Wednesday, November 24, 2010

Paku di Dinding, Luka Di Hati....

Paku di Dinding, Luka Di Hati....


Sebuah kisah untuk renungan kita bersama....
Pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang sangat pemarah.Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. “Untuk apakah paku-paku ini ayah?” tanya pemuda tersebut.

“Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu” jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata “Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Marah adalah salah satu cabang nafsu..yang dicetuskan oleh bisikan syaitan yang sememangnya bertepuk tangan bahkan bersorak riang apabila kita dikuasai perasaan marah..sehinggakan segal a perkataan yang keluar dari mulut kita adalah sesuatu yang tak terduga dan melukai hati-hati insan yang menjadi mangsa amarah kita..bahkan ada antara kita yang terlalu dikuasai perasan marah yang membuak-buak sanggup mencederakan dan membunuh sesama manusia.

Dalam Al-Quran juga menyarankan agar kita mengawal dan menghindarkan perasaan marah dan sentiasa bersikap pemaaf. Seperti dalam firman Allah yang bermaksud;“Dan orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.” (Ali-Imran:134)
Sesungguhnya saya berpesan kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat semua..semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT ..dan..

“Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda"

Sunday, August 8, 2010

Langit Tak Selalu Cerah

Langit Tak Selalu Cerah

Tak terlintas pun dalam fikiran aku akan jadi begini suatu hari nanti. Dalam keadaan yang gembira, baru nak melangkah ke dunia baru, kegembiraan tu Allah tarik tiba-tiba, rase tak adil pun ada. Kadang-kadang bila otak dah serabut, macam-macam yang aku kesalkan..walhal semua perkara dah tertulis sejak azali lagi..

Kenapa ayah aku yang Allah ambil dahulu. Kenapa waktu aku sangat perlukan dia, Allah amil dia dariku tiba-tiba. Kehilangan ayah amat aku rasakan. Banyak pesan yang ditinggalkan. Satu persatu kembali ku ingat sejak dia tiada lagi. Bila rasa rindu, kain pelekat yang diberi padaku dahulu, ku peluk erat..air mata ni dah jadi murah sangat sekarang. Rindu nak tatap wajahnya, salam tangannya, cium pipinya, dengarkan suaranya, omelannya, bebelannya, gurauannya, nasihatnya, semuanya..

Tapi bila diingat kembali dan difikirkn elok-elok, aku sangat bersyukur kerana Allah jemput ayah dengan cara yang paling baik. Semoga Allah beri tempat yang terbaik juga di alam sana. Ayah menghembuskan nafas terakhir dalam solat zuhur. Subhanallah. Maha Suci Allah. Hanya Allah yang tahu disebalik apa yang terjadi.

Masih aku ingat, dan aku akan ingat sampai mati. Jenazah ayah yang terbujur kaku. Aku yang macam hilang semangat, saudara yang menangis teresak-esak dan entah siapa yang datang menziarah silih berganti. Semua aku tak peduli. Aku teman ayah sepanjang malam sampai ke kuburan. Satu detik pun aku tak lelap. Satu makanan pun tak mampu aku jamah. Ayat-ayat Al-Quran kami bacakan sentiasa. Sepanjang masa ku doakan agar jenazahnya dipermudahkan. Semua tu buat aku kembali sebak, lemah. Air mata ni susah nak lekang dari pandangan.

Dan sekarang, aku usaha untuk jadi kuat kembali, tetapi banyak sangat ujian ni Ya Allah. Mampukah aku harungi semua ni.
Pesanan ayah setiap kali dia menalifonku. 
"Adik, jangan lupa jaga solat, jangan tinggal solat. belajar rajin-rajin, buat yang terbaik, jaga makan, jangan banyak minum ais etc " 
Siapa nak pesan selalu macam tu lagi padaku. Seriously, aku rasa kehilangan.

Tambah pula, mak sudah jauh dari mata, jauh dari telinga, walaupn dekat dihati..tetapi semuanya dah tak sama macam waktu dahulu. 
Aku ni cuma insan biasa, lemah sana sini. Tetapi bila aku tangisi keadaan aku, mak selalu kata, 'Syukurlah, awak ada ayah sampai besar, orang lain kecil lagi dah jadi yatim tiada ayah'.

Aku akui akan kelemahan dari, aku insafi kekuranganku ini. Tetapi salahkah aku mengalirkn air mata cuma untuk redakan hati ni. Tiada siapa yang boleh pujuk hati ni. Biarlah air mata yang jadi peneman waktu sunyi begini. Tiada siapa pun akan faham apa yang kurasakan, tetapi setiap orang akan laluinya juga. Waktu itu, baru mereka akan mengerti.

Suatu pengajaran untuk aku dan sesiapa yang membaca ni. Kita mestilah sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian, kematian kita dan sesiapa yang kita sayang. Kerana semua itu tidaklah dapat kita jangka. Tidak dapat diduga. Semua itu rahsia Allah. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui..

Aku berpesan pada diriku dan sesiapa yang masih mempunyai kedua ibu bapa, kasihkanlah mereka seikhlasnya, sebelum masa mereka tiba, waktu itu kita tidak mahu ada penyesalan, terkilan atau bersalah dan tak sempat nak memohon ampun dan maaf. Aku pun kadang-kadang rasa terkilan, tetapi aku bersyukur kerana Allah beri izin padaku bertemu dengan ayah, melepaskan rindu sebelum ayah pergi meninggalkan dunia ini selamanya. Namun, maafkan aku ayah kerana aku tidak sekuat yang ayah harapkan. Maafkan aku andai aku lupa mendoakan mu setiap waktu.

Bulan puasa akan tiba, sedihnya puasa tanpa ayah, setiap malam terawih aku akan ingat padanya. Aku berdoa agar kau dihimpunkan bersama orang-orang yang mendapat berkat di bulan ini.

Pergimu ayah tiada pengganti di dunia ini. Aku selalu berdoa agar kita semua akan dipertemukan semula di syurga Mu Ya Allah..Amiin..

Cinta hanya pada nama tetapi ianya milik Allah…

Daripada-Nya kita datang..

Kepada-Nya jua kita kembali..

Thursday, April 22, 2010

Epilog Dosa Silam...Ampunilah Aku YA ALLAH..

Epilog Dosa Silam..Ampunilah Aku YA ALLAH...

Hari berganti hari..musim bertukar ganti..umur bertambah siri..macam-macam yang kita hadapi..tetapi tiba suatu tahap kita diuji..paling tidak kita akan menangis sendiri..tatkala diri tak mampu hadapi lagi..

Tak mampu kita mendongak langit gelap dihadapan mata..xmampu lagi mengukir senyuman manja..xmampu lagi rasanya meneruskan hidup yg masih berbaki cuma..xmampu...xmampu dan xmampu...


Baru kita sedar..kita hanya insan kerdil biasa..tiada yang bisa menjamin kita kecuali suatu Kuasa yang hakiki..yang abadi..Yang Esa... Apalah yang ada pada kehidupan yang sementara..bila diisikan dengan bekalan ke neraka..tatkala semasa kecil ditarbiah dengan ilmu agama..saat dewasa ingatan dan ajaran itu hanya di sisi cuma..Nauzubillah..selamatkan aku
dari azab Neraka yang pedih..


Tuhan, layarkanku ke arah cinta-Mu..Tuntuniku menggapai redha-Mu..Hanya rimbunan kasih-Mu ku berteduh..Hanya pada-Mu aku merintih..Kepada-Mu ya Tuhanku..
Berikanku secebis keinsafan..Bekalan sepanjang perjalanan..Mencari ketenangan.. Berikanlah ku hidayah..Agar dikuatkan iman yang lemah..Moga diberkati hidup yang sementara ini..Menuju bahagia yang kekal abadi..

Sempena Bulan Mulia, Bulan Ramadhan yang barakah ini tiba..ayuh perbaiki diri kita..supaya hidup ini tidak lah sia-sia..Ya Allah Ya Tuhanku..teguhkan lah imanku..peliharalah diriku..terimalah amalanku..jadikanlah aku insan yang lebih baik dari semalam..lebih baik dari tahun sebelumnya..dan lebih baik di kemudian harinya..Jadikanlah aku orang yang berjaya di dunia dan akhirat...

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan... dalam menempuh hidup ini

Banyaknya dugaan datang menguji

Tuhan... ada yang dapat ku gagahi

Dan ada yang gagal ku hindari


Tuhan... dosaku menggunung tinggi

Tapi taubatku tak ku tepati
Tuhan... rahmat-Mu melangit meluas

Terlalu sedikit ku bersyukur
Kini ku kembali pada Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada Mu
Keranaku yakin kasih-Mu Kekal tiada sudahnya............

Tuesday, January 26, 2010

Andai Aku Mati Malam Ini....

Aku tak peduli?

(Selagi road tax masih hidup, selagi langkah terus diperjalanan-I don’t care!)

Kita pernah bertemu,
Tapi kamu tak peduli sama aku,

Sedihkan aku?

Tak.

Akupun tak peduli sama kamu,

Kamu ada awek?
Aku tak peduli,

Kamu ada kereta mahal?
Aku tak peduli,

Kamu ada blog follower ribu?
Aku tak peduli,

Kamu masuk MLM, ada rumah besar, dan simpanan satu juta, makan hotel mewah, dan berak di hotel mewah..

Aku tak peduli,

Sehinggalah kamu mati pagi tadi,
Sudah tentu bukan aku yang mandikan mayat kamu,
Juga bukan aku yang kafankan kamu,

Aku hanya hantar kamu ke kubur…

Tak peduli siapa yang gali kubur kamu,
Dan tak peduli siapa yang wariskan harta kamu…
Aku balik dulu, nak pergi isi minyak jap.,.

Ada rezeki, aku singgah rumah kamu malam ini, bertahlil…

InsyAllah, Esok, aku hantar jiran baru ke kubur kamu, ok!

Chow!


Kereta Mayat.
Dari Halaman Masjid ke tanah kubur.
(22 jan 2010)
Monolog yang aku petik dari Bro Hamka, Kereta Mayat Blogspot. Sangat tertarik dan terkesan dihati aku..Falsafah sebuah kereta mayat yang dahulunya tiada siapa-siapa dengan kita tetapi akhirnya menghantar kita pada alam yang abadi..fasa kehidupan seterusnya sebagai hamba Allah SWT yang kerdil dan hina jika tanpa pedoman dan arah yang diredhaiNya..

Allahuakbar..Maha Suci Allah, daripadanya kita datang dan kepadanya jua kita kembali..betapa pantas kehidupan ini ibarat dari saat azan ke solat..pabila kita lahir azan atau iqamah diperdengarkan dan bila kita menghadap Allah kita akan disolatkan..Begitulah singkatnya masa yang ada untuk kita di dunia fana ini..sungguhpun begitu, masih juga kita lalai dan terleka..

Aku kembali teringatkan peristiwa kehilangan ini..Mati..sesuatu yang pasti, tiada apa yang dapat menghalangnya daripada mendampingi kita..bila sampai saat ketika, tidak tercepat dan tidak tertunda..nyawa kita pasti berpisah dari jasadnya..

Tak takutkah aku pada mati? memikirkannya sahaja buat aku gemuruh tak terperi, tetapi kadang-kadang sering juga lupa diri..mencari kebahagiaan duniawi hingga lupa pada yang Hakiki..Astaghfirullahala'zim..

Mati..sesuatu yang bisa membuatkan kita seram sejuk..anda tak rasa begitu? betapa banyak berita kematian mengejut yang kita pun xterfikir akan berlaku..gempa bumi, tsunami melenyapkan puluhan ribu nyawa sekelip mata..kemalangan jiwa, belum lagi masuk kes2 pembunuhan, mati mengejut..malah aku pernah merasakan perasaan yang pelik
sendiri..jantung mengepam pantas sekali, pandangan berpinar, kaki bergetar..nafas tersekat-sekat..lantas aku terfikir..nak mati kah aku ini? Dah sampai kah masaku untuk dijemput Ilahi..air mata ketakutan gugur tanpa henti..

Aku menanti.. membalut tubuhku dengan telekung
di perbaringan ..sempat mengambil wuduk dengan tangisan yang xhenti..aku masih menanti bagaimanakah rupanya Malaikat Maut itu..tak dapat nak digambarkan bagaimana perasaan aku..satu detik pun mataku xterpejam..aku teramat takut..Ya Allah, aku bertanyakan benarkah masa ku hampir tiba..sempat lagi aku solat 2 rakaat,sempat juga aku menulis dalam keluh kesahku..dalam diari, andai aku mati malam ini..sepanjang malam aku begitu..mataku tidak terpejam pun..sehinggalah fajar memancar..Ya Allah..Alhamdulillah..aku masih bernafas..

Itula kisah yang terjadi padaku..benar-benar terjadi padaku..
aku sendiri masih tercari-cari mengapa aku merasakan sebegitu..lantas aku menulis sesuatu..andai aku mati malam ini..biarkan mereka dapat membaca pesanan ku di akhir hidupku..pesanan untuk keluargaku..kerna aku sendirian malam itu..pada ibu yang aku cintai, pada saudara yang dikasihi..alangkah bahagianya jika aku dapat mati begini..sempat solat taubat dan mengucap dengan lancar serta meninggalkan pesan pada mereka yang amat kusayangi.. Subhanallah..andai kematian itu mudah bagiku..

"Dialah yang menjadikan mati dan hidup, agar Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia lagi Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun" (Al-Mulk: 2)

Mahar Cinta..


MAHAR CINTA
" Wanita yang bijaksana mampu mengubah tanah yang gersang menjadi taman yang segar menghijau.."
Petikan dari buku Dr.'Aidh Abdullah Al-Qarni..bait2 kata yang tertulis dalam buku ni menggamit ku untuk menulis sesuatu mengenainya..
"Be a Happiest Women" inilah tajuk buku yang aku baca ini..ia bukanlah novel mahupun cerita cinta yang dapat menggamit orang untuk membacanya dengan tekun dan bersungguh..aku pun mengambil masa yang lama untuk membacanya bahkan belum habis baca lagi. .Tetapi ada sesuatu untuk aku kongsikan di sini..
Persoalan yang timbul dan yang aku cari-cari jawapannya didalam buku ini..Macam mana nk jadikan diri kita seorang yg sangat bahagia..jika anda wanita, anda nak jadi seorang wanita yg bahagia..begitu juga lelaki..kadang2 kita terlalu berharap agar orang lain boleh membahagiakan kita..betul x? walhal, kebahagiaan itu terletak pada tangan kita sendiri..sedar x?
Aku bertanya kepada diri aku sendiri..pernah x fikirkan sesuatu yang dapat bahagiakan diri kita? adakah dengan mengharap orang lain untuk sayang atau cintakan kita itu boleh membawa kebahagiaan yang kekal untuk kita? Mengapalah fikiranku terlalu singkat kala ini?? sehingga aku begitu teruja dengan ajakan cinta yang tiada berpenghujung ini..
Mungkin aku tidak bersyukur semasa aku bersendirian dahulu..sedangkan kawan2 semakin hangat dengan cinta masing2, aku masih berpegang teguh pada prinsipku..tetapi iman ku tidaklah setebal mana..Astaghfirullahhala'zim..bisikan syaitan yang sentiasa menerpa akhirnya kusambut jua..Nauzubillah..dugaan yang datang tidaklah aku sedar..kebahagiaan yang serupa itu juga yang ku capai..yang kekadang senyum sampai ke malam..kekadang berendam air mata pagi dan petang..apalah yang dicari pada cinta sebegini ya?? aku sendiri tiada jawapan..semuanya aku layankan..
Owh..Ya Tuhan..berilah hambaMU ini Hidayah dan Petunjuk..bagaimana nak ku hadapi hari-hari mendatang ini..pernah dahulu aku tergoda dengan wajah dan juga rupa..aku dan dia memberikan respon yang membina..lantas, bermulalah hubungan yang pada mata kasar ini suci..cinta yang tulus dari hati..aku dan dia sama masih menuntut di pusat pengajian tinggi..jarak yang jauh memisah bukan lah penghalang sama sekali..internet dan telefon ada pengganti diri..
Aku dan dia, dua insan berbeza..tapi sesuatu yang aku harapkan benar2 tak terduga..aku selalu memohon agar aku dijauhkan dari godaan2 syaitan durjana, dan nafsu jahat yang meronta..Alhamdulillah Allah makbulkannya..Allah jauhkan aku dan dia..berpisah di dunia cinta fana..aku bersyukurkah?? mungkin ya, tetapi air mata berderai sampai basah di muka..dia sesuatu yang cukup membahagiakan aku pada waktu itu?? benarkah begitu?? sebenarnya, aku pun xpasti..
Aku kembali sendiri, aku bersyukur sekali..tetapi syaitan2 disekitar ku ini bagai panas berapi melihat aku begini..lantas satu persatu cinta mengetuk pintu hati datang dan pergi..lagi2 bila ada YM, friendster, myspace, skype dan facebook wardah penghubung sosial ini..ramailah kenalan yang aku sendiri tak pasti hadir menyapa sepi..Ya Allah, betapa aku buta ketika itu, aku fikirkan berkawan begini tidak mengapa asalkan aku tak terpedaya dengan ajakan keluar mereka atau apa saja..aku masih waras dan yakin tidak akan terjerebak dalam cinta maya ini..
Namun, syaitan bertepuk xlah sebelah tangan bila aku menyahut salam persabahatan seseorang yang lama menjejakku dalam alam maya dusta ini..aku pun kembali sibuk melayan laptop ku kehulu hilir, saat berjauhan dari laptop( tutup laptop) handset pula pengganti diri..begitulah keadaannya..sehingga bila kuingatkan semula alangkah bodohnya aku mengikut tipu daya syaitan durjana ini..benar, aku tahu Allah masih sayangkan aku, aku terselamat dari tipu daya kali ini..betapa aku rasa, berguling-guling syaitan2 itu bila mana aku mengikut kata2 dustanya..Owh..betapa kerdilnya aku..ujian sebegitu pn tak dapat aku tangani..
Kini, aku menghadapinya lagi..bagaimana nak aku jauhi perasaan ini Ya Allah..kekadang cuba aku menolak perasaan itu jauh2..namun bagaimana caranya..aku tahu tiada suatu pun yang menghalalkan perhubungan lelaki dan perempuan melainkan nikah, ijab dan kabul..perlukah aku ketepikan rasa ini sejauh-jauhnya..kerana semakin aku cuba, semakin sukar pula..bagaimana caranya Ya Allah..pernah aku terdengar rintihan seseorang yang seusia dengan ku ketika ini, di saat dia masih belum ada sesiapa disisi..memandangkan usianya ini, tiada lagi yang masuk mengisi tempat sebagai suami..kekadang aku pun fikir begitu, namun aku yakin Allah ada bersamaku selagi aku mentaatiNYA dan memohon padaNYA..
Mindaku yang kekadang sempit ini kembali berfikir..Di manakah letaknya mahar cinta saat cinta itu telah terkurang dek kerana itu bukan cinta pertama untuk pasangan yang diciptakan untuknya.. mungkin pasangannya itu sama saja..kedua-duanya pernah memadu kasih dengan orang yang bukan haknya..bagaimana dengan suamiku nanti..adakah aku mesti merasakan perasaan bersalah ini seorang diri..perasaan yang dahulunya milik orang lain kini menjadi milik suami..bolehkah hati ditukar ganti dengan mudah..aku xpasti bagaimana orang lain menghadapi perkara ini..pasti mereka menilai tulisanku ini..mungkin juga mencerca, memaki..namun, aku xkisah itu semua..segala-gala yang aku curahkan ini adalah isi hati..lahir dari sanubari yang khilaf dengan keseronokkan duniawi..sebaliknya masih bertanya pada diri..dimana letaknya bahagia ini andai aku juga memilih jalan yang sebegini..
Mungkin kerana aku kesepian, perlukan seseorang untuk mengisi kekosongan ini?? itu memang alasan yang selalu diberi pada diri sendiri..fitrah manusia tidak boleh berseorangan menghadapi hidup ini..Nabi Adam A.S dalam syurga yang mengalir sungai-sungai di bawahnya pun merasa sunyi lalu meminta Allah agar menghilangkan kesepian, maka Allah telah mencipta ‘penghilang kesepian’ iaitu Siti Hawa..Namun itu bukan lah alasan yang kukuh buat aku memejam sebelah mata menerima hubungan yang belum pasti ini..
Ya Allah selamatkanlah diriku dari tipu daya syaitan durjana ini..jauhkan aku dari pandangan-pandangan jahat,dari mata yang penuh nafsu syahwat..Ya Allah kirimkanlah jodoh yang baik dan dapat menyelamatkan aku dari dosa ini..
Kepada dia yang mungkin membaca, ketahuilah bahawa hatiku amat berat untuk mengatakannya, namun jika kau benar2 ikhlas ke atas diri ini, aku mengharapkan kau faham maksudku ini..Bukanlah aku sengaja melindungi rasa di jiwa..Namun bimbang diri kan terleka..Hanyut dibuai angan dan mimpi indah seketika..Hingga terabai segala cita..Sedang khayalan tak menjanjikan..Segunung kebahagiaan..Sebagai mahar hantaran..
Apakah mungkin engkau mengerti, setiap cinta yang dilafazkan, bukanlah sekadar mainan.. Tetapi sebuah janji..Andainya dapat engkau mendengarkan suara hatiku, kiranya engkau bisa mentafsirkan setiap bait kata-kataku..Pasti dirimu dapat melihat rahsia kasih yang terpendam sekian lama di sudut hatiku..sekiranya kau tahu itu..
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, lindungkan aku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku..

Bahkan setiap solat aku pohonkan..Tunjukilah aku jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau anugerahkan kepada mereka yang Engkau cintai, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang Engkau sesatkan..
Ya Allah… Seandainya telah Engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagian antara kami…. agar kemesraan itu abadi… Dan Ya Allah… Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi Ya Allah… Seandainya telah Engkau takdirkan… dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku… Luputkanlah ia dari ingatanku… Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan Ya Allah Yang Maha Penyayang… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah Ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… Di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini… Jangan engkau biarkan aku sendirian… Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin.. Ya Rabbal A’lamin.
Aku tahu..aku yakin Allah Maha Mendengar..Bersama-samalah kita berdoa agar urusan kita ini dimudahkan dan hubungan ini direstui Allah kelak..

Saturday, January 9, 2010

I Know, Allah Knows Everything...

I KNOW, ALLAH KNOWS EVERYTHING.....
I was waiting for the rain to pours this morning..just like other previous morning..but, I know Allah knows everything..we always want the sunshine, but He knows there must be rain..
Alhamd
ulillah is not raining..sunshine through my window comes out..huhu..what a lovely day!Then I know, Allah knows everything.
What to do this morning ya??hmm..after done my Subuh prayer..just lying on my bed again (guling-guling) n takes my 'Fofie' so called my favourite blanket..huhu..wanna sleep? nahh..don't want la..better do something rather than sleep..
Hmm..then I saw my long time no see diary, OMG...(Ya Allah should be)..before somebody use the Kalimah Allah..we should used it more often..huhu..I miss this red handmade diary..I created it since my secondary school..before this I forgot where I put it..yeah!

I opened it..wow..wonderful
..all memories are blend together in mind again..hmm..I miss the old time..the old memories of sweet, sour, bitter..laugh and tears..all..

I don't know how to explain or express my feeling right now..
I still kept my 17th birthday card given by my old time sister..(old time??)..I got the card before the big exam of my life..SPM..and that's the last card ever I get..seriously, I miss my sister..I miss our time together..laughter, sometimes stupid things we do,makes us laugh like crazy...talk to each other, share story and feeling together..but now..she's gone..gone not with the winds..but with somebody takes her away from me...why it happened so drastically..what was I done to her, makes she throw me away..without any explanation..tears start to pours again..by exchange of rains for today Sunday morning..

I keep asking my selft..why it happened to me..(duhh..don't start it) I have learn something from it..Love for human is for a while , but Love for Allah is eternal..

I know..that this is part of life..I know..Allah know what is best for us..so why should we complain?? But I'm not complaining..just wondering why it happened to me..(huhu..don't say like that..)..remember, stop thinking negative to everything happened in your life dear..(I talk to myself)..Allah test us often, He test us not to punish us, but to help us meet tomorrow..Everything happened with a reason behind it..I know, Allah just test me..by often Allah test me, I will become more and more stronger than before..and every pain Allah gives me, provided my patient will follow with rich gain someday..InsyaAllah..I believed in that..

I get the meaningful lesson from what happened around me..Love for human being is for a while, but Love for Allah is eternal..

As I remember, I love my father more than anyone will do..still Allah takes him away from me..at the time when I was still need him, still hoping for him..my mom says, Allah Love him more than we do..When I love my longtime boyfriend, my first love, who always be a good listener for all sad and happiness..always be a good advisor for any confusion that I having through..still Allah takes him away from me..

And when I love 'Si Putih'
my lovely cat that I have..always running to me when she saw me, a friend who being with me at the times I'm happy and sad..I don't know that the cat understand my feeling or not..but she's my good friend,when I sad, she sit next to me..without doing anything, I know she wanted to be with me, without any understanding words, I know she wanted to comfort me..still Allah takes her away from me..and When I love my sister more than she do..I took every words she told me..and still Allah takes her away..far away from me..huh..should I love anyone or anything after this..


I'm tired of felt frustrated, sad and disappointed..but I know Allah knows everything..He knows what is best for me..so whenever I'm down, and whenever I fell..that everything is going wrong..It's just Allah 's way to make my spirit strong..

Monday, December 21, 2009

Cerita Pendek : Bertakhta Di Hati

BERTAKHTA DI HATI

"Sebuah karya percubaanku dan Alhamdulillah dapat menang tempat ke-2 dalam Pertandingan Penulisan Cerpen di UiTM Johor suatu masa dahulu..Sekadar berkongsi cerita.."


“Aina Safiyyah!”
“What the hell you think you’re doing?”
Suara garau itu memecah sunyi. Pasti dia nak mengamuk lagi.

“Sorry sir?” aku membalas dengan persoalan, berpura-pura tidak tahu ataupun tidak faham. Sengaja menaikkan kemarahannya ke tahap maksimum.

Persis singa kelaparan, yang menunggu masa untuk menerkam dia menyambung lagi.
“I said, what the hell you think you’re doing? Awak ingat ini ‘office’ bapak awak?”

‘What?’ Kurang ajar punya Mamat Sepet, ni sudah main kasar. Pantang datuk nenekku keluarga jadi mainan. Aku cuba bertenang dan membidas dengan kata-kata yang paling tajam.

”Memang ini bukan ’office’ ayah saya, tapi ini juga bukan’office’ bapak awak!”

Mamat Sepet itu terlopong. Matanya yang sepet itu dijegilkan padaku. Bagai lava yang meletup dari Puncak Kilimanjaro kemarahannya membuak-buak.

”Yes!” aku berjaya mengalahkannya. Namun kemenanganku bukanlah berpanjangan. Aku ditukarkan ke ’R&D Department’ untuk sementara waktu sebelum menunggu keputusan ’Meeting Board of Discipline’ mengenai kes aku.

Bukan pertama kali , bahkan sudah acap kali sehingga aku sendiri tidak pasti bilakah tercetusnya peperangan antara kami. Kecoh satu ’office’ banyak sungguh internet bergerak di sini. Mamat Sepet..Mamat Sepet, apalah nasibku kali ini.

Sekilas pandang ku alih pada telefon bimbitku.

‘One massage received’. Hatiku berbunga riang.
‘Sender: My Love’

“It’s your love, just does something to me, sends a shock right to me, can’t get enough..but if you wonder’bout the spell I’m under, it’s your love..”

Telefon itu ku dakap, rangkap lagu itu mengingatkan pada dirinya. Wajahnya bermain di fikiranku. Rinduku padanya mengheret nostalgia ku ke suatu suasana. Masihterdengar gelak tawanya, senda guraunya terasa segar.

Hatiku bergetar, lama sudah tidak bersua. Saat-saat begini terasa seperti kehilangannya. Perasaanku bagai dilayat-layat rindu. Aku bagaikan lemas dan tenggelam dalam kesunyiaan sendiri. Hatiku sayu..yang ternyata aku teramat rindu..

”How sweet!” aku tersentak dari lamunan meninggalkan rinduku tenggelam di daerah sepi hatiku. Amber dan Jason sudah tersengih bagai kerang busuk di sisi.

”Fifie, we’re gonna miss you..” Amber bersuara manja lantas memeluk bahuku erat. Jason hanya 

Amber masih tersenyum kelat. Apa yang aku tahu, dia pasti gusar kerana semasa ketiadaan ku pasti bertimbun kerja yang terpaksa dilakukannya sendiri. Apa nak buat, ini semua Mamat Sepet yang punya pasal.

Hampir 3 minggu aku bertugas di ’R&D department’. Tugasku agak terhad berbanding di ’Financial Department ’ dulu. Namun aku redha kerana ini berpunca daripasaku yang selalu bertikam lidah dengan bosku sendiri.

“Fifie, akak tengok En.Zaril tu baik orangnya, ‘handsome’, hormat pekerja, bertimbang rasa..”

“Apa? Si Mamat Sepet tu bertimbang rasa, saya rasa akak ni dah silap orang ni.."cepat-cepat aku memintas cakap Kak Anim senior ku di ’R&D Department’ ini.

”So far, everybody berpuas hati dengan kerja dia. Maklumlah anak Bos, Bos muda, pengalaman pun cetek lagi. Dia pun baru ’Graduate Master’ dari Manchaster. Panjang lebar penerangan Kak Anim.

Ish.. ish.. ish.. luas betul pengetahuan Kak Anim pasal Bos aku tu. Aku pun tidak tahu menahu. Jadi betullah syarikat ini bapak dia punya?”

Kak Anim tergelak mendengarkan soalanku itu sambil menggeleng-gelengkan kepala. Aku tersenyum sendiri,malu tak terkata...wajah Mamat Sepet muncul di benakku seakan tertawa mengejekku.

Mengimbau saat pertama kali bersua Mamat Sepet itu, aku seakan terpukau melihat ketampanan dirinya hasil kacukan Korea dan Malaysia yang dimilikinya. Kusangkakan dia sudah berumur seperti kebanyakan ketua-ketua lanjut usia di syarikat besar. Dia memberi senyuman yang penuh makna dan memberi tunjuk ajar yang sempurna. Terasa bagaikan mimpi dapat bekerja dan mencari rezeki di syarikat yang sebesar ini. Namun segalanya berubah dari hari je hari. Si Mamat Sepet semakin berbisa, ada saja salahku di matanya, hilang senyuman penuh makna, hilang tunjuk ajar sempurna, yang ada hanya pekikan suara tanda tidak puas hati.

Kadangkala aku terfikir yang dia anti dan prejudis pada aku yang bertudung litup. Mungkin padanya keadaanku boleh menjejaskan prestasi dan produktiviti syarikatnya ini. Tapi, bagaimana dengan Kak Anim, Suria dan ramai lagi staf yang bertudung. Tidak pernah timbul masalah dengan mereka. Aku pun tidak pasti mengapa semua staf di sini begitu mengagumi seta meminatinya. Termasuklah Kak Anim yang sudah beranak tiga itu. Mungkin daya tarikan berupa harta dan rupa yang menjadi bonus pada dirinya. Namun, aku tak pernah rasa teruja sebagaimana yang mereka rasa. Patutlah Si Amber tu semakin hari semakin bergaya, terbelah sana, terbelah sini, rupa-rupanya ada hati nak memikat Si Mamat Sepet tu.

Kotak fikiranku terpaut pada suatu peristiwa.

Aku membelek-belek mesin fotostat itu. Maklumlah minggu pertama bekerja, tak mahir lagi dalam penggunaan alatan pejabat ini. Tiba-tiba satu suara yang tak diduga menyapa.

”Amber, could you please teach her to use this machine! Dia ni nama je Graduan Universiti, tapi nak guna mesin fotostat pun tak tahu.” 

Suara itu seakan menyindir. Dia tersenyum sinis menampakkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Amber tak dapat menahan ketawa. Aku terkesima. Malu pun ada. Sejak peristiwa itu, ada saja perkara yang yang dilakukannya untuk mengenakan diriku. Namun, aku bukan selemah yang disangka. Aku sendiri hairan bagaimana lidahku begitu lancang membidas segala amarahnya. Di bawah satu bumbung, kami mengishtiharkan Perang Dunia ke-3. Itulah sejarah perkenalan aku dengan Si Mamat Sepet itu.

* * * * * * * * *

Waktu kian memanjat usia, jam di dinding sudah menunjukkan jam 11 malam. Aku menanti deringan panggilan telephone, YM dan Skype ku dengan penuh sabar. Menanti dan terus menanti..khabarnya kekasih hatiku pulang ke tanah air hari ini.

Jejari mulusku bermain sesama sendiri. Ingatanku mengulit kenangan silam. Tatkala rinduku pada dirinya menggongcang tangkai hatiku. Tiada khabar, tiada berita, yang ada hanyalah sms peneman setia. Mataku berkaca-kaca, rindu...rindu yang tidak terhingga. Hampir satu tahun tidak bersua muka, namun hatiku tetap setia padanya.

Hazrul..pertemuan yang singkat begitu membahagiakan. Perpustakaan, tempat terjalin cinta kukuh sehingga kini. Sehari tidak bersua, bagai setahun lamanya. Hanya Allah yang mengerti rasa cintaku padanya.

Ya Allah, ampunkan hamba-Mu ini, sesungguhnya aku benar-benar rindu pada dirinya. Aku tewas dengan perasaan dan naluriku sendiri. Tanpa kusedari kolam mataku mengalir air mata hangat.

Dia sering menasihatiku, mengingatkanku pada suatu yang hakiki.

”Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihku, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.” Air mataku mengalir air hangat.

Keputusan memihak kepada En.Zaril Si Mamat Sepet. Aku kembali bertugas di Jabatan Kewangan syarikat. Amber begitu bersyukur dengan kehadiranku kembali ke ’department ’ ini. Banyak kerja yang menanti kami.

Namun, hatiku diamuk resah. Menanti Hazrul bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Aku tak dapat menghubunginya. Terasa begitu siksa menanti dengan persoalan yang tiba silih berganti. Aku cuba keluar dari kepompong yang menghimpit, ingin bebas daripada penjara diri.

Namun, keluarku dengan hati yang terpenjara, dipenjarakan oleh perasaan yang tak pasti. Aku tidak tahu patutkah aku tersenyum, patutkah aku tertawa atau terus bermuram. Aku tampil begitu ketara pada penglihatan orang lain. Perubahan yang terang lagi bersuluh. Mereka pasti dapat membaca sesuatu yang tidak keruan sedang melanda hatiku jiwaku ini.

Jason dan Amber turut menyapa kemurunganku. Masing-masing saling berteka-teki. Mungkinkah kerana En.Zaril? aku tidak berniat untuk mencipta sengketa dengan bos ku ini. Cuma keadaan yang memaksa. Tetapi, lama sudah aku tidak bersua dengan Si Mamat Sepet ini. Dia seperti melarikan diri daripadaku. Ah, persetankan dia! Mindaku melayang jauh terkenang Hazrul. Aku rindu wajah dan senyumannya. Suaranya pernah singgah di telinga, tapi lama dulu...

"Ain, tamat study nanti Hazrul hantar rombongan ye!" Hazrul bermain kata. ‘Ain’ itulah narna panggilannya kepadaku, Aina Safiyyah. Tidak seperti rakan-rakan sepejabat yang memanggilku dengan nama ‘Fifie’. Lembut dan gemersik suaranya. Aku hanya tersenyum, terhibur dengan tingkah-lakunya.

"Hazrul nak kita ikat hubungan kita dengan pertunangan, lepas tu baru kita merancang masa depan. Hazrul nak kumpul duit untuk kita." Katanya bersungguh.

"Ain ikut je, Ain akan tunggu Hazrul sampai Hazrul balik!" aku membalas, ada rasa gelisah terdetik di hati.

“Tapi, kalau Hazrul tak balik, jangan tunggu tau! Hazrul tak nak Ain sedih. Hazrul nak Ain teruskan hidup Ain ni, janji tau!” Hazrul mengikatku dengan janjinya. Aku hanya tersenyum tanda setuju.

* * * * * * * * *

Mentari tegak di atas kepala menyimbahkan cahayanya ke pusara yang masih merah. Wangi puspa kemboja mengiringiku ke pusara sepinya. Aku sendirian duduk terjelepok, bertafakur di sisi nisan yang tinggal sebagai tandanya. Senduku tiada, tangisan ku sudah kering, rindu, resah, segalanya berkecamuk menggeledah sudut hati.

"Bagaimanakah hendakku teruskan hidupku tanpamu..." hatiku merintih, air mataku membasahi pipi. Ku renung tanah merah iempatnya bersemadi.

Tak kusangka panggilan yang ku tunggu hukan dari dirinya tapi dari keluarganya yang mengkhabarkan berita musibah ini. Semalam adalah detik hitam dalam hidupku di mana dia pergi selama­-lamanya. T'atkala aku menunggu separuh gila, dia ditimpa kecelakaan dalam perjalanan ingin berjumpa denganku.

Ya Allah, berat sungguh dugaan-Mu ini. Betapa lama aku menanti, akhirnya penantianku berakhir di sini. Di tanah merah ini.

Dia sering memberiku pesanan ringkas pabila aku menyuarakan rinduku padanya. 

"Ubatilah kerinduan Ain yang tidak bertepi itu dengan doa...

"Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Dia lah pelindung kami dan hanya kepada Allah orang yang beriman harus bertawakkal."

(At-Taubah: ayat5l)

"Hazrul... bagaimana Ain nak lerus hidup tanpa Hazrul. Kepada siapa Ain nak mengadu...Hazrul... Ain nak sangat tatap wajah HazruI...Ain rindu sangat ...rindu sangat pada Hazrul ... Ya Allah...

Hazrul…kenapa Hazrul.... Kenapa...."

Masa berlalu tanpa kusedari, lebih sebulan Hazrul Nizam meninggalkanku pulang rnenyahut seruan Ilahi. Aku teruskan hidup atas kekuatan janjiku padanya dan iman yang kukuh di jiwa. "Tak jemu aku menziarahi pusaranya mengirimkan doa juga Fatihah ke atas rohnya. Semoga kau tenang di alam sana. Aku jua akan menyusul tiba.

* * * * * * * * * 

Badanku Iemah, namun aku tak mahu mengundang simpati mereka. Aku sibukkan diri dengan kerja, overtime dan segala aktiviti yang ada. Waktu pulang kepalaku terasa berat, pandanganku berpinar. Kakiku bergetar. Aku gagahkan jua melangkah ke pintu lift, terlanggar bahu seseorang dan terus...Buk!! 

Aku pengsan. Sesedarnya aku, ada tuala sejuk di dahi. Bilik yang sederhana sejuk itu aku teliti. Tiada seseorang pun di situ. Aku cuba meraba-raba kepalaku. Kaget! Terlihat tudung kepalaku di kerusi. Aku tak bertudung. Tiba-tiba pintu terkuak.

En. Zaril masuk dengan pandangan yang tidak berkelip, terkejut. Sepantas kilat aku menyambar tudungku lalu menutup rambutku yang panjang mengurai.

"What have you done to me?"Aku bersuara lantang. Baru ku sedar dialah insan yang kulanggar di muka pintu lift tadi. Duniaku seakan bergoncang. Aku ingin jatuh, tidak stabil. En. Zaril dengan pantasnya mengagahku daripada jatuh. Fikiranku kacau, lantas aku memberinya tamparan "pap!!" aku berlari meninggalkannya. Air mataku merembes membasahi pipi. Tidak menghiraukan keadaan diriku...aku hanya ingin lari daripadanya.

Hatiku tidak tenang, resah, gundah dan segala macam perasaan mula menyesak-nyesak tangkai hatiku.

Suria menceritakan hal yang sebenarnya. Suria yang merawatku atas arahan En. Zaril. Segalanya berpunca daripada salah sangka lantas aku menghadiahkannya tamparan berbisa. Aku seperti dibelenggu rasa serba salah yang mencengkam. Kekadang terasa begitu sunyi. Lama sudah tak bertekak dengan Si Mamat Sepet. Rindu pula pada kehidupanku dulu. Dia semakin menyepi dan tidak pernah mencari kesalahanku, tidak lagi mengenakanku dengan kenakalannya seperti dahulu.

Masihku ingat dia pernah menggelarku Si Burung Hantu dan aku sendiri menggelarkannya Si Mamat Sepet. Sedang aku mengelarnun. Tiba-tiha aku terlihat kad kecil terselit di mejaku. Cantik dan kemas tulisan tangannya. Namun, aku tak dapat meneka dari siapakah dia.

"When the door of happiness closes, another opens hut oftentimes we look so long at the closed door, that we don't see the one which has been opened for us. "

Kata-kata yang sungguh bermakna membuatkan aku berfikir. Ya Allah, mengapa hidupku ini terlalu sunyi.. . air mataku mengalir lagi.

Hari demi hari aku menerima kad-kad kecil yang comel dengan kata-kata semangat penguat jiwa. Hatiku benar-benar terubat dan tak sabar menunggu kehadiran kad-kad comel itu di mejaku setiap pagi.

* * * * * * * * * 

"Kak long, rnalaslah Aina nak pergi!" aku merungut sendirian.

"Jangan macam tu, nah pakai baju ni." Kak Long Azi. kakak iparku menyerahkan sepasang kebaya biru polos yang mewah bersulam. Atas desakan mereka semua aku memaksa diri untuk pergi ke `Annual Dinner' syarikat tempatku bekerja. Jason telah berjanji untuk menjemputku malarn ini. Apa mimpi Si Jason ni, aku pun tidak pasti.

"Wow, you look so beautiful tonight! Jason memujiku. 

Sernuanya hasil kerja Kak Longku, dari baju hingga ke make-up semuanya diuruskan bagaikan Mak Andam. Aku mengikut sahaja, tidak mahu membantah atau mengecilkan hati mereka.

Majlis sudah bermula, ramai staff dan VIP yang hadir. Aku bertemankan Jason, Amber ku lihat rancak bersembang dengan seorang VIP. Anggun sungguh Amber mengenakan dress malam yang agak seksi itu. Kak Anim hersama keluarganya turut hadir sama dan ramai lagi rakan-rakan staff' yang lain. Cuma dia yang tak kelihatan.

"Hai I ingatkan Wardina Safiyyah sesat tadi!" Suria mengusikku.
"Eh, tengok tu, dia dah sampai. Wah ‘handsome’ nya!" Suria begitu teruja memandang 'dia'.

Aku menoleh, Mamat Sepet! Tidak dinafikan dia lebih nampak segak dan maskulin. Jika memakai sut Georgio Armani masakan tidak bergaya. Namun, aku masih terkenang pada si pemberi kad-kad comel itu. Terasa ingin berjumpa dengannya untuk rnengucapkan ribuan terima kasih kerana menyedarkanku akan realiti kehidupan ini dan membantu memulihkan semangatku kembali.

Sedang ku mengelamun, aku dikejutkan dengan suatu bungkusan yang diberi oleh seorang waiter di situ. Ada kad kecil terselit di bungkusan itu. Tertulis sesuatu yang merentap tangkai hatiku. Berlari aku mendapatkan waiter tadi.

"Dia baru saja keluar cik, ke arah sana!"

Aku ingin berlari mendapatkannya, tidak ku hiraukan keadaanku yang memakai baju kebaya serta bertumit tinggi ini. Hatiku di amuk resah, debar jantungku dapatku dengar dengan jelas. Aku mesti mencarinya.

Berlari dan terus berlari keluar dari `Ballroom' hingga ke taman. Ada titis-titis gerimis luruh dari langit yang gelap. Mataku melilau mencari wajahnya. Namun, tak berjumpa. Tumit kasutku hampir patah. Air mataku tak dapat ku tahan lagi, lantas aku menangis sepuas-puasnya di situ. Aku tidak berganjak, hujan semakin lama semakin Iebat. Kad kecil ku renung, ada namanya di situ, nama yang bertakhta di hatiku, nama yang ku rindu... Hazrul..

"Ain! Ain!" Aku tersentak. Aku melilau mencari insan yang memanggilku. Panggilan itu merentap setiap urat nadiku. Rindu mendengar panggilan nama itu. 

"Haz.... Kau?"

"Mana Hazrul? Mana dia..." Aku sudah tidak dapat mengawal diri. Tangisanku menjadi-jadi selebat hujan yang turun membasahi bumi. Dia lantas membalut tubuhku dengan sutnya.

"Ain, tenang Ain.... bawa mengucap." Dia lantas menggenggam jari jemariku, memayungiku dengan pujukannya.

"Maatkan saya, saya tak berniat nak buat awak begini".

"Cukup! Apa lagi yang awak nak buat hah! Tak cukup ke awak siksa saya selama ini! Apa salah saya pada awak!

"Jangan sekali-kali awak samakan diri awak dengan Hazrul, awak tak layak!" Lantang aku bersuara, tangisanku tidak mahu reda. Terduduk aku di rumput basah itu.

"Ain, berilah saya peluang untuk menjelaskan segalanya." Dia duduk berhadapan denganku. Jari­ jemarinya menyeka air mataku yang mengalir laju. Kami berdua basah di situ.

"Ain. sudah lama saya ingin memanggil awak dengan nama itu. Saya dah lama menaruh perasaan pada awak, sejak hari pertama awak ditemuduga. Ini bukan cinta pandang pertama. Walau berjuta kali memandang awak, saya tetap jatuh cinta. Saya benar-benar terpikat, tak pernah saya rasakan sebegitu." Panjang- lebar pengakuannya kepadaku. Hatiku semakin sayu, tak pernah ku alami keadaan sebegini. Jejari mulusku kembali di genggamnya.

"Bila saya tahu awak dah berpunya, saya cuba buang awak dari fikiran saya dengan mencipta sengketa dengan sengaja., tapi tak dapat Ain. Malah saya semakin sayang pada awak. Inilah anugerah Allah yang tak pernah saya alami sebelum ini, sebelum berjumpa dengan awak!"

Aku meraih tanganku kembali, menyeka air mata yang masih bersisa di pipi. "Awak tak perlu menyamarkan diri sebagai Hazrul, kerana pada saya dia tiada gantinya. Aku lantas bangun ingin meninggalkannya, tersedar atas keterlanjuranku berkeadaan begitu.

Aku ingin bangun tetapi pandanganku berpinar. Aku terjatuh tapi ada tangan yang mengagahku. Memandang tepat ke arah matanya yang kuyu , lantas aku teringat yang aku pernah menghadiahkannya tamparan hebat suatu masa dahulu.

”Maafkan saya , di atas ketelanjuran saya..”

”Sudahlah, saya tak apa-apa..”

”Mari, saya hantar awak pulang, risau saya dengan keadaan awak ini.’

Dia memimpinku seraya membawa aku keluar dari situ. Aku dapat melihat beratus-ratus mata yang memandang ke arah kami yang nyata basah kuyup itu.

Sunyi menguasai segenap ruang yang ada di dalam kereta itu. Aku terpandang dashboard , terdapat banyak kad-kad comel seperti yang pernah diberikan padaku. Air mataku mengalir lagi. Kekadang rimas dengan keadaanku ini.

Tiba-tiba ku terpandang fail yang terletak di situ. Terpampang nama pemiliknya.
’Mohammad Zaril Hazrul bin Dato’ Mansur Tze Abdullah’

”Hazrul...” suaraku sekan berbisik. Memandangnya penuh tanda tanya.

”Nama saya, awak tak pernah nak tanya. Saya tak berniat nak mempermainkan awak, saya benar-benar ikhlas pada awak. Saya tahu saya tak dapat nak gantikan Hazrul yang dahulu, tapi saya akan berusaha untuk membahagiakan awak! Saya rasa bertuah memiliki nama ini!” Dia tersenyum ke arahku. Senyuman yang membawa seribu erti, menampakkan lesung pipitnya di kedua belah pipinya. Baru malam ini aku terlihat ketampanannya lain dari hari biasa.

”Ain, saya minta maaf sekali lagi, jika saya mengusutkan fikiran awak. Saya menghormati keputusan awak, saya takkan pernah mendesak. Keutusan terletak di tangan awak. Saya sekadar menyuarakan apa yang terpendam di hati ini.

”I know, sometime it’s takes only minutes to get crush on someone, an hour to like someone and a day to love someone. But its takes alifetime to forget someone. And I’m willing to wait for you for a lifetime..InsyaAllah”

”Assalamualaikum..”

Aku masuk ke rumah sebaik sampai. Masuk dengan langkah longlai yang mengundang seribu persoalan dengan keadaanku yang berupa ini. Tanpa menghiraukan Abang Long dan Kak Longku, aku terus menuju ke bilik.

Malam itu, ku panjatkan doa yang paling panjang pada Ilahi. Berilah aku petunjuk apa yang perlu aku lakukan.

”Ya Allah, jika dia adalah jodohku yang teah ditetapkan oleh-Mu aku redha..Ya Allah..”

Dan istikharahku memberi jawapan yang pasti.

”Sekiranya ku mendapat pengganti 
Kuharapkan insan seperti mu oh kasih 
Banyak membantu dan mendorongku 
Menjadi hamba yang taat kepada-Nya

Walau dirimu tiada lagi
Tapi hatiku tetap kepadarnu 
Kenangan bersamamu subur mewangi
Takkan luput dari ingatanku.."

Pergimu Hazrul Nizam, membawa detik duka dalam hidupku. Namun Allah Maha Adil, muncul Zaril Hazrul sebagai pengganti.... Sesungguhnya aku benar-benar bersyukur...

* * * * * * * * *


-Babybenifah@SHAKESPEARSINLOVE

"It's true that we don't know what we’ve got until we lose it, but its also true that we don't know what we’ve been missing until it arrives.."