Monday, May 21, 2018

Coretan Ramadhan Ke-6 : Hindari Hasad Dengki


Hasad dengki adalah sesuatu tindakan, perangai, kelakuan buruk yang ditegah agama tetapi sering ditayangkan di kaca TV. Lebih-lebih lagi dalam naskah drama-drama melayu. Setuju? You name it ada berapa drama Melayu yang ada element hasad dengki? tak terkira. Bila Melayu je mesti nak hasad dengki. Bila Melayu je, mesti nak PHD (Perangai Hasad Dengki) Setuju lagi?

Bukan niat nak jatuhkan bangsa sendiri tetapi inilah realitinya. Mentaliti kebanyakan orang kita, orang Melayu, orang Islam. Nauzubillah.

Apakah itu hasad dengki?

Imam Al-Nawawi rahimahullah dalam kitab Riyadhus Salihin di dalam bab Haramnya Hasad menjelaskan pengertian hasad iaitu mengharapkan hilangnya nikmat dari seseorang sama ada nikmat agama atau dunia. Seseorang itu dikatakan hasad apabila dia melihat suatu kelebihan yang ada pada orang lain lalu dia merasa iri hati, dengki atau tidak senang dengan kelebihan yang ada pada orang itu.

Kadangkala hasad ada dalam diri tanpa kita sedar. Apabila kita tidak suka melihat nikmat pada seseorang, hakikatnya maksud di sebalik perasaan itu adalah kita mengharap agar nikmat itu hilang dari orang tersebut, dan inilah yang diertikan dengan hasad. Tanya pada diri, pernahkan kita berasa sedemikian? Fikir-fikirkan dan muhasabah.

Orang yang hasad secara tidak langsung menolak takdir Allah SWT. Apabila orang itu benci apa yang ada pada orang lain, ini menunjukkan orang itu tidak menerima apa yang Allah takdirkan. Kerana apa juga yang berlaku dalam dunia ini adalah ketentuan Allah.

Sifat buruk orang hasad dapat diibaratkan sebagai bara api dalam jiwa yang memakan diri sendiri sedikit demi sedikit. Orang yang hasad terus merasa tidak senang dengan orang yang dia hasad itu dan terus mengawasi serta mencari-cari kesalahannya akibat perasaan tidak puas hati itu.

Orang yang berhasad dengki hidupnya tidak akan tenteram. Dia bukan sahaja dimurkai oleh Allah SWT, malah pemikirannya juga sentiasa bercelaru kerana asyik memikirkan ketidakpuasan hati terhadap orang lain. Sifat dengki akan mewujudkan permusuhan. Manusia seperti ini sentiasa merasakan dialah yang terbaik, jadi dia akan gelisah jika ada orang lain melebihinya. 

Paling hina sekiranya dengki itu menyebabkan dorongan kepadanya melakukan sesuatu tindakan semata-mata untuk menjatuhkan orang lain, seterusnya boleh mengundang sifat mazmumah yang lain seperti fitnah-memfitnah, pergaduhan, pembohongan, putus silaturahim, penghinaan dan lain-lain. Malah tidak hairan jika sifat dengki juga boleh mengakibatkan pembunuhan. Semua kejahatan ini akan wujud ekoran dari perasaan hasad dengki selagi ianya tidak dijauhkan.

Firman Allah SWT, “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia mendengki.” (Al-Falaq: 5)

Orang yang hasad akan terus mendapat natijah yang buruk. Lebih buruk adalah sifat hasad yang ada padanya tidak akan mengubah takdir Allah. Akhirnya ia adalah sifat buruk yang membinasakan diri sendiri.

Nasihat para ulama, apabila seseorang itu dapati dirinya ada perasaan hasad, ubatnya adalah hendaklah cepat-cepat beristighfar serta mendoakan keberkatan (kebaikan) buat saudaranya itu. Daripada berharap agar kebaikan itu hilang daripadanya, lebih baik mendoakan agar kebaikan itu kekal dan semoga Allah melimpahkan keberkatan atasnya. Hal ini tidak akan memudaratkan, sebaliknya ia memberi manfaat kepada kita di sisi Allah.

Subhanallah, Allah adalah sebaik-baik perancang, percaturan Allah tak pernah salah. Kenapa perlu rasa tidak puas hati terhadap apa yang dikecapi oleh orang lain, sedangkan Allah sudah menulis setiap rezeki kita. Cukup-cukuplah bersakit hati.

Aku juga pernah dibayangi oleh orang yang berhasad dengki. Sehinggakan aku dianiaya dan disakiti. Tetapi itu tidak membuatkan aku rasa tersisih oleh rahmat Allah. Aku yakin ini ujian untuk aku dan ujian ini terlalu sedikit dan tidak setimpal dengan ujian orang-orang yang terdahulu. Allah uji sebab Allah sayang. Jadi, jangan pernah pertikaikan apa yang orang lain perolehi. Cuba ambil pendekatan mudah;

Kalau Allah lebihkan seseorang itu dari kita, ertinya Allah mahu menguji kita sama ada sabar dan redhakah kita dengan kekurangan yang Allah takdirkan. Dan kalau Allah lebihkan kita dari seseorang, ertinya Allah mahu menguji kita, bersyukurkah kita terhadap nikmat itu bukan sebaliknya sombong, bongkak, dan lupa diri sebagai hamba Allah. Nauzubillah hi minzalik.

Peringatan ini adalah untuk diri yang menulis dan anda yang membaca. Semoga Ramadhan ini membawa seribu keberkatan dalam kehidupan kita. Jom BERUBAH JADI BAIK.

~Salam 6 Ramadhan~


Thursday, May 17, 2018

Selamat Hari Guru dan Selamat Datang Ramadhan!



Tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa seorang guru.


Guru zahir pertama kita, adalah IBU kita.
Guru zahir kedua kita adalah BAPA kita.
Mereka inilah yang berkorban, bersusah payah untuk membesarkan kita dengan doa dan air mata.
Tak lupa juga adik-beradik kita, yang mengajar erti sayang, suka dan duka.

Dan seterusnya guru-guru lain yang menyinari hidup kita.

Selamat Hari Guru, kepada semua guru-guruku. Semua guru yang mengajarku secara langsung dan tidak langsung dan memberikan kesan di dalam hidupku.
  • Guru dari Tadika Kemas, Sungai Lampam
  • Guru dari SK Sungai Lampam
  • Guru dari SAR Maahad Al Islah
  • Guru dari SMK Sungai Manik
  • Guru dari SMK Seri Perak
  • Pensyarah dari UiTM Segamat, Johor
  • Pensyarah dari UiTM Shah Alam
  • Supervisor, senior dari Pharmaniaga Berhad
  • Supervisor, senior dari Flextronix Manufacturing (M) Sdn Bhd
  • Senior, Mentor, Trainer dari Bumi Armada Berhad
  • Trainer, speaker, motivator yang mengajarkan aku.
  • Ustaz, Ustazah, pendakwah yang mengajarkan aku di TV, YouTube, di FB dll
  • Dr Azizan Osman, mentor kejayaanku. (ni dah pergi banyak class tapi belum berjaya macam orang lain lagi..huhu)
  • Coach Esfah, Coach Kevin..Coach fitnessku yang baru selesai mengajarkan ilmu fitness dan membawaku menerjah perkara baru seperti senaman dan aktivity luar. (harapnya kurus la menjelang raya ni..huhu)


Dan semua guru-guru yang telah memberikanku ilmu, tak dapat nak ku tulis satu persatu..

Dan rasanya yang paling layak menerima ucapan penghargaan hari guru ini adalah baginda Nabi Muhammad SAW. Baginda adalah guru kepada semua guru kita. Baginda bukan sahaja mengajar, tetapi mendidik dan membimbing. Baginda bukan sahaja menunjuk jalan, tetapi memimpin kita ke jalan itu. Baginda bukan sahaja memberi amaran dari terjebak kepada jalan binasa, tetapi turut mengorbankan dirinya semata-mata menghalang kita dari terjerumus.



Firman Allah SWT:

ويعلمهم الكتاب والحكمة

Dialah Rasul yang mengajarkan kamu al-Kitab san segala kebijaksanaan.
[Al-Jumuah:2]

Sabda Rasulullah SAW:
إنما بعثت معلما
Sesungguhnya aku diutus sebagai guru
[HR Ibn Majah]

Ku panjangkan doa dan solat hajat kepadamu guru-guru ku.
Salam kasih sayang dan selamat meraikan bulan yang ditunggu-tunggu iaitu bulan Ramadhan - semoga kita aturkan supaya rebut semua bonus-bonus pahala yang banyak rahsia padanya.

Mari kita sedekahkan Al-Fatihah kepada guru-guru kita.
Dan tak lupa, selamat menjalani ibadah puasa kepada semua..






Monday, May 14, 2018

GE14 ~ Greatest History Ever Happened to Malaysia!


Happy Independent Day Malaysian! Independent from the ruling government who was betrayed the Malaysian's trust, destroy the 'Amanah', abuse of power and leads to so many corruption!


Six decades after independence, what happened today is such a dream come true! Malaysia has truly shown itself to be a democracy.


What happened today is the proved that Rakyat (the people) has power to decide who will be the Leader of the country. To the new government, don't deny the power of the people.


I'm so grateful for the results! We went "Balik Kampung' despite of the crazy jammed and the election is purposely done in the middle of the week which rarely happened before. But, because we love our country so much, we just go for it without hesitation! We have fun along the hours of traffic jammed, waving and smiling to each others. I almost shed in tears seeing this phenomena. That's why I said this is a history for a New Malaysia. This should be added into the History Subject in school. Seriously!


Malaysians showed that despite all dramas, party de-registration and court cases leading to the election, despite arguments about religious law and conversion accusations, despite heated campaigning, Malaysians voted, counted and subsequently celebrated peacefully.


May harmony and peace be forever the hallmark of our country, and our similarities and common agenda unite us against those promoting division. And may Allah protect Malaysia and all Malaysians!!


We Love Malaysia!!


Tuesday, April 17, 2018

Manggaku ~ Manggamu Jua {Kisah #throwback Zaman Muda Belia}

Bismillahirrohmanirrohim..


Di pagi yang mulia ni teringat aku pada suatu peristiwa. Peristiwa yang membuatkan jantung berderau tak keruan, akal tak sampai memikirkan kemungkinan itu. Pelik. Memang pelik. Mangga, apakah?

Kisah ini terjadi sewaktu aku masih menuntut di sebuah universiti awam di Shah Alam. Rasanya korang tahu tak? Mesti dah boleh agak kan?

Ianya terjadi sewaktu aku masih di awal semester. Aku baru sahaja berpindah ke kediaman sewaan selepas menginap di hostel di dalam kampus pada semester yang pertama. Oleh kerana aku banyak kerja luar dan sering lewat pulang ke hostel makanya duduk di dalam kampus adalah sangat sukar dan pergerakanku terbatas. Yang selebihnya, dah malas untuk ikut serta aktiviti kolej kediaman kerana terlalu sibuk dengan tugasan lain.

Jadi, aku pun berpindah ke luar menyewa bersama rakan-rakan sekelasku. Aku membawa bersama roommateku sewaktu di kolej kerana dia ditinggal (tergantung sepi) oleh kawan-kawan baiknya masa tu. Roommateku adalah budak mass-comm (Kursus Komunikasi Dan Pengajian Media) manakala aku berada dalam kursus yang berbeza. Jadinya, aku dan dia kekal roommate di rumah sewaan baru kami di Seksyen berhadapan dengan pintu belakang Universiti kami. Agak dekat la dengan kampus. Kami pergi ke kelas dengan bas. Ada bas free dan ada bas berbayar. Bas free adalah bas universiti yang mengambil dan menghantar pelajar di sekitar kawasan terdekat. Sudah ada port menunggu untuk menaiki bas free. Pelajar juga boleh memilih bas tambang yang dibenarkan masuk ke dalam kampus iaitu bas RapidKL. Sewaktu itu, tambang hanya seringgit dan tiket itu boleh diguna pakai lagi untuk satu hari. Memang jimat habis! Kau naik turun bas beberapa kali pun cuma seringgit, hanya tayangkan tiket sambil senyum sedekah pada pemandu bas supaya dia dapat melihat tarikh tiket itu dan anda akan dibenarkan masuk. Roomateku punya kenderaan sendiri tapi aku tak pernah tumpang kerana aku lebih selesa naik bas sendiri. Lagipun blok kampus kami berbeza, (masa tu panggil kampus ni school, ada business school, law school etc) malah jadual kelas kami juga berbeza. Ok, done cerita pasal kampus.

Barukan seminggu menetap di rumah sewa, kami sudah jumpa jiran tempat bergaduh. Kami berjiran dengan budak-budak Art and Design. Kerja diorang malam-malam memekak berkaraoke, bergurau senda, suara diorang saja sampai didengari seluruh pelusuk penduduk di sana, apatah lagi kami yang cuma berselang pintu itu. Budak-budak ni memang havoc, budak fesyen la katakan. Kadang-kadang kami dikejutkan dengan patung mannequin (patung untuk baju tu) di depan pintu, merenung kami yang masuk ke rumah di malam hari. Kadang-kadang kami nampak artis datang ke rumah mereka. Memang havoc habislah jiran kami masa tu.  

Perang mulut biasa terjadi di tengah malam, nak-naknya masa final exam. Masa nak study tu la diorang berparti memekak. Biasanya housemate aku yang suka melayan. Boring-boring pergi ajak budak-budak sebelah gaduh. Mereka ni kebanyakannya budak-budak yang kreatif dan keperempuanan sedikit. Mulut bukan main laser. Kalau zaman sekarang diorang ni macam level makcik bawang la kot. Hahaha. Sedapnya mengata orang ye. Mungkin juga ada antara mereka ni dah berjaya menjadi pereka fesyen terkenal, Wallahua'lam.

Jiran yang di depan kami pula geng orang bujang, aku rasa ada antara mereka ni yang sudah bekerja. Pernah juga bertegur sapa, itupun setakat sepatah dua kata. Aku kan sejenis yang pemalu. Masa tu Abang rumah depan ketuk pintu bagitau kain yang aku sidai kat luar jatuh ke bawah dek kerana angin yang kuat. Masa dia bagitahu, aku tak tengok pun muka beliau itu. Sorry ye abang rumah depan, iolls ni pemalu orangnya. Malam-malam di bulan puasa selalu terdengar suara lelaki mengaji Al-Quran. Haish! Rugi pulak rasanya tak sempat berkenalan dengan jiran yang Soleh depan ni. Hahaha. 

Okey-okey, berbalik kepada cerita mangga yang aku nak sampaikan. Bukan pasal buah mangga ataupun majalah mangga (derr). 

Waktu peristiwa itu terjadi, aku baru lebih kurang seminggu tinggal di rumah sewa itu. Kebiasaanya aku pergi dan pulang dengan housemateku yang sama course dan kelas tu. Tetapi tak pasti kenapa hari itu aku pulang sendirian. Aku ni confident lajak, walaupun tak pasti aku confidentkan diri jugak untuk balik sendiri. So, aku berjaya sampai dengan selamat. Petang tu cuaca agak redup. Sempat aku singgah ke kedai runcit berdekatan untuk membeli jajan. Balik dengan keadaan yang santai, riang sambil makan ais-krim yang ku beli. Aku pun tiba di pintu pagar depan rumah. Membuka mangga (ibu kunci) dengan mudah dan seterusnya masuk ke rumah. Bagi salam sekadar dengar di telingaku sahaja bila aku ternampak rak kasut ada dalam rumah itu penuh. Sampai bertindih-tindih kasut yang disusun. Mana datang semua kasut-kasut ni? Seingat aku, pagi tadi semuanya kemas belaka. Sehingga selipar jepun pun diletakkan di atas rak kasut. Pelik, kebiasaannya selipar jepun semua diletakkan di luar. Lagi tambah terkejut melihat peti sejuk besar warna kelabu gelap di depan mataku. Bila pulak kami tambah peti sejuk. Susun atur peti sejuk tu pun lain. Lagi terkejut beruk aku bila ku lihat ada tikar plastik sedangkan pagi tadi carpet pemberian tuan rumah tu masih ada lagi dibentangkan di tengah rumah. Sejak bila tukar semua ni? Dan tahap terkejut aku menggila bila aku terdengar suara lelaki bergelak-gelak dari dalam bilik hujung. Mau tak terpingsan aku kat situ.

Aku dah fikir lain macam. Dengan perlahan-lahan, aku berjalan semula ke arah pintu. Mata melilau melihat sekeliling. Janganlah ada orang lain masuk pulak. Dengan perlahan-lahan, aku keluar senyap-senyap, aku kuncikan semula pintu grill dengan kunci mangga itu. Aku cuma tutup rapat pintu utama itu, takut didengari orang dalam bilik itu. Serius, kunci mangga itu begitu mudah dikunci dan dibuka. Aku tengok mangganya, sama seperti mangga kunci grill ku.

Sekadar gambar hiasan

Siap aku kuncikan pintu itu, aku lihat sekeliling. Tiada mannequin di rumah sebelah dan rumah depan itu ada tirai bunga-bunga which is bukan tirai rumah bujang yang selalu aku nampak itu. Dengan fikiran yang buntu, aku cepat-cepat menuruni tangga. Memang ni tingkat 4 macam rumah aku, tapi ni sah bukan rumah sewa aku. Aku masih blur-blur sotong. Turun sampai ground floor, aku berdiri di tengah-tengah taman permainan melihat semula bangunan rumah itu. Aku mesej roommateku bertanyakan nombor blok kami. Dia pun pelik, kenapa aku tanya. Blok 35 la.

Aku dengan berdebar-debar melihat dari tepi blok yang aku naiki tadi. Blok 33! demm!! Dah sah aku salah masuk rumah! Astaghfirullahalazim. Nak tergelak pun ada, macam mana boleh salah naik blok dan salah masuk rumah ni! Ya Allah, Ya ampun.. careless betul! nasib la tak jadi apa-apa padaku.


Bila diceritakan pada bousemateku, meledak mereka ketawa. Macam mana aku boleh salah naik blok, lepas tu boleh siap masuk rumah orang lain. Kedudukan blok 33 dan 35 itu cuma berdepan sahaja. Susunan blok rumah di situ agak berterabur dan design dan warna blok yang sama membuatkan aku keliru. Tapi yang buat aku pelik macam mana kunci mangga dan anak kunci itu sama. Bahkan kunci rumah juga sama?? Bahayanya! Allahu, aku tak pasti memang kunci itu sama ataupun kunci rumah mereka itu dah rosak. Wallahua'lam. Tetapi yang pasti, aku memang salah masuk rumah orang. Rumah siapa pun aku tak tahu. Aku berharap tiada sesiapa yang nampak aku keluar masuk ke rumah itu, pada hari tu. Hopefully (finger cross!).


Nasiblah masa tu tiada smartphone, tiada orang nak viralkan..hahaha..

So lesson learnt, sentiasa berhati-hati dan take note keadaan sekeliling. Jangan sambil lewa macam aku sampai tersalah masuk rumah orang lain. Hahaha. Itu memang satu kenangan yang aku takkan lupe sampai bila-bila.

#silaingatnomborrumahsendiri 

#salahmasukpintutakpa #jangansalahmasukpintuhatiorangyangtaksepatutnya #tibetibe

Monday, February 26, 2018

May The Force Be With You ~ Good Job Introvert!



This is when I had to speak in front of others talking about personality traits. Fuh! based on the personality test (DISC Profiling, Myers-Briggs Personality and FACET 5 Profiling) I'm an introvert person and I believed so.

I have no issue traveling alone, eat in restaurant alone, being quiet, not to speak and do my job, artwork, or just reading and writing alone all day long. I can jog, shopping, sight seeing alone, I can go to any unfamiliar environment alone, so basically, doing things on my own is my favorite!


But, my job required me to speak louder and be in front of others. Actually, it's very hard to managed because it's not my natural personality..but it's not impossible!

So what I am saying is, even though it's hard for you to do things that you don't like, but you're required to do it because it's your responsibility. Take a pause, be aware and acknowledge that. Put a thought about it. Do some research and practice, act like a professional and nailed it! If a person like me can do it, so can you!

When I was kid, people often told me not to be so quiet, talk and being more friendly like my other siblings. They keep comparing me with my other siblings. 

I noted on that. I was never felt offended. For me, they just don't have the knowledge about personality traits. That's why they don't understand that people even siblings or twins have different personality. 

Often people say, change your personality to be a better one! Actually, personality doesn't change but how we reacted to certain thing determine our personality. That's what I understand.


Talking about personality, is personality permanent?

The desire to alter personality is not uncommon. Shy people might wish they were more outgoing and talkative. Hot-tempered individuals might wish they could keep their cool in emotionally charged situations. At many points in your life, you may find that there are certain aspects of your personality that you wish you could change. You might even set goals and work toward tackling those potentially problematic traits. For example, it is common to set New Year's Resolutions focused on changing parts of your personality such as becoming more generous, kind, patient, or outgoing.


In general, many experts agree that making real and lasting changes to broad traits can be exceedingly difficult. So if you are dissatisfied with certain aspects of your personality, is there really anything you can do to change?


But the question is, why do you want to change your personality? What makes you think that it is a flaws or weakness to you? Introvert people can be just as successful professionally as extroverts. There is no perfect personality in this world because humans are not perfect, the only way we can control our behaviour and put a taught about how to react in certain way. That's is how you can control whether you want to show your personality or not? 

Being introvert is not that bad. There's so many successful people or celebrities admit that they are personally an introvert person. Some of them, we can't believed that there are introvert as they have been so confident in front of camera and stage. So, the important part is, have a taught about it and how would you handle it? 

Some of the famous international celebrities list. I didn't quotes Malaysian celebrities but I think we have list of Malaysian famous and successful introverts.

15 Famous Personalities are Introvert. Read here. 
16 Super Successful Introverts. Read here. 


These illustration really explain it clearly about introvert person like me. I'm asking all introvert, can you see a little bit of yourself in the illustrations below? Haha.. Really true!








Hope you can learn something and try to understand your introvert friends and family around you. We are highly appreciates it!

Credit to Finnish artist Karoliina Korhonen’s series of comics titled Finnish Nightmares and the other artist Aaron T.Cayedo-Kimura for the spectacular illustration. 

Monday, February 19, 2018

Gelita ~ Bermulanya Episod Misteri (Tiang Tanpa Seri)

Kisah ini telah terbit dalam Blog misteri popular Fiksyen Shasha (boleh baca di sini )


Ini kisah kedua yang ingin ku kongsikan dari slot Gelita. Apa yang akan aku ceritakan adalah cerita sebenar kejadian. 

Kisah yang akan aku ceritakan ini mungkin kisahku sendiri, mungkin juga bukan. Cuma ku harapkan pembaca semua mengambil iktibar atas cerita ini. Cerita tetap juga cerita, mungkin ada yang benar dan ada yang ditokok tambah sebagai penambah perisa dan penyedap cerita. Namun, apa yang ingin ku ketengahkan adalah intipati dan pengajaran melalui cerita ini. Itu yang paling penting! Kita mungkin ada mengalami peristiwa misteri, samada ianya benar ataupun khayalan. Tetapi, aku ada suatu yang nak diceritakan..

Aku (adalah pencerita)

Aku tinggal di rumah yang ayahku bina sendiri dari tulang empat keratnya. Ayahku mempunyai kemahiran bertukang. Jadi semua kerja bertukang dilakukannya sendiri tanpa mengambil upah dari sesiapa. Dari rumah kecil hinggalah rumah itu cukup besar untuk kami sekeluarga. Semuanya dilakukan sendiri oleh ayah dengan bantuan ibuku.

Gambar hiasan
Rumah kami pada asalnya rumah kayu 2 tingkat yang mempunyai bahagian beranda tempat kesukaan aku dan kakak bermain. Bila kami semakin dewasa, tiang rumah itu semakin uzur. Jadi ayah mengambil keputusan untuk membaik pulih rumah dan mengekalkan rumah bawah sahaja tetapi lebih besar agar selesa untuk keluarga kami yang makin membesar.

Tetapi bila diamati, ruang jarak dan bilik bawah masih sama. Ayah cuma menambah 2 bilik untuk kakak dan abangku yang sudah berumah tangga. Aku tetap punya bilik sendiri kerana cuma aku yang masih tinggal di kampung meneruskan persekolahan. Abang dan kakakku semua telah berhijrah ke negeri lain.

Kisah tiang seri rumah lama ini tak pernah diceritakan semasa aku kecil. Ayah kata, dia tidak mahu menakutkan aku yang selalu tinggal sendirian di rumah. Dalam tempoh 2 tahun, Ayah dan Ibu kerap kali berulang ke rumah Arwah Opah semasa hayatnya. Tinggallah aku bersendirian. Adakalanya sehingga lewat malam aku tinggal sendiri kerana Opah sakit kuat dan hanya MakCik ku seorang yang menjaga Opah dan Atuk. (Kini kedua-duanya serta Ayah telah pun pulang ke Rahmatullah) – Al Fatihah.

Aku masih ingat tiap kali aku tidur lewat menonton ‘Saturday Midnight Movie’ (waktu tu tiada astro, hypptv mahupun intenet) ataupun melayan radio (tiada hanphone) sambil study (ceewaah rajin giler), kadang kala aku terasa seperti diperhatikan. Jarak bilik aku dan ayah agak jauh. Bilikku terletak di depan, sebelah ruang tamu. Bilik Ayah dan  ibu pula berada di belakang berdekatan dengan bilik air dan dapur. Bilik kosong dijadikan bilik sembahyang dan stor kerana abang dan kakakku jarang pulang ke kampung kecuali cuti panjang sahaja.  

Pernah di suatu malam, aku bersendirian di rumah dan waktu itu hujan lebat. Ayah dan Ibu pula terkandas di rumah Opah kerana hujan yang lebat. Jam menunjukkan pukul 9 malam, dan tiba-tiba bekalan elektrik terputus dek kuatnya guruh yang berbunyi. Terkejut aku yang memerap di dalam bilik. Aku meraba-raba berjalan ke arah almari di ruang tamu untuk mencari lampu suluh. Tak berjumpa. Lantas aku berjalan perlahan-lahan ke arah dapur untuk mencari lilin. Di luar keadaan gelap, angin kuat menderu-deru, kedengaran bumbung rumah bahagian belakang diketuk-ketuk pelepah kelapa. Berderau darahku mendengarkannya. Itu yang aku fikirkan bila bunyi kuat itu kedengaran. Sewaktu melalui bahagian tengah rumah, bulu romaku tiba-tiba berdiri. Mungkin sebab sejuk. Aku masih cuba berfikiran positif. Alhamdulillah, berjumpa lilin yang dicari. Aku cuma duduk di dalam bilikku bertemankan lilin sebatang. Aku tak sedap hati duduk diluar menunggu mereka pulang. Dalam tak tahu nak buat apa, tiba-tiba bunyi seperti pintu bilikku diketuk. Lagi berderau nak mati menahan terkejut. Aku tidak berani membuka. Dalam hati menyumpah kenapalah aku tak kunci pintu bilik. Aku memandang pintu bilik tidak berkedip. Namun sunyi, mungkin aku tersalah dengar. Nak menjenguk memang taklah. Aku cuma terjaga bila Ibuku membangunkan aku yang rupanya tertidur di bucu katil. Punyalah takut sampai tertidur merenung pintu bilik. 

Sekali lagi terjadi padaku semasa aku sibuk dengan persediaan peperiksaan. Aku selalu tidur lewat untuk study. Adakalanya aku memang akan tidur dahulu dan bangun pada jam 4 pagi untuk meneruskan study. Di sekolah petang itu kawan-kawan aku sibuk bercerita pasal hantu tak tahu kenapa. Serentak dengan itu, kecoh kampung sebelah ada serangan orang minyak. Jadi cerita hantu memang tengah hangat masa tu. Aku tak ambil port pun benda-benda ni.

Gambar hiasan
Nak dijadikan kenangan padaku, malam itu aku tidur agak lewat. Tengah aku menelaah, tiba-tiba ada seekor labah-labah memanjat kakiku. Aku berjaya membunuh labah-labah itu walaupun dalam hati berkata-kata. Tak pernah aku melihat labah-labah yang hitam besar seperti itu dalam rumah ni. Oleh kerana kakakku pulang dari kampus, jadi malam itu aku punya teman tidur. Kami bersembang macam-macam perkara sehingga masing-masing tertidur. Sudah jadi petua ibu jika tidur berdua, kepala kami mesti berada di arah bertentangan. Malam itu aku tidur menghala ke arah pintu, di kaki katil manakala kakak di kepala katil.

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan sentakan yang kuat, aku yang masih mamai terkejut kerana separuh badanku berada dilantai. Hanya bahagian pinggang hingga kaki masih berada di katil. Tersentak dengan keadaan itu, badanku jadi sejuk beku. Dengan keadaan terkejut gorilla (lebih dari terkejut beruk) aku cepat-cepat bangun dengan susah payah naik semula ke katil. Nasib ada selimut, terus aku selubung diri dengan selimut. Otak masih berfikir, apa benda ni? Siapa yang tarik aku ke bawah? Mengigil seluruh badan. Aku pejam mata, tak berani membuka mata. Aku bangunkan kakakku tidur di sebelah berkali-kali sehingga kakiku hinggap pada kepalanya. Namun, dia tetap tak bangun. Bila aku beranikan diri membuka mata dibalik selubung itu, aku seaakan-akan ternampak sesuatu terapung di syiling. Masih ku ingat seperti rambut-rambut terurai. Aku tak tengok lebih, cepat-cepat aku pejam mata rapat-rapat. Mulut terkumat-kamit ingin membaca ayat Al-Quran tapi ‘failed’! Satu ayat pun tak keluar dari mulut. Tak lama selepas itu aku terasa disentap ke bawah semula. Allahuakbar, hanya Allah yang tahu perasaanku masa itu. Aku cuba baca ayat Kursi, masih tak boleh. Lidah seperti kelu, aku seperti tak boleh bergerak melawan. Satu je yang boleh ku sebut dengan kuat. Aku sebut Allah, Allahuakbar! Beberapa kali sehingga aku terlepas dari kekakuan itu. Barulah aku boleh membaca ayat Kursi walaupun terketar-ketar. Kembali ke dalam selubung, tetap cuba membangunkan kakak yang tidur mati tu, tapi dia masih tak bangun. Aku tak pasti berapa lama tempoh gangguan itu. Aku terus-terusan membaca Ayatul Kursi.

Tak lama lepas itu, aku terdengar bunyi seperti lampu dipasang. Inginku jerit memanggil Ayah dan ibu tapi aku batalkan kerana aku tak nampak cahaya lampu pun dari bawah pintu bilikku. Serentak dengan itu tiba-tiba aku terdengar jeritan kuat, hilaian ‘benda’ tu! Bunyi hilaian itu begitu dekat dengan telinga sehingga berdesing. Ianya seakan suara wanita mengilai tapi lebih nyaring (sebab tu sehingga sekarang aku paling benci dengar hilaian hantu-hantu yang dibuat-buat dalam cerita hantu melayu ni) hilaian yang kudengar itu seperti mengejek aku yang ketakutan. Aku mengigigil dalam selubung sehinggalah tertidur. Aku bangun pagi selepas kakakku membangunkan aku berkali-kali untuk ke sekolah. Dia pelik melihat aku tidur memeluk lutut seperti ketakutan. Aku juga lupa tentang gangguan itu sehinggalah aku selesai mandi pagi. Sebaik sahaja aku ingat semula, aku menangis kuat.  Terkejut seisi rumah pagi itu dengan tangisan ketakutanku. Ayah, Ibu dan kakakku terkejut bila aku ceritakan gangguan semalam. Terus demam aku hari itu. Ayah membuatkan air ubat bacaan ayat suci Al-Quran untuk mengembalikan semangatku semula. Sejujurnya itulah gangguan paling ‘extreme’ yang pernah aku hadapi.

Sejak peristiwa itu aku jadi sedikit berani dari sebelumnya. Aku tak pasti apa kaitannya dengan tiang seri yang dikatakan Ayah itu. Tetapi bila Ayah ceritakan perihal tiang seri yang tak berseri itu, kisah gangguan itu menerjah memori. Mungkin ada kaitan, mungkin tidak. Kejadian itu berlaku selepas Ustaz disekolahku mengajarkan kami yang ingin menduduki peperiksaan dengan ayat-ayat pendinding dari gangguan Jin dan syaitan. Termasuklah cara bacaan Ayat Kursi sebagai pendinding. Biasalah, waktu peperiksaan seperti ini tekanan semakin tinggi, gangguan pun senang singgah jika kita lalai. Ustaz tu turut berpesan, bila dah belajar mesti ada ujian yang datang. Tup-tup aku yang kena ujian tu.

Secara mata kasarnya, tiang seri itu sudah tiada sejak ayah membaik-pulih rumah lama itu. Sehingga kini aku pun tak tahu di mana tempat tiang seri itu berada. Ayah cuma bercerita di akhir-akhir usianya. Aku pun tak pasti kenapa Ayah tiba-tiba membuka cerita. Ayah bercerita sambil kami duduk bersembang di meja luar. Ayah kata dekat tiang seri tu ada ‘benda’ tapi Arwah Nenek (panggilan Atuk sebelah Ayah) dah pasung. Dia tak kacau orang, jadi jangan takut pulak. Takut pada Allah sahaja. Pesannya. Aku yang biul tidak terfikir untuk bertanya lebih lanjut kerana tiang seri tu pun aku tak tahu di mana. Jadi, aku tak ambil port pasal tiang seri itu.

Bila diingat semula, aku pernah beberapa kali ditindih ketika tidur. Pernah juga sewaktu kakak iparku baru masuk dalam keluarga kami, ‘benda’ itu bergurau dengannya. Masa tu kakak iparku memasak sarapan pagi. Cekodok yang digorengnya meletup-letup sehingga muka dan tangannya terpercik minyak panas. Metetup-letup sehingga ke syiling. Ada yang dah diangkat pun masih meletup-letup di pinggan. (Ruginya takda camera phone nak rakam masa tu, kalau tak jadi cekodok viral lah!). Kiranya ‘first time in history’ orang masak cekodok meletup-letup. ‘Lastly’ abang keluar beli sarapan. Kejadian itu nampak lucu sehingga jadi bahan usikkan kakak iparku sampai sekarang. Tapi bila difikirkan kembali. Pelik sangat.

Terjadi juga dengan abang Iparku masa mula-mula dia masuk dalam keluarga kami. Diceritakan semula, bila malam raya abang ipar yang kepenatan membantu membuat persiapan raya tertidur tanpa mandi terlebih dahulu. Dia kemudiannya dikejutkan seperti ada kain jatuh ke muka. Bila dia membuka mata dia terlihat seorang perempuan yang berwajah pucat sekilas. Terus dia terbangun terkejut. Tapi wajah yang dilihat itu tidak dapat diingat.

Sejak Ayah dah tiada ni, rumah itu kami tinggal sepi. Ibu tinggal bersama kami kerana kami tak bisa membiarkan ibu hidup sendiri dikampung. Biarpun ada saudara-mara dan jiran-jiran terdekat tapi kami lebih senang Ibu tinggal bersama kami.  Bila ada kelapangan kami akan pulang bercuti di kampung. Tetapi sejak akhir-akhir ini kami tidak lagi pulang bermalam di situ kerana rumah itu sudah sangat usang untuk diduduki bukan kerana berhantu atau berpenunggu. Aku pun tak pasti jika ‘benda’ itu masih terpasung di bekas tiang seri itu atau ia telah berpindah? Wallahua’lam.
  
~Saya suka menulis..  sape tak suka baca, sila abaikan, istighfar dan pergilah makan nasi.. Jangan lupe bace “Bismillah”.. ~

Wednesday, February 14, 2018

Al-Masih ad-Dajjal - Fitnah terbesar Akhir Zaman

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala ali Sayyidina Muhammad

Sepanjang jalan perjalanan ke tempat kerja hari ni Allah gerakkan hati nak dengar ceramah di You Tube offline (You Tube video yang aku dah save dalam phone).

Buka ceramah dari siri ceramah Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar (semoga Allah selamatkan dan sembuhkan Al Fadhil ustaz seperti sedia kala).

(Ustaz Wadi bersama Allahyarham Ustaz Murtadha, Ustaz Hambali Zulkifli dan ayah kepada Ustaz Murtadha telah terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 4 Januari lalu).

Tak lupa kita doakan agar roh Allahyarham Ustaz Murtadha Yusof yang telah pulang ke rahmatullah pada 13hb Januari 2018 ditempatkan bersama roh orang - orang yang soleh dan beriman.

(Beliau meninggal dunia selepas lebih seminggu bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya yang sama.)

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

AL - FATIHAH... 


Ya Allah, Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah kesalahan dia, muliakanlah kematian dia, lapangkanlah kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kpd ahli keluarga beliau.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Untuk ketahui berita dukacita ini, tuan-tuan boleh baca di sini.

Sayu dengar ceramah Ustaz Wadi, dalam hati tak henti berdoa agar Allah sembuhkan dan selamatkan Murabbi kita.

Jadi, apa yang nak dikongsikan adalah intipati ceramah yang disampaikan beliau di sebuah Masjid. Rakaman sangat clear dan HD, Alhamdulillah.

Dipetik dari tajuk yang menggegarkan setiap hati kita, yang digusari oleh Para Nabi dan Rasul, yang tiap kali menempa persoalan silih berganti iaitu Detik Kemunculan Al-Masih ad-Dajjal ("the false messiah, liar, the deceiver"). Allahurabbi.

Penting ke nak tahu? Zaman sekolah dahulu kisah Dajjal ni cuma disentuh sedikit sahaja dalam bab tanda-tanda Kiamat. Betul kan? Nak tahu lebih lanjut kena belajar kitab, duduk dengar kuliah agama, baru la ilmu bertambah. Apa yang umum tahu pasal Dajjal, Dajjal ni mata satu, keluar masa dah nak Kiamat nanti, Allah bagi dia kuasa untuk uji dan sesatkan umat manusia ni. Dia tiada kuasa pun kalau Allah tak izinkan. Setakat tu je?

Mari aku kongsikan sedikit intipati ceramah Al Fadhil Ustaz untuk kefahaman bersama. Siapa Dajjal ni? Adakah dari kalangan manusia? atau Jin? Atau makhluk lain? Dari mana dia muncul? Adakah dia sudah wujud atau belum? Bagaimana yang dikatakan Dajjal berupaya memberi menyesatkan umat manusia? Rasa-rasa nak tak diberi peluang jumpa Dajjal? Nauzubillahi min zalik..

Nabi Muhammad SAW juga menyatakan, tiada musibah yang lebih hebat daripada Dajjal sejak penciptaan Nabi Adam a.s. hingga Hari Kebangkitan.

Jom tonton video ceramah tersebut. Marilah meremang bulu tengkuk bersama-sama.