Friday, February 21, 2014

Mujahidin.. Berbahagialah Dikau di Sana..

Bismillahirrohmanirrohim..

Assalamualaikum wbt..

Ihsan:Kakinovel 

Tergerak hati ingin mencoretkan sesuatu melalui pembacaan ku saat ini. Sungguh aku tidak mengenali kedua Mujahid dan Mujahidah ini. Tetapi melalui pembacaan dan perkongsian di laman siber ini, telah berulang kali ku baca artikel mengenai coretan insan-insan yang ditinggalkan mereka.. mereka telah pergi menemui Al-Khaliq pada usia yang amat muda.. sebelum itu, mari kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada keduanya..

Al-Fatihah..

Pernahkah anda membaca kisah mereka yang amat menyentuh dan mengetuk minda kita yang masih entah berada di mana.. tak terluah rasa kagum pada keduanya.. Allahuakbar..

Baca di sini : Kisah Mujahid dan Mujahidah yang patut dicontohi.

Sesungguhnya membaca coretan artikel ini membuatkan aku berasa kerdil berbanding dua insan yang belia ini. Banyak bakti dan jasa yang mereka curahkan. Walaupun mereka telah pulang ke Rahmatullah, namun peninggalan mereka memberi impak dan inspirasi buat umat islam lain untuk terus berjihad di jalan Allah.. Subhanallah.. Saat mereka berjihad di jalan Allah, berdakwah dengan cara mereka, aku terfikir apalah sumbangan aku pada jalan Islam sepanjang usiaku.. di mana aku ketika aku masih seusia mereka?? Terasa diri terlalu leka dan alpa dengan nikmat dunia.

Mari kita muhasabah diri kita sejenak, saat ini adakah kita mencari jalan syahid Allah atau kita masih menghadap laptop atau pc, tablet atau smartphone dan sibuk mencari keseronokkan dunia?? apabila kita buka youtube, apakah yang kita layari? adakah kita mencari ilmu atau mencari video berjuta like atau "keek" yang berbagai agenda.. yang bisa membuat kita tergelak atau terkesima.. adakah apabila kita buka channel tv, kita akan tertumpu pada pencarian ilmu, ceramah agama, forum perdana? atau kita masih sibuk menonton rancangan lawak-lawak seluruh malaysia, ataupun acara menangisi kisah Cinta Melayu atau Korea.. adakah kita menjadikan Qasidah dan selawat sebagai halwa telinga atau kita masih mendengarkan lagu2 yang entah apa, K-Pop sini sana.. Allahurabbi.. jauh panggang dari api.. jauhnya perbezaan peribadi aku dan mereka.. menitis air mata saat membaca kisah mereka, betapa kental hati mereka dan cintanya mereka pada yang Maha Pencipta..

Kita lihat perihal Allahyarham Ahmad Ammar, sehingga sahabat-sahabatnya menggelarkannya "Syahid yang tertangguh" kerana cintanya pada jalan Allah.. mencari syahid di Syiria.. berdakwah pada usia yang muda.. Subhanallah..

Kita lihat perihal Allahyarhamah Siti Hajar, melihat wajahnya sahaja menyejukkan mata yang memandang.. betapa dia redha atas ketentuan Allah.. sabar atas ujian yang diberikan padanya.. saat dia menghadapi sakaratulmaut.. sungguh tak tergambar dengan kata-kata.. Subhanallah.. Allahurabbi..

Semoga jiwa Allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam dan Allahyarhamah Siti Hajar Ahmad Sabir terus subur di dalam jiwa setiap umat Islam dan semoga kisah mereka, semangat dan perjuangan mereka menjadi pedoman kita semua..

Damailah kalian di sana..

Wassalam..

Saturday, February 15, 2014

Kenangku Dalam Doamu..XoXo..

The Best Experience in Life.. Where can it be?
Here in UiTM Segamat.. 



Saat pertama kali menjejak kaki di UiTM Segamat.. Semacam ada aura yang suram di celah pepohon hijau, di belah bukit bukau.. ada suatu tempat yangg tersembunyi dari hiruk pikuk kota.. mana taknya, jenuh la jalan nk masuk ke dalam saja dah membuatkan hati tak tenteram, di tambah dengan pemandangan hutan, bak kata kakak ku dahulu.. ni tempat "Jin Bertendang".. hah.. memang sah sebab aku telah disajikan dengan pemandangan sebuah Jirat Cina yang seluas mata memandang.. macam mana aku boleh tercampak kat sini?? tu sudah ditakdirkan..

Kita bertemu saling tidak mengenali, dari setiap pelusuk negeri membawa harapan yang tinggi. Itulah yang selalu dikatakan bilamana kita berjaya masuk ke menara gading. Membawa cita-cita yang tinggi, untuk memperoleh penghargaan, sekeping kertas sebagai tiket untuk masa hadapan yang lebih cerah. Fuhh. Jauh aku merantau mencari ilmu. Dari utara ke selatan, tak pernah ku jejak Segamat sebelum ini, tidaklah dapat aku bayangkan keadaannya nanti.




Salah satu benda yang aku tak sempat nak buat ialah background check. Selepas beberapa lama duduk situ baru aku tahu. Memang UiTM ni dalam hutan, didirikan dekat ataupun atas perkuburan Cina, pekan Segamat mmg tiada apa masa tu.. nak outing pun tak tahu la nak pergi mana, peraturan yang paling ketat, paling skema, Pak Guard garang-garang, pelajar perempuan baju kena bawah pinggul, kalau tak memang akan kene saman, banyak blok bangunan lama, kolej kediaman lama a.k.a keras berhantu (katanya) dan yang paling terkesan ialah senior-senior masa tu fuhh.. seriau!!

Tapi tu semua pengalaman hidup la beb! Masa seminggu Induction dengan senior wingmate memang teruk betul kita kena dulu. Sampaikan memori tu masih ada dalam ingatan aku, nak je aku tuliskan satu persatu. Adakah kita mangsa "raging"? Aku pun tak pasti sebab aku dah lama maafkan diorang semua. Walaupun ada salah seorang kawan aku dulu memang teruk kena dengan senior. Masih aku ingat assignment first mencari siapa penghuni misteri bilik bernombor (dot..dot..dot..) actually, aku dah tak ingat nombor berapa dah. Dan aku lah yang memberikan jawapan paling menyampah abad itu.. sebab pe, dah nombor bilik tu nombor toilet. Dan jawapan tu memang mencabar ego senior-senior masa tu. Cari nahas beb! Nak tahu apa jawapannya.. hehe.. dah diorang tanya siapa penghuni tandas, aku bagi jawapan "Syaitan".. haha.. lepas tu kena memang kena "AIM" je dengan senior.. haha.. (teringat pulak ayat kakak senior ni yang ditujukan untuk aku "buat muka - buat muka!") Aku tak pasti apa pulak jawapan wingmate yang lain. Tapi semester itu memang menyeramkan la, bukan sebab ada hantu ke ape, tapi sebab senior-senior. Ada 2-3 orang senior paling garang, paling kerek, paling masalah, paling 'loghat' la senang cerita. Bila senyum salah, tak senyum salah, tegur salah, tak tegur salah.. serba tak kena la. Sikit-sikit naik meeting. Meeting pulak de taraf. Senior duduk atas kerusi meja, yang ada pangkat duduk atas katil, konco-konco duduk sekeliling. Yang freshie duduk tengah-tengah macam pesalah. Tak boleh lari beb! Bila meeting dilaungkan, seram sejuk, ketar' lutut.  Oleh kerana itu, terserempak dengan mereka-mereka ini adalah sangat-sangat dielakkan. Bila nampak kelibat salah seorang daripadanya mencecet kitorang lari. Mengalahkan nampak hantu. Seram kan?

Tapi semua tu berjaya diatasi. Lastly sebelum final exam, semua senior minta maaf dengan kami. Takut kantoi paper la tieww. huhu. Tapi semua tu takde tinggalkan apa-apa pun dalam hati. Disebabkan perkara itu juga lah aku dan wingmateku semua bersatu hati. support each other, saling membantu, suka duka bersama, sbb kita dah lalui saat getir tu bersama. Ukhuwah yang terbina sangat tak ternilai harganya. Kukuh dan akrabnya persahabatan kita aku sendiri tak menduga.


Pejam celik, terkebil kebil, lengkap beberapa tahun menjadi penghuni setia Kolej Baiduri. Kolej yang terkenal dengan warna merah. Dahulu peraturan kolej ni sangat berat. Turun ke lobby je kena pakai tudung. Kalau jenis yang free hair, bila tiba je dekat dining, dah kena sarung tudung sebab nak masuk area Baiduri. Yang bagusnya disebabkan peraturan itu, ramai juga pelajar-pelajar yang berhijrah dari free hair ke pakai tudung. Bukankah manis tu. Sekarang aku tak pasti peraturan macam tu wujud lagi atau tidak. Bagus peraturan tu. Sangat Islamik.

Tergerak untuk mencatat sesuatu sebab wingmate ku telah membawa kembali memori suka duka kita di sana. Lalu aku coretkan di blogku yang tak seberapa ini. Tak lah hebat macam blog Hanis Zalika (hikhikik) Tapi kalau nak diceritakan di sini.. 3 hari 3 malam upn tak habis. Sungguh aku rindu zaman itu, kita bersama mengejar cita-cita. Kitalah satu-satunya batch wingmate yang ambil course account semua. Korang tahu tak betapa susah payahnya aku amik account ni (huk..huk..huk), dengan terlibat dalam PERSIDA lagi. Walaupun begitu, Alhamdulillah berjaya jugak diatasi. Inilah yang dikatakan takdir Allah. Walaupun aku masuk ke sini tanpa memohon course ni, aku gagahkan juga sebab adanya korang semua insan-insan yang sangat terkesan dalam kehidupan ni. Kalau aku tak amil account takde la aku jumpa korang semua kan.

Rakan-rakanku, wingmateku, coursemateku, bestmateku, secret penpal ku.. waah sungguh tak terungkap betapa kita semua membesar dengan cepat meninggalkan memori kita di UiTM Segamat. Masa-masa gembira, masa duka, makan bersama, pergi dining bersama, pergi benteng bersama, pergi coop bersama, tidur bersama, pergi kelas bersama, balik kelas bersama, pergi masjid As-Syakirin bersama, pergi library bersama, pergi Billion bersama, pergi Upwell bersama, pergi pasar malam bersama, pergi bazar ramadhan, bersembang bersama, bergosip bersama, basuh kain bersama, (erk mandi lain-lain ea), outing bersama, study bersama, exam bersama, tengok cd bersama, balik kampung bersama, naik bas Abon bersama,  pergi camping bersama, Dikir Barat bersama, Coral Speaking bersama, pergi JB bersama, pergi Dinner bersama, baca yasin bersama, puasa bersama, berbuka bersama, jogging bersama, strolling (acara kegemaran) bersama, pergi Dewan Seri Budiman bersama (teringat Abang Karyawan!) pergi Sagil bersama, sambut besday bersama (Macam-macam plan dah terlaksana), bab-bab simbah menyimbah inilah hadiah yang tak boleh lupa. Nasib birthday aku selalu time cuti sem. haha. Tapi rasenya kena jugak lastly. Pendek kata, semua perkara tak lengkap tanpa adanya insan-insan bernama sahabat yang menemani.

Cepat betul masa berlalu kan, macam-macam yang dah berlaku. Semua orang dah ada kehidupan masing-masing. Berjaya dan move on dengan cara masing-masing. Lama sudah kita tak berjumpa kan? Kalau la masa boleh diputar semula, aku ingin nak bermula kembali di sana. Menyingkap memori suka duka. Walaupun kalian masih ada lagi bersama di FB ni. Tetapi semuanya dah berubah. walaupn kita masih org yang sama, tetapi kita sudah berbeza, saat gembira seperti itu hanya berlalu seperti  mimpi. Kenangan yg tak boleh dicipta kembali. Seriously, kalian memang tiada pengganti. Sesungguhnya aku amat menghargai kenangan kita ini.

Terima kasih atas segala memori, benarlah apa yang dikata, kala ini, saat seperti ini amat berharga sekali. Hargai la setiap apa yang kita tempuhi kerana ianya bakal menjadi memori yang tiada terdapat di mana kecuali kita sendiri yang mencorakkannya. Sahabatku sekalian, may Allah bless you, may you get all your wishes come true, for all lecturers yang banyak berjasa membentuk insan, hanya Allah yang bisa membalas jasa-jasamu. Kepada senior-senior yang banyak memberi kesan, semoga anda semua bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. Kepada warga UiTM Segamat, Selamat Maju Jaya semuanya.

Sahabat-sahabat yang di maksudkan, izinkan aku ukirkan nama kalian di sudut blog aku yang tak seberapa ini. Let me start with Sue, Eida Dayah, Mimi, Eima, Liana, Shy, Mar, Yuyun, Ayu.. anda semua memang awesome! You guys are legend!



Sunday, December 22, 2013

Nyah Kau si Penyihir Muda


Penyihir??
Siapakah yang dikatakan penyihir?
Tukang Sihir? Ahli Sihir? Apprentice penyihir?

Rata-rata menunjuk pada penyihir paling terkesan di hati kita iaitu si Harry Potter..
Tukang sihir yang bijak, berkarisma dan cute jgk la..bezanya kita yang menonton seakan amaze (dengan izin penggunaan bahasa Inggeris)..senang cite hero la. Tapi jika dicari pd penyihir di Malaysia..ade sesiapa yg berani mengaku x? Dah berapa bnyak kes-kes misteri yang berlaku di sini yang xterfikir dek kepala kita..kadang-kadang kita xtahu menahu pun pasal penyakit misteri ni..

Takyah jauh la, terjadi pada diriku sendiri..sedang aku sendiri pun xmenyangka ianya terjadi.. bagaimana aku pasti.. aku telah mendapat penyakit ni kurang setahun..masih baru.. paling terkesan orang sekiling aku turut menyedarinya..aku berubat pelbagai cara.. dari Darul Syifa' ke Darussalam.. dari masjid ke masjid, mencari air kolah masjid..dari hari ke hari, bulan ke bulan.. tahun ke tahun.. berusaha memulihkan penyakit ini..akhirnya Allah izinkan aku sembuh dengan bantuan seorang Ustaz.. jauh ustaz berusaha sampai ke Mekah berdoa untukku.. Subhanallah.. Maha Suci Allah..akhirnya keluarlah sihir dari badan.. sakitnya hanya Allah yang tahu bagaimana..betapa kejamnya kau terhadapku..

Jauh di sudut hatiku, aku masih mencari2 punca kenapa aku disakiti sebegitu..dan aku mendapat jawapannya..semuanya berpunca dari hati.. hati yang sakit bila melihat saudara semuslim berjaya, xpun lebih senang sikit berbanding dia.. kalo hati dah busuk, syaitan senang nak masuk jarum.. aku bukan menuduh tanpa usul periksa, ataupun dengan mudah membuka pekung di dada.. tapi buat pengajaran kita bersama..

Aku xtahu atas dasar persahabatan bertanya khabar membuatkan insan lain menjeruk rasa, memang salah aku kerna tidak tahu apa yang berlaku.. niat aku cuma ingin bertanya khabar cuma.. namun disalah erti dan dicemburui.. apalah yang aku ada untuk dicemburui, aku pun xpasti.. Ya Rabbi.. besar betul ujian Mu.. tapi aku redha..


Aku xpasti apa yang akan aku katakan jika bertemu denganmu wahai penyihir muda..bezanya cuma kau tiada hidung yang tajam, penyapu terbang, mahupun topi yang panjang, pakaian serba hitam..malah kau ada agama.. bertudung kepala.. mungkin bersolat juga.. tp mengapa wahai penyihir muda, kau tega melakukannya.. wahai penyihir muda, sungguh aku tidak kenal siapa dirimu, mengapa kau kejam terhadapku.. namun aku redha, aku harap kau bertaubatlah sebelum terlambat.. ingatlah balasan Allah amat perit..aku akan menanti disudut ini jika kau peroleh hidayah untuk memohon maaf kepadaku.. jika tidak kau doakanlah aku agar aku dpt kekuatan untuk memaafkanmu..
Wassalam..

Thursday, December 19, 2013

Seloka Peringatan Kepada Muslimah Tersayang..

Wahai Muslimah, Dengarkan Ini..



Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.


Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.


Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.


Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.


Pakaian moden memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.



Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.


Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung


Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.


Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.


Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.


Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.


Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.


Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.


Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.


Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.


Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.


Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.


Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.


Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh besok mulai.



Sempat lagi nak promote di sini,
Dapatkan Shawl yang labuh menutupi sisi,
xlupa Syifa Hijab yang senang digayai,
Kunjungilah Selendang Ka-Syorga yang sentiasa di hati..:)





Thursday, December 5, 2013

From North Pole with Love...the Heck?

Assalamualaikum wbt..

Today, I would like to share a story with my dear brothers and sisters. For those who were born in the 1980s or 1990s..you might still remember watching all our favorite cartoons, and even now, there are many cartoons about Christmas.

Another thing often shown on TV during Christmas was the circus. I am not sure how it is related to Christmas, but it was commonly aired on Malaysian TV during my childhood.

What I want to share are the feelings I experienced during that time.  I always felt jealous of the children living in Europe or America because they had snow..which we don't have it in Malaysia.. andI used to think it was unfair that children in Malaysia celebrated Christmas without snow..and I would think that Santa Claus did not come to Malaysia because we did not have snow.. our house did not have a chimney. How would he come if there was rain instead of snow?.. it must ruined the present right.. that was my thinking when I was a kid.. funny right?

Later, I stopped asking about it because I came to believe it was not real... I got the feeling that this is all myth.. just like a story of Snow White, Cinderella, Thumbelina etc..

The problem is, if this is myth why all Christian parent ask their children to believe in Santa? Why do parents lie to their children if Santa is not real? Why must they have a Christmas tree with stockings and decorations around it and also candy in their leaving room and hoping for Santa to came down from the chimney and put the present on the floor..Parents should not teach this belief to their children, encouraging faith in the magic of Christmas.. and why they bring this faith into their religion.. weird right?

If I asking you my dear brothers and sisters.. who is Santa? how would you answer me?

I came across this answer, Santa is a jolly man in red, and must be bigger than any person a.k.a fat, who is leaving in the North Pole and having flying deer as his vehicle, he is so generous and loves children .. and forget not he always says Ho Ho Ho!!!..

My question is what is the relation of this big White Beard Man with the Christians? Why are they celebrate Christmas on 25th December every year? Is this a religion or a myth only? If it's true that Christian believe in Jesus, why suddenly this Santa Man interfere? Jesus is born in a dessert, true? why Santa leave in North Pole.. lot of questions actually.. and finally we came to a pathetic answer..

Pathetic to the kids when their parents, their grandparents, their teachers, event their priest are liar.. Now, here I want to share with you the true lie of Santa... listen to this kids...



Santa Claus gives children hope, from a lie of the parents. He delivers presents to all those children who have been good, while they the parents who bought the present for the kids. I know that this will encourages children to stay on the right path in life and sets morals for them later in life, but good moral values doesn't come from a lie.. It’s not a good beginning..

There is no room in Islam for a liar.. parent shouldn't teach this belief in their Children, believes in the magical of Christmas while they themselves have a big problem to determine it..

Al-Hamdulillah, All praise be to Allah alone, for making us Muslims and bestowing us the Deen of Islam to distinguish right and wrong clearly..

Do not misunderstand me; I do not intend to be mean or hurt others' feelings. However, we love them, and that is why we hope they choose the right path—Islam.

Wallahua'lam..

Monday, November 18, 2013

To love and To Be Loved....

To love and To Be Loved....

A thought of L.O.V.E



Love is beautiful..love is enjoyable..love is this and love is that..but the true is love is so complex that no words can define it..


In Islam, love is first for Allah (s.w.t), occupying the heart and conscience in such a way that it overwhelms concealed everything else. It is reported, "I never saw a thing but I saw Allah before it, after it, and along with it". The Glorious Qur'an says: "The believers are stauncher in (their) love for Allah." - 2:165 Second, the faithful harbor of love for His Nabi Muhammad (s.a.w).

This love in manifested by an intense desire to follow and imitate the Nabi (s.a.w). The Glorious Qur'an says, "Say (O' Our Nabi Muhammad If ye do love Allah, then follow me, Allah will love you and forgive you your sins; Verily, Allah is Forgiving, Merciful." - 3:31

Third, love for the parents who raise us and there is nothing can pay their kindness to us.Then, the love for others..there is the love of the world. Love of the world leads the stage where a person man/woman does not see anything but the world before it, after it, and along with it.

Every thought and action is for some worldly gain. Like the old says.. "This world is like sea water. The more one drinks of it, the more one gets thirsty." If this self-love is reinforced, it becomes more intense, exceeds the limit of expediency, and consequently turns into egoism and selfishness, producing great evil, polluting the person with many vices leading to the violation of the rights of others, and promoting anti-human deeds.

The only love between a man and a woman that achieves fruition is that between a husband and a wife. The love and compassion between a husband and a wife is a gift from Allah (s.w.t), and a loving wife finds happiness in obeying her husband.



What happen to us now? we are busy searching for this worldly love more than it should be..i remind myself that this is not the true love until we get to the right relationship as husband and wife but human are sometimes weak to follow the right path,weaker and weaker if we still don't realize that this is one of the trial in our lives.In our world, there can be no value in anything that does not earn Allah (s.w.t)'s good pleasure. Therefore, it is incumbent upon us to confine our efforts to seeking the next world, for this world has no value to us.

And only in Allah, can love find true perfection. For love is enduring and patient and kind. It judges all things with the heart, not the mind. And love can transform the most common place into beauty and splendor and sweetness and grace.

For love is unselfish, giving more than it takes, being unconditional and unhampered by environment. Love never forsakes, it's faithful and trusting, truthful. It is guileless and honest and never deceiving. Love is Allah (s.w.t)'s Divine Gift.



Thursday, July 11, 2013

Ahlan Ya Ramadhan..Madah Cinta dari seorang yang bernama Hamba..


Alhamdulillah Ramadhan datang lagi bg hamba yg merindu.. subhanallah betapa aku merindui Ramadhan Mu.. untuk sekian kalinya aku menjalani ibadah puasa ini..mungkinkah ini yg terakhir bagiku..sungguh aku pn tak tahu..Ya Ilahi, izinkan aku menunaikan kecintaanku padaMu..izinkan aku beribadat dengan lebih sempurna tahun ini..izinkan aku mengetuk pintu taubatMu Ya Allah..

Terimalah pengampunanku..jadikan Ramadhan ini madrasah akhlak dan ilmu bagiku melengkapkan diri dalam mencari keredhaanMu..dalam mencari jalan untuk kembali pada Mu..

Sungguh aku terharu cintaku berbalas, Kau masih mengurniakan aku Ramadhan yang membawa sejuta rahmat buat hambaMu yang bersyukur..masukkanlah aku didalam golongan itu Ya Rabb..
Amiin Ya Rabbal A'lamin..