Thursday, December 1, 2016

Coretan Seorang Alumni UiTM

 
Assalamualaikum wbt..
Aku seorang alumni UiTM Segamat dan UiTM Shah Alam..anda alumni cawangan mana?

Aku tertarik untuk menulis sesuatu kerana tahun ini anak-anak buahku punya rezeki menyambung pelajaran di UiTM juga..satu kebanggaan dalam hati melihat mereka turut mengikut jejak langkah kami..terima kasih pada Alongku yang dahulu memberikan inspirasi agar adik-adiknya turut sama menjejak kaki ke menara gading..sudah rezeki kami adik - beradik jadi anak didik UiTM..bermula dengan Along kemudian Ude dan aku..kini anak-anak buahku pula..

Apapun pendapat orang lain mengenai UiTM tak pernah memudarkan ingatanku pada UiTM Di Hatiku..masihku ingat dalam pada kegembiraan ayah dan mak terhadap pencapaian kami adik beradik..ada juga manusia yang panas hati..tiba-tiba berkata pada ayahku waktu itu..

"Alah bang, yang universiti tu Shah Alam je..yang cawangan tu semua kira tahap kolej je.."

Ayah pun tersentap berhari-hari lantas menalifon Along bertanyakan perkara itu..menggeleng kepala Along menerangkan pada Ayah..apalah niat manusia itu, pada Ayah dia cuma berkongsi kegembiraannya dengan saudara mara..namun, lain pula penerimaan mereka..sedih aku bila teringatkan cerita ayah..

Sewaktu aku mendaftar di kampus Segamat, sibuk mereka bertanyakan kursus yang aku pohon..aku mengambil jurusan Akaun waktu itu..jurusan yang tak pernah ku pohon masa isi borang UPU dahulu..walaupun begitu, atas restu Mak dan Ayah, aku teruskan biarpun tiada asas sewaktu sekolah dahulu..lantas bila balik kampung sibuklah manusia - manusia itu berteka-teka nak kerja apa nanti bila dah grad katanya..

"Sekarang ni orang ambil akaun dah berlambak..senang ke cari kerja nanti?" Orang itu pun menekankan sebab itulah semua anak-anaknya dihantar jadi pendidik..cerah masa depan senang dapat kerja nanti..katanya..

Aku cuma membiarkan kata-kata mereka berlalu begitu sahaja..niat aku belajar bukan untuk kerjaya..aku tak pernah menyesal belajar akaun. Satu pelajaran yang susah untuk kuhadam tapi akhirnya berjaya juga..tiada apa yang mustahil jika kita berusaha..

Pesanku pada anak-anak buahku..persetankan apa sahaja cakap-cakap orang yang tak membantu kepada masa depanmu..hadapilah hari ini dengan kesyukuran..percayalah Allah dah aturkan rezeki kita..Pasti ada hikmahnya kita dihimpunkan di UiTM ini..apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha..kejar cita-cita..jadi orang yang berguna di dunia ini dan di akhirat sana..aku sampaikan pesan Ayahku iaitu Nenek kalian dahulu..

"Betulkan niat belajar kerana Allah supaya ilmu tu berkat..
pergi balik kelas jadi ibadat..
Jangan pernah tinggal solat..
InsyaAllah terhindar dari perkara keji dan maksiat.."

Ingatlah cabaran di Universiti datang pelbagai bentuk, tingkatkan iman..teguhkan hati..ambil segala peluang yang ada untuk membangunan diri..sahut cabaran dalam mengasah bakat kepimpinan dalam persatuan, cuba bakat dalam pelbagai sukan dan pertandingan, percayalah macam-macam keseronokkan akan terjadi sewaktu belajar ini..Yang pasti kalian takkan pernah melalui kenangan manis sebegini lagi nanti..treasure the moment you had now!!

Tak percaya? Kalian boleh tanyakan pada Alumni-Alumni UiTM serata Malaysia ni..kalian akan dapat jawapan yang sama..you will never met a good friend that you had during your study elsewhere..you will never know your talent if you're not discover it yourself..you will never succeeded if you never go and fight for it..do the best, Allah will take care of the rest..trust me.


Truthfully
~Moonlight lady~
UiTM Segamat 2003-2006
UiTM Shah Alam 2007-2009

Thursday, September 29, 2016

Moonlight Lady of Me ~ Ada Apa Dengan Nama

Ada Apa Dengan Nama??


Harini rasa #lively and #happy

Sebab dapat tahu maksud nama sebenarku..

Sebelum ni aku tak jumpa maksud direct nama aku..maksud nama yang hampir pada nama Suhail/Suhaili/Suhailah-senang/mudah/suka mengalah..patut rasa macam tak sesuai je..dan aku tak berapa suka guna nama tu..

Tapi hari ni aku berjumpa dgn maksud sebenar Suhaila - Cahaya Bulan/Moonlight. It's like, this is me!!


Now I wonder kenapa aku suka tengok bulan. Kalau nampak bulan terang, sanggup keluar rumah nak tengok directly..dulu pernah tidur bawah cahaya bulan, takde bumbung. Masa tu rumah kat kampung tengah renovation. Berani tu, tak takut pun, tak terfikir pun kalau hujan basah. Seriau pulak bile ingat balik..huhuhu 

Dalam beberapa tahun lepas ade jugak try menulis. Tajuk asal cerita tu 'Once in the Blue Moon'. Tak tahu kenapa nk tajuk tu..naskah yg xsiap2..insyaAllah nnt sambung balik.. 

Fly me to the Moon is my all time favorite song..plak skang tgh giler tgk cite Korea Scarlet Heart-Moonlight Lover tu..kikiki

Mooncake je aku tak suka..hahaha 

Waah!!..that's how I related to the moon..so, from now on..call me Suhaila~Moonlight..hehehe

Sebenarnya dulu aku tak bother pun pasal semua ni..tapi penting jugak untuk tahu sebenarnya..

Nama tu perkara paling dekat dengan kita. Sebagai pengenalan kita. Yang mempengaruhi keperibadian kita. Sebab tu aku suka orang panggil aku dengan nama “Sharifah” - Yang Mulia..kan doa tu..huhuhu


Bahkan dalam Islam nama mempunyai peranan dan erti yang sangat penting, disamping sebagai doa juga sebagai tanda pengenal di akhirat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW : 
"Sesungguhnya kalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama nama kalian dan nama nama bapak bapak kalian, maka baguskanlah nama namamu." (HR Muslim) 

Bila dah tahu nama, kena tahu pasal keturunan pulak..

Sebenarnya dah lali dengan persoalan-persoalan ini.. selalu orang bertanye, 

Syed/Sharifah ni ape bezanya? Sharifah2 ni kena kawin dengan Syed2 je ke?
Kalau dari geng Syed/Sharifah diorang akan bertanya.. Asal mana? Keturunan ape? Al ape?

Terjumpa dialog ni mase tengah melayari internet (skemanya ayat)..pertanyaan yang sangat familiar..

Petikan dialog dari Anonymous:

Aku pernahlah dulu berdialog dgn sorang lelaki ni keturunan syed2, dialog aku lebih kurang cam ni lah aku rephrasekan.. -- kenalan aku ni .. 

Aku : keturunan Syed ni kalau nak kawin mesti carik Sharifah gak kan?
Dia : tak lah, sumer orang same jer..
Aku : oo.. kiranya tak kisahlah...
Dia : ya, sbb dalam islam semua orang sama , yang beza taqwa .
Aku : abis tu naper , nama keturunan u sumer letak pangkat Syed , Sharifah nih? kata sumer sama
Dia : mmg, sbb nak jaga keturunan
Aku : tadi kata sumer orang sama, yang beza taqwa? tengok family you pon sumer kawin dgn Syed dan Syarifah? camner tu ? termasuk you?

Komen aku :
*kuang kuang kuang.....(orang tu kawin dengan Syed/Sharifah juga) 

Aku : So origin family you dari mana
Dia : Yaman, kat sana pon dah takder keturunan nama belakang macam I ni, dah sumer merantau berdagang ratus2 tahun dulu (nama keturunan dia terpaksa dirahsiakan), separuh berenti kat Kedah, separuh berrenti kat Indonesia... kawin mixed dgn orang tempatan..

Aku : kat Yaman dah takder? abis tu macam mana
Dia : i kalau balik yaman boleh jadik Gabenor
Aku : tinggi gak yer darjat keturunan u nih..
Dia : bolehlah.. biasa2 jer
Aku : tapi, kiranyer u ni kaum pendatang gak lah , sama macam orang indon, bangla datang malaysia, datang sini kawin mixed dgn orang tempatan.. 

Komen aku :
*Oooppss..kuang kuang kuang..........(Yaman?? Macam penah dengar je cite ni..mcm ala2 same jer..hikhikhik)

Aku : kenapa keturunan u kena kawin dgn Syed Sharifah..?
Dia : nak jaga hidung
Aku : hidung? 
Dia : supaya keturunan akan datang hidung sumer mancung2
Aku : ??!!

Komen aku :

*Kuang! Yang ni kelakar..


Aku tak tahu la pasal orang lain, tapi aku takde tetapkan criteria Syed /Sharifah ni.. Walaupun dulu ade orang invite masuk group Syed/Sharifah ni untuk bersilaturrahim sesame mereka, tapi aku tak berminat..

Ntah la..maybe sebab aku pun tak clear dengan susur galur family sendiri. Aku cuma tahu sampai Atuk/Nenek je..tu pun tak berapa tau..huhu..

Takpe..yang penting kita semua ni sama saja, yang membezakan kita cuma iman dan taqwa..

Jauh sekali nak mengaku dari keturunan Nabi Muhammad SAW yang mulia..rasa segan dan tak layak sangat..ilmu xseberapa..akhlak xseberapa..amalan xseberapa..Selalu wat dosa..malu rasanya..

Tapi untuk sedapkan hati semua. Yang pasti, kita semua ni dari keturunan Nabi..

Nabi Adam AS!! huhu..

*fair and square!


Thursday, June 9, 2016

Coretan Ramadhan



Salam Ramadhan semua..
Alhamdulillah, malam tadi solat Tarawih diimamkan oleh Imam dari Palestin..
Imam berkongsi pengalaman di Palestin, menyuntik semangat dan memahamkan erti Jihad yang sebenarnya..

Walaupun Imam ni dari Palestin, tp dia xlupa pada saudara2 kita di Suriah/Syria (aku lebih gemar memanggil tanah yg diberkati itu dengan nama Suriah)
Setiap doa diselitkan doa untuk Suriah..

Lillahi taa’la, hati jadi sayu..rindu pada Syam (Palestine dan Suriah)..walaupun xpernah menjejaki tanah itu..namun hati rindu..
Teringin nak solat di Masjid Al-Aqsa, teringin nak menjejakkan kaki di bumi yang diberkati, melihat sendiri wajah para mujahidin di zaman ini..
Dahulu xdapat nak lihat dan gambarkan bagaimana tentera-tentera Islam pimpinan Rasulullah SAW mempertahankan Islam..kini kita dapat menyaksikan tentera mujahidin yang bertarung mempertahankan Islam di bumi Syam..
Sungguh kita dah berada di akhir zaman..

Sahabatku.. mungkin masih ada yang tidak tahu..Syam terdiri daripada empat negara iaitu Syria, Jordan, Palestin dan Lubnan. 
Banyak sirah penting terjadi di Syam, perjalanan Israk Mikraj Nabi Muhammad Shalallahu ‘Alaihi wa Sallam dari Masjidil Haram ke Masjidil al-Aqsa..

Dan di negeri ini pula kaum muslimin mencapai kejayaannya.. antaranya kejayaan Perang Yarmuk pimpinan Khalid Al-Walid dan Abu Ubaidah, penaklukan Al-Quds di zaman khalifah Umar Al-Khaththab ra.. kejayaan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan Syria melalui perang Salib.. Para sahabat nabi pun ramai di negara itu.. Di Syria, ada lebih 10,000 pusara sahabat Nabi. Antara sahabat Nabi yang meninggal di Syria ialah Bilal bin Rabah, Khalid al-Walid, Muawiyah bin Abu Sufyan, Abdullah bin Ummi Maktum dan Abu Darda..

Sungguhpun tiada kenalan/saudara sedarah disana tp hati tetap meruntun sayu..

Adapun satu/dua rakan yang ada dalam friend list dalam FB ni..satu dr Suriah, Alhamdulillah sudah berhijrah ke German bersama keluarganya..dahulu mereka ni terpisah alhamdulillah kini dah berkumpul semula..

Itu cuma satu antara yg bernasib baik, selamat dr pengganas bashar & putin laknatullah..rakan-rakan dari Palestine ku masing-masing dah de-activate FB..aku sendiri xpasti keadaan mereka..aku cuma dapat berdoa dan mengharap walau di mana mereka berada..Allah selamatkan dan menjaga mereka.. Amiin..

Bercakap tentang mereka, hati gundah gulana..nak buka update whatsapp/FB jd berdebar..xdapat nak gambarkan perasaan bila dapat update-update tentang kematian, kehancuran, penyiksaan hari-hari tanpa henti dari sana..bukan semata nak raih simpati tapi inilah yang benar-benar terjadi..bukan satu dua kali air mata gugur di depan PC ni…

Setiap hari mesti melihat update dari sana..bahkan setiap hari mesti ambil tahu apa yang jadi dekat sana..hari ni bagai tak lengkap jika xambil tahu apa yang terjadi pada mereka..

Syukur ada NGO, activist, sukarelawan yg sentiasa memenuhkan ruang FB/Whatsapp dengan update-update dari sana..

Dan kita, sebagai umat Islam di Malaysia, apa tugas kita??
Fikir dan refleksi diri di mana kita? di mana tahap Iman kita berbanding mereka yang diuji di sana..wallahua’lam..

Salam Jummuah!


Friday, June 3, 2016

Ramadhan Kareem..



Bismillahirrohmanirrohim..

Ya Allah, berkati kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. 

Bantulah kami untuk melaksanakan puasa, melakukan solat malam, menjaga lisan dan memelihara pandangan dan jangan jadikan puasa kami hanya sekadar lapar dan dahaga.. 

Amiin ya robbal a’lamiin.. 

Kami di Syarifah Syifa Resources mengucapkan ; 

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1437H. 

Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah SWT.. 

“Sebulan REFLEKSI diri..semoga kita menjadi MUKMIN yang lebih BAIK lagi”

Sunday, January 17, 2016

Mari Baca Al-Quran Bersama - PAQ

#Marikawankawan #MaribacaQuran #Janganmalusegan #Guruakantunjukkan



Hmm..Allahuakbar..Sedih bila terjumpa mereka yang dah berumur tetapi masih tidak boleh membaca Al-Quran..huruf hijaiyah pun tak kenal..bagaimana dengan Al-Fatihah yg kita baca hari-hari..bagaimana kualiti solat kita? Pernah terfikir??

Mari kita semak di mana tahap pembacaan kita..
• Betul tak sebutan makhrojnya?
• Betul tak panjang pendeknya?
• Tahu tak hukum bacaannya?

Ok, bila dah tahu, tanyakan lagi..

• Pernah tak kita baiki pembacaan kita?
• Atau ilmu bacaan Al-Quran kita hanya ilmu yang kita belajar masa sekolah Kafa atau sekolah agama petang-petang dulu? Tanpa ada penambahbaikkan?

Mari kita muhasabah lagi..berapa tahun kita hidup di dunia tapi kita boleh selamber tak tahu membaca Al Quran..alasan..alaa..dulu MakAyah tak ajar..dulu MakAyah tak hantar mengaji..sampai bila nak salahkan orang lain atas kekhilafan kita??

Tetapi..La tahzan..Jangan bersedih atau berputus asa..Tak mengapa jika kita tak tahu, tapi yang penting kita mahu belajar..masih belum terlambat..

Betapa beruntungnya kita dilahirkan di dalam agama Islam..tapi alangkah ruginya kita tidak dapat menuturkan ayat-ayat Allah apetah lagi memahami maksud firman-firman Allah..bagaimana nak tegaknya syiar Islam jika ayat-ayat Allah pun kita tak tahu dan tak faham??

Ayuh berubahlah!
Mari lengkapkan azam tahun baru 2016 dengan memperbaiki bacaan Al-Quran..belajar secara bertalaqqi agar kita tahu kesalahan kita dan dapat memperbetulkannya..

Katam Al-Quran tahun ini bersama kami..sertai jemaah kami belajar Al-Quran, kami membantu muslimin muslimat khususnya mempelajari ayat Al-Quran dengan bersanad, belajar dari asas bagi mereka yang ingin bermula..

• Kita mula dengan Mukaddam
• Mengenal huruf hijaiyah
• Mengetahui sifat2 huruf hijaiyah
• Mengetahui cara sebutan dengan makhroj yg betul.
• Mempelajari hukum tajwid
• Mempelajari cara pembacaan bertarannum
• Dan banyak lagi

Jangan tunggu lagi..masa tidak menunggu kita..entah nyawa kita berbaki esok lusa cuma..wallahua'lam..

Tuesday, December 22, 2015

Mengapa Pilih Selendang_Ka_Syorga

♥♥♥ Selendang_Ka_Syorga ♥♥♥



♥♥Kepakaran kami adalah membantu orang ramai terutamanya para wanita bekerjaya, surirumah, gadis remaja untuk memiliki selendang yang CANTIK, KUALITI TERBAIK dengan harga MURAH tak masuk akal!

♥♥Masalahnya ialah kebanyakan Wanita bertudung mengidamkan untuk bergaya dan berpenampilan menarik tetapi harga selendang yang cantik dan berkualiti adalah sangat mahal.

♥♥Apa yang membezakan selendang kami dengan yang lain ialah material Chiffon High Quality yang lembut, berat, mudah beralun, sangat selesa, tidak jarang dan yang penting, harga yang sangat MENJIMATKAN!

♥♥Kami sedia membantu anda dengan menyediakan rangkaian selendang yang cantik, menarik, pemakaian yang mudah, trendy untuk harga yang sangat murah asalkan pelanggan kami mendapat kepuasan maksimum!

♥♥Selendang Ka-Syorga juga menyediakan long wide chiffon shawl, pelbagai jenis instant shawl adjustable labuh dan patuh syariah. Kami mengesyorkan pelanggang kami mencuba gaya tudung yang patuh syariah agar kita semua mendapat redha Allah..InsyaAllah..

Worth ♦ Simple ♦ Affordable

►►► Fast response Whatsapp 0172449387 for order.TQ.

Website: www.syarifahsyifa.com
Fb page: Syarifahsyifashoppe
Instagram: @Selendang_Ka_Syorga


Thursday, November 5, 2015

Aku dan Temanku Al-Quran, Semoga Istiqamah!

~Tips genius~
Copy paste dari seorang hamba Allah..



Sejak dulu saya selalu dengar kawan-kawan yang hantar anak ke tahfiz sejak kecil, kemudian selepas menjadi hafiz Quran, mereka hantar anak tu ambil SPM, selalunya mesti keputusannya cemerlang...

Padahal yang sekolah akademik sejak kecil, tak semua sehebat tu...

Begitu juga para ulama terdahulu, kita sering baca kisah hebat mereka menghafal ratusan ribu hadith dan sebagainya....

Dan menjadi hafiz Al-Quran pada zaman ulama silam merupakan sesuatu yang terlampau biasa sehinggakan orang yang tidak hafiz Al-Quran pula dianggap sesuatu yang aneh dan aib.

Jadi saya terfikir, apa rahsia mereka?

Saya mulanya hanya beriman bahawa asbab keberkatan mereka menjadi hafiz Al-Quranlah Allah bantu mereka walaupun dalam pelajaran akademik...

Tapi selepas lama mengkaji, memerhati dan bertanya kepada para ulama serta saintis, saya dapati satu conclusion yang saya kira agak baik.

Rahsianya terletak kepada pembacaan Al-Quran itu sendiri...

Melazimi membaca Al-Quran dengan istiqamah akan "melajukan" otak kita....

Kata-kata itu saya dapati dari guru-guru saya... walaupun mulanya saya tak berapa faham...

Tapi apabila saya mula amati pembacaan Al-Quran saya, memang benar, otak kita perlu bertindak dengan pantas untuk mengawal seluruh aktiviti pembacaan Al-Quran yang lancar...

Sekiranya otak saya lambat berfungsi, maka pembacaan saya akan menjadi tergagap-gagap dan tersekat-sekat.

Hal ini saya fahami ketika saya masih sekolah menengah di MRSM dahulu, guru Biologi saya ketika itu menceritakan tentang otak dan dia juga menyebutkan tentang pembacaan Al-Quran dapat mengaktifkan banyak sel-sel otak tanpa perlu minum susu Anmum Essential.... 

Bagaimana ia berlaku?

Ok, logika dan saintifiknya begini...

Bila kita buka mushaf Al-Quran dan mula melihat ayat-ayat Al-Quran...

Kita akan buka mulut untuk membaca, dan ketika itu otak kita dengan lajunya memproses data berkenaan Al-Quran itu, misalnya huruf apa yang terpapar, bunyinya macam mana, makhrajnya dimana, jika ia bersambung dengan huruf lain, bagaimana tajwidnya, harus dibaca panjang, pendek, jelas, dengung, isymam atau imalah dan sebagainya...

Apatah lagi ia perlu dibaca dari kanan ke kiri, berbeza dengan kebiasaan kita membaca dari kiri ke kanan...

Dalam masa yang sama, mulut kita perlu mula bergerak untuk bunyikan ia. Bermakna, otak kita perlu buat keputusan dengan segera bagaimanakah cara bacaannya!

Berbeza dengan baca surat khabar atau buku dengan bahasa Melayu atau Inggeris, otak kita tak perlu susah-susah buat keputusan sebab hukum bunyinya tidak banyak berbanding membaca Al-Quran yang hukum bunyinya terlampau banyak. (melainkan kita baca Al-Quran tanpa tajwid dan tanpa tartil).

Dan yang menariknya, bila mulut kita masih membaca perkataan Al-Quran yang pertama, mata kita sudah pun melihat kepada perkataan kedua dan mula memproses data sekali lagi secepat mungkin untuk pembacaan yang kita .

Jadi ketika membaca Al-Quran, otak kita perlu bekerja dengan sangat laju. Data yang dihantar-diterima otak bergerak sepantas kilat untuk menghasil aktiviti bacaan di lidah, dan mata yang memandang kepada mushaf tersebut.

Jadi apabila seseorang itu membaca Al-Quran sambil melihat mushaf (naskhah Al-Quran) dengan lancar dan cantik lengkap dengan tajwid dan tartilnya, itu bermakna otaknya sedang bergerak dengan sangat laju.

Dan yang lebih menarik, bilamana Al-Quran dialunkan, tentu ianya bernada indah tanpa kita sedar. Padahal kalau kita baca buku selain quran, tak pulak jadi macam tu.

Jadi nada indah beralun yang keluar ketika quran dibaca tu menjadi terapi telinga yang sekaligus menghantar terapi tu ke otak dan merehatkan seluruh badan kita.

Jadi, walaupun otak bergerak laju semasa membaca quran, nada yang indah tu membawa kita ke situasi badan yang rileks dan tenang menyebabkan kita tidak penat.

Berbeza kalau kita gunakan otak untuk perkara lain, misalnya nak selesaikan soalan Add Math. Kadar tenaga otak yang digunakan sangat tinggi, dan lepas selesai dijawab, kita terasa sangat penat. Sedangkan badan kita tak bergerak pun. Penat tu berlaku sebab otak kita yang penat.

Pembacaan quran pula menggunakan otak kita dengan kuat, tetapi tidak memenatkan langsung! 

Dan apabila latihan otak ini dilakukan setiap hari, maka sel-sel otak kita akan berhubung dan menjadikan kita genius dengan izin Allah...

Maka gejala kebodohan khususnya yang berlaku pada zaman ini dapat dikurangkan dengan perbanyakkan membaca Al-Quran...

Oleh sebab itulah umat Islam terdahulu majoritinya genius walaupun kemudahan rujukan mereka terhad.... sampaikan pada semua orang agar mereka juga akan genius.



~ Kisah Saya ~

Tapi betul sangat, saya dulu ada masalah pembacaan.. cikgu saya sangat risau masa saya nak test oral SPM dulu.. cikgu saya ckap otak dan mulut saya tak selari.. tak tahulah.. saya pun tak faham masa tu.. sampailah satu tahap saya pelik sangat kenapa saya tak boleh membaca macam orang lain.. saya bukan tak pandai.. saya kerlas pandai kot.. (nak jugak.. astaghfirullahala'zim) kohkohkoh..

Dulu saya tak boleh membaca teks, kalau perlu baca perenggan or karangan.. saya akan tergagap-gagap untuk baca.. perkara tu sangat memalukan.. untuk elak orang lain perasan, saya terpaksa hafal.. sampai nangis sorang-sorang.. mak ayah saya pun tak tahu masalah ni sampai sekarang.. ayah saya pun dah takda dah..

Ditakdirkan, Allah bagi idea dan penyelesaian untuk masalah saya.. apa yang saya buat adalah dengan membaca Al-Quran.. dulu saya susah nak baca Yaasin ramai-ramai.. nak membolehkan saya baca macam lancar bunyinye.. saya kena hafal Yaasin tu pada masa tu la.. sekarang pun masih boleh ikut lagi kalau tak pakai kitab.. InsyaAllah..

Dengan praktis baca Al-Quran selalu, lidah jadi lembut.. slowly-slowly.. saya boleh menyebut dan membaca sambungan perkataan.. Subhanallah.. otak pun jadi tajam.. ajaibnya Al-Quran ni.. sejak tu, masalah tu dah tiada sampailah sekarang.. Alhamdulillah.. tiada rezeki je nak jadi penyampai berita.. kohkohkoh.. berangan tak habis..

Satu yang saya takkan lupa.. hanya Allah yang dapat membalas jasa cikgu saya tu..beliau selalu memantau saya.. melatih saya membaca.. selalu suruh saya baca dalam kelas.. membuatkan saya kena berusaha keras untuk sama macam orang lain..

~Sampai sekarang saya tak tahu apakah masalah saya~ 
~ Dyslexia atau apa??~