Sunday, January 17, 2016

Mari Baca Al-Quran Bersama - PAQ

#Marikawankawan #MaribacaQuran #Janganmalusegan #Guruakantunjukkan



Hmm..Allahuakbar..Sedih bila terjumpa mereka yang dah berumur tetapi masih tidak boleh membaca Al-Quran..huruf hijaiyah pun tak kenal..bagaimana dengan Al-Fatihah yg kita baca hari-hari..bagaimana kualiti solat kita? Pernah terfikir??

Mari kita semak di mana tahap pembacaan kita..
• Betul tak sebutan makhrojnya?
• Betul tak panjang pendeknya?
• Tahu tak hukum bacaannya?

Ok, bila dah tahu, tanyakan lagi..

• Pernah tak kita baiki pembacaan kita?
• Atau ilmu bacaan Al-Quran kita hanya ilmu yang kita belajar masa sekolah Kafa atau sekolah agama petang-petang dulu? Tanpa ada penambahbaikkan?

Mari kita muhasabah lagi..berapa tahun kita hidup di dunia tapi kita boleh selamber tak tahu membaca Al Quran..alasan..alaa..dulu MakAyah tak ajar..dulu MakAyah tak hantar mengaji..sampai bila nak salahkan orang lain atas kekhilafan kita??

Tetapi..La tahzan..Jangan bersedih atau berputus asa..Tak mengapa jika kita tak tahu, tapi yang penting kita mahu belajar..masih belum terlambat..

Betapa beruntungnya kita dilahirkan di dalam agama Islam..tapi alangkah ruginya kita tidak dapat menuturkan ayat-ayat Allah apetah lagi memahami maksud firman-firman Allah..bagaimana nak tegaknya syiar Islam jika ayat-ayat Allah pun kita tak tahu dan tak faham??

Ayuh berubahlah!
Mari lengkapkan azam tahun baru 2016 dengan memperbaiki bacaan Al-Quran..belajar secara bertalaqqi agar kita tahu kesalahan kita dan dapat memperbetulkannya..

Katam Al-Quran tahun ini bersama kami..sertai jemaah kami belajar Al-Quran, kami membantu muslimin muslimat khususnya mempelajari ayat Al-Quran dengan bersanad, belajar dari asas bagi mereka yang ingin bermula..

• Kita mula dengan Mukaddam
• Mengenal huruf hijaiyah
• Mengetahui sifat2 huruf hijaiyah
• Mengetahui cara sebutan dengan makhroj yg betul.
• Mempelajari hukum tajwid
• Mempelajari cara pembacaan bertarannum
• Dan banyak lagi

Jangan tunggu lagi..masa tidak menunggu kita..entah nyawa kita berbaki esok lusa cuma..wallahua'lam..

Tuesday, December 22, 2015

Mengapa Pilih Selendang_Ka_Syorga

♥♥♥ Selendang_Ka_Syorga ♥♥♥



♥♥Kepakaran kami adalah membantu orang ramai terutamanya para wanita bekerjaya, surirumah, gadis remaja untuk memiliki selendang yang CANTIK, KUALITI TERBAIK dengan harga MURAH tak masuk akal!

♥♥Masalahnya ialah kebanyakan Wanita bertudung mengidamkan untuk bergaya dan berpenampilan menarik tetapi harga selendang yang cantik dan berkualiti adalah sangat mahal.

♥♥Apa yang membezakan selendang kami dengan yang lain ialah material Chiffon High Quality yang lembut, berat, mudah beralun, sangat selesa, tidak jarang dan yang penting, harga yang sangat MENJIMATKAN!

♥♥Kami sedia membantu anda dengan menyediakan rangkaian selendang yang cantik, menarik, pemakaian yang mudah, trendy untuk harga yang sangat murah asalkan pelanggan kami mendapat kepuasan maksimum!

♥♥Selendang Ka-Syorga juga menyediakan long wide chiffon shawl, pelbagai jenis instant shawl adjustable labuh dan patuh syariah. Kami mengesyorkan pelanggang kami mencuba gaya tudung yang patuh syariah agar kita semua mendapat redha Allah..InsyaAllah..

Worth ♦ Simple ♦ Affordable

►►► Fast response Whatsapp 0172449387 for order.TQ.

Website: www.syarifahsyifa.com
Fb page: Syarifahsyifashoppe
Instagram: @Selendang_Ka_Syorga


Thursday, November 5, 2015

Aku dan Temanku Al-Quran, Semoga Istiqamah!

~Tips genius~
Copy paste dari seorang hamba Allah..



Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential.... 

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang kita .

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung! 

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad.... sampaikan pada semua orang agar mereka juga akan genius.



~ Kisah Saya ~

Tapi betul sangat, saya dulu ada masalah pembacaan.. cikgu saya sangat risau masa saya nak test oral SPM dulu.. cikgu saya ckap otak dan mulut saya tak selari.. tak tahulah.. saya pun tak faham masa tu.. sampailah satu tahap saya pelik sangat kenapa saya tak boleh membaca macam orang lain.. saya bukan tak pandai.. saya kerlas pandai kot.. (nak jugak.. astaghfirullahala'zim) kohkohkoh..

Dulu saya tak boleh membaca teks, kalau perlu baca perenggan or karangan.. saya akan tergagap-gagap untuk baca.. perkara tu sangat memalukan.. untuk elak orang lain perasan, saya terpaksa hafal.. sampai nangis sorang-sorang.. mak ayah saya pun tak tahu masalah ni sampai sekarang.. ayah saya pun dah takda dah..

Ditakdirkan, Allah bagi idea dan penyelesaian untuk masalah saya.. apa yang saya buat adalah dengan membaca Al-Quran.. dulu saya susah nak baca Yaasin ramai-ramai.. nak membolehkan saya baca macam lancar bunyinye.. saya kena hafal Yaasin tu pada masa tu la.. sekarang pun masih boleh ikut lagi kalau tak pakai kitab.. InsyaAllah..

Dengan praktis baca Al-Quran selalu, lidah jadi lembut.. slowly-slowly.. saya boleh menyebut dan membaca sambungan perkataan.. Subhanallah.. otak pun jadi tajam.. ajaibnya Al-Quran ni.. sejak tu, masalah tu dah tiada sampailah sekarang.. Alhamdulillah.. tiada rezeki je nak jadi penyampai berita.. kohkohkoh.. berangan tak habis..

Satu yang saya takkan lupa.. hanya Allah yang dapat membalas jasa cikgu saya tu..beliau selalu memantau saya.. melatih saya membaca.. selalu suruh saya baca dalam kelas.. membuatkan saya kena berusaha keras untuk sama macam orang lain..

~Sampai sekarang saya tak tahu apakah masalah saya~ 
~ Dyslexia atau apa??~




Monday, July 27, 2015

Lagu Puisi "Biar" By Fynn Jamal


Sekadar berkongsi satu lagu puisi yang begitu mencengkam hati..

Membuatkan mata berkaca-kaca..
Tiap kali terdengarkan lagu ini..
Pasti hati begitu mengerti rasa itu..
Rasa rindu itu..rindu yang bertamu tak pergi..

Sehingga akhir hayat nanti..


"Biar"

Mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar 
dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya 

“biar” 
katanya, “biar”. 

wahai ayahanda 
berhentilah walau sebentar 
dan renungkan mataku yang melaut 
khabarkan yang jujur dan ujar 
apa menyerabut? 

wahai ayahanda 
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu 
akukan lemahmu 
perikan penatmu 
kisahkan jerihmu 
aku mahu tahu 

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu-- 
harum 
senyum 
dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan 

“biar” 
katanya lagi, “biar” 

wahai ayahanda 
bisikkanlah walau sekali 
izinkan aku menumpangkan bahu 
berikan aku seperca dari beban kamu 

wahai ayahanda 
lihatkanlah aku 
berlari kini 
melompat tinggi 
setiapnya kerna kau tak pernah pergi 

ah, apa masih ingat lagi 
aku suka lari-lari? 
kau bagaikan tak peduli 

ku biar kau patah hati 
ah, apa masih tidak lupa 
tengking jerit sama-sama? 
makan tak mahu semeja 

sahabat lebih berharga 
ah, apa mampu kau sudikan 
ampun maaf ku sujudkan? 

bisa tidak kau teruskan 
ku sesat kau tunjuk jalan? 

ah, apa layak aku bagi? 
tak terbalas sampai mati 
kau sungguh yang paling tinggi 
istanamu syurga nanti.. 

Semoga Allah swt mengampuni segala dosa Ayah, merahmatinya, memaafkan kesalahan-kesalahannya, memuliakan kedudukannya, melapangkan kuburnya dan memasukkannya bersama orang-orang yang soleh di syurga-Nya..

Amiin Ya Robbal A'lamiin..

Sunday, July 19, 2015

Eid Mubarak Uollss

Assalamualaikum wbt. 

Dengan rendah hati, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaz zahir dan batin kepada semua yang singgah di blog ini..semoga segala perkongsian di blog ini memberi manfaat buat semua..

Dan semoga kita terus istiqomah berbuat amal kebaikan seperti dalam bulan Ramadhan.. 

Kalau kita rajin solat dan beribadat sunat di bulan ramadhan, 11 bulan seterusnya ini teruskan lah..jika kita rajin bersedekah di bulan Ramadhan, 11 bulan seterusnya ini teruskanlah..jika kita rajin ke masjid di masa bulan Ramadhan, 11 bulan seterusnya ini teruskanlah..teruskanlah amal kebaikan, jadikan ia kebiasaan.. 

Teruskan berusaha menjadi mukmin yang soleh yang mencari redha Allah..

"Taqabbalallahu wa minna wa minkum"

Salam Aidilfitri

Tuesday, July 14, 2015

Cerita Pendek : Ramadhan Kembali



Sepatutnya aku tiada mood pagi ini. Terlambat bangun sampai fajar dah meninggi. Terkocoh-kocohlah aku menunaikan kewajipan hakiki. 

Bukan lagi Subuh Gajah, sudah Subuh Dinosaur dah ni. 

“Astaghfirullahala’zim”

Aku beristighfar sendiri. Malunya pada diri. Selalunya aku tak macam ni, sejak mengenali dia, tidur malamku tidak lena lagi…aah sudah…

Sudahlah lambat bangun, sampaikan tak sempat untuk bersahur. Akibatnya, barukan jam 10.00 pagi perutku sudah berdendang lagu lapar. Sabarlah duhai perut, iftar lama lagi ni.

Mengingatkan perihal semalam. Melayan whatsapps dengannya sehingga jam 3.00 pagi. Alangkah manisnya jika aku berjaga untuk bersolat, bukan bermesej, melagha tak henti. Tapi perkara dah terjadi. Terlalu payah untukku menolak perasaan yang berbunga malam-malam buta ini. Sila jangan ulangi lagi please! 

Janjiku pada diri sendiri.

****

Malam ini, dia mesej lagi. Dia kembali bertanya soalan-soalan biasa. Soalan yang sudah boleh ku teka.

“Dah sampai rumah?”

“Dah mandi?”

“Buka puasa apa tadi?” (sebabkan bulan puasa)

“Pergi tak solat Terawih tadi?” (sebabkan bulan puasa)

Nampak macam soalan biasa, tetapi disebabkan mesej itu datang dari Si Dia, dengan pantas aku membalas tanpa jemu. Dan ianya berlanjutan sehingga lewat malam seperti hari-hari yang lalu.

Ciss! Langgar janji lagi.

****

“Aina, kenapa dengan kau ni?”

“Termenung saja dari tadi?”

Nampaknya Muna perasan akan perubahanku dan kegusaranku saat ini. 

“Entahlah Muna, aku risau, aku rasa berdosa.”

“Eh, kenapa pula ni. Cuba cerita.”

Muna mula risau mendengarkan kata-kataku.

“Aku rasa aku sibuk mengejar sesuatu yang aku tak pasti.”

“Dulu aku rasa aku dah ok sendiri, tapi bila pintu hati ni diketuk cepat sangat tersentuh.”

“Aku rasa lemah”

“Aku cepat rasa suka, rasa jatuh hati pada yang bukan hakku.”

Air mataku gugur satu–persatu. Muna mengangguk-angguk mendengarkan ceritaku. Dia lebih arif akan ceritaku yang lalu. Beberapa kali dikecewakan, beberapa kali bangun semula. Kini terjadi lagi. Sungguh. Dia simpati dengan sahabatnya ini.

****

“Allahuakbar. Sabarlah Aina.”

“La tahzan, Innallaha ma’ana.”

“Allah nak uji.”

“Aku tahu, kau lebih arifkan.”

“Aku tahu kau tak lemah macam ni.”

“Kau tahu mana yang salah dan mana yang betul.”

“InsyaAllah, minta kekuatan dari Allah.”

“Aku yakin kau dapat hadapinya.”

Muna mengusap bahuku. Meredakan tangisanku.


****


Dengan tekad yang tinggi, aku menjauhi diriku dari telefon bimbit itu. Tiada lagi mesej yang ku tunggu, tiada lagi hati yang tak keruan menanti, bermula pada malam itu dan malam-malam seterusnya lagi.

Aku kembali merindui Ramadhan yang bertamu. Mendekatkan diriku pada sejadah, melepaskan rindu pada Al-Quran. Mencari-cari malam Lailatul Qodar. 

Syukur aku tersedar. Bulan Ramadhan ini terlalu istimewa kerana ia bulan Rahmat, bulan Maghfirah dan Pembebasan daripada Api Neraka. Bulan dilipat-gandakan semua pahala atas amal ibadah yang dilakukan. Inilah hadiah Allah SWT yang tiada dalam bulan yang lain. 

“Alhamdulillah.”

Itu sahaja yang dapat aku ucapkan.

Luka yang lalu, terubat sendiri hari demi hari. Sebelum itu, kutinggalkan dia dengan mesej terakhir sebagai penutup kata. Andai dia faham, dia pasti boleh terima. Andai tidak, aku akan fahaminya.

Panjang mesej whatsapps ku padanya. Nasiblah percuma.

****

Assalamualaikum wbt.

Agak lama juga kita berhubungan. Bermesej siang dan malam. Semenjak awal tahun sehinggalah sekarang. Sebenarnya bukan ini yang saya inginkan. Saya tak pasti niat awak berhubungan dengan saya.

Tetapi, untuk pengetahuan awak, saya mencari bakal suami. Semalaman saya amati, saya takut saya terjatuh suka pada awak disebabkan cara kita bermesej ini. Siang dan malam kita berhubungan.

Kadang-kadang buatkan saya tertunggu-tunggu mesej dari awak. Nauzubillah.

Jujur saya katakan, awak sangat menarik perhatian saya. Jadi, saya tidak mahu perkara yang sama berulang kembali. Kenal seseorang. Kononnya nak kenal hati budi, mesej-mesej di Facebook, kemudian mesej di telefon, jumpa berdua dan akhirnya berpacaran sebulan dua, bila ada yang tak kena, hubungan terputus sebelum masa. 

Astaghfirullahala’zim.

Sejujurnya, selama mana kita berhubungan dengan cara ini, kita takkan dapat mengenali hati budi kita yang sebenarnya. It can’t never be true me or true you. Disebabkan itu, sudah lama saya meninggalkan dunia-dunia lagha itu. Masa-masa jahiliyah yang lalu.

Sebenarnya, kebanyakkan orang yang saya kenal dahulu pun begitu. Ajak berkenalan, ajak berjumpa, ajak berpacaran. Saya sendiri tak pasti, mungkin mereka masih tak faham maksud taaruf yang sebenarnya. That’s why kebanyakkannya berakhir di mesej sahaja.

Saya sangat pasti, awak tak perlukan kawan seperti saya. Yang sekadar menemani awak di kala sunyi. Yang menjawab soalan yang sama saban hari.

Sebenarnya saya teramat penat dengan semua ini. Saya tahu Allah tak redha perbuatan saya yang lalu. Saya tidak mahu mengharapkan kasih sesiapa lagi.

Saya hanya berharap pada Allah yang menentukan jodoh saya. Jadi, saya tak nak memandai-mandai mencari jodoh melalui cara ini lagi. Jika Allah kata belum masanya, saya redha.

Saya tak nak jatuh hati pada orang yang bukan selayaknya.

Jadi saya memutuskan hubungan mesej kita di sini sebelum berlanjutan lagi. Awak sendiri maklum, kita tiada ikatan dan keperluan untuk bermesej selalu sebegini.

Andai awak ikhlas nk bertaaruf dengan saya, saya rasa awk tahu jalannya. Bukan jalan seperti ini, bukan dengan cara sebegini. 

Saya harap awak tak salah faham. Saya takkan paksa awak berbuat sesuatu yang awak tak nak. Saya sekadar menegaskan pendirian saya. Kita sudah mengenali serba sedikit mengenai keluarga masing-masing.

Selebihnya awak fikirkanlah. Mungkin belum masa bagi awak agaknya. Wallahua’lam.

Saya sangat berterima kasih kerana awak sudah menemani saya sejak beberapa bulan ini, yang menghiburkan hati saya kebelakangan ni. Jazakallah khairan kathira.

Maafkan saya di atas segalanya.

Till then, take care awak

Saya tinggalkan awak di bawah jagaan Allah. Saya juga doakan awak berjumpa dengan apa yang awak cari selama ini.

Wassalam.

Dan semenjak itu dia terus diam membisu. Ya, walaupun aku sedikit sedih, tetapi aku redha akan pengakhiran kami sebegitu. Malah aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini. Tahun depan belum tentu berumur lagi. 

Hari ini tanggal 29 Ramadhan. Sedikit masa lagi, Ramadhan akan pergi. Sesungguhnya aku berasa amat sedih. Bulan ini yang mentarbiyah aku menjadi insan yang lebih baik. Bulan ini yang mendidik nafsuku agar lebih taat kepada Allah SWT. 

Teringat akan tazkirah oleh Imam Terawih malam tadi. 

“Penanda aras kejayaan kita samada berjaya atau tidak dalam melepasi ujian Allah SWT tiada lain kecuali kita mampu mendidik nafsu kita menjadi jinak kepada segala yang disuruh oleh Allah SWT. Dalam masa yang sama kita mampu meninggalkan segala larangan Allah SWT. 

Jika gagal mencapai penanda aras ini bermaksud kita gagal mencapai matlamat bertaqwa kepada Allah SWT dan meneruskan kegagalan buat sekian kalinya dalam bulan Ramadhan ini kerana terus tunduk kepada kehendak dan kemahuan nafsu kita yang tiada batas itu walaupun dijelaskan kepada kita bahawa Allah SWT telah membelenggukan Syaitan yang menjadi nakhodanya. 

Sesiapa yang masuk bulan Ramadhan dan gagal memperolehi rahmat dan keampuanan Allah SWT, bermaksud dia orang yang tertipu dan terpedaya. 

Kenapa??? 

Sebabnya orang yang beriman akan berusaha memperolehi seberapa banyak kurniaan Allah SWT dalam bulan yang mulia ini sedangkan orang yang hanya berharap mendapatkan rahmatNya tetapi tidak pula beramal di dalamnya dan berangan-angan dengan rahmat dan ampunan Tuhan, itulah menipu diri sendiri namanya.”

Allahuakbar, jauhi aku dari golongan yang rugi.

Sedang aku sibuk mengemas, tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi. Mesej whatsapps masuk.

Jantungku berdegup kencang. Berulang kali kubaca bait-bait katanya untuk memastikan kesahihannya. Jika Muna ada disebelahku mahu sahaja kupinjam kaca matanya agar aku betul-betul yakin dengan ayat yang tertera itu.

Malam itu, ku panjatkan doa yang paling panjang pada Ilahi. Berkat Ramadhan yang berbaki ini, berilah aku petunjuk apa yang perlu aku lakukan.

”Ya Allah, jika dia adalah jodohku yang telah ditetapkan olehMu aku redha.”

Dan istikharahku memberi jawapan yang pasti.

Subhanallah. Ramadhan bertamu ingin mengundur diri. Kini datang pula Ramadhan yang dinanti.

Alhamdulillah. Firdaus Ramadhani akan datang bersama keluarganya raya nanti untuk menyuntingku sebagai surinya. Sesungguhnya aku benar-benar bersyukur. 

Dan yang paling tak kusangka, nama penuhnya sebegitu. Ramadhan yang sangat kurindu, Ramadhani yang menyentuh sanubariku.

Jadi kepada antum yang membaca, hentikanlah berpacaran melagha dan bermesej tak tentu hala, kerana seseorang itu tidak mungkin menjadi dirinya saat dia berpacaran dengan kita. Kebanyakkannya hanyalah lakonan semata. Ayuh, hentikanlah membuang masa dan berbuat dosa, semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita saat kita mengharap dan merayu cinta hanya dariNya.

Wallahua’lam.

Wednesday, July 1, 2015

KECEMASAN..!! Pengumuman Penting !!

KECEMASAN..!!

Syria sedang memanggil kita..!!
Kami mengajak semua untuk membuat sumbangan pecutan terakhir di dalam Bulan Ramadhan yang mulia ini. Hari berbaki di dalam bulan Ramadhan adalah hanya 15 hari sahaja lagi dan kebanyakan dapur rakyat yang ditaja semakin menyusut dana untuk terus beroperasi sehingga akhir Ramadhan.





Apa kata kalau kita pakat-pakat sumbang minimun RM50.00 seorang (atau apa sahaja jumlah kemampuan tuan/puan) untuk kita salurkan secepat mungkin.
Tarikh akhir sumbangan #Food4Syria adalah pada 10hb Julai 2015. SEGERA..!! SEGERA..!!

Marilah bersama-sama membantu mereka dengan menghulukan bantuan sumbangan melalui Syria Care Malaysia menerusi saluran berikut :

AKAUN CIMB BANK ( Syria Care)
No. Akaun : 8601 89 4560
Swift Code : CIBBMYKL
AKAUN MAYBANK (Syria Care) :
No. Akaun : 5621 0665 3575
AKAUN RHB
No. Akaun : 2622 5000 0217 75


Sumbangan anda amat bermakna buat mereka. Mohon sebarkan pada kenalan-kenalan anda..jika anda tidak dapat menyumbang, tapi rakan anda menyumbang kerana mesej anda, insyaAllahu taa'la ada bahagian anda..lakukan SEKARANG! Rebut peluang di bulan Ramadhan..








Allahurabbi..tak sanggup lagi nak letak gambar-gambar kedukaan mereka.. Marilah membantu seikhlas hati kita..berkongsi rezeki seadanya..semoga redha Allah bersama kita..

Wassalam..