Thursday, January 24, 2013

Masihkah kau ingat..



Masihkah kau ingat..


Masihkah kau ingat
Pada waktu itu, sekuntum bunga mekar
Ku selit ke rambutmu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
Kita berlari-lari di kaki kangit mencari pelangi
Lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat


Masihkah kau ingat...



Masihkah kau ingat.. Tatkala mendengarkan lagu ni mesti membawa ingatan kita pada kenangan lampau.. Masihkah kita ingat pada denai yg kita lalui saban hari.. basikal lama yg kita naiki ke sekolah.. membatukan diri bila disuruh mandi dan bersiap ke sekolah.. menyelok2 poket dan menunggu wang saku.. membunyikan loceng basikal tatkala ternampak kawan2 yg lain berbasikal..penuh dengan kelam kabut dan kemeriahan pagi dulu.. waah.. indahnya kenangan itu..indahnya pagi itu.. pagi yg lalu...

Pagi sekarang..dah xmeriah lagi..bangun dengan keterpaksaan untuk ke pejabat.. xde sape yg nk kejutkan..dulu boleh la tunggu mak yg xpernah jemu gerakkan kita, solat n siap ke sekolah..sekarang ni harap kt jam loceng la.. alarm handphone.. nasib rumah sewa ni berhampiran dengan sekolah..kadang2 bangun disebabkan loceng sekolah..tp tu kategory lambat bangun la..huhu..

Masihkah kau ingat.. masa waktu rehat dahulu kita makan bersama.. bawak bekal mkan sama2, memang sehati-sejiwa.. kadang2 sorang je yg bwak tp mesti dikongsi bersama.. waktu petang main sama2.. kalo masa sekolah pg xsempat nk berjimba-rama (bersuka-ria), time sekolah agama mesti akan main sepuas hati.. tulah life seorang student sekolah rendah.. penuh dengan aktiviti riang gembira..meriahnye..


Waktu rehat sekarang.. ape yg ade.. keluar makan je da habis beringgit2.. dah xade geng yg sehati-sejiwa.. mane de org bwak bekal untuk dikongsi bersama.. kalau malas nk keluar mkan, lunch break diisi ditemani FB (facebook).. kadang2 kerja yang bertimbun xmembolehkan kita untuk pergi makan tengahari pun.. xseronoknya..


Masihkah kau ingat.. masa kita boring2 dulu,kita duduk kt belakang kelas, sembang2, cite2 seram, cite2 kelakar (cer cite2) tunggu hujan reda sebelum kita boleh balik bersama.. sering teringat peristiwa itu dikala hujan ditengahari.. Kalau di masa University dulu, duduk berkumpul ramai2.. buat air panas (the O atau milo), cicah biskut.. dan aku yg nakal akan cicah biskut pada cawan kawan lain untuk tidak kotorkan air dlm gelasku. .dan akhirnya kami sama2 ketawa.. sembang2.. seronoknya.. hidup xpernah sendiri..

Waktu sekarang.. selalu la sendiri.. mana ade teman nk bersembang da.. kalau hujan tengahari, tido la jawabnnya.. kalau di office, xkemane la jawabnya.. hidup ni makin boring, xde kemeriahannya.. hmm.. sunyi la masa kini..


Sungguh xsangka life kite mcmni..kemeriahan yg kita lalui dahulu xmemungkinkan kite hidup seceria dahulu.. tiada masalah.. tiada kekecewaan.. tiada gundah gulana.. selalunya apa yg dimimpi xsame dgn ape yg dihadapi.. tatkala terdengar lagu ni pg td.. minda terus bertanya2.. adakah mereka yg pernah muncul dalam hidup aku turut bertanyakan pertanyaan yg sam.. masihkah kau ingat?? kerana kenangan adalah sesuatu yg tetap terpahat di dalam ingatan..samada yg manis, yg pahit, yg sedih, yg gembira ianya tetap kenangan..

Aku, mengenangkan kenangan lalu saat ini (sebab baru dengar lagu Kopratasa cover version): dlm office, waktu rehat hari Jumaat, xpegi makan dan Solat Jumaat (huhu..mmg xperlu pn).. bukan mengeluh tetapi cuma menyaksikan perubahan pada diri sendiri..namun aku tetap bersyukur seadanya.. Alhamdulillah Ya Allah..

Wednesday, January 2, 2013

Maniskah Epal itu?



Maniskah Epal itu?


Ku buka lembaran baru dlm hidup.. Alhamdulillah saat ini masih bernyawa.. tahun 2013 sudah tiba..setahun lagi usia menginjak ke angka yg lebih dr sebelumnya..

Alhamdulillah aku masih insan yg sama, anakanda ibunda yg sama, gadis setahun lalu yg menulis artikel semenjak setahun lalu..sejak setahun yg lpas aku tidak punya kesempatan menulis sesuatu di catatan maya ini..mungkin tergerak hati atas cintaku pd penulisan, aku berazam akn menyiapkan novel julung kalinya yg padaku cubaan pertama menulis setelah bertahun meninggalkannya..aku bukan punya bakat besar pn cuma minat ingin mencuba..moga2 Allah permudahkan..

Tahun 2012 berkisarkan kehidupan aku dan keluargaku semakin pulih..Alhamdulillah syukran Ya Allah, Kau telah memakbulkan doa-doa kami..keluarga kini sudah bersatu..semoga hubungan ini kekal sampai akhirat sana Ya Rabbi..sesungguhnya aku benar2 bersyukur..kehidupan peribadi lebih aman dr anasir2 luar..aku yg telah menyemai niat ingin berhijrah, moga Ya Allah Kau permudahkanlah dan sentiasalah mengingatkan ku supaya Istiqamah..

Tahun 2013 ini memberi pengharapan yg besar kepadaku..aku berazam akan menunaikan impian besarku dan keluarga InsyaAllah, moga Allah perkenankan..

Hidup ini boleh ku gambarkan persis Epal merah yg ku bawa dr rumah ini..biarpun ku tahu kebiasaan rasa manisnya boleh diteka..tp aku sndiri xpasti adakah kemanisan epal yg lain sama dengan yg berada ditanganku ini..biarpn aku merancang untuk menjamahnya waktu lunch ini, tp Allah lebih mengetahui, Dia mengurniakan rezeki yg lain untuk ku..semoga Epal yg manis itu tetap tersimpan kemanisannya sebelum aku dpat merasakannnya..mungkin sebentar nanti ..ataupn ku bekalkn buat hari esok saja..atau epal ini bukanlah rezeki untukku..mungkin ianya akan ku beri pd insan lain yg lebih memerlukan..siapa yg tahu..jesteru, kita hanya merancang, Allah juga yg menentukan segalanya..


Kita berdoalah semoga yg baik itu dr Allah untuk kita.. Semoga tahun inin memberi seribu satu kebaikan dan kita berubah menjadi hamba-Nya yg taat, yg ikhlas, yg redha, yg soleh serta bertambahlah iman seiring usia..Amiin..



Sunday, January 22, 2012

InsyaAllah...Never Loose Hope on Allah's Help...


InsyaAllah


Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime dengar lagu Saudara Maher Zain nie, hati akan terdetik..sepayah mana dan seperit mana ujian yg Allah beri pasti ada jalan keluar daripadanya..InsyaAllah..ada jalannya..


Setelah lebih 2 tahun tidak membuat apa2 dgn blog nie..aku kembali mencari sesuatu untuk diisikan di sini sebagai perkongsian yang diharapkan dapat memberi manfaat selagi kita masih punya masa untuk melayari laman sesawang nie..cewah (internet la tu)..

Tahun 2012 nie diharap membuka lembaran baru dlm hidup..melupakan segala perkara yg memberi karat pada hati..mengorak langkah ke kehidupan yg lebih bermakna..InsyaAllah..

Tahun ni masih belum membuka hatiku untuk bertukar title diri seperti kawan2 ku yg lain..masing2 dah melangkah ke alam baru..xrisau ke aku? xtakut ke aku di katakn lambat kahwin? sedangkan di usia ini mmg dah padan rasanya..aku berfikir juga..tp macam yg orang kate..belum ade jodoh..aku berpegang pada janji Allah..Allah dah menciptakan setiap makhluk ade pasangan..pasti ada untuk ku nanti..InsyaAllah..

Kerjaya juga mcm biasa, masih di tempat yg sama..ingin melengkapkan 1 tahun berkhidmat dengan jayanya..nilah masa nak membina kerjaya..rasanya ape yg aku lakukan sekarang nie adalah masa hadapanku..hopefully decision yg aku buat 5 tahun yg lalu adalah tepat untukku..InsyaAllah..

Kehidupan yg Allah kurniakan ini mmg berliku..setelah dilanda ribut tsunami dan mendung berlarutan..pada akhir tahun yg lalu Allah telah memakbulkan doa2 kami.. Alhamdulillah, Syukran Ya Allah..Allah telah hadirkan pelangi..sinar kehidupan baru untuk keluarga ni..semoga kebahagian yang dikurniakan ini akan tetap dikecapi sehingga penghujung akhir hayat kami..bahagia yg didbakan sehingga ke Syurga..izinkanlah kami membina keluarga Sakinah di bawah perlindungan dan rahmat Mu ya Allah..InsyaAllah..

"Ya Allah, jadikan lah kami semua insan yg berjaya di dunia dan akhirat..jadikan lah kehidupan kami ini tempat kami mengaut keuntungan saham di akhirat nanti..Pandanglah kami Ya Allah.. berilah kami hidayah dan petunjuk Mu..izinkanlah dan permudahkanlah urusan kami..jadikanlah tahun 2012 nie lebih baik dari tahun yg sebelumnya agar kami jadi insan yg berjaya..Amiin.."

Wednesday, November 24, 2010

Paku di Dinding, Luka Di Hati....

Paku di Dinding, Luka Di Hati....


Sebuah kisah untuk renungan kita bersama....
Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang sangat pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Marah adalah salah satu cabang nafsu..yang dicetuskan oleh bisikan syaitan yang sememangnya bertepuk tangan bahkan bersorak riang apabila kita dikuasai perasaan marah..sehinggakan segal a perkataan yang keluar dari mulut kita adalah sesuatu yang tak terduga dan melukai hati-hati insan yang menjadi mangsa amarah kita..bahkan ada antara kita yang terlalu dikuasai perasan marah yang membuak-buak sanggup mencederakan dan membunuh sesama manusia.

Dalam Al-Quran juga menyarankan agar kita mengawal dan menghindarkan perasaan marah dan sentiasa bersikap pemaaf. Seperti dalam firman Allah yang bermaksud;“Dan orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Ali-Imran:134)
Sesungguhnya saya berpesan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat semua..semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT ..dan..

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda"

Sunday, August 8, 2010

Langit Tak Selalu Cerah

Langit Tak Selalu Cerah

Tak terlintas pun dalam fikiran aku akan jadi begini suatu hari nanti. Dalam keadaan yang gembira, baru nak melangkah ke dunia baru, kegembiraan tu Allah tarik tiba-tiba, rase tak adil pun ada. Kadang-kadang bila otak dah serabut, macam-macam yang aku kesalkan..walhal semua perkara dah tertulis sejak azali lagi..

Kenapa ayah aku yang Allah ambil dahulu. Kenapa waktu aku sangat perlukan dia, Allah amil dia dariku tiba-tiba. Kehilangan ayah amat aku rasakan. Banyak pesan yang ditinggalkan. Satu persatu kembali ku ingat sejak dia tiada lagi. Bila rasa rindu, kain pelekat yang diberi padaku dahulu, ku peluk erat..air mata ni dah jadi murah sangat sekarang. Rindu nak tatap wajahnya, salam tangannya, cium pipinya, dengarkan suaranya, omelannya, bebelannya, gurauannya, nasihatnya, semuanya..

Tapi bila diingat kembali dan difikirkn elok-elok, aku sangat bersyukur kerana Allah jemput ayah dengan cara yang paling baik. Semoga Allah beri tempat yang terbaik juga di alam sana. Ayah menghembuskan nafas terakhir dalam solat zuhur. Subhanallah. Maha Suci Allah. Hanya Allah yang tahu disebalik apa yang terjadi.

Masih aku ingat, dan aku akan ingat sampai mati. Jenazah ayah yang terbujur kaku. Aku yang macam hilang semangat, saudara yang menangis teresak-esak dan entah siapa yang datang menziarah silih berganti. Semua aku tak peduli. Aku teman ayah sepanjang malam sampai ke kuburan. Satu detik pun aku tak lelap. Satu makanan pun tak mampu aku jamah. Ayat-ayat Al-Quran kami bacakan sentiasa. Sepanjang masa ku doakan agar jenazahnya dipermudahkan. Semua tu buat aku kembali sebak, lemah. Air mata ni susah nak lekang dari pandangan.

Dan sekarang, aku usaha untuk jadi kuat kembali, tetapi banyak sangat ujian ni Ya Allah. Mampukah aku harungi semua ni.
Pesanan ayah setiap kali dia menalifonku. 
"Adik, jangan lupa jaga solat, jangan tinggal solat. belajar rajin-rajin, buat yang terbaik, jaga makan, jangan banyak minum ais etc " 
Siapa nak pesan selalu macam tu lagi padaku. Seriously, aku rasa kehilangan.

Tambah pula, mak sudah jauh dari mata, jauh dari telinga, walaupn dekat dihati..tetapi semuanya dah tak sama macam waktu dahulu. 
Aku ni cuma insan biasa, lemah sana sini. Tetapi bila aku tangisi keadaan aku, mak selalu kata, 'Syukurlah, awak ada ayah sampai besar, orang lain kecil lagi dah jadi yatim tiada ayah'.

Aku akui akan kelemahan dari, aku insafi kekuranganku ini. Tetapi salahkah aku mengalirkn air mata cuma untuk redakan hati ni. Tiada siapa yang boleh pujuk hati ni. Biarlah air mata yang jadi peneman waktu sunyi begini. Tiada siapa pun akan faham apa yang kurasakan, tetapi setiap orang akan laluinya juga. Waktu itu, baru mereka akan mengerti.

Suatu pengajaran untuk aku dan sesiapa yang membaca ni. Kita mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian, kematian kita dan sesiapa yang kita sayang. Kerana semua itu tidaklah dapat kita jangka. Tidak dapat diduga. Semua itu rahsia Allah. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui..

Aku berpesan pada diriku dan sesiapa yang masih mempunyai kedua ibu bapa, kasihkanlah mereka seikhlasnya, sebelum masa mereka tiba, waktu itu kita tidak mahu ada penyesalan, terkilan atau bersalah dan tak sempat nak memohon ampun dan maaf. Aku pun kadang-kadang rasa terkilan, tetapi aku bersyukur kerana Allah beri izin padaku bertemu dengan ayah, melepaskan rindu sebelum ayah pergi meninggalkan dunia ini selamanya. Namun, maafkan aku ayah kerana aku tidak sekuat yang ayah harapkan. Maafkan aku andai aku lupa mendoakan mu setiap waktu.

Bulan puasa akan tiba, sedihnya puasa tanpa ayah, setiap malam terawih aku akan ingat padanya. Aku berdoa agar kau dihimpunkan bersama orang-orang yang mendapat berkat di bulan ini.

Pergimu ayah tiada pengganti di dunia ini. Aku selalu berdoa agar kita semua akan dipertemukan semula di syurga Mu Ya Allah..Amiin..

Cinta hanya pada nama tetapi ianya milik Allah…

Daripada-Nya kita datang..

Kepada-Nya jua kita kembali..

Thursday, April 22, 2010

Epilog Dosa Silam...Ampunilah Aku YA ALLAH..

Epilog Dosa Silam..Ampunilah Aku YA ALLAH...

Hari berganti hari..musim bertukar ganti..umur bertambah siri..macam-macam yang kita hadapi..tetapi tiba suatu tahap kita diuji..paling tidak kita akan menangis sendiri..tatkala diri tak mampu hadapi lagi..

Tak mampu kita mendongak langit gelap dihadapan mata..xmampu lagi mengukir senyuman manja..xmampu lagi rasanya meneruskan hidup yg masih berbaki cuma..xmampu...xmampu dan xmampu...


Baru kita sedar..kita hanya insan kerdil biasa..tiada yang bisa menjamin kita kecuali suatu Kuasa yang hakiki..yang abadi..Yang Esa... Apalah yang ada pada kehidupan yang sementara..bila diisikan dengan bekalan ke neraka..tatkala semasa kecil ditarbiah dengan ilmu agama..saat dewasa ingatan dan ajaran itu hanya di sisi cuma..Nauzubillah..selamatkan aku
dari azab Neraka yang pedih..


Tuhan, layarkanku ke arah cinta-Mu..Tuntuniku menggapai redha-Mu..Hanya rimbunan kasih-Mu ku berteduh..Hanya pada-Mu aku merintih..Kepada-Mu ya Tuhanku..
Berikanku secebis keinsafan..Bekalan sepanjang perjalanan..Mencari ketenangan.. Berikanlah ku hidayah..Agar dikuatkan iman yang lemah..Moga diberkati hidup yang sementara ini..Menuju bahagia yang kekal abadi..

Sempena Bulan Mulia, Bulan Ramadhan yang barakah ini tiba..ayuh perbaiki diri kita..supaya hidup ini tidak lah sia-sia..Ya Allah Ya Tuhanku..teguhkan lah imanku..peliharalah diriku..terimalah amalanku..jadikanlah aku insan yang lebih baik dari semalam..lebih baik dari tahun sebelumnya..dan lebih baik di kemudian harinya..Jadikanlah aku orang yang berjaya di dunia dan akhirat...

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan... dalam menempuh hidup ini

Banyaknya dugaan datang menguji

Tuhan... ada yang dapat ku gagahi

Dan ada yang gagal ku hindari


Tuhan... dosaku menggunung tinggi

Tapi taubatku tak ku tepati
Tuhan... rahmat-Mu melangit meluas

Terlalu sedikit ku bersyukur
Kini ku kembali pada Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada Mu
Keranaku yakin kasih-Mu Kekal tiada sudahnya............

Tuesday, January 26, 2010

Andai Aku Mati Malam Ini....

Aku tak peduli?

(Selagi road tax masih hidup, selagi langkah terus diperjalanan-I don’t care!)

Kita pernah bertemu,
Tapi kamu tak peduli sama aku,

Sedihkan aku?

Tak.

Akupun tak peduli sama kamu,

Kamu ada awek?
Aku tak peduli,

Kamu ada kereta mahal?
Aku tak peduli,

Kamu ada blog follower ribu?
Aku tak peduli,

Kamu masuk MLM, ada rumah besar, dan simpanan satu juta, makan hotel mewah, dan berak di hotel mewah..

Aku tak peduli,

Sehinggalah kamu mati pagi tadi,
Sudah tentu bukan aku yang mandikan mayat kamu,
Juga bukan aku yang kafankan kamu,

Aku hanya hantar kamu ke kubur…

Tak peduli siapa yang gali kubur kamu,
Dan tak peduli siapa yang wariskan harta kamu…
Aku balik dulu, nak pergi isi minyak jap.,.

Ada rezeki, aku singgah rumah kamu malam ini, bertahlil…

InsyAllah, Esok, aku hantar jiran baru ke kubur kamu, ok!

Chow!


Kereta Mayat.
Dari Halaman Masjid ke tanah kubur.
(22 jan 2010)
Monolog yang aku petik dari Bro Hamka, Kereta Mayat Blogspot. Sangat tertarik dan terkesan dihati aku..Falsafah sebuah kereta mayat yang dahulunya tiada siapa-siapa dengan kita tetapi akhirnya menghantar kita pada alam yang abadi..fasa kehidupan seterusnya sebagai hamba Allah SWT yang kerdil dan hina jika tanpa pedoman dan arah yang diredhaiNya..

Allahuakbar..Maha Suci Allah, daripadanya kita datang dan kepadanya jua kita kembali..betapa pantas kehidupan ini ibarat dari saat azan ke solat..pabila kita lahir azan atau iqamah diperdengarkan dan bila kita menghadap Allah kita akan disolatkan..Begitulah singkatnya masa yang ada untuk kita di dunia fana ini..sungguhpun begitu, masih juga kita lalai dan terleka..

Aku kembali teringatkan peristiwa kehilangan ini..Mati..sesuatu yang pasti, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada mendampingi kita..bila sampai saat ketika, tidak tercepat dan tidak tertunda..nyawa kita pasti berpisah dari jasadnya..

Tak takutkah aku pada mati? memikirkannya sahaja buat aku gemuruh tak terperi, tetapi kadang-kadang sering juga lupa diri..mencari kebahagiaan duniawi hingga lupa pada yang Hakiki..Astaghfirullahala'zim..

Mati..sesuatu yang bisa membuatkan kita seram sejuk..anda tak rasa begitu? betapa banyak berita kematian mengejut yang kita pun xterfikir akan berlaku..gempa bumi, tsunami melenyapkan puluhan ribu nyawa sekelip mata..kemalangan jiwa, belum lagi masuk kes2 pembunuhan, mati mengejut..malah aku pernah merasakan perasaan yang pelik
sendiri..jantung mengepam pantas sekali, pandangan berpinar, kaki bergetar..nafas tersekat-sekat..lantas aku terfikir..nak mati kah aku ini? Dah sampai kah masaku untuk dijemput Ilahi..air mata ketakutan gugur tanpa henti..

Aku menanti.. membalut tubuhku dengan telekung
di perbaringan ..sempat mengambil wuduk dengan tangisan yang xhenti..aku masih menanti bagaimanakah rupanya Malaikat Maut itu..tak dapat nak digambarkan bagaimana perasaan aku..satu detik pun mataku xterpejam..aku teramat takut..Ya Allah, aku bertanyakan benarkah masa ku hampir tiba..sempat lagi aku solat 2 rakaat,sempat juga aku menulis dalam keluh kesahku..dalam diari, andai aku mati malam ini..sepanjang malam aku begitu..mataku tidak terpejam pun..sehinggalah fajar memancar..Ya Allah..Alhamdulillah..aku masih bernafas..

Itula kisah yang terjadi padaku..benar-benar terjadi padaku..
aku sendiri masih tercari-cari mengapa aku merasakan sebegitu..lantas aku menulis sesuatu..andai aku mati malam ini..biarkan mereka dapat membaca pesanan ku di akhir hidupku..pesanan untuk keluargaku..kerna aku sendirian malam itu..pada ibu yang aku cintai, pada saudara yang dikasihi..alangkah bahagianya jika aku dapat mati begini..sempat solat taubat dan mengucap dengan lancar serta meninggalkan pesan pada mereka yang amat kusayangi.. Subhanallah..andai kematian itu mudah bagiku..

"Dialah yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia lagi Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (Al-Mulk: 2)