/Syarifah kah? Syed/Sheikh kah? Tiada bezanya pada pandangan Allah. Apa yang membezakan taraf kita  di sisi Allah adalah Taqwa. Membawa nama Sharifah/Syarifah itu tidak menjadikan kami istimewa. Dengan nama itu tidak membuatkan kami terlepas dari berbuat khilaf dan dosa.

Wallahua'lam.
Tulusly,


Dari seorang Sharifah Tanpa Syed. 

Saturday, September 14, 2019

Mari BerWakaf ~ Telaga Air Bangladesh

Assalamualaikum para Sahabat dan kenalan semua.

 

Harini nak share something yang agak panjang, please bear with me.😊

“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, saya dan team sukarelawan Islamic Relief Malaysia akan meneruskan usaha membantu saudara seislam kita melalui misi Wakaf Telaga Air Bangladesh (TAB). Untuk misi kali ini kami memerlukan sejumlah dana untuk membina Telaga Air (Water Well) bagi kegunaan 200 buah keluarga, InsyaAllah.


Target Dana yang diperlukan adalah RM100,000.00. Kami sudah mula mengumpul dana dari pelbagai program dan aktiviti. Setakat ini jumlah terkumpul adalah sebanyak RM25,000.00. Banyak lagi yang diperlukan untuk menjayakan misi ini.😢


Adalah dengan sukacitanya saya nak mengajak kawan-kawan dan kenalan untuk sama-sama berkongsi cara mudah untuk berwakaf dengan menyertai Wakaf Telaga Air Bangladesh ini. Anda bayangkan setiap titis air yang dimanfaatkan oleh penerima wakaf itu, InsyaAllah pahalanya akan sentiasa mengalir pada kita semasa kita hidup dan selepas kita meninggal dunia.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, Bangladesh terpilih sebagai salah satu negara yang memerlukan projek wakaf telaga air kerana mereka mengalami krisis air yang sangat membimbangkan selepas Somalia.

Sumber air mereka tercemar dengan sisa arsenik. Mereka tiada pilihan lain kecuali menggunakan sumber tercemar ini sehingga bantuan telaga air ini siap. Di sana memang dah ada banyak telaga pump (shallow tube-well) ni, tapi kebanyakkannya telah tercemar. Sejumlah 20 juta warga miskin Bangladesh masih meminum air yang dicemari arsenik, semenjak dua dekad yang lalu selepas toksin berbahaya itu ditemui dalam bekalan air mereka.

Laporan Hak Asasi Manusia (HRW) menyatakan Bangladesh gagal mengambil langkah awal bagi menangani masalah itu yang membunuh kira-kira 43,000 warga Bangladesh setiap tahun, kebanyakannya di kawasan luar bandar yang miskin.

Bekalan air tercemar itu bermula sejak 1970-an apabila kerajaan Bangladesh menggali jutaan telaga tiub cetek untuk menyediakan air bersih kepada penduduk tanpa menyedari tanah itu banyak bercampur dengan arsenik secara semula jadi.

Pendedahan kronik kepada arsenik dikaitkan dengan kanser hati, buah pinggang, pundi kencing dan kulit, serta penyakit jantung tetapi HRW menyatakan ramai mangsa di Bangladesh tidak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan.

Atas dasar kemanusiaan, kami di Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama Islamic Relief Bangladesh (IRB) dan Union Sanitation task force Committee telah mengenal pasti kawasan yang kritikal untuk membina telaga air lebih dalam (Deep Set Pump-DSP) sebanyak 17 buah di daerah Mymensingh dan Modhupur Upazila.

Jom sama-sama membantu kami untuk mencukupkan dana bagi pembinaan telaga air ini. Projek Telaga Air Banglesh (TAB) bergerak seiring dengan program sedia ada (Facilitating Water Access in Central Northern part of Bangladesh-FWAB).

Jadi nak minta jasa baik kawan-kawan untuk sama-sama membantu membina telaga ini. InsyaAllah, saya sendiri akan ke sana melihat sendiri perkembangan pembinaan Telaga Air ini nanti. Ketahuilah, betapa berharganya setitis air bersih untuk mereka.😥

Anda juga boleh menyumbang seberapa banyak yang anda mampu. Boleh rujuk flyers.

Sumbangan boleh terus di masukkan ke akaun Islamic Relief Malaysia (IRM).


*Maybank Islamic: 5621 4270 8704*
*Reference Code: TAB4S*


Dan diharapkan juga jasa baik sahabat semua turut sebarkan tentang program wakaf ni pada kenalan dan keluarga anda yang lain. InsyaAllah, Allah tahu apa yang kita buat, sedikit sebanyak kebaikkan ini berbalik pada kita. Kita juga boleh niat untuk wakafkan bagi pihak kaum keluarga kita yang sudah tiada.

Untuk mengikuti perkembangan projek ini, anda boleh follow Instagram (IG) kami :


volunteer_project

TELAGA AIR BANGLADESH (TAB)
☝


Semoga Allah SWT memberikan ilmu dan kefahaman yang tepat agar kita dapat membuat persiapan dengan sebaik-baiknya demi keuntungan kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Amin.🙏

Terima Kasih Semua, love ya!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan untuk mendapatkan resit pelepasan cukai bagi yang berkenaan.



Sharifah Suhaila Idris - 017 244 9387 / sharifahs85@gmail.com

Thursday, August 15, 2019

Sesi Mengopi di Kubur Ayah.



~Lewat Petang Hari Raya AidilAdha yang Pertama, 11hb Ogos 2019, Sabtu 6:30 petang.
Kami Menziarahi Ayah Di Kampung Abadi~

Assalamualaykum Ayah,

Maafkan Adek, dah lama tak jenguk kubur ayah. Adek tahu, Ayah baik-baik saja di sana. Bukan Adek, Emak, Along, Benja dan Uda tak nak balik, tapi ada banyak halangan untuk kami sampai ke sini. Sungguh kami rindu sangat dengan Ayah!

Last kami balik haritu, kami dah tanam pokok puding baru kat kubur Ayah. Alhamdulillah, pokok yang ni tetap hidup walaupun daunnya agak kering. Mungkin sebab musim panas. Pokok yang dulu tu tak nak hidup. Yelah, kami pun tak jenguk pokok tu, mana la dia nak hidup kan. Kami dah betulkan kembing batu-bata dan gemburkan tanah kubur Ayah. Dah cantik kubur Ayah sekarang.

Ayah, Adek rindu nak sembang dengan Ayah. Dulu masa kecil-kecil, mana ada Adek berani nak bersembang dengan Ayah. Seriau! Sekarang rasa rugi pulak. Dalam 2-3 tahun sebelum Ayah pergi dapatlah juga kita duduk-duduk bersembang mengopi bersamakan? Alhamdulillah, itulah jadi kenangan sampai kini. Samalah macam hari ni, bezanya kini tiada kopi, kita cuma bersembang sepi. Adek selalu buatkan kopi untuk Ayah. Ayah kata Adek buat kopi sedap, pekat. Dah jadi rutin Adek buat kopi untuk Ayah petang-petang. Kadang-kala kalau rajin, Adek buat kudap-kudapan. Tapi selalunya mak lah yang buat. Dan kita bertiga akan duduk di luar, menghirup udara segar petang-petang sambil bersembang-sembang. Bila tiba waktu Maghrib, kita akan solat Jemaah bersama. Di akhir-akhir usia Ayah, Adek pun dah belajar jauh, pulang cuma waktu cuti semester sahaja. Begitulah rutin harian masa kami waktu petang-petang. Keadaan yang sangat santai dan mendamaikan.

Demi Allah, Adek rindu la dengan Ayah. Rindu nak dengar suara Ayah. Kalau boleh Adek nak cerita semua yang dah jadi pada Adek ni pada Ayah. Kalau Ayah masih ada, Adek rasa keadaan tak mungkin jadi macam ni. Orang takkan mudah nak mengenakan keluarga kita. Orang-orang ni cuma takut dengan Ayah, bukan takut dengan Allah. Bila Ayah dah tiada, orang-orang ini sewenang-wenangnya menganiaya kita, memperlekehkan kita, menghalau kita dari tanah kita, dari tanah rumah Ayah. Ayah tahu tak, mereka nak rampas tanah rumah Ayah, yang Ayah dirikan sendiri dengan tulang 4 kerat Ayah untuk keselesaan anak cucu Ayah. Adek minta maaf rumah tu terpaksa kami tinggalkan demi kelangsungan hidup. Namun kami akan kembali untuk menebus hak kami. Adek janji, Adek akan berusaha untuk bangunkan kembali rumah Ayah tu. Adek takkan biarkan orang-orang itu terus-terusan memijak-mijak kita. Menghinakan kita di tanah kita sendiri. Ayah beli tanah tu dengan hasil titik peluh Ayah, tiada sangkut paut dengan hak milik pusaka orang-orang itu. Dah la orang-orang itu membaham kesemua harta pusaka Ayah, malah tanah yang Ayah beli sendiri pun mereka mahukan juga. Ayah, orang-orang ni dah melampau!

Tak cukup dengan itu, orang-orang ini menyakiti kami semua. Mengguris hati kami semua, memporak-perandahkan hidup kami semua. Ayah tahu tak, sehari lepas Ayah hidup di Tanah wakaf, ada orang tu suruh Adek berhenti belajar, dia cakap jangan susahkan adik-beradik sebab Ayah dah tiada. Dia taknak Adek jadi macam dia, susahkan adik-beradik nanti adik-beradik mengungkit. Dia macam nak bagitahu yang Ayah mengungkit perihal dia belajar dahulu. Padahal Adek tahu yang Ayah sangat berbangga dengan orang itu. Tak pernah keluar dari mulut Ayah yang orang itu membebankan Ayah. Kelu lidah Adek mendengarkan nasihat orang itu. Benja pun dengar jelas pesanan orang itu. Sampai hati mereka mematahkan hati kami disaat kami perlukan sokongan selepas ditinggalkan Ayah.

Ayah nak tahu tak, masa Ayah dah dimandikan dan menunggu masa untuk dikafankan, ada orang tu bising-bising cakap kain tak cukup, kapas tak cukup seolah-olah nak mengaibkan Ayah. Abang Halim menantu Ayah pun bergegas pergi beli lagi di pekan. Padahal orang masjid yang mandi dan kafankan ayah tiada pun meminta kain dan kapas lagi. Semuanya cukup, malah jadi berlebihan. Ayah terbaring kaku dengan wajah yang sangat manis. Sepanjang malam itu, sesaat pun Adek tak tinggalkan Ayah. Setitik air dan secebis makanan pun tidak masuk ke perut Adek. Semuanya rasa pahit. Adek tidur sebentar ditepi Ayah, lalu bangun kembali menyambung bacaan ayat-ayat suci Al Quran untuk Ayah.

Ayah tahu tak, malam itu ada tetamu khas yang mendoakan ayah, menyedekahkan ayat-ayat suci untuk Ayah. Yang sama-sama membaca tahlil untuk Ayah. Sampaikan orang sekeliling hairan siapakah gerangan pemilik suara itu. Suaranya garau, jelas fasohahnnya persis bukan orang kampung kita, suaranya itu seperti mengetuai bacaan tahlil yang Adek bacakan dalam keadaan teresak-esak. Orang-orang itu turut mendengarnya. Adek tak tahu persepsi mereka akan perkara ini. Tapi yang penting tetamu Ayah itu, tetamu yang baik. Sepanjang membaca tahlil itu, mata Adek, Along dan Uda saling berpandangan. Hanya kami yang membaca tapi ada suara lain yang ikut sama. Subhanallah.

Ayah, sesungguhnya Adek amat mencemburui kematian Ayah. Walaupun orang mengenali Ayah sebagai seorang yang garang, namun Ayah seorang yang berhati mulia, Ayah tak berdendam dengan orang yang berbuat jahat pada dia, Ayah tak pernah menderhaka pada ibunya walaupun ibunya tidak pernah menyayangi dirinya macam anak-anaknya yang lain. Ayah tetap menyantuni ibunya dengan sebaik mungkin setiap kali ibunya bertandang ke rumah kita. Tapi orang-orang itu yang tidak suka melihat Ayah berbuat baik dengan ibunya sendiri. Walaupun pada akhir usia ibunya, Ibunya kembali sedar yang mana intan yang mana kaca. Anak yang disisihkan itulah anaknya yang baik, yang ikhlas berbakti padanya. Namun, apakan daya, sudah terlambat.

Orang-orang itu memisahkan Ayah dan ibunya sehingga nafas terakhir. Orang-orang itu takut ibunya akan memberikan seluruh hartanya pada Ayah jika Ibunya bertukar fikiran. Jahat betul mereka Ayah! Adek ingat lagi betapa Ayah kecewa dengan perbuatan mereka bilamana Ayah datang nak menziarah ibunya. Adek ingat lagi kita datang malam-malam dengan motosikal, senyap – senyap macam pencuri di malam hari. Tiba di simpang jalan Ayah suruh kami mematikan enjin supaya orang yang duduk di sebelah rumah ibunya tidak mendengarkan kedatangan kami. Kami sorong motosikal dengan berhati-hati tanpa membuat sebarang bunyi. Ayah menghendap-hendap di tingkap memanggil-manggil ibunya hanya kerana nak melihatkan wajah ibunya,  hanya kerana nak bertemu dengan ibunya. Allahuakbar! Perkara ini masih kukuh dalam mindaku. Sedihnya Ayah waktu itu, hanya Allah yang tahu. Manik-manik jernih gugur di pipinya. Setiap kali kami datang, setiap kali itulah kami akan pulang dengan hampa.

Sehinggalah Ayah mendengarkan berita bahawa ibunya sudah meninggal dunia tanpa dapat Ayah melihat wajah ibunya walaupun untuk kali yang terakhir. Ibunya dikhabarkan meninggal dunia dalam tidur sendirian di rumahnya. Nampak benar orang-orang itu berhati busuk menyembunyikan ibunya dari Ayah. Berkali-kali Ayah ke rumah ibunya namun ibunya tiada di sana kerana disembunyikan di rumah salah seorang dari orang-orang itu. Bila sudah tidak berguna bagi mereka, ibu itu ditinggalkan sendirian di rumahnya. Bila dah meninggal jenazah ibu itu di bawa pula ke rumah orang-orang itu. Seperti tidak membenarkan Ayah menziarah! Begitu kejam perbuatan mereka pada Ayah! Sampai hati mereka buat begitu pada Ayah!

Mungkin kerana itu Allah ambil Ayah dalam keadaan paling mulia. Waktu Ayah solat Zuhur rakaat kedua, dalam mengingat Allah, dalam keadaan berwuduk. Allahuakbar! Indahnya kematian Ayah. Sepanjang jenazah Ayah di rumah tak putus-putus orang datang menziarah. Ayah bukan ketua kampung, bukan orang berpangkat namun Allah muliakan kematian Ayah. Sesungguhnya orang-orang itu cemburukan Ayah! Mereka dengki pada Ayah! Ketahuilah pada mereka, mereka akan kalah dan kecewa dengan kekalahan mereka sampai mereka mati! Mereka tak pernah meminta maaf atas perbuatan mereka pada Ayah. Mereka berhutang pada Ayah sampailah mereka mati. Hanya Allah yang akan membalas perbuatan mereka itu diakhirat nanti. Tunggu sajalah balasannya.

Orang-orang itu bukan orang lain pun, mereka adalah adik-adik Ayah yang berhati busuk dan bertopengkan syaitan! Semoga Allah membalas perbuatan mereka itu dengan azab yang pedih!
Ayah, nanti Adek cerita lagi ye. Kisah sedih kita ini, tidak berakhir di sini. Ada sambungan lagi..

Tapi, harini Adek nak kabarkan pada Ayah yang anak-anak Ayah masih teguh bersama. Ayah pasti bangga! Ini buktinya yang Ayah dah berjaya didik kami semua. Walau pelbagai dugaan dan cabaran menghalang hubungan kami, mereka cuba nak pisahkan kami, mereka cuba melagakan kami, namun restu Ayah tetap bersama kami. Terbontanglah mata-mata orang itu melihat keutuhan dan keakraban kami anak-anak Ayah. Walaupun Ayah dah tiada, rumah kampung pun dah tiada tapi kami tetap pulang ke kampung bersama. Beraya bersama, membahagiakan Emak bersama. Walau tiada harta dunia yang Ayah bekalkan pada kami namun harta Akhirat ini lebih bermakna. Kami pulang menziarah jiran tetangga yang baiknya melebihi kebaikan orang yang ada pertalian darah dengan kita. Kami juga bersatu hati wakafkan tanah Ayah bersebelahan tapak rumah tu, semoga ada ganjaran kebaikan untuk Ayah. Kami akan buat yang terbaik untuk Emak dan Ayah, InsyaAllah.

Nanti kita mengopi lagi, OK! Dah nak masuk waktu maghrib ni. Kami pulang dahulu. Tadi dah singgah sebentar di rumah lama Ayah.

Raya di Rumah Ayah

Rumah Ayah ni InsyaAllah akan kami bangunkan semula.

Selamat Hari Raya AidilAdha Ayah!
Jumpa lagi nanti, InsyaAllah.

Assalamualaykum.💙

Sunday, June 2, 2019

Siblings Hingga Ke Jannah ~ #siblingsgoal


Bismillahirrohmanirrohim..

Salam ke 28 Ramadhan kepada semua yang singgah di My Secret Shifter, my personal blog where I usually updates and shared my stories, my taught, my ideas and the journal of myself while I'm still here breathing in this Dunya. So, I thought of sharing very personal story between me and my siblings.

Here it goes..
Aku mempunyai 2 orang kakak dan seorang abang. Cuba teka aku anak yang ke berapa? Hah, macam IQ test tak? 😝

Dah dapat jawapan? 

Sebenarnya aku dan adik-beradik aku ada gap umur yang besar. Kami dulu ada dua Geng. Geng Dah Besar dan Geng Kanak-Kanak Ribena. Along (kakak Sulong) dan Benja (Abang ke dua) lahir di awal tahun 70an. Manakala Ude (Kakak ke tiga) dan Aku lahir dalam tahun 80an. Lebih 10 tahun gap antara Benja dan Ude tetapi itu tak menjadikan hubungan kami jauh terpisah. Seawal ingatan aku di masa kecil (antara memori yang masih aku ingat adalah seawal usia 5 tahun). Along dan Benja sudah pun meninggalkan rumah untuk menyambung pengajian mereka. They were hardy at home! Yelah, bayangkan 10 tahun gap. Along sudahpun melanjutkan pengajian di UiTM Shah Alam dan Benja masih berada di Sek Men Teknik (Vokasional) di pekan Teluk Intan. Bila waktu cuti panjang sahaja mereka akan pulang ke rumah.

Mereka berdua Geng Dah Besar ni kuat mengusik adik-adik. Main tu kalau sampai tak menangis, tak sah! Yang selalu jadi bahan adalah Ude sebab dia kuat menangis. Mak aku dah lali dah dengan perangai kami adik-beradik. Walaupun kuat mengusik, mereka jugalah yang menjaga kami, memberi teladan yang baik, memberi benchmark untuk kami mengikuti langkahnya, membantu kami buat kerja sekolah, mengajarkan kami pelbagai perkara, melayan kami bermain (main bunga api, mercun, boardgame, main batu seremban, main domino, main kad, teka-teki, aci kejar, zero point dll), menghantar kami ke sekolah, membelikan kami permainan, alat tulis, memujuk kami bila kami merajuk diusik, dan yang pasti menyayangi kami sepenuh hati. Itu pasti!

Kasih sayang itu meresap ke dalam hati. Bila ada, riuh satu rumah, bergaduh, menangis, berlari, berkejaran, bergelak-ketawa. Bila tiada, dirindui, ditunggu-tunggu kepulangan mereka. Lagilah bila dah nak raya. Pernah aku ingat, tiap kali Along ingin pulang kembali ke kampus, kami akan menangis di bilik sebab sedih Along dah tiada di rumah nanti. Begitu juga dengan Benja, kami akan monyok seharian kerana Benja dah nak balik asrama. Begitulah kasih sayang antara kami.

Biarpun begitu, kami tetap pernah melalui masa getir waktu kami membesar dahulu, Allahyarham Ayah aku pernah berkahwin dua, masa tu hidup macam kami jadi gundah gulana. Seingat aku, aku masih berada di darjah 2, Ude berada di darjah 4. Beza umur kami cuma 2 tahun. (Cerita ni bukan bermakna aku nak aibkan ayah yang dah tiada, cuma nak kongsikan ikhtibar sahaja). Sewaktu Allahyarham Ayah berkahwin dua, aku masih belum memahami keadaan itu, tapi aku tahu Ayah dah jarang berada di rumah (balik ke rumah yang kedua). Aku perasan ketiadaan ayah bila nak minta tandatangan apa-apa borang sekolah, Ayah mesti tiada. Last-last mak yang sign sebab borang tu dah pending lama. Pernah sekali dua Along yang sign borang dan kad laporan (tiru signature Ayah..haha). Keadaan Ayah yang tiada di rumah tu sangat ketara sehingga nak minta duit belanja pun susah, apatah lagi nak minta apa-apa. Ayah pula seorang yang garang. Tiada siapa pun berani menegurnya ketika itu (Semoga Allah mengampunkan Ayah).

Tapi kami rasa kuat nak hadapi masa itu kerana ada Along dan Benja yang membantu Mak, memahamkan kami keadaan dah berubah. Mengisi kekosongan Ayah dengan membantu Mak dan kami dalam kehidupan. Keadaan itu berlanjutan beberapa tahun sehinggalah ayah jatuh sakit. Ayah sakit dalam tempoh yang lama, juga sehingga beberapa tahun.

Sewaktu Ayah sakit berulang ke hospital, baru Ayah mengerti siapa yang benar-benar sayangkannya dan siapa yang hanya sayangkan hartanya. Habis semua simpanan Ayah kerana Ayah tidak dapat bekerja. Hospital pula dah jadi rumah keduanya. Aku masih ingat kerana kesusahan nak mendapatkan bas untuk ke hospital, Mak sanggup mengayuh basikal dengan jaraknya lebih 20km dari rumah kami. (Semoga Allah merahmati Mak).

Berhujan berpanas Mak ke sana. Bila Along dan Benja kembali ke kampus dan bekerja, kami pula hidup berdikari sendiri. Menumpang jiran dan saudara. Walaupun kami hanya tumpang tidur malam sahaja (Mak dah siap masak untuk makan, Mak cuma risau meninggalkan kami di malam hari) ada juga suara-suara yang kata kami ni menyusahkan mereka. Semua itu terpaksa kami hadam sendiri. Ada kala, kami dah bosan nak menumpang rumah saudara atau jiran, kami tidur sendiri di rumah. Saudara sangka kami ke rumah jiran, jiran sangka kami ke rumah saudara. Yang penting kami tak susahkan orang. Masa tu kami berdua masih bersekolah rendah lagi. Malam-malam bila nak lelap menangis rindukan Mak, rindukan Ayah. Ude yang pujuk aku. Ude yang jahitkan baju PJ aku yang terkoyak. We take care each other. Masa tu aku tak pasti apa pula keadaan Along dan Benja. Pastinya berendam air mata juga.

Ibu tiri kami pernah membuat kekecohan di hospital kerana ayah sakit dan tidak memberikannya wang berlanja. Dia juga pernah datang menyerang Along di kampus kerana anaknya juga belajar di kampus yang sama. Ayah yang terlantar sakit itu tak dipedulikannya langsung. Along dan Benjalah yang menghadapi keadaan getir itu, mereka sentiasa berada disamping Mak memberikan Mak semangat. Pelbagai peristiwa terjadi, hubungan renggang, pergaduhan, perselisihan faham dan Benja seakan membawa diri merajuk dengan Ayah. Mak yang mempersiapkan dirinya dan menyuruh Benja merantau mencari pengalaman selepas tamat belajar. Benja tahu Mak cuba nak elakkan perhubungan kami sekeluarga bertambah buruk. Itu semua pengorbanan seorang Mak yang tidak difahami sesiapapun kala itu.

Berkat kesabaran Mak, Ayah kembali kepada pangkuan keluarga. Kesihatannya semakin pulih selepas pembedahan kedua. Waktu itu Along pula dah nak mendirikan rumah tangga. Tak lama selepas itu, Benja pula mendirikan rumah tangga. Tinggallah Aku dan Ude di rumah. Kemuncak kejadian itu, Ayah melafazkan cerai untuk isteri keduanya. Ayah mungkin tersedar akan kesilapannya dahulu dan cuba menjernihkan kembali hubungan kami sekeluarga dengan Mak, Along dan Benja. 

Semakin kami dewasa kami dapat lihat dan rasakan perubahan Ayah. Ayah bukan lagi Ayah yang tidak boleh dibawa berbincang, yang mudah melenting, yang mudah memaki hamun marah-marah. Ayah menjadi seorang yang sangat berdiplomasi, senang di bawa berbincang dan penuh dengan gurau tawa. Aku menyaksikan sendiri perubahan Ayah, ketika Ude juga tiada lagi di rumah kerana menyambung pengajiaannya di UiTM Melaka. Tinggallah Aku, Mak dan Ayah. Kami jadi Geng Bola, Geng tengok Cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Geng bersembang petang-petang, Geng mengopi, Geng Wrestling. Akulah anak perempuan Ayah, aku juga anak lelaki Ayah. Dan aku menyaksikan sendiri kesusahan Ayah nak bina kembali keluarga kami. Ayah besarkan rumah dan bina rumah kami sendiri dengan tulang empat keratnya. Nak bagi keselesaan untuk anak cucu bila balik kampung. Aku dapat rasakan Ayah nak tebus kesalahan masa lalu sewaktu dia sibuk dengan keluarga keduanya dan melupai kami.

Syukur pada Allah, Aku juga dapat melanjutkan pengajian ke universiti. Biarpun pada awalnya masyarakat, jiran tentangga mengata keluarga kami yang pecah-belah, menyusahkan, berkecamuk dan terbiar. Tapi semua anak-anak Ayah berjaya dari segi pendidikan dan kerjaya. Dikalangan orang kampung, Ayah dapat menghantar tiga orang anaknya ke Universiti. Orang yang dahulunya mengata, mengutuk Ayah pun tiada rekod kejayaan seperti Ayah. Kalaulah kejayaan itu dilihat dari segi pelajaran. Tapi bukan!

Kejayaan itu lebih kepada memperbaiki hubungan kekeluargaan. Kembali kepada fitrah, kembali kepada Allah. Kejayaan akhirat! Aku lihat bagaimana Ayah pacu kehidupannya. Ya, Ayah pernah tersasar! Tetapi Ayah kembali semula. Berusaha membina kembali keluarga kami, memberikan pendidikan yang terbaik Duniawi dan Ukhrawi. Menyulam kasih sayang agar kami bersatu hati. Bagaimana Along dan Benja menjadi tunggak dibelakang Mak. Dan kami adik-adik seboleh-bolehnya tak nak tambah bebanan Mak. Sesungguhnya sukar nak gambarkan keadaan kami dahulu. Kerana pastinya air mata ini tumpah bila teringatkan peristiwa dahulu.

Tapi Allah itu Maha Besar, Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Allah pulangkan Ayah kami, Allah pulangkan kebahagiaan keluarga kami. Walaupun dugaan itu tidak berakhir di situ, macam-macam perkara lagi terjadi, tetapi tugas Ayah dah Allah tamatkan dahulu. Tiada dendam, tiada apa yang terbuku dihati kami. Kerana itu, kami tetap bersatu. Ayah dan Mak dah berjaya didik kami semua. Allah jadi saksi!

Dah aku katakan tadi, dugaan itu tak berakhir di sini. Selepas ketiadaan Ayah, kami diuji lagi. Dengan pelbagai ujian bertimpa-timpa. Dan buktinya kami pernah terpisah kerana kerja jahat orang lain yang cemburu melihat hubungan kami.

Tapi Allah itu Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Mungkin ada hikmahnya setiap perkara yang berlaku, ujian itu pasti akan hadir lagi.

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Berkat Ramadhan, mempertemukan kembali anak-anak Ayah dan Mak yang terpisah. Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. Allah mempertemukan kita semua semula. Syukur.

Dulu pernah seorang dari kita hilang dari pandangan, tapi Allah pulangkan kembali ke pangkuan kita. Kemudian, seorang lagi anak Ayah hilang jejak. Tapi Allah datangkan hidayah kepadanya, menjentik hatinya yang jauh dari keluarga untuk kembali semula. Ada antara kita yang menjauh hati, Allah dekatkan semula. Ada orang menghasut anak Ayah agar membenci adik-beradiknya, tapi Allah datangkan peristiwa, dan anak Ayah jadi lebih rapat berbanding sebelumnya. Subhanallah. Macam-macam ujian dah jadi pada kita, Allah jualah yang mengatur semuanya.



Sesuatu yang tak pernah dirancang tahun ini. 4 orang anak-anak ayah serta menantu dan cucu berkumpul hari ini, di akhir Ramadhan ini. Kami bercakap dari hati ke hati. Sesungguhnya penyatuan ini bakal dicemburui. Tetapi tak mengapalah, kami dah lali.

Orang cemburu kerana dia tidak punya apa yang kami punyai. Kasih-sayang Lillahi Taa’la.

Walaupun kita bukan lagi di kampung mengenang zaman indah masa lalu, tapi walau dimana pun kita berada, semangat ayah sentiasa ada. Nasihat ayah tersemat didada. Ayah selalu pesan, adik-beradik mesti bersatu, jangan bergaduh, jangan putus hubungan kalau ayah dah tiada. Jagakan Mak. Mak dah banyak bersusah untuk kita.😢 Kalaulah ayah ada lagi alangkah gembiranya hati ini.

I miss you Ayah. We really miss you...😭

Ayah, tengoklah ni. Kami masih bersama. 
InsyaAllah hubungan ini akan kami jaga sehingga hujung nyawa.

Semoga kita semua bertemu kembali di Syurga.

Al-Fatihah to my beloved Ayah
~Tn Hj Idris bin Salleh~
1946 - 2007


Thursday, May 16, 2019

Ramadhan Reminder ~ Don't Give Up on Ramadhan


Assalamualaikum wbt,


 Salam Ramadhan,

May this post find you in the pink of health and in the best of Imaan.

Alhamdulillah. Today we are still alive and kick-in and can continue our journey for another day on this Ramadhan month. How's your fasting so far? I was listening to Datuk Ustazah Norhafizah Musa yesterday and she reminded me on this. 

Ustazah said, by the 10th of Ramadhan we should roughly know what is the grade of our fasting. Is it Bad? Satisfactory? Good? Excellent?? Are we done enough or not? Are we being neglected and do nothing to elevate our Ibadah? Did you wake-up for sahoor just get eat or drink? Have you ever spend 5-10 minutes of Tahajjud? Or we just don't care as long as we can break our fast on time, we are good already. This is for my self-reminder. Before puasa, I have written all I need to do and what I want to achieve and I’m still far behind. FAILED on my 10 days trial. FAILED to achieve my KPI. Allahurabbi.

BUT! BUT!! Don’t give up easily, we still have another 20 remaining days provided if we are still alive till the end of Ramadhan. Allahuakbar! Chayouk!! Let re-start! 

Bismillahirrohmannirrohim..



~Moonlightlady~

Thursday, April 25, 2019

Urutan Untuk Wanita, Kerana Dirimu Begitu Berharga



Assalamualaikum wbt.

Selalu orang tanya aku, boleh ke anak dara berurut? Tak elok la anak dara pergi berurut. Urutan ni untuk jenis mak-mak, orang - orang warga emas, orang sakit urat je, orang lepas bersalin, yang lain tak perlu. Urut ni jadi macam second class treatment je kaedahnya. Tapi sebenarnya, urut ni ada banyak kelebihannya. Bukan hanya dari segi luaran, bahkan dalaman juga. Hanya yang pakar je yang boleh beri kelegaan pada urutan.

Tapi, senang ke nak cari yang pakar? Ada berapa je pakar urut dekat Malaysia ni? Antara yang kita ketahui ialah Bonda Rozita, Jamu Ratu Malaya. Bukan sahaja menjual produk kecantikan, malah Bonda Rozita juga ada menyediakan khidmat urutan di Rumah Hutannya. Tapi dari cerita orang-orang yang pernah pergi, bila pergi berurut kat sana, bukan Bonda yang urut tapi juru-urut dia, pekerja dia warga Indonesia. Ni saya tak pasti kesahihannya, tapi mungkin betul juga. Mungkin Bonda hanya ambil urutan untuk client dia yang tertentu sahaja. That could be it. 

Sekarang pula trend bersalin dengan Confinement Lady yang dibekalkan melalui pakej selepas bersalin. Ramai artis-artis yang ambil memang pakej tu share dekat IG mereka. Pakej lengkap dari penjagaan ibu dan anak, makanan berpantang, mandian, urutan dan tangas. Tapi boleh kata kesemua Confinement Lady mereka adalah adalah warga asing, warga Indonesia. Bukan nak kata tak elok berurut dengan warga Indonesia ni, tapi kalau kita ada pakar Urutan Melayu, kenapa masih mencari yang lain bukan? Kalau nak ikutkan urutan Melayu dan Indonesia ni memang ada perbezaannya. Walaupun kita serumpun, namun cara dan pengolahan urutan itu sangat berbeza. Seni urutan Melayu asli memang susah nak dicari. Ianya sebahagian dari kemahiran yang bukan calang-calang orang boleh kuasai.

Kalau wanita Indonesia berbangga dengan “Bali Massage”, wanita Thailand dengan “Thai Massage” dan wanita Swedeen dengan “Swedish Massage” mereka, kita wanita Melayu juga tidak harus ketinggalan. Urutan Melayu tradisional (Traditional Malay Massage) seharusnya menjadi medium untuk kita berbangga dengan rawatan kecantikan dan kesihatan semulajadi yang sudah berakar umbi sejak zaman nenek moyang kita lagi.

Dengan mengambil berkat hari Jumaat, hari ini aku nak kongsikan kelebihan berurut dengan Pakar Urut Tradisional di Seni Urutan SharifaShifa di Puchong, Selangor.

Antara kelebihannya adalah :-
  • Melancarkan perjalanan darah – apabila urutan di jadikan amalan, perjalanan darah di dalam tubuh akan menjadi lebih lancar. Begitu juga dengan sistem perkumuhan tubuh sama ada air besar, air kecil, peluh, pernafasan dan sebagainya turut menjadi sempurna! Apabila perjalanan darah di dalam tubuh berjalan pada kadar yang sepatutnya, seri kecantikan semulajadi akan terpancar dengan sendirinya.
  • Mencantikkan kulit tubuh & muka – Minyak urut khas dengan ramuan tradisional yang dimasak sendiri di gunakan untuk berurut akan meresap elok ke dalam liang-liang roma kulit. Penambahan bacaan ayat-ayat suci Al Quran juga diberi bagi memperindahkan lagi kandungan minyak urut khas ini dan memberi keberkesanan yang maksimum.
  • Kalau suplemen memberikan kesan terhadap tubuh dalaman, urutan pula bertindak pada kulit bahagian luar! Minyak aroma urutan itu bertindak sebagai vitamin pada kulit kita!
  • Urutan oleh Pakar Urutan SharifaShifa bersifat merawat dan bukan hanya memberi kelegaan sementara.
  • Salah satu lagi kelebihan Urutan di Seni Urutan SharifaShifa adalah kami memberikan perkhidmatan diagnosis untuk mencari punca kesakitan dan memberi rawatan secara terperinci.
  • Seni Urutan Tradisional Melayu 'SyarifahSyifa' ini berpandukan Ayatul Quran yang dibimbing oleh Pakar Urut yang bertauliah & berdaftar.
Kalau rasa nak cuba pengalaman berurut di sini, boleh singgah ke premis yang selesa dan privasi di Puchong - Google Map Seni Urutan SharifaShifa

Untuk temu janji boleh hubungi nombor ini :-

Hotline: +6010-787 8853
Whatsapp / SMS: +6012-399 4983

Selamat Mencuba!
PSssTT.. Untuk WANITA Sahaja OK!