Wednesday, April 8, 2020

Curhat ~ Versi Lockdown aka RMO/PKP

Hi everything! (nak jugak!)
Assalamualaikum wbt..



Rindunya nak menulis, dah lama tak menulis sesuatu yang keluar dari kepala ni. Lama dah tak tulis cerita hantu, cerita cerpen, cerita macam-macam lah dan dah lama dah tak menjengah Fiksyen Sasha. Untuk yang tak tahu, aku salah seorang penulis yang hantar cerita kat Fiksyen Shasha, cuma kadang - kadang rasa dah tak best sebab kebanyakkan penulis lain yang menghantar karya tu tak mengikut spesifikasi penulisan. Ada yang penceritaan tunggang - langgang, ada yang macam copy paste cerita orang, ada yang macam tiada teknik penulisan pun ada. 

Bukan nak menjatuhkan karya orang lain, cuma mungkin aku dah kurang minat menulis di situ kerana tiada siapa pun menghargai pengolahan bahasa yang aku gunakan dalam penulisanku. Kebanyakkan pembaca mungkin ingin membaca dengan santai sahaja. Aku tak rasa ada team FS yang menyemak karya-karya yang dihantar sebelum diterbitkan di blog mereka. Dulu mungkin ya. Buktinya, ada pihak penerbitan telah menghubungi aku dan beberapa penulis lain untuk menerbitkan karya kami. Sebenarnya jika kita membaca sesuatu karya yang ada gaya penulisan yang betul, jalan penceritaan yang tersusun, cerita itu lebih melekat di hati pembaca. Semua tu ada teknik, bukan boleh main taram je. Hasilnya, menyakitkan hati la bila baca. Apalah penulis ni, tadi cerita pasal lain, ni pasal lain pulak. ada sesiapa tak rindu cerita Iolls? hahaha..



Sekarang di masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni kita duduk rumah, bekerja dari rumah, beraktiviti hanya di rumah. Inilah masanya nak menulis, tapi malangnya tiada idea pulak bertandang. haha. Jadinya, kita warm up dulu la tulis apa-apa yang kita boleh tulis ye.

Seriously, tak tahu mana nk cekau masa lagi..
dah masuk tahun 2020, semakin banyak lagi impian yang tak tercapai..

Benda paling penting, ideal weight pun tak tercapai lagi..haha..
Sahsiah pun tak sebaik mana lagi..
Jodoh pun entah sesat di mana lagi..

Masih stuck di area yang sama..
Sakit dan berubat.. entah berapa lama lagi pun tak tahu lah..
Agaknya sampai mati pun tak habis lagi..
Penat dah rasanya, tapi entahlah..

Mungkin belum masanya..

Tapi kalau difikirkan, dalam sakit-sakit tu sebenarnya banyak Allah dah bagi pada aku..
banyak sangat sampai lupa nak bersyukur.. Allahu..

Salah satunya, dulu memang teringin nak get involved dengan international mission for voluntarism, bukan senang nk dapat chance ni.. aku bukan selebriti yang orang nak panggil join the team. Tapi sekarang Allah dah bagi chance.. Go! do it! Tapi sekarang bising plak tak ada masa nk handle benda ni..


Dulu nak jadi active dengan buat aktiviti luar, tapi takda geng sebab kawan-kawan semua dah kawin kan.. tapi sekarang Allah dah bagi jalannya.. skang bising plak cakap, aduih tak ada masa la nk join sini-sana, serabut bila orang ajak aku join diorang pergi beraktiviti hiking la, zumba la, ape la, boleh tak jangan ajak! Tak da masa OK.


Dulu nk kerja yg tak bosan, kalau boleh tak nak duduk office je, now Allah dah bagi.. hambik kau! berapa kali kena travel every month? hadap la, bising plak kan..


Dulu nak ada business sendiri, bila dah ada tapi buat sekadar main-main cuma nak practice ELMU business yang dah belajar dulu.. Now Allah dah bagi peluang lagi sekali buat business betul-betul, go! do it! Tapi sekarang nak fokus pun dah tak boleh sebab dah busy dengan kerja dan macam-macam perkara.. korang boleh jengah la laman web kami www.sharifashifa.com


Dulu nak sangat ni kerja PETRONAS, I don't know about others. Tapi graduate sezaman aku dulu macam aku, rata-rata kalau dah grad target nk kerja PETRONAS.. haha.. ikutkan memang susah nak dapat sebab takda sesiapa kat sana (cable), result pun tak berapa brilliant compared to others masa tu.. now Allah bagi chance, sekarang pun kerja dalam industry yang sama, Oil & Gas dan sudah 2 kali dipanggil interview dengan PETRONAS.. cuma belum rezeki je lagi kot.. but still, it is something yang buat aku berfikir..


Macam mana entah dengan kehidupan aku ni..

Semua perkara yang aku pernah dan terfikir nak, semua Allah dah bagi.. Cuma bukan straight forward la macam orang lain. Maybe this is how Allah wants me to understand and learn. Learn from mistake and look back on what I have done. I may not done it perfectly, but I'm almost there.

SAKIT tu ujian, REZEKI pun ujian..

I try to take it in a positively way, even though sometimes it was really hard to make myself understand. But, pujuk diri.

Maybe sebab sakit itulah aku jadi macam sekarang.
Mungkin kalau aku tak sakit, aku takda la gelabah ayam, busy tak semene-mena macam sekarang, kalau boleh semua benda nak buat, sebab takut nanti dah tak sempat.. mungkin kalau tak sakit aku akan rileks je and buat apa yang aku suka je, tanpa fikir perkara lain, tanpa fikir orang lain.

Salah satu sebab aku join volunteerism dulu adalah sebab aku ni banyak problem, banyak issue, banyak complaint dengan life sendiri.

Aku just nak share, aku pernah depression! Yes, aku dah alaminya.. cuma mungkin belum tahap kritikal, Alhamdulillah.. aku selalu rasa nak menangis tak tentu arah. Selalunya menangis bila dalam kereta sorang-sorang on the way balik kerja sebab tiada sesiapa akan nampak, pernah jugak ter-menangis dlm LRT sampai orang lain perasan.. macam-macam rasa ada dalam hati ni, sampai nak pecah dada ni masa nangis tu.. kadang-kadang rasa nak tidur je tak nak fikir apa-apa.. pernah aku tidur half of the day, mata terlalu berat nak buka, kepala terlalu berat nak angkat.. dan ada ketika dah start dengar bisikan-bisikan halus, dah start rasa benci dengan diri sendiri.. hormone tak stabil, berat badan naik, muka breakout, rambut gugur, dan banyak lagi lah.. untung jugak kalau badan susut depression ni..huhu..tapi aku tak, makin naik adalah.. anyway, depression ni penyakit ye. Bila emosi kita dah tak stabil, terganggu, banyaklah perkara lain bersangkut-paut, syaitan pun senang nak singgah..

Dan ada antara orang yang aku kenali melaluinya juga. It's either you go through the phase or you call out for help. Always seek for help and support sebab tak semua orang boleh hadap sorang-sorang..

Then, bila Allah bukak minda and mata aku ni.. banyak sebenarnya nikmat yang Allah dah bagi.. and bila kita lihat orang yang lagi susah, lagi teruk keadaannya dari kita, kita akan lebih bersyukur.. sebenarnya membantu orang lain tu adalah membantu diri kita sendiri.. kita yang penjarakan emosi kita mengenang masa-masa sedih sedangkan banyak lagi perkara yang kita boleh buat dan manfaatkan. Cuba fikir, hidup ni sekali je. Takkan sepanjang hidup nak berduka, nak mengenang cerita lama, sedih pedih, nak lemas dalam keremukkan hati, move on la. Bende ni susah nak cakap, kena buat sendiri baru faham.


Tapi setiap orang tu, cara dia berbeza.. mungkin ni cara aku, but seriously, kalau you sense something wrong with your feeling, your mind.. kdang-kadang you tak sedar, tapi bersyukurlah kalau ada orang sekeliling you sedarkan.. seek for help, talk to someone you can trust.. please.. jangan sampai terlambat.. koyak hati ni dengar berita orang depression bunuh diri or bunuh orang.. it shouldn't get worst if you deal with it earlier.. if you stress/depress admit it, do not avoid it! face it! ada orang bila dia dah rasa tak boleh handle that situation tapi tetap ego nak buat juga, paksa diri tu hadap je and didn't seek help, lastly drowning on your own. Ada orang nk tunjuk dia kuat, tak nak orang tengok dia lemah minta bantuan, sedangkan dalam diri dia dah lost.. giving up! Macam aku cakap tadi, depression ni penyakit. Dan semua penyakit ada ubat kecuali MATI.

Your feeling, your thought is own by you. Aku and orang kat luar boleh bercakap je tapi you yang rasa semua tu. Satu je, selalu ingat Allah sentiasa ada. Even kita dah rasa jauh tersasar, balik semula ke tempat asal. Allah ada. Even rasa dunia ni kejam, and engkau sorang je yang asyik kena, yang jadi mangsa, please ingat Allah ada. Even kau rasa tak da sesiapa pun kt dunia ni faham kau, kau kena ingat, Allah ada. Jangan sampai you lost hope on life, then lost hope on Allah. Wa Nauzubillah. Allah Maha Besar, Allah Maha Mendengar. Talk to Him. Mengadu dengan DIA if you don’t have anyone else you think in this world. Ingat, Allah ada. Allah dengar. Cakap denganNya.

Kalau tak boleh nak solat, tak boleh nak mengaji. takpa, duduk diam-diam, bercakap dengan Allah, mengadu nasib kita pada Maha Pencipta.. kan Allah yang cipta kita.. Kadang-kadang orang depress ni kalau kita nasihat dia suruh solat, ingat Allah semua tu dia akan marah. Sebab apa? Tengah depress kan. Perasaan tu macam rasa aku ni teruk sangat ke or semudah itu ke nak settle problem? Kau cakap boleh la, bukan kau yang rase.. hah! geechieww..dah rase kan..

Oklah, kan dah meleret. Nak tulis sikit je asalnya.. hahaha..
Ok, untuk sesiapa yang terbaca ni dan rasa-rasanya tengah stress please do something to help yourself. Because this is your only life, and you need to manage it. Nobody can drive it but YOU. Di akhir nanti Allah tanya, apa yang kau buat dengan hidup kau? Semoga setiap kita ni beri manfaat pada Agama, dunia yang dikongsi dan juga pada makhluk lain.

Ok sebenarnya just nk ingatkan diri sendiri, esok dah start meal plan hoi.. kikiki.. hadap la!
PKP ada berbaki hari lagi, jangan balik office ni orang tak kenal dah, sebab bertambah saiz dari biasa! Asyik-asyik mengulang ke dapur je kerjanya kan!


Ok la semua, stay safe, stay at home, stay healthy during Covid-19 pandemic ni.. when you're out, make sure to wear facemask. Semoga semua kita berada dalam jagaan dan lindungan Allah SWT..
#stayhome #dudukrumah #covid19pandemic

Tuesday, March 17, 2020

Movement Control Order ~ Stay Save at Home! (Stay Where You Are, Do Not Travel!)

Assalamualaikum and a very good day!


Hope you are in a pink of health during this critical COVID-19 attacked and the rest of whole world are trying to make sense and survive this pandemic. 

We would like to inform you that Seni Urutan SharifaShifa will be closing temporary due to the recent PM announcement. Since, the government has imposed a 14-day Movement Control Order from March 18 to 31 nationwide to curb the spread of the COVID-19 infection in Malaysia. So do we support his decision. This is to ensure that we are helping to reduce the spreading of the virus. 


BUT! BUT!! BUT!!!

We are still operating on our Online platform. We are still selling our herbs products online. If need be, we are still open for urgent matters provided we are using protective gear, mask and sanitizer. Please do not hesitate to call if you have any questions or concerns or if there is anything at all that we can do to help you through this difficult situation.

Otherwise, we are urge everyone to stay save at home!

If you are home with loved ones, please hug them a little bit tighter today. Perhaps this is also one of the reminders that Allah SWT wanted us to have: to priorities spending quality time with the people you cherish most whenever possible, as our time together in this world is but a temporary gift. 

Have Faith in Allah SWT

Faith and confidence that Allah is guiding and helping us every step of the way.  
Faith and confidence that we will do the right thing.
Faith and confidence that we will fight this together. 
And faith and confidence that we will all be more than OK. 

Rest assured, all will be well, In Sha Allah. Please STAY where you are! Do Not TRAVEL! Follow the orders! This is our responsibilities as Malaysian.


Wednesday, February 19, 2020

Belasungkawa ~ Turut Berduka

Aku turut berduka atas berita kematian yang kita dengar baru-baru ini. 
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un


Melihatkan keluarga, anak isteri, sahabat handai yang kehilangan orang yang mereka sayang, amatlah perit. Antara kita juga mungkin ada yang dapat merasakan kesedihan andai kita juga pernah merasakan kehilangan orang yang kita sayang, tetapi ianya tak mungkin sama dengan apa yang mereka rasai ketika ini.

Aku mohon agar semua orang menghormati perasaan setiap dari kita. Biarlah sahabat-sahabat itu mengambil masa untuk menenangkan diri, mengimbau kenangan dengan menghantar status / post berkenaan sahabat baik mereka. Mereka bukan tak redha, tetapi cuma rindu. Kalau anda perasan, aku pun kerap menulis berkenaan Ayah, aku bukan tak redha, aku cuma mengimbau, cuma rindu. Bayangkan kita sudah tidak dapat menatap wajah orang yang kita sayang. Kita hantar mereka ke liang lahad untuk mereka meneruskan perjalanan mereka ke kampung abadi. Kita cuma akan dapat berjumpa mereka nanti di Syurga InsyaAllah. Allahu kita rindu. Hanya orang yang pernah kehilangan akan mengerti.

Sama juga dengan hubungan adik beradik. Kerap kali aku lihat netizen ni mempertikaikan status yang dimuat naik oleh sebuah keluarga di UK yang kehilangan ahli keluarga yang mereka sayang. Terlalu sayang. Harap netizen faham yang keluarga ini telah kehilangan anak, adik, pakcik yang mereka kasihi. Berilah ruang untuk mereka. Kalau tak suka, janganlah follow IG/FB mereka semata-mata ingin menulis ruangan komen dengan nada ingin mengingatkan mereka. Mereka tahu, mereka perlu waktu. Jagalah adab sesama kita.

Baru kelmarin, kita mendengar lagi berita kematian seorang selebriti. Selalunya selebriti lah yang kita ketahui kerana berita mereka memenuhi akbar. Aku sempat menonton video update pemakaman Allahyarham dari seberang. Wartawan berasak-asak mengambil gambar, gambar sugul, gambar ratapan, tangisan mereka. Adakah tiada sesiapa pun merasakan yang selebriti itu juga manusia biasa. Mereka perlu waktu untuk bertenang, bersedih dan bersendiri tanpa ada sesiapa pun menonton kerana itu bukan sinetron, itukan kisah hidupnya dia. Sedih rasanya.

Jesteru, marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat orang-orang yang sudah pergi mendahului kita. Mari baca bersama, Bismillahirrohmanirrohim


Hari ini kita dengar berita kematian orang. Esok-esok berita kematian kita pula yang didengar.
Mati itu pasti. Noktah.

Sunday, December 22, 2019

Seorang Sharifah Tanpa Syed


Alhamdulillah, dapat lagi peluang menulis di blog sepi ini. This is like my therapy during hectic time. Funny is, I still got time to write something for myself and hopefully it would be helpful for others who is reading my blog, InsyaAllah.

Alhamdulillah, #throwback aku dan adik-beradikku telah duduk berkumpul bersama sempena Hari Raya AidilAdha yang lalu. Rezeki kami dapat berjumpa raya ini, setelah tidak dapat beraya bersama sewaktu Aidilfitri. Sementelahan kami duduk bersembang, keluarlah macam-macam cerita kenangan lama. Cerita masa kecil-kecil, cerita kelakar, cerita hantu, dan macam-macam cerita yang tak pernah didengar pun ada. kami masih beruntung punya ibu lagi untuk bertanya. Walaupun Ayah dah tiada, cerita-cerita ayah tetap kami ingat. Ayah seorang yang suka bercerita pada anak-anak. Selalu bagi tazkirah usai solat maghrib, bagi nasihat tiap kali talifon, dan bila petang-petang, kami suka duduk bersembang dan ayah akan bercerita kisah dia dulu kala, kisah keluarga, kisah masa dia muda-muda dan macam-macam cerita. Namun tetap ada sesuatu yang kami tak sempat bertanya lebih lanjut. Perkara penting dalam hidup kami, tentang nama, tentang susur galur kami.

Memang rugi, sebab waktu tu tak terfikir pula Ayah akan pergi secepat itu. Dan kasih sayang yang dicurah pada kami tidak membuatkan kami bersoal lebih tentang benda yang agak remeh pada kami.
Aku masih ingat, dan ianya juga terjadi pada setiap adik-beradikku yang lain. Bila memperkenalkan diri di sekolah, dalam kursus/ kem, di mana-mana. Lantas, orang akan bertanya.

Aku : "Sharifah ....... Binti .....( tanpa Syed) ......... (nama Ayah)"
Orang : "Sharifah, Al apa?" / "Kalau Sharifah, Syed apa?"
Orang : "Eh, biasa kalau nama Sharifah mesti binti Syed/Sheikh"

Setiap adik-beradik perempuanku mempunyai nama "Sarifah/Sharifah" di depan. Nama abangku bermula dengan "Wan" didepan, lagi la pelik. "Wan .......... (namanya) Bin (tanpa Syed/Wan) .......(nama Ayah". Sedangkan Ayah dan ibuku tidak membawa nama Syed/Sheikh mahupun Sharifah/Syarifah. Apatah lagi Wan atau Megat. Kadang-kala kami sudah lali dengan soalan yang tiada jawapan konkrit dari kami. Kami cuma pernah mendengar yang Ayah mendapat mimpi supaya menamakan kami dengan nama sedemikian. Alhamdulillah, walaupun begitu, nama-nama kami semua mempunyai maksud yang baik.

Ada apa dengan Nama?

Anda rasa, penting tak nama tu pada kehidupan kita? Of course la! Setiap kali orang memanggil nama kita yang baik, seolah-olah mendoakan kebaikkan juga. Sebab tu, kalau nama kita bermaksud buruk dan perkara tak elok, sebaiknya tukar dengan segera. It will effect our live as well. Pernah masa sekolah dahulu, di sekolah kami ada seorang murid yang punya nama bermaksud buruk / tidak elok. Tidak dipastikan adakah ayah ibunya tersalah pilih nama, atau ejaan namanya yang tersalah diletak dalam IC masa pendaftaran JPN. Namanya bermaksud salah satu nama Neraka (nauzubillah), maka cikgu pun suruh tukar dengan segera. Sebelum menukar nama, pelajar itu salah seorang remaja yang bermasalah. Namun, setelah namanya ditukar kepada makna yang baik, Alhamdulillah banyak perubahan dilihat pada akhlaknya. MasyaAllah, begitu penting nama bagi kita kan?

Ok, berbalik pada namaku. Seseorang itu tidak boleh menggunakan nama Syed / Sharifah jika bukan bernasab (berketuruan) dari susur galur Syed / Sharifah. Tapi yang pasti, tidak tertulis pun dalam perlembagaan. hahaha..So, everyone boleh je bubuh nama apa-apa sahaja. Sebab itu ada orang nama Tengku/ Puteri/ Raja/ Megat / Wan/ Nik bahkan Syed dan Sharifah tanpa ada sebab nasab. Tapi bagi orang yang berilmu, bukan sewenang-wenangnya boleh meletak pangkal nama dengan nama-nama seperti ini kerana gelaran ini sepatutnya berkait dengan keturunan dan susur galur keluarga masing-masing. Tak sempat nak kaji pasal nama-nama yang lain tapi memang ada penerangan tentang asal nama-nama gelaran ini.

Dari mana Syed / Sharifah ni? Dikatakan, Syed dan Sharifah adalah berketurunan Nabi Muhammad SAW dan merupakan golongan Ahlul Bait. Allahu, takut bila dengar tentang kenyataan ini. Besar tanggungjawab nak menjawab di akhirat nanti. Adakah benar mereka yang mengkaji ini punya susur galur dari nasab Rasul Mulia, Rasulullah SAW. Jangan main - main, besar dosanya mengaku punya nasab tapi sebenarnya tidak. Namun, golongan ini mungkin punya bukti dan kajian terhadap pengakuan mereka. Tambahan pula, kebanyakan golongan ini mempunyai salasilah keluarga sebagai bukti untuk menghubungkan keluarga mereka dengan cucunda Rasulullah SAW sekaligus dengan Rasulullah SAW sendiri. Wallahua'lam, aku bukan orang yang mengkaji hal nasab ini, aku pun tak tahu. Dan jangan bercakap perkara yang kita tak tahu.

Namun, ada juga golongan yang sangat taksub dengan susur galur ini sehingga menghinakan orang lain. Ada yang menentang perkahwinan yang bukan sekufu kerana bimbang tidak lagi dianggap mulia kerana tidak boleh menyambung nasab. Ada pula yang taksub sehingga lupa pada kewajipan kita sebagai makhluk biasa. Allahuakbar. Jadi, sedarlah wahai Syed dan Sharifah yang sebenarnya kamu tiadalah beza dengan mereka yang bukan Syed dan Sharifah melainkan jika kamu bertaqwa (takut) kepada Allah. Jadi tidak perlu dibezakan antara mereka yang Syed atau Sharifah dengan mereka yang bukan. Jangan dilarang perkahwinan antara keduanya dan jangan taksub kepada mereka kerana semua ini bertentangan dengan ajaran Islam.

Tetapi mereka yang berketurunan Syed dan Sharifah harus ingat yang mereka mesti berkelakuan sebagaimana yang selayaknya diperlakukan oleh seorang Muslim supaya kamu tidak memberi cemar kepada nama Ahlul Bait yang selama ini disanjung tinggi oleh seluruh umat Islam. Walau sesiapa pun kita, walau bukan golongan Syed/ Sharifah, kita mesti menjaga akhlak kerana kita adalah duta pada Agama kita. Akhlak baik yang kita tunjukkan akan membawa lebih ramai non-Muslim dekat dengan Islam. Setuju?

Ok, berbalik kepada cerita namaku. Diceritakan oleh orang-orang yang terdahulu. Bapa kepada Ayahku adalah berketurunan Mendailing, berasal dari tanah seberang (di mana? jangan tanya aku) Pernah dengar tak nama-nama seperti Harahap, Siregar, Nasution dan sebagainya. Bapa kepada ayahku iaitu Nenek - panggilan pada kami adalah bersusur galur dari Harahap dan Opahku (Ibu kepada Ayah) adalah bersusur galur dari Nasution. Diceritakan, kerabat Nenek ini berketurunan di Raja (jangan kata aku poyo pulak) namun kerana pertelingkahan keluarga (mungkin juga kerana peperangan kerana terdapat bukti sejarah telah berlaku peperangan menentang kaum bukan Islam orang Batak-Mendailing beragama Kristian yang berniat jahat terhadap orang - orang Mendailing asal yang pada keseluruhannya beragama Islam. (Perang Padri kalau tak silap namanya). Oleh kerana peristiwa itu, sebahagian mereka berhasil membawa diri dan merantau ke sini. Mereka ni saudagar, memang pandai berniaga. Sampai di sini, membuka tanah dan membuat kebun dan sawah. Nenekku seorang yang berharta. Sewaktu kecil Along (Kakakku yang sulong) pernah terlihat dan bermain-main dengan alat seperti cokmar berwarna emas di dalam bilik Nenek.  Ada juga yang berbentuk seperti cogan / logo juga berwarna emas. Yang ni aku pernah terjumpa sewaktu bermain-main dalam bilik Opah. Nenek telah meninggal dunia semasa aku lahir. Tak sempat aku nak mengenali Nenek. Tapi dia sangat rapat dan sayang pada Along kerana Along adalah cucu sulongnya. Al - Fatihah buat Nenek yang tak pernah ku kenal. Dikatakan Allayarham Nenek juga membawa gelaran Syed ini tetapi sudah tidak dipakai pada namanya. Kerana apa? Mungkin ingin memutuskan pertalian dengan keluarganya dari sana. Namun, aku pun tidak pasti. Bila tiba pada Ayah, aku tak pasti kenapa Ayah memakaikan kami gelaran itu kembali. Ayah pernah bercerita yang Ayah mendapatkan nama kesemua kami daripada mimpinya dan menamakan kami sedemikian rupa. Jadi aku pun bernama Sharifah ....... Binti .....( tanpa Syed) ......... (nama Ayah).

Setelah cerita itu berakhir di situ, kami melihat dari sudut yang berbeza pula. Kami menyelidiki susur galur keluarga sebelah ibuku pula. Ibuku punya darah keturunan dari tanah Arab. Allahyarham Atuk juga mirip orang Arab, tampan, tegap dan tinggi, kulit cerah kemerah-merahan, hidung mancung, anak mata coklat/kelabu. Diceritakan dahulu, Bapa Atukku adalah seorang saudagar Arab yang kaya, merantau ke tanah Melayu untuk berniaga dan berkeluarga. Dia juga punya keluarga di negara asal yang tidak pernah kami ketahui. Dia juga dikhabarkan punya keluarga lain di tanah seberang yang juga tidak pernah kami ketahui. Arwah moyang kami dikhabarkan hilang kerana diculik orang kerana beliau seorang yang kaya sehingga tidak pulang-pulang lagi menemui keluarganya lagi. Mungkin juga Arwah moyangku membawa nasab Syed/ Sheikh ini. Yang kami ketahui namanya cuma Hj Taib. Kehidupannya, peribadinya tidaklah diketahui kerana Atuk tidak pernah bercerita tentang Arwah bapanya itu. Cerita yang kami dengar adalah dari orang-orang yang terdekat yang lain. Ada juga paras rupa persis Arab turun pada Pak Cik dan Mak Cikku dan juga sepupu-sepupuku. Aku? Entahlah, mungkin ada sedikit.😅. (nak jugak)

Kesimpulannya, aku dah tak nak mencari lagi. Pencarian kami ini membuka pelbagai misteri, dari yang nyata kepada yang mistik. Pelbagai cabaran dan ujian dilalui demi pencarian ni. Kini, biar sahajalah pencarian ini terhenti setakat ini. Aku serah sahaja pada Allah mengenai asal usulku. Kerana aku yakin, yang penting adalah pengakhiran seseorang. Bukan di mana dia bermula. Sama ada Sharifah/Syarifah kah? Syed/Sheikh kah? Tiada bezanya pada pandangan Allah. Apa yang membezakan taraf kita  di sisi Allah adalah Taqwa. Membawa nama Sharifah/Syarifah itu tidak menjadikan kami istimewa. Dengan nama itu tidak membuatkan kami terlepas dari berbuat khilaf dan dosa.

Wallahua'lam.
Tulusly,


Dari seorang Sharifah Tanpa Syed. 

Monday, December 9, 2019

Rasa Hati ~ Hanya Tuhan Yang Tahu

Allahu, kadang-kadang dah rasa giveup dengan hidup! Astaghfirullahalazim!

Sekadar gambar hiasan.
Satu persatu perkara buruk berlaku, dihimpit kesusahan hidup, kehilangan punca dan idea, kewangan terjejas, perniagaan merudum, kerjaya tak menentu, kesihatan pun menurun, sakit berpanjangan, kebocoran wang sentiasa, dapat je habis, malah tak cukup. Allahu kenapa ni??

Duduk merenung diri di bucu katil bukan bucu sejadah. Kenapa Ya Allah! Kenapa perkara ini terjadi padaku? Air mata nak menitis tapi tersekat oleh hati yang keras. Keras sekeras kerikil. Hati rasa kena berbalik pada Allah, merayu pada Allah, minta bantuan Allah. Itulah jalan keluar. Tapi tangan ni laju nak minta tolong keluarga dan kawan-kawan. Nak taip di media sosial meluahkan rasa hati, menagih simpati orang. Rasa hidup ni tak adil pada aku. 

Aku bersusah payah ni Ya Allah. Bila melihat kehidupan orang lain lebih baik dari kita, mulalah rasa seperti tiada keadilan. Lebih-lebih lagi ianya berlaku pada kenalan kita. Kenapa semua nampak mudah dalam kehidupan si polan - si polan tu? Habis sekolah, sambung belajar di Universiti, lepas tu kerja seadanya, then berkahwin dengan lelaki pilihan, sekarang jadi suri rumah, ada anak-anak dan keluarga yang bahagia. Boleh pergi bercuti, sambut birthday anak dengan meriah, selalu update travel ke luar negara. Pakai baju dan bergaya cantik-cantik. Owh rasa syoknya hidup dia, tak perlu nak stress berkerja dengan orang lain macam aku. Kena hadap kerenah orang ramai. Kena kerja lebih masa, itu pun tak menjamin apa-apa. Kalau orang tak suka, bila-bila sahaja orang boleh berhentikan kita. Jadi tak adilkah Allah pada aku??

Ya, aku adalah penDOSA. Tetapi bak kata Rosyam Noor, Pendosa ini juga ingin ke Syurga. Mungkin ujian ini untuk menghapuskan dosa-dosaku dan mengangkat darjatku. Mungkin juga aku masih belum memahami apakah 'ibrah disebalik ujian-ujianku? dan mungkin juga kerana hatiku kotor dan hitam dengan persepsi buruk pada semua takdir Allah padaku? Ya, pada aku kerna hati aku ni keras. Terasa keras hati tu bila tak tersentuh pun pada nasihat dan teguran yang Allah bagi. Aku tiada rasa apa pun, sedih tapi tiada air mata yang menitis menangisi diri ni. Bila bercerita dan berfikir berkenaan masalah-masalah yang melanda, hati jadi sayu, tiada kata yang dapat memujuk diri kala itu walaupun aku tahu Allah mendengar, Allah melihat, Allah tahu apa yang berlaku pada aku. Ego kah aku sehingga tidak mahu merendahkan diri dengan Allah, mengadu betul-betul pada Allah. Sekadar tahu bahawa Allah lah yang memberi ujian dan melepaskan diri kita dari ujian. Kenapa ya? 

Benarlah, hati aku dah keras agaknya. Nauzubillahimin zalik. Aku tak mahu terus berada dalam keadaan ini. Keadaan ini membuatkan aku lagi jauh dari Allah. Kadang-kadang kerana perasaan kita yang sering buruk sangka pada Allah, mempersoalkan ujian yang silih berganti pada kita menjadikan kita tidak nampak lagi nikmat Allah yang lebih banyak dari ujian yang menimpa kita. Aku mahu dekat dengan Allah, Aku mahu Allah memandang aku yang kerdil dan hina ini. Janganlah Allah berpaling dariku. Aku nak jadi hamba yang soleh, Aku nak jadi hamba yang sedar bahawa hidup ini akan berbalik semula kepada fitrah. Fitrah sebagai manusia yang Allah cipta untuk menyembah ALLAH, MengESAkan ALLAH. Tu je tugas kita selain menjalankan fitrah kita sebagai khalifah Allah, menjaga dan mengimarahkan dunia ciptaan Allah ni untuk kebaikan bersama semua makhluk. 

Dan sememangnya ALLAH sangat sayang pada aku. Aku dah pernah cerita sebelum ini. Bila aku diuji dengan kekangan wang, tup-tup, Allah bagi rezeki. Allah Maha Mendengar, Allah Maha Melihat, Allah Maha Menolong. Sebaik-baik pertolongan adalah pertolongan dari ALLAH. Jadi aku percaya Allah sayang pada aku, sebab tu Allah uji aku lagi.. dan uji lagi.. dan lagi.. tapi biasalah manusiakan mudah lupa. Kadang-kala, penat dan membebel seketika, tapi jangan lama-lama. Allah tunggu kita nak bercakap dan mengadu padaNya. Allah sayang sangat pada hambaNya. Sayang sangat! Aku terjumpa satu bacaan doa yang sangat powerful untuk merawat hati yang keras ni. Nak mohon doa bacakan doa ini dahulu. Jom amalkan sama-sama. Aku terjumpa semasa mendengar ceramah Dato' Ustazah Norhafizah Musa (UNM). Let's start today after solah.


InsyaAllah..will find the way..

Saturday, September 14, 2019

Mari BerWakaf ~ Telaga Air Bangladesh

Assalamualaikum para Sahabat dan kenalan semua.

 

Harini nak share something yang agak panjang, please bear with me.😊

“Apabila matinya seorang manusia, maka terputuslah pahala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu: sedekah jariah, atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.”

Al-Khatib al-Syarbini berkata: Ulama telah mentafsirkan perkataan ‘sedekah jariah’ dalam hadis yang tersebut di atas itu dengan maksud wakaf, sepertimana kata Imam al-Rafi’i. Hal ini kerana pahala sedekah jariah terus menerus mengalir kepada orang yang melakukannya, sedangkan sedekah yang lain, pahalanya tidak berterusan mengalir sepertimana sedekah amal jariah atau wakaf.

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat semua, saya dan team sukarelawan Islamic Relief Malaysia akan meneruskan usaha membantu saudara seislam kita melalui misi Wakaf Telaga Air Bangladesh (TAB). Untuk misi kali ini kami memerlukan sejumlah dana untuk membina Telaga Air (Water Well) bagi kegunaan 200 buah keluarga, InsyaAllah.


Target Dana yang diperlukan adalah RM100,000.00. Kami sudah mula mengumpul dana dari pelbagai program dan aktiviti. Setakat ini jumlah terkumpul adalah sebanyak RM25,000.00. Banyak lagi yang diperlukan untuk menjayakan misi ini.😢


Adalah dengan sukacitanya saya nak mengajak kawan-kawan dan kenalan untuk sama-sama berkongsi cara mudah untuk berwakaf dengan menyertai Wakaf Telaga Air Bangladesh ini. Anda bayangkan setiap titis air yang dimanfaatkan oleh penerima wakaf itu, InsyaAllah pahalanya akan sentiasa mengalir pada kita semasa kita hidup dan selepas kita meninggal dunia.

Untuk pengetahuan kawan-kawan, Bangladesh terpilih sebagai salah satu negara yang memerlukan projek wakaf telaga air kerana mereka mengalami krisis air yang sangat membimbangkan selepas Somalia.

Sumber air mereka tercemar dengan sisa arsenik. Mereka tiada pilihan lain kecuali menggunakan sumber tercemar ini sehingga bantuan telaga air ini siap. Di sana memang dah ada banyak telaga pump (shallow tube-well) ni, tapi kebanyakkannya telah tercemar. Sejumlah 20 juta warga miskin Bangladesh masih meminum air yang dicemari arsenik, semenjak dua dekad yang lalu selepas toksin berbahaya itu ditemui dalam bekalan air mereka.

Laporan Hak Asasi Manusia (HRW) menyatakan Bangladesh gagal mengambil langkah awal bagi menangani masalah itu yang membunuh kira-kira 43,000 warga Bangladesh setiap tahun, kebanyakannya di kawasan luar bandar yang miskin.

Bekalan air tercemar itu bermula sejak 1970-an apabila kerajaan Bangladesh menggali jutaan telaga tiub cetek untuk menyediakan air bersih kepada penduduk tanpa menyedari tanah itu banyak bercampur dengan arsenik secara semula jadi.

Pendedahan kronik kepada arsenik dikaitkan dengan kanser hati, buah pinggang, pundi kencing dan kulit, serta penyakit jantung tetapi HRW menyatakan ramai mangsa di Bangladesh tidak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan.

Atas dasar kemanusiaan, kami di Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama Islamic Relief Bangladesh (IRB) dan Union Sanitation task force Committee telah mengenal pasti kawasan yang kritikal untuk membina telaga air lebih dalam (Deep Set Pump-DSP) sebanyak 17 buah di daerah Mymensingh dan Modhupur Upazila.

Jom sama-sama membantu kami untuk mencukupkan dana bagi pembinaan telaga air ini. Projek Telaga Air Banglesh (TAB) bergerak seiring dengan program sedia ada (Facilitating Water Access in Central Northern part of Bangladesh-FWAB).

Jadi nak minta jasa baik kawan-kawan untuk sama-sama membantu membina telaga ini. InsyaAllah, saya sendiri akan ke sana melihat sendiri perkembangan pembinaan Telaga Air ini nanti. Ketahuilah, betapa berharganya setitis air bersih untuk mereka.😥

Anda juga boleh menyumbang seberapa banyak yang anda mampu. Boleh rujuk flyers.

Sumbangan boleh terus di masukkan ke akaun Islamic Relief Malaysia (IRM).


*Maybank Islamic: 5621 4270 8704*
*Reference Code: TAB4S*


Dan diharapkan juga jasa baik sahabat semua turut sebarkan tentang program wakaf ni pada kenalan dan keluarga anda yang lain. InsyaAllah, Allah tahu apa yang kita buat, sedikit sebanyak kebaikkan ini berbalik pada kita. Kita juga boleh niat untuk wakafkan bagi pihak kaum keluarga kita yang sudah tiada.

Untuk mengikuti perkembangan projek ini, anda boleh follow Instagram (IG) kami :


volunteer_project

TELAGA AIR BANGLADESH (TAB)
☝


Semoga Allah SWT memberikan ilmu dan kefahaman yang tepat agar kita dapat membuat persiapan dengan sebaik-baiknya demi keuntungan kehidupan Akhirat yang kekal abadi. Amin.🙏

Terima Kasih Semua, love ya!

Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan untuk mendapatkan resit pelepasan cukai bagi yang berkenaan.



Sharifah Suhaila Idris - 017 244 9387 / sharifahs85@gmail.com

Thursday, August 15, 2019

Sesi Mengopi di Kubur Ayah.



~Lewat Petang Hari Raya AidilAdha yang Pertama, 11hb Ogos 2019, Sabtu 6:30 petang.
Kami Menziarahi Ayah Di Kampung Abadi~

Assalamualaykum Ayah,

Maafkan Adek, dah lama tak jenguk kubur ayah. Adek tahu, Ayah baik-baik saja di sana. Bukan Adek, Emak, Along, Benja dan Uda tak nak balik, tapi ada banyak halangan untuk kami sampai ke sini. Sungguh kami rindu sangat dengan Ayah!

Last kami balik haritu, kami dah tanam pokok puding baru kat kubur Ayah. Alhamdulillah, pokok yang ni tetap hidup walaupun daunnya agak kering. Mungkin sebab musim panas. Pokok yang dulu tu tak nak hidup. Yelah, kami pun tak jenguk pokok tu, mana la dia nak hidup kan. Kami dah betulkan kembing batu-bata dan gemburkan tanah kubur Ayah. Dah cantik kubur Ayah sekarang.

Ayah, Adek rindu nak sembang dengan Ayah. Dulu masa kecil-kecil, mana ada Adek berani nak bersembang dengan Ayah. Seriau! Sekarang rasa rugi pulak. Dalam 2-3 tahun sebelum Ayah pergi dapatlah juga kita duduk-duduk bersembang mengopi bersamakan? Alhamdulillah, itulah jadi kenangan sampai kini. Samalah macam hari ni, bezanya kini tiada kopi, kita cuma bersembang sepi. Adek selalu buatkan kopi untuk Ayah. Ayah kata Adek buat kopi sedap, pekat. Dah jadi rutin Adek buat kopi untuk Ayah petang-petang. Kadang-kala kalau rajin, Adek buat kudap-kudapan. Tapi selalunya mak lah yang buat. Dan kita bertiga akan duduk di luar, menghirup udara segar petang-petang sambil bersembang-sembang. Bila tiba waktu Maghrib, kita akan solat Jemaah bersama. Di akhir-akhir usia Ayah, Adek pun dah belajar jauh, pulang cuma waktu cuti semester sahaja. Begitulah rutin harian masa kami waktu petang-petang. Keadaan yang sangat santai dan mendamaikan.

Demi Allah, Adek rindu la dengan Ayah. Rindu nak dengar suara Ayah. Kalau boleh Adek nak cerita semua yang dah jadi pada Adek ni pada Ayah. Kalau Ayah masih ada, Adek rasa keadaan tak mungkin jadi macam ni. Orang takkan mudah nak mengenakan keluarga kita. Orang-orang ni cuma takut dengan Ayah, bukan takut dengan Allah. Bila Ayah dah tiada, orang-orang ini sewenang-wenangnya menganiaya kita, memperlekehkan kita, menghalau kita dari tanah kita, dari tanah rumah Ayah. Ayah tahu tak, mereka nak rampas tanah rumah Ayah, yang Ayah dirikan sendiri dengan tulang 4 kerat Ayah untuk keselesaan anak cucu Ayah. Adek minta maaf rumah tu terpaksa kami tinggalkan demi kelangsungan hidup. Namun kami akan kembali untuk menebus hak kami. Adek janji, Adek akan berusaha untuk bangunkan kembali rumah Ayah tu. Adek takkan biarkan orang-orang itu terus-terusan memijak-mijak kita. Menghinakan kita di tanah kita sendiri. Ayah beli tanah tu dengan hasil titik peluh Ayah, tiada sangkut paut dengan hak milik pusaka orang-orang itu. Dah la orang-orang itu membaham kesemua harta pusaka Ayah, malah tanah yang Ayah beli sendiri pun mereka mahukan juga. Ayah, orang-orang ni dah melampau!

Tak cukup dengan itu, orang-orang ini menyakiti kami semua. Mengguris hati kami semua, memporak-perandahkan hidup kami semua. Ayah tahu tak, sehari lepas Ayah hidup di Tanah wakaf, ada orang tu suruh Adek berhenti belajar, dia cakap jangan susahkan adik-beradik sebab Ayah dah tiada. Dia taknak Adek jadi macam dia, susahkan adik-beradik nanti adik-beradik mengungkit. Dia macam nak bagitahu yang Ayah mengungkit perihal dia belajar dahulu. Padahal Adek tahu yang Ayah sangat berbangga dengan orang itu. Tak pernah keluar dari mulut Ayah yang orang itu membebankan Ayah. Kelu lidah Adek mendengarkan nasihat orang itu. Benja pun dengar jelas pesanan orang itu. Sampai hati mereka mematahkan hati kami disaat kami perlukan sokongan selepas ditinggalkan Ayah.

Ayah nak tahu tak, masa Ayah dah dimandikan dan menunggu masa untuk dikafankan, ada orang tu bising-bising cakap kain tak cukup, kapas tak cukup seolah-olah nak mengaibkan Ayah. Abang Halim menantu Ayah pun bergegas pergi beli lagi di pekan. Padahal orang masjid yang mandi dan kafankan ayah tiada pun meminta kain dan kapas lagi. Semuanya cukup, malah jadi berlebihan. Ayah terbaring kaku dengan wajah yang sangat manis. Sepanjang malam itu, sesaat pun Adek tak tinggalkan Ayah. Setitik air dan secebis makanan pun tidak masuk ke perut Adek. Semuanya rasa pahit. Adek tidur sebentar ditepi Ayah, lalu bangun kembali menyambung bacaan ayat-ayat suci Al Quran untuk Ayah.

Ayah tahu tak, malam itu ada tetamu khas yang mendoakan ayah, menyedekahkan ayat-ayat suci untuk Ayah. Yang sama-sama membaca tahlil untuk Ayah. Sampaikan orang sekeliling hairan siapakah gerangan pemilik suara itu. Suaranya garau, jelas fasohahnnya persis bukan orang kampung kita, suaranya itu seperti mengetuai bacaan tahlil yang Adek bacakan dalam keadaan teresak-esak. Orang-orang itu turut mendengarnya. Adek tak tahu persepsi mereka akan perkara ini. Tapi yang penting tetamu Ayah itu, tetamu yang baik. Sepanjang membaca tahlil itu, mata Adek, Along dan Uda saling berpandangan. Hanya kami yang membaca tapi ada suara lain yang ikut sama. Subhanallah.

Ayah, sesungguhnya Adek amat mencemburui kematian Ayah. Walaupun orang mengenali Ayah sebagai seorang yang garang, namun Ayah seorang yang berhati mulia, Ayah tak berdendam dengan orang yang berbuat jahat pada dia, Ayah tak pernah menderhaka pada ibunya walaupun ibunya tidak pernah menyayangi dirinya macam anak-anaknya yang lain. Ayah tetap menyantuni ibunya dengan sebaik mungkin setiap kali ibunya bertandang ke rumah kita. Tapi orang-orang itu yang tidak suka melihat Ayah berbuat baik dengan ibunya sendiri. Walaupun pada akhir usia ibunya, Ibunya kembali sedar yang mana intan yang mana kaca. Anak yang disisihkan itulah anaknya yang baik, yang ikhlas berbakti padanya. Namun, apakan daya, sudah terlambat.

Orang-orang itu memisahkan Ayah dan ibunya sehingga nafas terakhir. Orang-orang itu takut ibunya akan memberikan seluruh hartanya pada Ayah jika Ibunya bertukar fikiran. Jahat betul mereka Ayah! Adek ingat lagi betapa Ayah kecewa dengan perbuatan mereka bilamana Ayah datang nak menziarah ibunya. Adek ingat lagi kita datang malam-malam dengan motosikal, senyap – senyap macam pencuri di malam hari. Tiba di simpang jalan Ayah suruh kami mematikan enjin supaya orang yang duduk di sebelah rumah ibunya tidak mendengarkan kedatangan kami. Kami sorong motosikal dengan berhati-hati tanpa membuat sebarang bunyi. Ayah menghendap-hendap di tingkap memanggil-manggil ibunya hanya kerana nak melihatkan wajah ibunya,  hanya kerana nak bertemu dengan ibunya. Allahuakbar! Perkara ini masih kukuh dalam mindaku. Sedihnya Ayah waktu itu, hanya Allah yang tahu. Manik-manik jernih gugur di pipinya. Setiap kali kami datang, setiap kali itulah kami akan pulang dengan hampa.

Sehinggalah Ayah mendengarkan berita bahawa ibunya sudah meninggal dunia tanpa dapat Ayah melihat wajah ibunya walaupun untuk kali yang terakhir. Ibunya dikhabarkan meninggal dunia dalam tidur sendirian di rumahnya. Nampak benar orang-orang itu berhati busuk menyembunyikan ibunya dari Ayah. Berkali-kali Ayah ke rumah ibunya namun ibunya tiada di sana kerana disembunyikan di rumah salah seorang dari orang-orang itu. Bila sudah tidak berguna bagi mereka, ibu itu ditinggalkan sendirian di rumahnya. Bila dah meninggal jenazah ibu itu di bawa pula ke rumah orang-orang itu. Seperti tidak membenarkan Ayah menziarah! Begitu kejam perbuatan mereka pada Ayah! Sampai hati mereka buat begitu pada Ayah!

Mungkin kerana itu Allah ambil Ayah dalam keadaan paling mulia. Waktu Ayah solat Zuhur rakaat kedua, dalam mengingat Allah, dalam keadaan berwuduk. Allahuakbar! Indahnya kematian Ayah. Sepanjang jenazah Ayah di rumah tak putus-putus orang datang menziarah. Ayah bukan ketua kampung, bukan orang berpangkat namun Allah muliakan kematian Ayah. Sesungguhnya orang-orang itu cemburukan Ayah! Mereka dengki pada Ayah! Ketahuilah pada mereka, mereka akan kalah dan kecewa dengan kekalahan mereka sampai mereka mati! Mereka tak pernah meminta maaf atas perbuatan mereka pada Ayah. Mereka berhutang pada Ayah sampailah mereka mati. Hanya Allah yang akan membalas perbuatan mereka itu diakhirat nanti. Tunggu sajalah balasannya.

Orang-orang itu bukan orang lain pun, mereka adalah adik-adik Ayah yang berhati busuk dan bertopengkan syaitan! Semoga Allah membalas perbuatan mereka itu dengan azab yang pedih!
Ayah, nanti Adek cerita lagi ye. Kisah sedih kita ini, tidak berakhir di sini. Ada sambungan lagi..

Tapi, harini Adek nak kabarkan pada Ayah yang anak-anak Ayah masih teguh bersama. Ayah pasti bangga! Ini buktinya yang Ayah dah berjaya didik kami semua. Walau pelbagai dugaan dan cabaran menghalang hubungan kami, mereka cuba nak pisahkan kami, mereka cuba melagakan kami, namun restu Ayah tetap bersama kami. Terbontanglah mata-mata orang itu melihat keutuhan dan keakraban kami anak-anak Ayah. Walaupun Ayah dah tiada, rumah kampung pun dah tiada tapi kami tetap pulang ke kampung bersama. Beraya bersama, membahagiakan Emak bersama. Walau tiada harta dunia yang Ayah bekalkan pada kami namun harta Akhirat ini lebih bermakna. Kami pulang menziarah jiran tetangga yang baiknya melebihi kebaikan orang yang ada pertalian darah dengan kita. Kami juga bersatu hati wakafkan tanah Ayah bersebelahan tapak rumah tu, semoga ada ganjaran kebaikan untuk Ayah. Kami akan buat yang terbaik untuk Emak dan Ayah, InsyaAllah.

Nanti kita mengopi lagi, OK! Dah nak masuk waktu maghrib ni. Kami pulang dahulu. Tadi dah singgah sebentar di rumah lama Ayah.

Raya di Rumah Ayah

Rumah Ayah ni InsyaAllah akan kami bangunkan semula.

Selamat Hari Raya AidilAdha Ayah!
Jumpa lagi nanti, InsyaAllah.

Assalamualaykum.💙