Showing posts with label Secret Journal. Show all posts
Showing posts with label Secret Journal. Show all posts

Tuesday, August 31, 2021

Pergi Yang Tak Kembali ~ Selamat Jalan Sahabat Syurgaku



Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ)
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

Al-fatihah.

‎ بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
‎ ◄.اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞
‎ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞
‎ إيَّاك نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ
‎ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
‎ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ..
‎ آمِّيْ

Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan bahawa sahabat seperjuangan kami Kak Masdahila Bt Ahmad Jalaluddin telah kembali ke rahmatullah pada hari ini (28/08/2021), didakapan kami sahabat-sahabatnya. Dari semalam sampai ke hembusan nafas terakhir kami di sisinya. Allahuakbar, Allah sayang dia sangat-sangat. Insan yang baik, anak yang baik, Syurgalah tempatmu Kak Mas.

Masa pemergian Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin haritu pun aku sayu, terkesan walaupun tidak mengenali secara peribadi. Ini pula Allah bagi bukti dihadapan mata sendiri, orang yang kita sayang, yang rapat, yang kenal hati budi, sahabat sejati kami. Sesungguhnya, orang yang baik memang Allah sayang, Allah ambil pulang dahulu dari kita, Allah pinjamkan sekejap sahaja untuk Kita belajar darinya. Allahuakbar.

Kami jadi saksi betapa baiknya Kak Mas semasa hayatnya, tak pernah sakitkan hati orang walaupun orang merendahkan dia, mengkhianati dia. Kalau perkara yang sama terjadi pada kita, pasti kita melenting. Namun, tidak pada Kak Mas. Dia seorang yang sangat sabar dan tenang dalam ujian. Kalau penat pun kata tak mengapa, selalu tak nak susahkan orang. Dia sangat risau jika dia dah susahkan orang. Kalau orang susahkan dia, dia tidak pula mengungkit. Senyuman manis sentiasa dibibir, rajin menolong apa sahaja, bila-bila masa. Bila call je, terus pantas membantu apa sahaja. 

Anak yang solehah. Menjaga ibunya bagai menatang minyak yang penuh. Kak Mas selalu kata, risau dengan keadaan ibunya sendirian di rumah. Ke mana sahaja ibunya pergi, dia pasti ada bersama menemani. Subhanallah. Syurgalah tempatmu Kak Mas. Syurga Firdausi. Aku dah lihat kebesaran Allah pada pengakhiran Kak Mas. Walaupun keadaan pandemik, namun urusannya dipermudahkan sehingga ke liang lahad. Bagai tidur yang paling lena, dengan wajah yang bersih, putih berseri, tersenyum manis lebih manis dari sebelumnya. Allahuakbar. Syurgalah tempatmu. Sempat kubisikkan di telinganya saat memberi kucupan terakhir, 

"Kak Mas, jangan lupa tarik tangan kami ke Syurga ya.."
"Nanti Kita berjiran dan bersahabat lagi di Sana.."

Saat Aku sabarkan Mak Cik Hasmah, bila menatap wajah terakhir Kak Mas tempohari. Aku berkata,

"Kita redhakan la ya MakCik, Kak Mas dah selamat, macam tengah tidur yang lena."

Berhamburan air mata kami dalam pelukan, Aku menyabarkan MakCik. Aku sendiri menyoal diriku, betulkah Aku redha?

Allahuakbar. Payahnya rasa nak menghadapi kenyataan. Tapi bila melihat wajah tenang Kak Mas yang putih bersih, cantik berseri, tersenyum damai, Aku tahu Kak Mas berada Di tempat Yang Terbaik, Di Sisi Penjaga Yang Maha Baik. Rehatlah Kak Mas, InsyaAllah Kami Ada tengokkan Mak Cik. Rehat ya. 


Sama-sama kita doakan agar  rohnya dirahmati dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Semoga Mak Cik Hasmah (Ibu Allahyarhamah) dan kaum keluarganya tabah dan redha dalam menghadapi kehilangan ini.

Monday, August 9, 2021

Allahyarhamah Siti Sarah ~ Kematian Yang Menghidupkan..


Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) 
Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.

Allahu, sedih rasa harini. Aku nak catitkan juga di sini. Memang sesungguhnya orang-orang baik memang pergi lebih awal. Semoga Allahyarhamah Siti Sarah Bt Raisuddin diampuni, dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh di sisi Allah SWT. Permergian beliau amatlah terkesan pada semua orang bukan hanya kerana beliau seorang selebriti tetapi kerana beliau juga adalah seorang ibu yang sarat mengandung, wanita dan isteri yang berjuang hingga ke akhir umurnya melawan sakit demi keluarganya yang tercinta. Setiap hari sejak tahu, Allahyarhamah di masukkan ke hospital dan ditidurkan hati aku dah tak sedap. Sebab banyak berita bila dah ditidurkan maksudnya keadaan pesakit tu dah kritikal kerana dah tak boleh bernafas sendiri lagi. Setiap hari akan tengok Instagram ShuipSepahtu (suami kesayangan Sarah) dan di berita online khususnya MyStar sebab selalu update berita di IG mereka. Seriusly, bangun je bukak mata tengok IG. Dan pagi tadi lah pengakhirannya.

Sedihnya, walaupun hanya sebagai orang luar. Walaupun tak pernah jumpa Allahyarhamah Siti Sarah ni, tapi aku tahu dia duduk dekat Puchong ni. Pernah nampak dulu masa dekat pasaraya OTK di Puchong Prima. Baru aku tahu, rupanya sebaya dengan aku lah Sarah ni. Ramainya orang yang sebaya malah muda dari aku dah pergi tinggalkan dunia ni kerana wabak COVID19 ni. Ramai juga yang tinggalkan anak-anak yatim, ada yang terus jadi yatim-piatu. Allahu sedihnya bahana COVID19 ni. Kembalinya Allahyarhamah Siti Sarah begitu menjentik hati, kehilangannya begitu terasa. Dan tiba-tiba aku teringat tentang kematian. Ya perkara yang memang akan pasti tiba suatu hari nanti untuk semua orang. Adakah pengakhiran aku sama seperti mereka yang Syahid ini? Subhanallah. Begitu Allah muliakan dia, sungguh dia seorang yang hebat. Terlalu banyak cerita-cerita keindahan akhlak dan budi pekertinya sebagai isteri, sebagai anak, sebagai ibu, sebagai sahabat, malah amalan baik, sedekah jariah beliau terdengar hari ini. Untungnya beliau, pergi dalam keadaan syahid, dalam redha suami, didoakan oleh segenap manusia, insyaAllah syurgalah tempatmu nanti. Sesungguhnya inilah yang dikatakan kematian yang menghidupkan. Kematiannya menjadi asbab kita semua bersatu, memohon doa keampunan dan kekuatan menempuh ujian berat ini. Kematiannya juga menjadikan diri kita yang alpa ini mengingati bahawa ajal itu datang bila-bila masa, tidak menunggu bila kita sedia. Cukup jam dan masa, kita pergi mengikut janji kita. Bersediakah kita?

Dipetik dari FB Ustazah Asma' Harun

Duhai Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin

Jua buat semua ibu yang tabah
Walaupun sebahagian kalian telah rebah
Menjadi sebahagian sejarah musibah
Menjadi satu muhasabah buat ummah
Akhirnya taqdir ALLAH mengatasi semuanya
Dengan seribu hikmah dariNya
Tersingkap di Dunia atau di Akhirat sana
Semoga dirimu dalam rahmat ya Esa
Allahu Akbar

Mari bersama kita mendoakan agar Allahyarhamah Siti Sarah dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT.


أَللّٰهُمَّ اغْفِرلَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْهَا وَاجْعَلِ الْجَنَّةَ مَثْوَاهَا
Ya Allah, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia dan jadikanlah syurga sebagai tempat istirehatnya.
‎آمين آمين آمين يا رب العالمين

Oleh itu, sempena Maal Hijrah ini marilah kita memikirkan kehidupan abadi kita di akhirat nanti kerana sesungguhnya dunia ini hanya fana, sementara. Jika tiada bekalan kita, apalah nak kita bawa ke alam sana? Siapa nak bantu kita, kalau kita sambil lewa dengan hidup yang sekadar pinjaman cuma ini. Ayuh kita berazam untuk cari bekalan akhirat. Jom berubah jadi baik! Aku, kau, kita semua. Semoga Allah pilih kita untuk dapat khusnul khotimah macam Allahyarhamah Siti Sarah. Buat Saudara Shuib,  salam takziah untuk anda dan seluruh ahli keluarga anda. Siapa kita untuk minta dia bersabar dan redha, tapi Subhanallah, betullah, Allah hanya beri ujian pada yang selayaknya. Kehilangan tu pedih, tapi bila tahu ada manis dipenghujungnya dan redha dengan ketentuan Allah, semua jadi Indah.. Allahurobbi.

Semoga tetap TABAH MALAYSIA melawan COVID19. Semoga Allah lindungi kita. Salam takziah juga kepada semua yang telah kehilangan orang yang tersayang. Semoga roh mereka dikasehani dan diampunkan Allah. Berada di taman syurga di Barzakh sebelum dimasukkan ke syurga bersama para Solehin. Amin. 

Aku terjumpa lagu ni di YouTube, lain benar mendengarkannya sekarang. Indeed. She was a Big Star, malah makin bersinar bercahaya di akhir hidupnya.


Al - Fatihah (mari baca sama-sama). Selamat Tahun Baru Muslimin Muslimat.

Monday, February 8, 2021

Saka Nan Keji (Tajuk ni mesti ada orang kecam)

 Assalamualaikum Salam Sejahtera, Selamat Tahun Baru 2021, 


Selamat mengharungi tahun baru dengan COVID-19 yang masih tetap berlegar-legar dalam donia ni. Alhamdulillah, hari tu Aku buat COVID-19 test, result is clear.  Hopefully tu je lah pertama dan terakhir buat test tu. Hari ni ada masa sikit nak jenguk blog ni. Nampak sangat dah lama tak update blog, bila bukak tadi layout dah lain maciam! Dulu design lain, ni dah macam update blog kat website if you know what I mean. Honestly rasa amat terkesan dengan COVID-19 nih. Masih tak pulih lg, bahkan awal tahun ni je dah 2 kali PKP dilanjutkan lagi. Nak salahkan siapa pun tak guna dah. Bertabah je la. Dan sentiasa beringat. Minta Allah lindungi kita dan keluarga hendaknya.

Well, now back to homies, which I like the most about PKP. I don't have any problem working from home. It's so ideal for me. I guess it is not for everyone. Tapi aku bersyukur je, sementara masih ada kerja. Dalam pada sibuk dengan kerja dari rumah, ada satu perkara yang aku dan keluarga aku buat. Maybe dah sampai masanya dan Allah bagi jalan. Kan Allah dah kata, usahalah nescaya Aku beri. Dan Allah dah beri jalan untuk berubat penyakit segala SAKA_MAKA supernatural magical world of Disney wonderland ni. Cumanya cerita kita tak mudah untuk berakhir dengan Happily Ever After macam dalam cerita tahyul fairytale mat salleh tu. Tak semudah itu yew!

Sedang scroll2 FB, Insta ni banyak aku jumpa orang buat post or content jenaka pasal SAKA. Aku memang pantang bila terdengar orang suka update dan buat lawak pasal Saka_Maka ni. Aku triggered betullah.  Sikit-sikit buat lawak pasal saka la, bela saka la, makan macam ada saka la.. engkorang yang cakap tu tahu tak betapa mencabarnya hidup kalau ada saka? Ke korang tak tau pn saka tu apa? Shikin mungkin? Ingat lawak ke ada saka?? Boleh pulak nak hantar-hantar. Terror betul kau dah boleh arahkan SAKA kau buat kerja.

Engkorang tahu tak SAKA ni orang melayu panggil sebagai pendamping keturunan diorang daripada golongan jin, yang langsung tak sama macam kita, yang engkorang tak nampak, yang kebanyakkan korang atau mak ayah korang pun tak tahu-menahu perihal makhluk ni kalau tak belajar selok belok dan sejarah keturunan sendiri. Kalau nenek moyang ada bercerita sebelum diorang pejam mata, takpa la, at least korang dah tahu ada sesuatu yang korang perlu uruskan. Uruskan itu bukan sesuatu yang mudah ye, itulah permulaan cabarannya. Yang sedihnya, korang yang tak tahu apa-apa ni, tetapi mewarisi SAKA. Tak lawak ea ada saka. Ada orang kata, takpa lah, SAKA ni tak kacau kita. Eh, mana korang tahu ea? Saka tu tak jahat, dia jaga keturunan kita. Bengong dari mana? Selama ni Allah jaga kita, kau tak percaya. SAKA keturunan jaga engkorang, korang percaya pulak? 

Kebanyakkan orang melayu dah menanam dalam fikiran dan kepercayaan mereka yang mengarut tu bahawa saka ni baik sebab jaga keluarga. Baik mendenye?? Mana korang tahu SAKA ni tak kacau kehidupan korang? Logically thinking, apa SAKA tu dapat kalau dia free-free je jaga (so called) keluarga korang tu? Dia tak harap apa-apa ke? Dia ikhlas ke kerja secara percuma? Any how, mana korang tahu dia jaga korang? Apa yang dia buat untuk jaga keturunan korang? Lama tu weh, bayangkan dia dah ada sejak dari 7 keturunan? Banyak mana korang nak bayar dia? Serammss..

Cuba senaraikan kebaikkan SAKA ni, aku nak tengok. Malah ada orang buat cerita bodoh pasal SAKA (Saka Nan Sepi) yang diorang bela macam ahli keluarga. SAKA tu baik pulak menyatukan ahli keluarga tu. Ahli keluarga tu pulak bersusah payah selamatkan SAKA tu. Ada orang kata chill la, cerita lucu je pun. Fine. Lucu ea, seolah-olah nak bagi gambaran yang chill la, SAKA tak bertuan pun boleh jadi ahli keluarga, apatah lagi SAKA yang diturunkan. Wait, tapi apa benda ni?? Shut your stupid mouth kalau tak tahu apa-apa pasal Saka Nan Keji ni (ni pula tajuk cerita aku).

Kalau aku nak membebel pasal SAKA ni, sepuluh blog ni pun tak habis. Nanti aku share lagi. Stay safe ya all!

COVID-19 ni pun dah macam SAKA, SAKA tak bertuan! Sapa nak jaga??

PS : Cio!

Tulusly,

#beliabenciSAKA

Friday, April 24, 2020

Sadaqah Diary ~ Where You Share Your Journey

Assalamualaykum, 
Ramadhan Kareem! 


Join me for the Ramadhan Challenge that I made it myself! You can do yours also! Let's do something different during our New Normal Ramadhan 2020.

I have created the group for my family member to join me for the Sadaqah Diary, you can do yours also. It just between your family and friends, we do good deeds together so that we can get into Jannah together, InsyaAllah. You got the concept? Easy right.💁

So, everyday I will updated them on who to donate from the list that I already prepared. It could be from NGOs, celebrity (of course Ustaz Ebit is in the list), Old Folks Home, Orphanage, Tahfiz, Frontliners, Asnaf, Masjid and whoever in need. Not too worries, we have 30 days to go and so many place to give.

Don't get me wrong, there are many ways of sadaqah not only monetary. But I find it the easiest way since we can't go anywhere to help during RMO/PKP Covid-19 lockdown.

Make an intention this Ramadan to donate a set number of ringgit each day, or even just 1 ringgit – whatever you are able to give, you give. Give 1, 2, 5, 10 ringgit a day and you’ll be earning the rewards of Allah subḥānahu Wa Taāla (Glorified and Exalted be He) whilst fasting in the month of Ramadan, Insha’Allah. Let's!

Thursday, April 9, 2020

Coretan Duka ~ Lelaki Kucing Durjana, Takutlah Balasan Allah!

Terbaca kembali kes yang pernah muncul di televisyen dan di dada akhbar 13 tahun yang lalu. Sesungguhnya Allah beri ujian hebat pada keluarga ini. Siapa yang boleh melupai kekecewaan dan kelukaan hati melihat zuriat sendiri dilakukan sebegitu rupa? Hanya Allah yang tahu..

Baca berita penuh di sini..
Siapa yang pernah lupakan kes ni? Kepada mereka yang dah hidup dan faham apa yang berlaku masa ni, pastinya kita antara mereka yang tidak boleh lupakan kisah ni. Kisah menyayat hati ini memang memberi tamparan hebat pada Malaysia suatu masa dulu. Selalunya kes-kes berprofile tinggi ini kita tonton di televisyen sahaja, ada CSI, Criminal Mind, malah gerak khas pun masa tu takda buat cerita macam ni. Tak tercapai akal kita akan perkara ini boleh terjadi. Surprisingly, aku memang follow kes ni masa tahun 2007 tu. 

Siap pilih present pasal kes ni masa subject English. Masa tu buat assignment untuk Public Speaking. And I got the highest carry marks on that. Semua orang buat topik beshe-beshe (biasa-biasa), pasal diet la, pasal hobby la, pasal travel. Disebabkan the requirement of the topic given by my lecturer is everything under the sun. Aku dengan tiba-tibanya decided nak buat pasal violence cases in Malaysia (out of the blue). Seriously masa nk buat slide, buat research, baca kes semua tu memang mengalir air mata terkenang macam mana seksanya Allahyarham Adik Nurin dan juga mangsa-mangsa yang lain tu. Kes-kes yang aku ambil tu dari bermacam sumber dan bermacam-macam modus operandi. Masa dulu info dalam internet adalah sangat terhad, kene bukak paper lama dekat archieve library, bukak magazine, journal semua tu. 

Ada pelaku dah tertangkap macam kes Canny Ong tu memang curious gila cara pembunuhan dia. Masih tak boleh digest in my brain, how could somebody do that to the person he doesn't even know. Kalau motif tu dendam tu boleh faham la. Ni simply target sebab dia berada dekat tempat tu dalam masa tu and because she is just beautiful and sexy in the eye of the perpetrator. I just can't accept it. Aku masih simpan slide PowerPoint untuk presentation aku tu. Siap buat lagu tribute dengan slide gambar-gambar mangsa dari pelbagai kes. Seriously masa buat ni memang emosi sepanjang minggu tu. Masa present tu breakout habis, aku nampak lecturer aku pun bergenang air mata masa tu. Pulak tu aku yang jadi penutup presentation, sebabnya aku punya turn adalah minggu sebelum tu, tapi aku minta tangguh sebab aku koyak gila. Tak boleh pergi kelas. End up aku jadi penutup presentation tu. Memang big impact la carry marks aku weh!


Tup-yup after a few years, masa aku dah kerja and aku duduk KL masa tu dekat Wangsa Maju seksyen 1, rupa-rupanya baru aku tahu. Aku duduk menyewa atas rumah Arwah Nurin dulu. Selang setingkat je, tapi masa aku duduk di situ, keluarga dia dah pindah. Rumah kosong yang aku selalu nampak tulah rumah dia. Dan pasar malam yang aku selalu pergi tu lah tempat Arwah Adik Nurin hilang. Dah la aku memang suka pergi pasar malam tu. Mungkin jugak pelaku itu terus menerus pergi mencari mangsa kat area pasar malam tu, who knows. Pelaku yang digelar "lelaki kucing" tu masih bebas guys, jangan pernah lupakan apa yang dia buat. Kenapa dia digelar lelaki kucing? Kerana dia sering menjebak mangsa yang kebanyakannya kanak-kanak dengan meminta mereka membantunya memberi makan kucing, mencari kucingnya yang hilang dan sebagainya yang berkaitan dengan kucing. Simply because kebanyakkannya kanak-kanak sukakan kucing. Dia seorang yang diketegorikan sebagai pedophile kerana cenderung pada kanak-kanak. Pada aku dia cumalah seorang yang dayus! penakot! yang hanya menyerang kanak-kanak yang tak setara dengan kudrat dia. You just a SICK PATHETIC CRIMINAL! Mungkin dia juga duduk dikalangan kita, we never know. Moga Allah berikan keadilan buat mangsa dan keluarga dan pelaku itu ditangkap akhirnya.

Benda ni perkara yang aku sendiri tak sangka. Dahulunya aku follow rapat kes ni, rupanya aku dah dekat dengan kes ni. Masa nilah juga aku kenal dengan Capt Bala (Ada sesiapa kenal? dia selalu masuk TV, paper, magazine masa dulu, maybe sekarang pun masih lagi). Aku kenal dia bermula sebagai trainer yang aku jemput untuk safety training programme di syarikat aku bekerja. Dari situ, kami kenal lebih lanjut. A very good friend of mine.


Dengan dialah aku boleh bersembang macam-macam perkara, macam-macam benda dia share pasal safety tips, macam-macam tools dia bagi kat aku, paper spray, cctv camera, even strawberry bila dia balik bertugas dari Cameron Highland..hahaha..balik kerja aku boleh pergi lepak office dia, macam-macam cerita kes dia share dengan aku. Aku pun ada join as volunteer program yang dia buat pasal safety, aku pergi sama-sama dengan dia masa kes banjir Kelantan dulu, but with different group. Dia selalu tolong masa kes family aku dulu, dan dia adalah orang penting disebalik kes ni. Amazing kan? How life can turn out to be. But sadly, something happened to us and we didn't contact each other anymore..huhuhu. Bende ni macam berkaitan. For me, life is just so mystery.. 

Al Fatihah (dibaca) untuk Arwah Adik Nurin dan juga mangsa-mangsa yang lain. Semoga Covid-19 yang menyerang Malaysia ni memberi keinsafan pada semua, termasuklah pada Lelaki Kucing. Walaupun terlintas juga dalam hati moga dia terkena jangkitan Covid-19, tapi taknak lah. Kesian para petugas frontliner kena menyelamatkan si durjana tu pulak. Dah 13 tahun dah, janganlah tambah dosa, serahlah diri. Bertaubat. Walaupun selepas kes itu terdapat kes kanak-kanak hilang lagi di tahun 2008 iaitu adik Sharlinie, modus operandi yang digunakan begitu hampir dengan Lelaki Kucing itu. Malah sampai sekarang masih tak jumpa. Hidup atau mati pun kita tidak tahu. Hanya Allahlah yang layak membalas perbuatan keji pelaku itu.

Take Care Everyone!

Sunday, December 22, 2019

Seorang Sharifah Tanpa Syed


Alhamdulillah, dapat lagi peluang menulis di blog sepi ini. This is like my therapy during hectic time. Funny is, I still got time to write something for myself and hopefully it would be helpful for others who is reading my blog, InsyaAllah.

Alhamdulillah, #throwback aku dan adik-beradikku telah duduk berkumpul bersama sempena Hari Raya AidilAdha yang lalu. Rezeki kami dapat berjumpa raya ini, setelah tidak dapat beraya bersama sewaktu Aidilfitri. Sementelahan kami duduk bersembang, keluarlah macam-macam cerita kenangan lama. Cerita masa kecil-kecil, cerita kelakar, cerita hantu, dan macam-macam cerita yang tak pernah didengar pun ada. kami masih beruntung punya ibu lagi untuk bertanya. Walaupun Ayah dah tiada, cerita-cerita ayah tetap kami ingat. Ayah seorang yang suka bercerita pada anak-anak. Selalu bagi tazkirah usai solat maghrib, bagi nasihat tiap kali talifon, dan bila petang-petang, kami suka duduk bersembang dan ayah akan bercerita kisah dia dulu kala, kisah keluarga, kisah masa dia muda-muda dan macam-macam cerita. Namun tetap ada sesuatu yang kami tak sempat bertanya lebih lanjut. Perkara penting dalam hidup kami, tentang nama, tentang susur galur kami.

Memang rugi, sebab waktu tu tak terfikir pula Ayah akan pergi secepat itu. Dan kasih sayang yang dicurah pada kami tidak membuatkan kami bersoal lebih tentang benda yang agak remeh pada kami.
Aku masih ingat, dan ianya juga terjadi pada setiap adik-beradikku yang lain. Bila memperkenalkan diri di sekolah, dalam kursus/ kem, di mana-mana. Lantas, orang akan bertanya.

Aku : "Sharifah ....... Binti .....( tanpa Syed) ......... (nama Ayah)"
Orang : "Sharifah, Al apa?" / "Kalau Sharifah, Syed apa?"
Orang : "Eh, biasa kalau nama Sharifah mesti binti Syed/Sheikh"

Setiap adik-beradik perempuanku mempunyai nama "Sarifah/Sharifah" di depan. Nama abangku bermula dengan "Wan" didepan, lagi la pelik. "Wan .......... (namanya) Bin (tanpa Syed/Wan) .......(nama Ayah". Sedangkan Ayah dan ibuku tidak membawa nama Syed/Sheikh mahupun Sharifah/Syarifah. Apatah lagi Wan atau Megat. Kadang-kala kami sudah lali dengan soalan yang tiada jawapan konkrit dari kami. Kami cuma pernah mendengar yang Ayah mendapat mimpi supaya menamakan kami dengan nama sedemikian. Alhamdulillah, walaupun begitu, nama-nama kami semua mempunyai maksud yang baik.

Ada apa dengan Nama?

Anda rasa, penting tak nama tu pada kehidupan kita? Of course la! Setiap kali orang memanggil nama kita yang baik, seolah-olah mendoakan kebaikkan juga. Sebab tu, kalau nama kita bermaksud buruk dan perkara tak elok, sebaiknya tukar dengan segera. It will effect our live as well. Pernah masa sekolah dahulu, di sekolah kami ada seorang murid yang punya nama bermaksud buruk / tidak elok. Tidak dipastikan adakah ayah ibunya tersalah pilih nama, atau ejaan namanya yang tersalah diletak dalam IC masa pendaftaran JPN. Namanya bermaksud salah satu nama Neraka (nauzubillah), maka cikgu pun suruh tukar dengan segera. Sebelum menukar nama, pelajar itu salah seorang remaja yang bermasalah. Namun, setelah namanya ditukar kepada makna yang baik, Alhamdulillah banyak perubahan dilihat pada akhlaknya. MasyaAllah, begitu penting nama bagi kita kan?

Ok, berbalik pada namaku. Seseorang itu tidak boleh menggunakan nama Syed / Sharifah jika bukan bernasab (berketuruan) dari susur galur Syed / Sharifah. Tapi yang pasti, tidak tertulis pun dalam perlembagaan. hahaha..So, everyone boleh je bubuh nama apa-apa sahaja. Sebab itu ada orang nama Tengku/ Puteri/ Raja/ Megat / Wan/ Nik bahkan Syed dan Sharifah tanpa ada sebab nasab. Tapi bagi orang yang berilmu, bukan sewenang-wenangnya boleh meletak pangkal nama dengan nama-nama seperti ini kerana gelaran ini sepatutnya berkait dengan keturunan dan susur galur keluarga masing-masing. Tak sempat nak kaji pasal nama-nama yang lain tapi memang ada penerangan tentang asal nama-nama gelaran ini.

Dari mana Syed / Sharifah ni? Dikatakan, Syed dan Sharifah adalah berketurunan Nabi Muhammad SAW dan merupakan golongan Ahlul Bait. Allahu, takut bila dengar tentang kenyataan ini. Besar tanggungjawab nak menjawab di akhirat nanti. Adakah benar mereka yang mengkaji ini punya susur galur dari nasab Rasul Mulia, Rasulullah SAW. Jangan main - main, besar dosanya mengaku punya nasab tapi sebenarnya tidak. Namun, golongan ini mungkin punya bukti dan kajian terhadap pengakuan mereka. Tambahan pula, kebanyakan golongan ini mempunyai salasilah keluarga sebagai bukti untuk menghubungkan keluarga mereka dengan cucunda Rasulullah SAW sekaligus dengan Rasulullah SAW sendiri. Wallahua'lam, aku bukan orang yang mengkaji hal nasab ini, aku pun tak tahu. Dan jangan bercakap perkara yang kita tak tahu.

Namun, ada juga golongan yang sangat taksub dengan susur galur ini sehingga menghinakan orang lain. Ada yang menentang perkahwinan yang bukan sekufu kerana bimbang tidak lagi dianggap mulia kerana tidak boleh menyambung nasab. Ada pula yang taksub sehingga lupa pada kewajipan kita sebagai makhluk biasa. Allahuakbar. Jadi, sedarlah wahai Syed dan Sharifah yang sebenarnya kamu tiadalah beza dengan mereka yang bukan Syed dan Sharifah melainkan jika kamu bertaqwa (takut) kepada Allah. Jadi tidak perlu dibezakan antara mereka yang Syed atau Sharifah dengan mereka yang bukan. Jangan dilarang perkahwinan antara keduanya dan jangan taksub kepada mereka kerana semua ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Tetapi mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah harus ingat yang mereka mesti berkelakuan sebagaimana yang selayaknya diperlakukan oleh seorang Muslim supaya kamu tidak memberi cemar kepada nama Ahlul Bait yang selama ini disanjung tinggi oleh seluruh umat Islam. Walau sesiapa pun kita, walau bukan golongan Syed/ Sharifah, kita mesti menjaga akhlak kerana kita adalah duta pada Agama kita. Akhlak baik yang kita tunjukkan akan membawa lebih ramai non-Muslim dekat dengan Islam. Setuju?

Ok, berbalik kepada cerita namaku. Diceritakan oleh orang-orang yang terdahulu. Bapa kepada Ayahku adalah berketurunan Mendailing, berasal dari tanah seberang (di mana? jangan tanya aku) Pernah dengar tak nama-nama seperti Harahap, Siregar, Nasution dan sebagainya. Bapa kepada ayahku iaitu Nenek - panggilan pada kami adalah bersusur galur dari Harahap dan Opahku (Ibu kepada Ayah) adalah bersusur galur dari Nasution. Diceritakan, kerabat Nenek ini berketurunan di Raja (jangan kata aku poyo pulak) namun kerana pertelingkahan keluarga (mungkin juga kerana peperangan kerana terdapat bukti sejarah telah berlaku peperangan menentang kaum bukan Islam orang Batak-Mendailing beragama Kristian yang berniat jahat terhadap orang - orang Mendailing asal yang pada keseluruhannya beragama Islam. (Perang Padri kalau tak silap namanya). Oleh kerana peristiwa itu, sebahagian mereka berhasil membawa diri dan merantau ke sini. Mereka ni saudagar, memang pandai berniaga. Sampai di sini, membuka tanah dan membuat kebun dan sawah. Nenekku seorang yang berharta. Sewaktu kecil Along (Kakakku yang sulong) pernah terlihat dan bermain-main dengan alat seperti cokmar berwarna emas di dalam bilik Nenek.  Ada juga yang berbentuk seperti cogan / logo juga berwarna emas. Yang ni aku pernah terjumpa sewaktu bermain-main dalam bilik Opah. Nenek telah meninggal dunia semasa aku lahir. Tak sempat aku nak mengenali Nenek. Tapi dia sangat rapat dan sayang pada Along kerana Along adalah cucu sulongnya. Al - Fatihah buat Nenek yang tak pernah ku kenal. Dikatakan Allayarham Nenek juga membawa gelaran Syed ini tetapi sudah tidak dipakai pada namanya. Kerana apa? Mungkin ingin memutuskan pertalian dengan keluarganya dari sana. Namun, aku pun tidak pasti. Bila tiba pada Ayah, aku tak pasti kenapa Ayah memakaikan kami gelaran itu kembali. Ayah pernah bercerita yang Ayah mendapatkan nama kesemua kami daripada mimpinya dan menamakan kami sedemikian rupa. Jadi aku pun bernama Sharifah ....... Binti .....( tanpa Syed) ......... (nama Ayah).

Setelah cerita itu berakhir di situ, kami melihat dari sudut yang berbeza pula. Kami menyelidiki susur galur keluarga sebelah ibuku pula. Ibuku punya darah keturunan dari tanah Arab. Allahyarham Atuk juga mirip orang Arab, tampan, tegap dan tinggi, kulit cerah kemerah-merahan, hidung mancung, anak mata coklat/kelabu. Diceritakan dahulu, Bapa Atukku adalah seorang saudagar Arab yang kaya, merantau ke tanah Melayu untuk berniaga dan berkeluarga. Dia juga punya keluarga di negara asal yang tidak pernah kami ketahui. Dia juga dikhabarkan punya keluarga lain di tanah seberang yang juga tidak pernah kami ketahui. Arwah moyang kami dikhabarkan hilang kerana diculik orang kerana beliau seorang yang kaya sehingga tidak pulang-pulang lagi menemui keluarganya lagi. Mungkin juga Arwah moyangku membawa nasab Syed/ Sheikh ini. Yang kami ketahui namanya cuma Hj Taib. Kehidupannya, peribadinya tidaklah diketahui kerana Atuk tidak pernah bercerita tentang Arwah bapanya itu. Cerita yang kami dengar adalah dari orang-orang yang terdekat yang lain. Ada juga paras rupa persis Arab turun pada Pak Cik dan Mak Cikku dan juga sepupu-sepupuku. Aku? Entahlah, mungkin ada sedikit.😅. (nak jugak)

Kesimpulannya, aku dah tak nak mencari lagi. Pencarian kami ini membuka pelbagai misteri, dari yang nyata kepada yang mistik. Pelbagai cabaran dan ujian dilalui demi pencarian ni. Kini, biar sahajalah pencarian ini terhenti setakat ini. Aku serah sahaja pada Allah mengenai asal usulku. Kerana aku yakin, yang penting adalah pengakhiran seseorang. Bukan di mana dia bermula. Sama ada Sharifah/Syarifah kah? Syed/Sheikh kah? Tiada bezanya pada pandangan Allah. Apa yang membezakan taraf kita  di sisi Allah adalah Taqwa. Membawa nama Sharifah/Syarifah itu tidak menjadikan kami istimewa. Dengan nama itu tidak membuatkan kami terlepas dari berbuat khilaf dan dosa.

Wallahua'lam.
Tulusly,


Dari seorang Sharifah Tanpa Syed. 

Saturday, September 14, 2019

Mari BerWakaf ~ Telaga Air Bangladesh

Assalamualaikum para Sahabat dan kenalan semua.

 

Harini nak share something yang agak panjang, please bear with me.😊

“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, saya dan team sukarelawan Islamic Relief Malaysia akan meneruskan usaha membantu saudara seislam kita melalui misi Wakaf Telaga Air Bangladesh (TAB). Untuk misi kali ini kami memerlukan sejumlah dana untuk membina Telaga Air (Water Well) bagi kegunaan 200 buah keluarga, InsyaAllah.


Target Dana yang diperlukan adalah RM100,000.00. Kami sudah mula mengumpul dana dari pelbagai program dan aktiviti. Setakat ini jumlah terkumpul adalah sebanyak RM25,000.00. Banyak lagi yang diperlukan untuk menjayakan misi ini.😢


Adalah dengan sukacitanya saya nak mengajak kawan-kawan dan kenalan untuk sama-sama berkongsi cara mudah untuk berwakaf dengan menyertai Wakaf Telaga Air Bangladesh ini. Anda bayangkan setiap titis air yang dimanfaatkan oleh penerima wakaf itu, InsyaAllah pahalanya akan sentiasa mengalir pada kita semasa kita hidup dan selepas kita meninggal dunia.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, Bangladesh terpilih sebagai salah satu negara yang memerlukan projek wakaf telaga air kerana mereka mengalami krisis air yang sangat membimbangkan selepas Somalia.

Sumber air mereka tercemar dengan sisa arsenik. Mereka tiada pilihan lain kecuali menggunakan sumber tercemar ini sehingga bantuan telaga air ini siap. Di sana memang dah ada banyak telaga pump (shallow tube-well) ni, tapi kebanyakkannya telah tercemar. Sejumlah 20 juta warga miskin Bangladesh masih meminum air yang dicemari arsenik, semenjak dua dekad yang lalu selepas toksin berbahaya itu ditemui dalam bekalan air mereka.

Laporan Hak Asasi Manusia (HRW) menyatakan Bangladesh gagal mengambil langkah awal bagi menangani masalah itu yang membunuh kira-kira 43,000 warga Bangladesh setiap tahun, kebanyakannya di kawasan luar bandar yang miskin.

Bekalan air tercemar itu bermula sejak 1970-an apabila kerajaan Bangladesh menggali jutaan telaga tiub cetek untuk menyediakan air bersih kepada penduduk tanpa menyedari tanah itu banyak bercampur dengan arsenik secara semula jadi.

Pendedahan kronik kepada arsenik dikaitkan dengan kanser hati, buah pinggang, pundi kencing dan kulit, serta penyakit jantung tetapi HRW menyatakan ramai mangsa di Bangladesh tidak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan.

Atas dasar kemanusiaan, kami di Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama Islamic Relief Bangladesh (IRB) dan Union Sanitation task force Committee telah mengenal pasti kawasan yang kritikal untuk membina telaga air lebih dalam (Deep Set Pump-DSP) sebanyak 17 buah di daerah Mymensingh dan Modhupur Upazila.

Jom sama-sama membantu kami untuk mencukupkan dana bagi pembinaan telaga air ini. Projek Telaga Air Banglesh (TAB) bergerak seiring dengan program sedia ada (Facilitating Water Access in Central Northern part of Bangladesh-FWAB).

Jadi nak minta jasa baik kawan-kawan untuk sama-sama membantu membina telaga ini. InsyaAllah, saya sendiri akan ke sana melihat sendiri perkembangan pembinaan Telaga Air ini nanti. Ketahuilah, betapa berharganya setitis air bersih untuk mereka.😥

Anda juga boleh menyumbang seberapa banyak yang anda mampu. Boleh rujuk flyers.

Sumbangan boleh terus di masukkan ke akaun Islamic Relief Malaysia (IRM).


*Maybank Islamic: 5621 4270 8704*
*Reference Code: TAB4S*


Dan diharapkan juga jasa baik sahabat semua turut sebarkan tentang program wakaf ni pada kenalan dan keluarga anda yang lain. InsyaAllah, Allah tahu apa yang kita buat, sedikit sebanyak kebaikkan ini berbalik pada kita. Kita juga boleh niat untuk wakafkan bagi pihak kaum keluarga kita yang sudah tiada.

Untuk mengikuti perkembangan projek ini, anda boleh follow Instagram (IG) kami :


volunteer_project

TELAGA AIR BANGLADESH (TAB)
☝


Semoga Allah SWT memberikan ilmu dan kefahaman yang tepat agar kita dapat membuat persiapan dengan sebaik-baiknya demi keuntungan kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Amin.🙏

Terima Kasih Semua, love ya!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan untuk mendapatkan resit pelepasan cukai bagi yang berkenaan.



Sharifah Suhaila Idris - 017 244 9387 / sharifahs85@gmail.com

Thursday, August 15, 2019

Sesi Mengopi di Kubur Ayah.



~Lewat Petang Hari Raya AidilAdha yang Pertama, 11hb Ogos 2019, Sabtu 6:30 petang.
Kami Menziarahi Ayah Di Kampung Abadi~

Assalamualaykum Ayah,

Maafkan Adek, dah lama tak jenguk kubur ayah. Adek tahu, Ayah baik-baik saja di sana. Bukan Adek, Emak, Along, Benja dan Uda tak nak balik, tapi ada banyak halangan untuk kami sampai ke sini. Sungguh kami rindu sangat dengan Ayah!

Last kami balik haritu, kami dah tanam pokok puding baru kat kubur Ayah. Alhamdulillah, pokok yang ni tetap hidup walaupun daunnya agak kering. Mungkin sebab musim panas. Pokok yang dulu tu tak nak hidup. Yelah, kami pun tak jenguk pokok tu, mana la dia nak hidup kan. Kami dah betulkan kembing batu-bata dan gemburkan tanah kubur Ayah. Dah cantik kubur Ayah sekarang.

Ayah, Adek rindu nak sembang dengan Ayah. Dulu masa kecil-kecil, mana ada Adek berani nak bersembang dengan Ayah. Seriau! Sekarang rasa rugi pulak. Dalam 2-3 tahun sebelum Ayah pergi dapatlah juga kita duduk-duduk bersembang mengopi bersamakan? Alhamdulillah, itulah jadi kenangan sampai kini. Samalah macam hari ni, bezanya kini tiada kopi, kita cuma bersembang sepi. Adek selalu buatkan kopi untuk Ayah. Ayah kata Adek buat kopi sedap, pekat. Dah jadi rutin Adek buat kopi untuk Ayah petang-petang. Kadang-kala kalau rajin, Adek buat kudap-kudapan. Tapi selalunya mak lah yang buat. Dan kita bertiga akan duduk di luar, menghirup udara segar petang-petang sambil bersembang-sembang. Bila tiba waktu Maghrib, kita akan solat Jemaah bersama. Di akhir-akhir usia Ayah, Adek pun dah belajar jauh, pulang cuma waktu cuti semester sahaja. Begitulah rutin harian masa kami waktu petang-petang. Keadaan yang sangat santai dan mendamaikan.

Demi Allah, Adek rindu la dengan Ayah. Rindu nak dengar suara Ayah. Kalau boleh Adek nak cerita semua yang dah jadi pada Adek ni pada Ayah. Kalau Ayah masih ada, Adek rasa keadaan tak mungkin jadi macam ni. Orang takkan mudah nak mengenakan keluarga kita. Orang-orang ni cuma takut dengan Ayah, bukan takut dengan Allah. Bila Ayah dah tiada, orang-orang ini sewenang-wenangnya menganiaya kita, memperlekehkan kita, menghalau kita dari tanah kita, dari tanah rumah Ayah. Ayah tahu tak, mereka nak rampas tanah rumah Ayah, yang Ayah dirikan sendiri dengan tulang 4 kerat Ayah untuk keselesaan anak cucu Ayah. Adek minta maaf rumah tu terpaksa kami tinggalkan demi kelangsungan hidup. Namun kami akan kembali untuk menebus hak kami. Adek janji, Adek akan berusaha untuk bangunkan kembali rumah Ayah tu. Adek takkan biarkan orang-orang itu terus-terusan memijak-mijak kita. Menghinakan kita di tanah kita sendiri. Ayah beli tanah tu dengan hasil titik peluh Ayah, tiada sangkut paut dengan hak milik pusaka orang-orang itu. Dah la orang-orang itu membaham kesemua harta pusaka Ayah, malah tanah yang Ayah beli sendiri pun mereka mahukan juga. Ayah, orang-orang ni dah melampau!

Tak cukup dengan itu, orang-orang ini menyakiti kami semua. Mengguris hati kami semua, memporak-perandahkan hidup kami semua. Ayah tahu tak, sehari lepas Ayah hidup di Tanah wakaf, ada orang tu suruh Adek berhenti belajar, dia cakap jangan susahkan adik-beradik sebab Ayah dah tiada. Dia taknak Adek jadi macam dia, susahkan adik-beradik nanti adik-beradik mengungkit. Dia macam nak bagitahu yang Ayah mengungkit perihal dia belajar dahulu. Padahal Adek tahu yang Ayah sangat berbangga dengan orang itu. Tak pernah keluar dari mulut Ayah yang orang itu membebankan Ayah. Kelu lidah Adek mendengarkan nasihat orang itu. Benja pun dengar jelas pesanan orang itu. Sampai hati mereka mematahkan hati kami disaat kami perlukan sokongan selepas ditinggalkan Ayah.

Ayah nak tahu tak, masa Ayah dah dimandikan dan menunggu masa untuk dikafankan, ada orang tu bising-bising cakap kain tak cukup, kapas tak cukup seolah-olah nak mengaibkan Ayah. Abang Halim menantu Ayah pun bergegas pergi beli lagi di pekan. Padahal orang masjid yang mandi dan kafankan ayah tiada pun meminta kain dan kapas lagi. Semuanya cukup, malah jadi berlebihan. Ayah terbaring kaku dengan wajah yang sangat manis. Sepanjang malam itu, sesaat pun Adek tak tinggalkan Ayah. Setitik air dan secebis makanan pun tidak masuk ke perut Adek. Semuanya rasa pahit. Adek tidur sebentar ditepi Ayah, lalu bangun kembali menyambung bacaan ayat-ayat suci Al Quran untuk Ayah.

Ayah tahu tak, malam itu ada tetamu khas yang mendoakan ayah, menyedekahkan ayat-ayat suci untuk Ayah. Yang sama-sama membaca tahlil untuk Ayah. Sampaikan orang sekeliling hairan siapakah gerangan pemilik suara itu. Suaranya garau, jelas fasohahnnya persis bukan orang kampung kita, suaranya itu seperti mengetuai bacaan tahlil yang Adek bacakan dalam keadaan teresak-esak. Orang-orang itu turut mendengarnya. Adek tak tahu persepsi mereka akan perkara ini. Tapi yang penting tetamu Ayah itu, tetamu yang baik. Sepanjang membaca tahlil itu, mata Adek, Along dan Uda saling berpandangan. Hanya kami yang membaca tapi ada suara lain yang ikut sama. Subhanallah.

Ayah, sesungguhnya Adek amat mencemburui kematian Ayah. Walaupun orang mengenali Ayah sebagai seorang yang garang, namun Ayah seorang yang berhati mulia, Ayah tak berdendam dengan orang yang berbuat jahat pada dia, Ayah tak pernah menderhaka pada ibunya walaupun ibunya tidak pernah menyayangi dirinya macam anak-anaknya yang lain. Ayah tetap menyantuni ibunya dengan sebaik mungkin setiap kali ibunya bertandang ke rumah kita. Tapi orang-orang itu yang tidak suka melihat Ayah berbuat baik dengan ibunya sendiri. Walaupun pada akhir usia ibunya, Ibunya kembali sedar yang mana intan yang mana kaca. Anak yang disisihkan itulah anaknya yang baik, yang ikhlas berbakti padanya. Namun, apakan daya, sudah terlambat.

Orang-orang itu memisahkan Ayah dan ibunya sehingga nafas terakhir. Orang-orang itu takut ibunya akan memberikan seluruh hartanya pada Ayah jika Ibunya bertukar fikiran. Jahat betul mereka Ayah! Adek ingat lagi betapa Ayah kecewa dengan perbuatan mereka bilamana Ayah datang nak menziarah ibunya. Adek ingat lagi kita datang malam-malam dengan motosikal, senyap – senyap macam pencuri di malam hari. Tiba di simpang jalan Ayah suruh kami mematikan enjin supaya orang yang duduk di sebelah rumah ibunya tidak mendengarkan kedatangan kami. Kami sorong motosikal dengan berhati-hati tanpa membuat sebarang bunyi. Ayah menghendap-hendap di tingkap memanggil-manggil ibunya hanya kerana nak melihatkan wajah ibunya,  hanya kerana nak bertemu dengan ibunya. Allahuakbar! Perkara ini masih kukuh dalam mindaku. Sedihnya Ayah waktu itu, hanya Allah yang tahu. Manik-manik jernih gugur di pipinya. Setiap kali kami datang, setiap kali itulah kami akan pulang dengan hampa.

Sehinggalah Ayah mendengarkan berita bahawa ibunya sudah meninggal dunia tanpa dapat Ayah melihat wajah ibunya walaupun untuk kali yang terakhir. Ibunya dikhabarkan meninggal dunia dalam tidur sendirian di rumahnya. Nampak benar orang-orang itu berhati busuk menyembunyikan ibunya dari Ayah. Berkali-kali Ayah ke rumah ibunya namun ibunya tiada di sana kerana disembunyikan di rumah salah seorang dari orang-orang itu. Bila sudah tidak berguna bagi mereka, ibu itu ditinggalkan sendirian di rumahnya. Bila dah meninggal jenazah ibu itu di bawa pula ke rumah orang-orang itu. Seperti tidak membenarkan Ayah menziarah! Begitu kejam perbuatan mereka pada Ayah! Sampai hati mereka buat begitu pada Ayah!

Mungkin kerana itu Allah ambil Ayah dalam keadaan paling mulia. Waktu Ayah solat Zuhur rakaat kedua, dalam mengingat Allah, dalam keadaan berwuduk. Allahuakbar! Indahnya kematian Ayah. Sepanjang jenazah Ayah di rumah tak putus-putus orang datang menziarah. Ayah bukan ketua kampung, bukan orang berpangkat namun Allah muliakan kematian Ayah. Sesungguhnya orang-orang itu cemburukan Ayah! Mereka dengki pada Ayah! Ketahuilah pada mereka, mereka akan kalah dan kecewa dengan kekalahan mereka sampai mereka mati! Mereka tak pernah meminta maaf atas perbuatan mereka pada Ayah. Mereka berhutang pada Ayah sampailah mereka mati. Hanya Allah yang akan membalas perbuatan mereka itu diakhirat nanti. Tunggu sajalah balasannya.

Orang-orang itu bukan orang lain pun, mereka adalah adik-adik Ayah yang berhati busuk dan bertopengkan syaitan! Semoga Allah membalas perbuatan mereka itu dengan azab yang pedih!
Ayah, nanti Adek cerita lagi ye. Kisah sedih kita ini, tidak berakhir di sini. Ada sambungan lagi..

Tapi, harini Adek nak kabarkan pada Ayah yang anak-anak Ayah masih teguh bersama. Ayah pasti bangga! Ini buktinya yang Ayah dah berjaya didik kami semua. Walau pelbagai dugaan dan cabaran menghalang hubungan kami, mereka cuba nak pisahkan kami, mereka cuba melagakan kami, namun restu Ayah tetap bersama kami. Terbontanglah mata-mata orang itu melihat keutuhan dan keakraban kami anak-anak Ayah. Walaupun Ayah dah tiada, rumah kampung pun dah tiada tapi kami tetap pulang ke kampung bersama. Beraya bersama, membahagiakan Emak bersama. Walau tiada harta dunia yang Ayah bekalkan pada kami namun harta Akhirat ini lebih bermakna. Kami pulang menziarah jiran tetangga yang baiknya melebihi kebaikan orang yang ada pertalian darah dengan kita. Kami juga bersatu hati wakafkan tanah Ayah bersebelahan tapak rumah tu, semoga ada ganjaran kebaikan untuk Ayah. Kami akan buat yang terbaik untuk Emak dan Ayah, InsyaAllah.

Nanti kita mengopi lagi, OK! Dah nak masuk waktu maghrib ni. Kami pulang dahulu. Tadi dah singgah sebentar di rumah lama Ayah.

Raya di Rumah Ayah

Rumah Ayah ni InsyaAllah akan kami bangunkan semula.

Selamat Hari Raya AidilAdha Ayah!
Jumpa lagi nanti, InsyaAllah.

Assalamualaykum.💙

Monday, June 17, 2019

Selamat Jalan Wahai Syahid ~ As Syahid Dr Mohamed Morsi



Telah kembali bertemu Yang Esa, Dr. Mohamed Morsi - pemimpin pertama dan terakhir yang dilantik melalui demokrasi di Mesir.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
.
Ya Allah, ampunilah dia, kasihanilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah kesalahannya.

. . .

Antara petikan ucapan Dr. Mohamed Morsi:

"Kami datang dengan membawa misi damai ke dunia ini. Kami tidak mahu peperangan dan permusuhan. Sesungguhnya kami hanya mahukan kebaikan untuk sekalian manusia...."

Pagi-pagi buka laptop, nampak MSN update. Seriously dah lama tak tengok berita. Allahuakbar, betul ke ni? Buka laman berita yang lain, dalam dan luar negara. Betullah As Syahid Dr Mohamed Morsi sudah meninggal dunia. Beliau dilaporkan rebah dan pengsan sewaktu sesi perbicaraan di mahkamah dan disahkan meninggal dunia pada usia 67 tahun.

Aku sangat mengikuti perkembangan Dr Morsi dahulu, salah seorang president dan pejuang yang sejati. Dr. Morsi merupakan satu-satunya president yang dipilih melalui demokrasi di Mesir menewaskan pemimpin ketenteraan negara tersebut, Hosni Mubarak dan digulingkan kembali oleh rejim tentera diketuai Fattah As-Sisi. Semasa kejatuhannya dahulu, gugur juga air mata ni berhari-hari. Peristiwa berdarah Rabaah menambah kesedihan seluruh dunia Islam. Itupun kalau anda ambil tahu apa yang jadi disebalik semua ini. Tanda R4BIA yang disebarkan dahulu adalah untuk mengenang kejadian hitam ini.

I lost trust on Egypt. Mesir tempat istimewa orang islam untuk menimba ilmu kerana di sana terletaknya institusi pengajian Islam yang terbesar, tertua dan bersejarah. Tempat lahirnya Ulama-Ulama dunia. Dalam masa setahun memerintah, beliau berusaha memperkukuhkan hubungan antara negara Islam dalam OIC, dan tegas menentang penjajahan Zionis di Palestin. Beliau juga tegas bersuara menentang penindasan Bashar Al-Assad di Syria. Kita dapat menarik nafas lega kerana bantuan demi bantuan di hulur kepada Palestine. Aku ingat lagi, itu antara perkara pertama yang dilakukan Dr Morsi bila dia memegang tampuk pemerintahan adalah dengan membuka jalan untuk menyalurkan bantuan pada Palestine yang sebelum ini dinafikan hak oleh negara-negara Arab yang lain. Kelantangannya menjadikan musuh gerun dengan kebangkitan Islam. 

Namun, kejayaan itu cuma sebentar sahaja. Kejayaan parti yang pertama kali menang secara demokrasi itu digulingkan dengan rampasan kuasa tentera. 

Siapa yang masih ingat tentang peristiwa Rabaah? Hari itu, hari yang gelap buat seluruh umat Islam semuanya. Peristiwa itu adalah rentetan kejatuhan Presiden Dr Morsi yang berlaku pada 3 Julai, tahun yang sama. Siapa sangka, ratusan ribu rakyat yang berhimpun secara aman di sebuah medan bagi menuntut hak mereka agar rejim kudeta Al Sisi menyerahkan kuasa yang sah kepada Dr Morsi bakal diperlakukan lebih teruk dari binatang, malah infrastruktur seperti masjid dan hospital turut dibakar sekaligus menyerlahkan kebangsatan rejim kudeta Al Sisi ini.Ramai yang syahid, dan pihak media diugut untuk tidak menyebarkan gambar-gambar mangsa yang terkorban, gambar-gambar kehancuran dan kemusnahan kawasan pembantaian itu supaya masyarakat dunia tidak mengetahui berita sebenar di sana. Allahuakbar.


Perlu diingatkan rampasan kuasa terhadap pemerintahan Dr Morsi adalah bertujuan untuk menghalang tegaknya daulah Islamiyah (kerajaan Islam) di Mesir. Penggulingan Dr Morsi berlaku kerana musuh Islam ini sebenarnya kerana takut pada kejayaannya, bukan kerana kegagalannya pimpinannya! 


Jadi anda sudah ingat siapa Dr Mohamed Morsi?

Sesungguhnya aku sangat sedih hari ni, aku dah dapat mengagak tidak akan ada keadilan dalam perbicaraan Dr Morsi. Tiada siapapun dapat mendengar apa yang dibicarakan kerana terdapat dinding kaca kalis bunyi dalam kandang tahanan beliau. 

Malah dia dalam keadaan yang sangat daif ketika dalam tahanan penjara. Ini sebenarnya pembunuhan secara terancang. Sejak enam tahun lalu, beliau didakwa terpaksa melalui siri penyeksaan melalui perbicaraan di mahkamah yang melibatkan penderaan mental dan fizikal secara berturut-turut dan berulang-ulang. Selain itu, beliau turut didakwa dinafikan hak penjagaan yang baik dan tidak diberikan akses kepada ubat-ubatan bagi penyakit yang dialaminya.

Menurut laporan Human Right Watch (HRW), tahanan yang memasuki penjara berkenaan tidak akan keluar dalam keadaan hidup. Mereka dinafikan hak untuk mendapatkan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan berkala daripada doktor disamping keluarga mereka dihalang dari menghantar bekakan ubat-ubatan dan makanan kepada tahanan. Allahuakbar. 

Sesungguhnya kekejaman dan kezaliman terhadap Dr Morsi telah tamat. Allah lebih menyayanginya. Semoga Allah menerima kematian Dr Mohamed Morsi sebagai kesaksian terhadap kebenaran yang beliau perjuangkan. Dr Morsi tidak meninggal kita begitu sahaja. Dia telah menghidupkan lagi jiwa-jiwa mukmin yang lain, Insyallah. Beribu lagi Morsi akan bangun berjuang!


Salam Takziah Mesir, 
Selamat Jalan Wahai Syahid!

Sunday, June 2, 2019

Siblings Hingga Ke Jannah ~ #siblingsgoal


Bismillahirrohmanirrohim..

Salam ke 28 Ramadhan kepada semua yang singgah di My Secret Shifter, my personal blog where I usually updates and shared my stories, my taught, my ideas and the journal of myself while I'm still here breathing in this Dunya. So, I thought of sharing very personal story between me and my siblings.

Here it goes..
Aku mempunyai 2 orang kakak dan seorang abang. Cuba teka aku anak yang ke berapa? Hah, macam IQ test tak? 😝

Dah dapat jawapan? 

Sebenarnya aku dan adik-beradik aku ada gap umur yang besar. Kami dulu ada dua Geng. Geng Dah Besar dan Geng Kanak-Kanak Ribena. Along (kakak Sulong) dan Benja (Abang ke dua) lahir di awal tahun 70an. Manakala Ude (Kakak ke tiga) dan Aku lahir dalam tahun 80an. Lebih 10 tahun gap antara Benja dan Ude tetapi itu tak menjadikan hubungan kami jauh terpisah. Seawal ingatan aku di masa kecil (antara memori yang masih aku ingat adalah seawal usia 5 tahun). Along dan Benja sudah pun meninggalkan rumah untuk menyambung pengajian mereka. They were hardy at home! Yelah, bayangkan 10 tahun gap. Along sudahpun melanjutkan pengajian di UiTM Shah Alam dan Benja masih berada di Sek Men Teknik (Vokasional) di pekan Teluk Intan. Bila waktu cuti panjang sahaja mereka akan pulang ke rumah.

Mereka berdua Geng Dah Besar ni kuat mengusik adik-adik. Main tu kalau sampai tak menangis, tak sah! Yang selalu jadi bahan adalah Ude sebab dia kuat menangis. Mak aku dah lali dah dengan perangai kami adik-beradik. Walaupun kuat mengusik, mereka jugalah yang menjaga kami, memberi teladan yang baik, memberi benchmark untuk kami mengikuti langkahnya, membantu kami buat kerja sekolah, mengajarkan kami pelbagai perkara, melayan kami bermain (main bunga api, mercun, boardgame, main batu seremban, main domino, main kad, teka-teki, aci kejar, zero point dll), menghantar kami ke sekolah, membelikan kami permainan, alat tulis, memujuk kami bila kami merajuk diusik, dan yang pasti menyayangi kami sepenuh hati. Itu pasti!

Kasih sayang itu meresap ke dalam hati. Bila ada, riuh satu rumah, bergaduh, menangis, berlari, berkejaran, bergelak-ketawa. Bila tiada, dirindui, ditunggu-tunggu kepulangan mereka. Lagilah bila dah nak raya. Pernah aku ingat, tiap kali Along ingin pulang kembali ke kampus, kami akan menangis di bilik sebab sedih Along dah tiada di rumah nanti. Begitu juga dengan Benja, kami akan monyok seharian kerana Benja dah nak balik asrama. Begitulah kasih sayang antara kami.

Biarpun begitu, kami tetap pernah melalui masa getir waktu kami membesar dahulu, Allahyarham Ayah aku pernah berkahwin dua, masa tu hidup macam kami jadi gundah gulana. Seingat aku, aku masih berada di darjah 2, Ude berada di darjah 4. Beza umur kami cuma 2 tahun. (Cerita ni bukan bermakna aku nak aibkan ayah yang dah tiada, cuma nak kongsikan ikhtibar sahaja). Sewaktu Allahyarham Ayah berkahwin dua, aku masih belum memahami keadaan itu, tapi aku tahu Ayah dah jarang berada di rumah (balik ke rumah yang kedua). Aku perasan ketiadaan ayah bila nak minta tandatangan apa-apa borang sekolah, Ayah mesti tiada. Last-last mak yang sign sebab borang tu dah pending lama. Pernah sekali dua Along yang sign borang dan kad laporan (tiru signature Ayah..haha). Keadaan Ayah yang tiada di rumah tu sangat ketara sehingga nak minta duit belanja pun susah, apatah lagi nak minta apa-apa. Ayah pula seorang yang garang. Tiada siapa pun berani menegurnya ketika itu (Semoga Allah mengampunkan Ayah).

Tapi kami rasa kuat nak hadapi masa itu kerana ada Along dan Benja yang membantu Mak, memahamkan kami keadaan dah berubah. Mengisi kekosongan Ayah dengan membantu Mak dan kami dalam kehidupan. Keadaan itu berlanjutan beberapa tahun sehinggalah ayah jatuh sakit. Ayah sakit dalam tempoh yang lama, juga sehingga beberapa tahun.

Sewaktu Ayah sakit berulang ke hospital, baru Ayah mengerti siapa yang benar-benar sayangkannya dan siapa yang hanya sayangkan hartanya. Habis semua simpanan Ayah kerana Ayah tidak dapat bekerja. Hospital pula dah jadi rumah keduanya. Aku masih ingat kerana kesusahan nak mendapatkan bas untuk ke hospital, Mak sanggup mengayuh basikal dengan jaraknya lebih 20km dari rumah kami. (Semoga Allah merahmati Mak).

Berhujan berpanas Mak ke sana. Bila Along dan Benja kembali ke kampus dan bekerja, kami pula hidup berdikari sendiri. Menumpang jiran dan saudara. Walaupun kami hanya tumpang tidur malam sahaja (Mak dah siap masak untuk makan, Mak cuma risau meninggalkan kami di malam hari) ada juga suara-suara yang kata kami ni menyusahkan mereka. Semua itu terpaksa kami hadam sendiri. Ada kala, kami dah bosan nak menumpang rumah saudara atau jiran, kami tidur sendiri di rumah. Saudara sangka kami ke rumah jiran, jiran sangka kami ke rumah saudara. Yang penting kami tak susahkan orang. Masa tu kami berdua masih bersekolah rendah lagi. Malam-malam bila nak lelap menangis rindukan Mak, rindukan Ayah. Ude yang pujuk aku. Ude yang jahitkan baju PJ aku yang terkoyak. We take care each other. Masa tu aku tak pasti apa pula keadaan Along dan Benja. Pastinya berendam air mata juga.

Ibu tiri kami pernah membuat kekecohan di hospital kerana ayah sakit dan tidak memberikannya wang berlanja. Dia juga pernah datang menyerang Along di kampus kerana anaknya juga belajar di kampus yang sama. Ayah yang terlantar sakit itu tak dipedulikannya langsung. Along dan Benjalah yang menghadapi keadaan getir itu, mereka sentiasa berada disamping Mak memberikan Mak semangat. Pelbagai peristiwa terjadi, hubungan renggang, pergaduhan, perselisihan faham dan Benja seakan membawa diri merajuk dengan Ayah. Mak yang mempersiapkan dirinya dan menyuruh Benja merantau mencari pengalaman selepas tamat belajar. Benja tahu Mak cuba nak elakkan perhubungan kami sekeluarga bertambah buruk. Itu semua pengorbanan seorang Mak yang tidak difahami sesiapapun kala itu.

Berkat kesabaran Mak, Ayah kembali kepada pangkuan keluarga. Kesihatannya semakin pulih selepas pembedahan kedua. Waktu itu Along pula dah nak mendirikan rumah tangga. Tak lama selepas itu, Benja pula mendirikan rumah tangga. Tinggallah Aku dan Ude di rumah. Kemuncak kejadian itu, Ayah melafazkan cerai untuk isteri keduanya. Ayah mungkin tersedar akan kesilapannya dahulu dan cuba menjernihkan kembali hubungan kami sekeluarga dengan Mak, Along dan Benja. 

Semakin kami dewasa kami dapat lihat dan rasakan perubahan Ayah. Ayah bukan lagi Ayah yang tidak boleh dibawa berbincang, yang mudah melenting, yang mudah memaki hamun marah-marah. Ayah menjadi seorang yang sangat berdiplomasi, senang di bawa berbincang dan penuh dengan gurau tawa. Aku menyaksikan sendiri perubahan Ayah, ketika Ude juga tiada lagi di rumah kerana menyambung pengajiaannya di UiTM Melaka. Tinggallah Aku, Mak dan Ayah. Kami jadi Geng Bola, Geng tengok Cerita Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Geng bersembang petang-petang, Geng mengopi, Geng Wrestling. Akulah anak perempuan Ayah, aku juga anak lelaki Ayah. Dan aku menyaksikan sendiri kesusahan Ayah nak bina kembali keluarga kami. Ayah besarkan rumah dan bina rumah kami sendiri dengan tulang empat keratnya. Nak bagi keselesaan untuk anak cucu bila balik kampung. Aku dapat rasakan Ayah nak tebus kesalahan masa lalu sewaktu dia sibuk dengan keluarga keduanya dan melupai kami.

Syukur pada Allah, Aku juga dapat melanjutkan pengajian ke universiti. Biarpun pada awalnya masyarakat, jiran tentangga mengata keluarga kami yang pecah-belah, menyusahkan, berkecamuk dan terbiar. Tapi semua anak-anak Ayah berjaya dari segi pendidikan dan kerjaya. Dikalangan orang kampung, Ayah dapat menghantar tiga orang anaknya ke Universiti. Orang yang dahulunya mengata, mengutuk Ayah pun tiada rekod kejayaan seperti Ayah. Kalaulah kejayaan itu dilihat dari segi pelajaran. Tapi bukan!

Kejayaan itu lebih kepada memperbaiki hubungan kekeluargaan. Kembali kepada fitrah, kembali kepada Allah. Kejayaan akhirat! Aku lihat bagaimana Ayah pacu kehidupannya. Ya, Ayah pernah tersasar! Tetapi Ayah kembali semula. Berusaha membina kembali keluarga kami, memberikan pendidikan yang terbaik Duniawi dan Ukhrawi. Menyulam kasih sayang agar kami bersatu hati. Bagaimana Along dan Benja menjadi tunggak dibelakang Mak. Dan kami adik-adik seboleh-bolehnya tak nak tambah bebanan Mak. Sesungguhnya sukar nak gambarkan keadaan kami dahulu. Kerana pastinya air mata ini tumpah bila teringatkan peristiwa dahulu.

Tapi Allah itu Maha Besar, Maha Mengasihani dan Maha Penyayang. Allah pulangkan Ayah kami, Allah pulangkan kebahagiaan keluarga kami. Walaupun dugaan itu tidak berakhir di situ, macam-macam perkara lagi terjadi, tetapi tugas Ayah dah Allah tamatkan dahulu. Tiada dendam, tiada apa yang terbuku dihati kami. Kerana itu, kami tetap bersatu. Ayah dan Mak dah berjaya didik kami semua. Allah jadi saksi!

Dah aku katakan tadi, dugaan itu tak berakhir di sini. Selepas ketiadaan Ayah, kami diuji lagi. Dengan pelbagai ujian bertimpa-timpa. Dan buktinya kami pernah terpisah kerana kerja jahat orang lain yang cemburu melihat hubungan kami.

Tapi Allah itu Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu. Mungkin ada hikmahnya setiap perkara yang berlaku, ujian itu pasti akan hadir lagi.

Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah. Berkat Ramadhan, mempertemukan kembali anak-anak Ayah dan Mak yang terpisah. Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. Allah mempertemukan kita semua semula. Syukur.

Dulu pernah seorang dari kita hilang dari pandangan, tapi Allah pulangkan kembali ke pangkuan kita. Kemudian, seorang lagi anak Ayah hilang jejak. Tapi Allah datangkan hidayah kepadanya, menjentik hatinya yang jauh dari keluarga untuk kembali semula. Ada antara kita yang menjauh hati, Allah dekatkan semula. Ada orang menghasut anak Ayah agar membenci adik-beradiknya, tapi Allah datangkan peristiwa, dan anak Ayah jadi lebih rapat berbanding sebelumnya. Subhanallah. Macam-macam ujian dah jadi pada kita, Allah jualah yang mengatur semuanya.



Sesuatu yang tak pernah dirancang tahun ini. 4 orang anak-anak ayah serta menantu dan cucu berkumpul hari ini, di akhir Ramadhan ini. Kami bercakap dari hati ke hati. Sesungguhnya penyatuan ini bakal dicemburui. Tetapi tak mengapalah, kami dah lali.

Orang cemburu kerana dia tidak punya apa yang kami punyai. Kasih-sayang Lillahi Taa’la.

Walaupun kita bukan lagi di kampung mengenang zaman indah masa lalu, tapi walau dimana pun kita berada, semangat ayah sentiasa ada. Nasihat ayah tersemat didada. Ayah selalu pesan, adik-beradik mesti bersatu, jangan bergaduh, jangan putus hubungan kalau ayah dah tiada. Jagakan Mak. Mak dah banyak bersusah untuk kita.😢 Kalaulah ayah ada lagi alangkah gembiranya hati ini.

I miss you Ayah. We really miss you...😭

Ayah, tengoklah ni. Kami masih bersama. 
InsyaAllah hubungan ini akan kami jaga sehingga hujung nyawa.

Semoga kita semua bertemu kembali di Syurga.

Al-Fatihah to my beloved Ayah
~Tn Hj Idris bin Salleh~
1946 - 2007